KISSER 45 – MISTERI BILIK LAMA WAD BERSALIN KELAS 1

MISTERI BILIK LAMA WAD BERSALIN KELAS 1

Disclaimer – Kisah benar ini aku olahkan sedikit dari yang asli Untuk mengelakkan keraguan dan tanda tanya . Anggaplah ia hanya perkongsian untu hiburan bacaan seram sahaja !
———-

Kisah ini dikongsikan oleh salah seorang kawan aku . DR Razak . Bukan nama
sebenar . Masa tu Dia sedang bertugas di salah sebuah hospital selatan tengah negara .

Pengalaman ini aku ceritakan semula sebagai Dr Razak yang mengalami peristiwa ini

Lebih kurang 5 tahun yang lepas . Masa tu aku oncall di bahagian Obstetrik dan ginekologi . Aku sebagai medical Officer , Sudah menjadi rutin untuk aku menjaga wad bersalin dan juga bilik bersalin .

Wad Bersalin tu ada lah wad untuk menempatkan pesakit yang perlu dipantau sebelum bersalin , Mahupun selepas bersalin . Wad kami mempunyai 2 kelas sahaja . Kelas Umum dan Kelas 1

Kelas umum selalunya untuk pesakit yang perlu dipantau dengan teliti .

Kelas Pertama untuk Pesakit penjawat kerajaan & Golongan VIP . Dalam masa yang sama pesakit mesti lah berada dalam keadaan stabil jika mahu ditempatkan di wad kelas 1 .

Tapi kalau stabil , Walaupun ViP skali pun. Perlu ditukarkan ke wad kelas umum .

Kerana bilik kelas umum mempunyai ramai nurse yang menjaga . Hampir setiap jam akan di pantau

Bilik bersalin pula adalah tempat untuk menjalani proses bersalin . Jadi aku harap korang faham perbezaan wad bersalin dan bilik bersalin .

Bilik bersalin kami agak banyak juga di hospital kami . Ada satu kaunter , Dan 10 bilik bersalin .

Tepat jam 5 30 petang , aku menerima panggilan dari Misi. Nurse Mira .

“ Salam Dr Razak , Ada pesakit dekat bilik saringan , .. Dengar cerita pesakit tu Vip , Bini dato .. Kawan pengarah hospital .. Dia dah bising2 ni .. Lama sangat menunggu ..” Balas Misi Mira .

“ Hah yelah , Vip ni semua jenis tak boleh bersabar lansung kan ? Saya tengah makan ni .. dah lama ke dia menunggu ? tanya aku ..

“ Hmmm , Tak pun … Baru je tadi register .. Rasanya tak sampai 5 minit menunggu pun ..Cepat lah datang doc , Bingit la dengar dia membebel , Apatah lagi jelingan dia tu…” Balas Misi Mira

“ Haha .. bertabah lah ye mira , Orang2 Vip memang macam tu , Pegi mana mana. pun dorang nak dilayan macam raja ..Ok sekejap .. Saya datang sekarang ..” Balas Aku

Selesai makan , Aku terus berlari ke bilik saringan ..

Setibanya aku di kaunter ..

“ Ok lah , Panggil Vip tu masuk ..” Balas Aku

Aku terus duduk di atas kerusi bersebelahan katil sambil membelek data pesakit Vip tadi ..

Pintu terbuka..

Seorang wanita berumur lebih kurang 40 , Tinggi lampai , Dengan tudung berbalut separa kepala , Berjalan masuk sambil menggalas hand bag , Dan sebelah tangan lagi memegang perutnya ..

“ Assala..” Belum sempat aku menyapa ..

Sapaan aku tadi mula dicelah ..

“ Mana i nak letak handbag i ni ?” Tanya Vip tadi

“ Ermmm “ Aku menggaru kepala sambil menoleh , Mencari tempat yang sesuai untuk handbag tadi

“ Emmm dekat atas kabinet tu boleh ? Tanya aku

“ Tak nak , awak letak atas kerusi tu saja , Tah apa ada atas kebinet tu , kesan darah ke , Kesan air ketuban ke , Bukan you tahu pun kan ?” Balas Vip Tadi

Aku hanya mengangguk dan akur sahaja ..

