KISSER : 33

KISSER 33
MISTERI DISEBALIK HOTEL TOKYO BARU
Tahun 2002 , Kota Bharu . Kelantan

Pasti ramai yang tak tahu kewujudan hotel ni ,

Kisah ini berlaku 17 tahun yang lepas semasa aku mengembara secara solo serata malaysia .

Aku tak pasti sejak bila hotel ini telah ditutup .

Cerita ini hanya lah kisah yang aku lalui , Bukan berniat untuk memburukkan mana mana pihak .

Mungkin ilusi ? mungkin paranoid .. atau ianya kebetulan …

Tahu tak kenapa kedai kopi disebelah dinamakan tokyo juga ?

Mungkin ada kaitn dengan nama sejarah nama hotel tokyo baru yang pernah wujud satu ketika dahulu…

17 Tahun yang lepas , aku menyahut cabaran ayah ku untuk mengembara secara solo , ke seluruh semenanjung malaysia ..

Perjalanan Aku bermula dari kuala lumpur , Terus ke taman negara , Aku lanjutkan terus ke cherating dan akhirnya tiba di kuala terengganu .

Setelah semalam menginap di kuala terengganu , Mengikut jadual yang aku rangkakan dari buku lonely planet , tiba lah masa buat pertama kalinya untuk aku memijakkan kaki di kota bahru .

Tak tahu bagaimana rupanya kota bahru itu .Tak sabar rasanya untuk tiba .

Bas aku dijadualkan pada jam 5 petang , Aku akhirnya tiba di kota bahru jam 830 malam.

Meriah sekali , seperti biasa, perkara yang paling penting adalah mencari tempat menginap ,

Tak jauh dari stesen bas , Sign board yang agak besar , Membuatkan mata aku terpaku ..

Hotel Tokyo Baru ..

aneh .. Nama nya yang sangat unik menarik minat aku …

Setiap lubuk minda tidak sabar untuk melihat lebih mendalam , Apakah keunikan disebalik nama hotel tokyo baru itu seakan akan nama dari bandar Gah jepun .

“ HOTEL TOKYO BARU “.. Dengan harapan interior design macam dekat tokyo .. walaupun aku tak pernah sampai ke tokyo

Aku melangkah kan kaki masuk ke dalam hotel itu

Perasaan bagaikan ada sesuatu yang tak kena , mungkin kerana impresi pertama .

Segalanya nampak usang , Perabot perabot kayu yang lama dan gusar .

Mahu berpatah keluar , Hari makin lewat .. Dengan mengusung beg yang berat ini , Tak mampu rasanya untuk keluar memburu penginapan lain .

“ Ah , Ok lah ni … Tidur sini je lah , Esok cari hotel lain ….” bisik hati

Berdiri dimeja kaunter seorang lelaki , Yang berumur lewat 30 an .

“ Salam bang , Nak tanya.. bilik ada lagi ? “ tanya aku

“ Ada.. Kau nak bilik air cond ke kipas, Kalau air cond rm 70 semalam , Kalau kipas rm 50 je ?” tanya lelaki dikaunter …dengan wajah tanpa reaksi

“ Kipas je lah bang , Budjet cukup2 je ni ..” balas aku ..

“ Kau sorang je ? Kau yakin ke ?” tanya abang tu

“ Iya lah bang , mestilah yakin ..kenapa bang?” balas aku

“ hmmm , Tak ada apa lah .. Tak nak bilik aircond ke ? sejuk sikit ?” balas lelaki tadi

“ Takpe lah bang , Saya ni merantau , duit cukup2 .. nak sponsor lagi 20 ringgit ke ?” tanya aku senyum

Lelaki tu pun senyum tanda tidak setuju..

Sementara menunggu lelaki itu menyiapkan kunci bilik aku …

mata aku terpanah pada siaran televisyen , Berita tentang nahas kemalangan bas …

“ Nah kunci … “ Aku tersentak , menoleh kebelakang

“ Kenapa terkejut sangat. ni ? “ tanya lelaki itu

“ Bukan apa bang , Patut saya naik bas pagi tadi , tapi terlepas bas tu .. Tapi nasib saya baik , bas yang saya terlepas tu lah yang eksiden .. tuu tengok dalam berita tu .. mangsa seat hadapan semua menginggal .. bas remuk ..” jelas aku sambil melihat lelaki yang sedang terpaku melihat berita itu ..

“ Ok lah .. terima kasih bang , Saya naik dulu ..” balas aku

“ Tingkat atas sekali tau , Naik tangga belah sana …” balas lelaki itu

Pasrah .. Aku berserah . dengan budget kewangan yang tak seberapa … aku gagah kan juga mengusung beg yang berat , menapak naik hingga ke tingkat atas …

Perlahan aku membuka pintu ..

Gelap gelita , Aku meraba mencari suis lampu ..

Dalam rabaan itu , Aku terasa sesuatu yang lembut … Aku tersentak …

Aku raba lagi ,

Akhirnya aku jumpa butang butang suis kecil itu ..

Aku buka lampu ..

bilik yang agak basik , Katil bersaiz bujang , Kipas yang sudah pun usang .. ada sebuah pintu lagi dihujunnya ..

Bertingkap kan kaca ..disebelah

Rasa seram itu mula merasuk , Namun aku abaikan jua ..

Aku pun masuk mandi .. dan bersiap ..untuk keluar ,mencari juadah buat makan malam ini .