“ assalamualaikum puan .. Sihat hari ni ? Apa yang membuatkan puan datang ke bilik saringan harini ?” Tanya aku seperti biasa ikut skrip harian …

“ Puan you panggil i ? you tak kenal i ke ? “ Tanya vip lagi

Sekali lagi aku buntu …
“ Susah betul nak start periksa golongan vip ni “ Bisik hati sambil menggaru kepala

“ Maaf , Saya tak kenal .. Boleh puan ? Datin ? terangkan? Tanya aku sekali lagi

“ eh , Hello dalam sistem you tu , Tak ada details I ke ?” Tanya Vip tu lagi

“ Oh , Dekat sini , Ada tulis nama you je .. Nora Binti Azman ..( Bukan nama sebenar )” Balas Aku

“ No wonder la , Sistem kampung , Tak ada salutation .. Patut nya kena letak lah pangkat . kan lebih baik ..” Balas Vip tadi

“ Oh , By the way kita ada ruangan salutation tu , Cuma mungkin bahagian pendaftaran tak ada masa untuk letak pangkat di situ , Atau pun mungkin dia tak tahu masa daftar ..” Balas Aku .. Pasrah .. Dengan Karenah Vip ni

“ Huh ? Whateverlah , You can call me Datin Nora .. ..” Sambil menjeling ke arah dinding ..

Dipendekkan cerita , Vip tadi Datin Nora datang kerana ada sedikit pendarahan dan juga sedikit rasa mengeras pada perut , yang kini sedang sarat mengandung 38 minggu .

Seperti biasa , Selepas aku refer pada pakar , dan pakar telah memastikan kandungan berada dalam keadaan baik selepas CTG dan Ultrasound …Datin Nora perlu ditempatkan di wad bersalin untuk pemantauan dan ujian darah .

“ Ok lah datin nora , Pakar suruh masuk wad dulu , Tadi nampak CTG cantik , Ultrasound pun baby sihat . Cuma kita tengah tunggu keputusan darah . Untuk pastikan darah puan cukup ya ..” Balas aku

Datin Nora hanya mengangguk , Sambil matanya menjeling ke arah lain

Dia punya angkuh setinggi langit . Aku dan misi mira muak melihatkan Vip sorang ni .

“ Cepat lah hantar ke wad .. nanti ada lagi benda tak kena dia nak merungut dekat sini ..” Arah aku kepada misi mira

Tak lama selepas tu , Aku terima panggilan

“ Doktor , Naik wad bersalin kejap !! Urgent ..” Balas misi di wad bersalin …

“ Ya rabi apa lagi ni !! “ Bisik hati sambil terus berlari naik ke wad
�setibanya aku di wad ..
Melihatkan Datin Nora tadi yang sedang duduk diatas kerusi roda sedang berang , Dengan merah mukanya ..di hadapan kaunter

“ Yes Datin … Kenapa datin ?” Tanya aku

“ Hishh , Sakit hati betul aku dengan korang ni !! Aku ni datin .. Takkan kau nak aku duduk sekali dengan dorang ni semua ? antara katil pakai langsir je ??” Kau ingat aku ni siapa ,? Jangan sampai aku call pengarah !” Bentak datin nora

“ Ohh !! Sabar datin sabar … “ Pujuk aku berkali kali

“ Bukan macam tu datin , Saya faham datin layak ke wad kelas 1 , Tapi kita nak kena pantau datin di sini dulu . Sebab takut jika ada pendarahan yang teruk nanti , Bahaya untuk dipantau dekat wad kelas 1 ..” Balas Aku cuba terangkan secara perlahan

“ Ahhh ! Aku tak kira , Dah la hospital pun buruk zaman jepun , Servis tak friendly lansung , Tak reti hormat orang !” Bentak datin sekali lagi

Aku menggaru kepala , Sambil melihat pada misi misi yang lain di kaunter ..

“ Ok lah , Nanti saya tanya pakar semula , Jika saya boleh tempatkan datin di wad kelas 1 ..” Balas aku

Datin Nora hanya senyap , Merenung ke bawah . sedikit pun tak mahu memandang ke arah kami

Setelah berbincang dengan pakar , Pakar setuju , tetapi perlu ada misi yang sentiasa memantau datin nora .

“ misi , nanti boleh hantar datin ke wad kelas satu , nanti you arrange la misi dekat sana untuk review patient setiap 30 minit ya ..” balas aku pada misi dikaunter

“doc .. tapi masalahnya , wad kelas 1 dah full .. Cuma ada satu bilik je .. Kosong .. Tapi doktor tau kan pasal bilik tu ?” Balas Misi lagi

“ Hmmm .. Adui .. Penat la aku nak melayan dia lagi , Bukak je lah bilik tu .. Dah lama terkunci tu … insyallah tak ada apa dah tu ..” Balas Aku saja buat buat tahu ..

Tapi tak silap bilik tu ditutup kerana masalah saluran tiub supply oksigen ..

“ Hmmm .. Aduh betul ke ni ..” Tanya misi sekali lagi

“ Iya lahh. ! Kau nak dia membebel lagi ? Nak dia call pengarah ? Nak dia call ketua polis ? Menteri , Sultan ? “ Tanya aku

Misi tadi menggelengkan kepalanya

“ Jadi sebelum kau menghadap semua tu ..Bagi je lah bilik tu dekat dia ..” Balas Aku

Bilik wad yang telah lama terkunci , Akhirnya dibuka semula

Keadaan dalam bilik yang tak terjaga , Bau yang kepam membuatkan sister terpaksa memanggil team cleaner untuk datang membersihkan bilik itu

�katil yang lama di keluarkan , Digantikkan dengan katil yang baru …

“ Insyallah sister , Everything will be allright , Kita ni hanya akur dengan arahan ..” Balas Aku

Sister Rohaya hanya mampu terdiam , Dan terpaksa akur

Setelah selesai bilik itu disiap kan ..
Datin Nora ditolak masuk ke dalam Wad Bilik Kelas satu itu ..

Lega … Rasanya ..
Boleh kata sakit kepala nak melayan datin ni sorang

Tapi ya lah , Orang tengah mengandung , Hormon tak stabil … Mungkin dia tak boleh kawal emosi .. Jadi terpaksa lah kita sebagai perawat melayan emosi mereka ni..

Tepat jam 10 Malam … Aku terima panggilan lagi

“ Doc !! Urgent .. Datang sekarang … Wad kelas 1 , Bilik datin ..” Balas Misi

Aku terus bergegas dari bilik saringan ke wad kelas 1 ..

Setibanya aku di dalam bilik datin tadi

“ Arghh … Arghhhhh … Arghhh !!!!” satu jeritan suara yang kuat , Datangnya dari datin yang sedang meronta

“Sabar datin.. Cuba kasi tahu kami ..Sakit dimana ?” Tanya sister rohaya yang sedang sibuk menahan bahu datin dibantu oleh beberapa misi yang lain …

Aku terus menghampiri Datin

Aku terus meneliti vital sign pada papan pemuka digital . Semuanya nampak normal . CTG pun normal tiada tanda contraction..

“ Datin !! Datin .. kenapa terjerit2 ni .. balas aku sambil memeriksa pesakit ..

“ Misi , Sini kejap , Saya nak periksa bahagian bawah , Kamu pula pergi check semua keputusan darah dan air kencing …” Balas Aku kepada dua org misi yang sedang berdiri di tepi

“ Hmm ada sedikit bleeding … Kejap i check kalau2 serviks dah terbuka ..” Balas Aku

“ Mungkin sebab contraction kot ..” Balas Sister sambil menenangkan datin tadi yang sedang riuh menjerit

“ memang sekarang laluan dah buka , Tapi CtG tak ada contraction … pun .. kenapa datin ni beriya iya menjerit , Apa yang sakit..” Bisik hati sendiri …

Sambil itu , Aku memerhati mata datin yang hanya merenung ke arah tandas .. Sambil jarinya menuding ke arah tandas dibahagian tepi …

Tiba , Mata aku bagaikan terpaku pada seorang misi yang tiba2 berdiri tegak terpaku melihat ke arah tandas ..

Belum sempat aku menegur , Misi tadi terus bergegas keluar dari bilik kelas 1 itu

“ Doktor , Darah semua ok , Hemoglobin 12 , Lain semua normal, Urine pun normal .. Cuma ada sedikit leukocyte , Blood pressure normal , Gula normal . Blood gas pun normal .. .” Balas Misi senior yang baru sahaja masuk ke dalam bilik

“ Hmm ok tak apa , I call pakar dulu ..” Balas Aku

Pakar mengarahkan aku untuk standby darah dari bloodbank , Dan pesakit perlu dihantar ke Bilik Bersalin memandang kan laluan serviks dah mula terbuka ..

“ Sister , Kita hantar patient ke bilik bersalin , Nanti pakar akan pantau di sana ..” Balas aku

Tak lama selepas tu , Datin di tolak turun ke bawah ..

Datin mula tenang , Tapi hanya senyap seribu bahasa …

Aku merngiringi datin ke bilik bersalin

Pakar sedang menunggu di hadapan bilik ..

“ Hah , Apa jadi ni razak ?” Tanya pakar

“ Patiet ni , Dekat atas tadi menjerit2.. Tapi saya tengok Ctg tak ada contraction pun , Tak ada sign of anemic , Vital sign normal Lain investigation pun normal , bloof gas semua normal , Saya dah buat Pemeriksaan vagina .. Cuma opening nearly 5 cm , Contraction pun tak strong lagi .. “ Balas aku

“ Its ok … Now patient dah stable , Nampak relaks .. kita observe dulu pesakit dekat sini .. , Panggilah salah seorang nurse dekat atas jaga patient ni …Nanti kalau dah 8-9 cm opening .. U update i lah .. Make sure bacaan CTG cantik ok ?” Balas Pakar sambil berlalu pergi

Aku pun naik ke atas ..

“ Siapa runner malam ni ?” Tanya aku di kaunter

“ Oh .. Malam ni Misi Fizah .. Dia ada tu dalam bilik ubat

Aku pun terus bergegas ke bilik ubat ..

Setibanya aku disana

Terlihat seorang misi yang sedang termenung sambil leka menyusun troli ubat

“ Salam ! Awak misi fizah ke ?” Tanya aku

Misi tadi masih tercegat kaku …

“ Helloooo..! “ Aku menyapa kali ini kuat sedikit

Tersentak misi tadi tersedar ..lalu terus memandang ke arah aku

“ Awak misi fizah ke ? Runner kan malam ni ?” Tanya aku

Misi Fizah mengangguk …

“ Awak turun ke bilik bersalin , Doktor pakar suruh awak standby dalam bilik tu … Untuk pantau datin ..” Balas Aku

Muka misi fizah terus berubah …
Badannya sedikit menggeletar ..

Namun disebabkan arahan dari pihak atasan ..

Misi fizah akur dan terus bergegas turun tanpa sebarang pertanyaan ..

Lebih kurang jam 2 pagi ..
Sekali lagi aku dipanggil …

“ Doc datang bilik bersalin , patient datin tengah meronta lagi , Air ketuban pun dah pecah ..” Balas Misi dari bilik bersalin

“ Ok tolong saya inform pakar ya ? Saya datang sekarang ..” Balas Aku

Aku terus berlari ke bilik bersalin

Setibanya aku di sana , Pakar sudah pun ada , Sedang mengendali prosedur ..

Aku terus menyarung gown , Dan bantu pakar disebelah

Proses bersalin berjalan dengan lancar ..
Tali pusat dan Uri pun sudah berjaya keluar..

�sedang aku menjahit koyakan pada dinding perineum ..

Tiba tiba …

Datin Nora menjerit sekali lagi
.. Meroyan bagaikan orang gila ..

Semua misi yang ada disitu sedang cuba menahan badan datin … Untuk membantu aku menghabiskan jahitan sambil aku menjerit “ Panggil pakar “

Dalam masa yang sama sempat aku mengintai .. datin yang sedang menjerit bagaikan dirasuk ..

mata nya sekali lagi melihat ke arah aku ..

Aku pun berhenti .. Aku ingat kan datin meraung kesakitan

Namun jeritan datin masih kuat walaupun aku sudah berhenti menjahit

“ hmm tadi masa awal2 jahit rilek je , Dah nak habis ni baru dia menjerit .. takkan baru rasa sakit ?” Bisik hati lagi

Namun mata aku kali ni terpaku pada misi fizah yang sedang tercegat ..

Sambil merenung ke arah aku ,

Matanya semakin bulat membesar .. Bibirnya menggigil , diketap berkali kali

Kemudian …

Menutup matanya sambil menoleh kearah lain ..
�bagaikan ada sesuatu yang tak kena …

Aku menoleh kiri kanan dan belakang ..

Apa yang direnungkan mereka ? Datin pun menjerit sambil merenung ke arah aku , Misi fizah juga turut merenung ke arah aku ..

Aku semakin gusar , Namun aku harus habiskan secepat mungkin
�akhirnya pakar tiba ..
Ubat penenang diberikan kepada datin ..

“ Bos , Postprtum Psychosis ya ? “ Tanya aku

“ Possible … let me discuss with consultatant and psy team ..” Balas Pakar

ya aku akur , Memang ada kes kes , Pospartum Psychosis ..Iaitu keadaan dimana ibu2 mengalami gejala emosi tak stabil , Meroyan , Meraung. , Kemurungan selepas melahirkan anak .

Atas beberapa sebab yang mustahil , Memandang kan datin sudah berumur lewat 40 An , ditambah pula dengan keadaan hormon yang kurang stabil selepas bersalin.. Boleh menjadi punca postpartum psychosis

Namun , Aku bersyukur , Akhirnya semua selamat . Bayi yang dilahirkan pun sihat . Keadaan vital datin pun dah mula stabil .

Cuma emosinya sahaja . Datin bagaikan tidak berminat untuk mendukung anaknya , Sister pula terpaksa membantu bayi tadi untuk menyusu dengan ibunya

Datin terlantar keletihan .. Tidak menghiraukan apa apa disekelilingnya ..

Setelah siap menyusu , Bayi tadi disuntik dan dihantar ke bahagian pediatrik ( Kanak kanak )

Dengan keletihan datin , Aku dapat rasakan .. dari raut wajahnya .. Bagaikan datin sedang leka termenung tak tentu arah .. Kemudian tertidur ..

Aku sebagai doktor perubatan , Memang percaya dengan postpartum psychosis . Apa lagi yang boleh aku katakan ?

�namun persepsi itu sedikit berubah bila keesokkan harinya .. Aku mencari dan berjumpa dengan misi fizah di wad bersalin

“ Misi fizah .. Saya nak tanya sikit, Semalam saya perasan awak macam pelik skit .. Mula2 dekat wad kelas 1 .. Awak tiba2 keluar lari dari bilik tu .. Kemudian dalam bilik bersalin .. Awak tenung pada saya .. Dan tiba2 mengalih arah lain … kenapa eh ? ..” Tanya Aku , Tak sabar ingin tahu

Misi fizah tiba2 bertukar raut wajahnya
Pucat serta merta , Badannya sedikit menggigil … Bibirnya terketar2

“ Hmmm …. Tak ada apa lah doktor .” Balas Misi Fizah

“ Jangan macam ni , Awak kena kasi tau saya , Penting untuk pesakit ni .. Awak nak tanggung dekat akhirat nanti ? Mana tau kalau info ni boleh bantu pesakit ?” tanya aku lagi

Akhirnya misi fizah akur

“ Sebenarnya , Masa dekat wad kelas 1 , Benda yang saya pernah nampak 3 tahun dulu … Datang semula … “ Balas Misi Fizah

“ Hah ? 3 Tahun dulu ? Maksud awak 3 Tahun sejak bilik itu dikunci ?” Tanya aku

“ Ya doktor .. Dulu saya pernah nampak jelmaan ni … “ Balas Misi fizah

“ Macam mana rupanya ?” Tanya aku

“ Hmmm Masih sama macam dulu , Rupa paras yang kurus kering , Rambut kerinting menjurai .. Muka yang tidak berwajah , Tangan panjang , Kaki pendek dan sentiasa merangkak , Kalau berjalan pun senget menyimpang…” Balas Misi fizah

Sejenak selepas penjelasan misi fizah
Jantung aku terus berdegup laju tak terkira ..
Bulu roma mula menegang , Mencanak sehingga ke belakang leher ..

Aku hanya mampu menelan air liur ..

“ Awak nampak tempat yang sama ? Tandas bilik yang sama ?” Tanya aku

Misi fizah mengangguk ..

“ Ya , Benda tu memang selalu ada dalam tandas bilik tu … Masa saya nampak tu , kelibat tu tengah menjilat2 sambil kepalanya masuk dalam mangkuk tandas .. Sambil muka nya berlumuran darah doktor ..” Balas misi

Aku dengan tak semena2 menjadi tak keruan .. Sambil aku juga turut meraba2 bahu ku sendiri ..Seram ..

Jadi apa berlaku dekat bilik bersalin masa proses bersalin … Saya perasan awak macam menoleh ke arah lain ..

“ Kelibat yang sama ?” Tanya aku

Misi fizah mengangguk

“ Kelibat tu betul2 ada dihadapan dada doktor , Sementara doktor jahit , Masa tu lah dia menjilat darah2 yang sedang berlumuran , Dan kelibat itu menjadi semakin ghairah selepas uri pesakit dikeluarkan … Saya tak sanggup tengok kerakusan kelibat itu doktor …” Balas Misi fizah
�aku menjadi semakin tak keruan ..

“ Habis tu benda tu pergi mana ? “ Tanya aku

“ Kelibat tu merayau2 dalam bilik tu , Dekat mana ada darah , Dekat situ lah dia menjilat .. “ Balas Misi …

Aku tak mampu lagi untuk mendengar
Adakah benar ini semua ?

Susah untuk aku terima sesuatu yang bercanggah dengan fakta sains ..

Jadi aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengan sister rohaya

Aku terangkan semua yang diceritakan oleh misi fizah . Untuk mendapat kan kepastian Dari Sister rohaya.

“ Ini kah punca bilik kelas 1 itu di kunci ? “ Tanya aku ..

“ Hmm kalau atas notis hospital , Bilik tu ada masalah teknikal paip oksigen, dan beberapa renovasi yang perlu dilakukan ..” Balas Sister ..

“ Tapi … Menurut cerita lama … Lain ceritanya … Bilik itu dikunci sebab ada beberapa pesakit yang masuk , Bagaikan dirasuk , Dan bila dengar cerita mereka .. Kelibat yang mereka nampak sama dengan apa yang misi fizah nampak .. Walaupun ada beberapa misi yang pernah terserempak dengan kelibat ni dulu pun , Huraikan rupa bentuk sifat kelibat ni sama sengan seperti yang lain … Jadi sebelum ni ada ustaz pakar yang datang untuk kunci kan bilik tu ..” Balas sister rohaya lagi

“ Oh .. Setahu saya .. Bilik tu memang dikunci sebab paip supply saluran oksigen .. Tapi saya benarkan buka sebab kita ada portable oxygen tank .. Tak sangka pula lain ceritanya..” Balas Aku

“ Hmmm , Apa yang misi fizah nampak semalam , Saya dah tahu .. Misi fizah ada cerita semuanya dekat saya .. “ Balas Sister Rohaya

Aku mengangguk ..

“ Tapi ..” Tiba tiba sister rohaya bersuara

“ Tapi apa sister ?” Tanya aku

“ Tapi ada satu benda yang rasa doktor tak tahu … “ Balas Sister

“ Hah? ! apa dia ?” Tanya aku sambil terbeliak mata ..

“ Mungkin misi fizah tak berani nak kasi tahu doktor …

“ Sebenarnya selepas selesai proses bersalin tu , Kelibat tu ada berpaut pada kaki doktor , Sambil menjilat2 selipa doktor yang terkena percikkan darah tu …

Jadi saya , Nak cadangkan doktor pergi mandi semula bersih2 , Solat , Dan baca lah ayat2 suci yang patut ..

“ Doktor tak rasa ada benda yang pelik semalam ?” Tanya sister rohaya

“ Hmmmm , Agaknya lepas prosedur tu saya terlalu letih .. Saya tak sedar terus tertidur dalam
bilik oncall … balas aku

“ oh !! Sekejap !!! baru saya teringat … Patut lah sebelum saya tidur , Saya macam nampak ada bayang2 lalu dekat tingkap .. Saya anggapkan bayang2 lampu kereta ..

.. Dan…

“ Patut lah malam tadi saya tidur .. Bilik saya bau hanyir …” Balas aku sambil mata aku terbeliak .. Badan aku mula menggeletar …

“ Hmmmm sister tahu tak apa jadi 3 tahun yang dulu ?” Tanya aku

Sister rohaya memandang ke arah aku ..

“ Dah pergi mandi semula , Solat dan banyakkan baca ayat ayat suci al quran ya ..” Balas Sister Rohaya

Sambil tersenyum melihat ke arah aku …

Apa yang terjadi pada datin keesokkan harinya ?

Datin diletakkan di bawah jagaan pakar , Aku tak dibenarkan masuk , Dan hanya segelintir staf 2 yang terpilih sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam bilik wad kelas 1 itu ..

Aku tak tahu selanjutnya sehingglah datin dipindah kan ke hospital pakar swasta yang lain ..

Tapi apa yang aku tahu..

Bilik kelas 1 yang telah dikunci selama 3 Tahun lepas

Kini telah terbuka

Dan Kelibat itu telah kembali semula ..

Wallahualam …

Mesti ada yang tanya , Apa pula yang terjadi 3 tahun dahulu ?

Tengok lah kalau banyak share ,
Baru datang rajin ,
Semangat sikit nak menulis ..

. Walaupun cerita ini dikongsikan pada aku . Anggaplah ia sekadar cerita untuk hiburan bacaan .

BACAAN LANJut , Dan siri Kisser ( Kisah Seram ) . Klik link di bawah

https://dryazeedhairi.com/category/kisser/siri-kisser/

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.