Terdetik , Aku tertanya apakah fungsi pintu dihadapan sana ..

Dengan rasa ingin tahu yang kuat. Aku pun berjalan , Kearah pintu itu dan membukanya ..

“ Wow ! atas bumbung rupanya ..!” bisik aku

“ esok pagi nak bangun awal , Boleh layan matahari terbit ni ..” bisik hati mula gembira

Aku pun terus berjalan keluar ..
Gelap gelita , Namun biasan cahaya lampu diluar , Menyuluh langkah ku hingga kehujung atap hotel itu

Indah ! Satu permandangan sekitar kota bahru yang indah .. Dipenuhi dengan lampu lampu jalan .., betapa sesaknya kota baru ini …

dari situ aku dapat melihat kemeriahan pasar dihadapan stesen bas itu

Tak sabar rasanya untuk merasakan makanan lokal kota bahru …

Lebih kurang jam 11 malam , Aku pulang semula kehotel …

Aku pun bersedia untuk tidur …

Suis lampu aku tutup .. Semuanya gelap ..

Sudah menjadi kebiasaan aku perlu tidur dalam keadaa gelap ..,agak sukar untuk tidur dalam keadaan yang terang…

Aku perlukan suasana yang gelap gelita

dan Sunyi sepi …

Namun mata mula menular nular melihat sekeliling …

Cuba mencari paksi selesa ..

Aku mula melelapkan mata..

Tak lama selepas itu …

Dalam usaha aku untuk cuba tidur itu …

“ tap” Bunyi suis … bagaikan ditekan

“ siapa pula tekan ni ..” bisik hati , Mata dah mula menular semula.. Telinga peka bak burung helang ..

Kipas siling tadi mula berpusing dari laju , Dah mula perlahan ..

“ kenapa pulak suis kipas ni boleh tertutup .,” bisik hati

Aku mula , bangun , Menyandarkan badan dikepala
katil .. Cuba mencari punca

“ Tap” Sekali lagi

Aku tersentak lebih dasyat , Aku mula meraba mencari selimut , Aku menyusur badan masuk kedalam selimut semula..

Kipas itu bagaikan hidup semula , Dan berpusing seperti biasa..

“ Aduh siapa main suis pulak ni..” keluh hati …

Badan mula menggigil ,

meremang satu badan

tiba tiba ..

Bunyi yang datang dari belakang

“ Knock knock ..!” Satu ketukan pintu yang halus ….

Aku biarkan ..aku amati seketika ..

“ tap tap tap …”

, Satu bunyian tapak kaki yang sedang berjalan diluar ..

“ Bunyi ketukan pintu orang bilik sebelah kot ..” bisik hati

Kini aku berasa lega , Ada juga peneman orang sebelah malam ni

“ Knock knock “ Bunyi pintu lagi ..

“ bunyi pintu aku ke orang sebelah ni ?” tanya dalam hati ..

aku pun bangun … Berjalan ke arah pintu , Membuka suis lampu ..

Aku buka pintu itu , Aku jenguk diluar semula ..

Gelap .. Tiada siapa siapa ..

Aku tutup…

Aku mengintai bilik sebelah , Sekilas sedikit biasan cahaya yang datangnya dari bawah pintu ..

“ orang sebelah lagi la ni , Baru balik kot..” bisik hati

“ knock knock “ aku tersentak semula ,terus aku mengangkat selimut , berselubung ..

Menggigil , badan mula berpeluh …

Kali ini jelas ketukan di pintu aku …
Bukan dibelakang .. Tapi pintu hadapan … menghala ke arah atap bangunan …

Aku menoleh , Aku cuba merenung .

“ Knock knock ..” Bunyi itu datang lagi dari hadapan ..

Aku sudah mula berang , Benak hati yang tadi nya takut mula marah .

“ ni apahal pulak ketuk pintu depan belakang ni … “ bentak hati

Aku terus bangun meluru berlari ke arah pintu itu dah terus membukanya

“ Tiada siapa .. Hanya permandangan gelap gelita di atas bumbung ..

Aku tutup semula , Aku berjalan ke arah katil ..

Baru sahaja beberapa langkah ..

Ketukan itu datang sekali lagi

Aku terus menoleh. berlari secepat mungkin , Aku terus membuka pintu itu ..

Sekali lagi..

Tiada siapa ,

Aku melangkah keluar …

Aku melihat sekeliling …

Tiada apa apa ..

Namun nun disatu sudut dihujung penjuru sana , Satu kelibat yang telah mencuri perhatian aku

Aku amatinya sekali lagi

bayangan Seorang lelaki yang sedang menyapu ..Tak pasti linkungan umurnya ..

sedikit membongkok .. membelakangi aku

Sambil aku menjerit ..

“ saya nak tidur lah , Dah lewat malam ni jangan kacau orang boleh tak ! jerit aku marah …

“ Psycho betul ! Nak tidur pun tak senang .. Esok aku nak komplen kau .. siap lah !” bisik hati

Aku mula pasangkan “ earphone “ ditelinga .. Aku memainkan lagu kegemaran pada “ Walkman “ aku sehingga lah aku terlelap tidur ..

Pagi itu , Seperti yang dirancang tidak menjadi. Aku telah terlewat bangun .

Matahari dah mula tegak mencanak

Biasan cahaya matahari yang terik menembusi bilikku , Dan terus menerjah pupil mata ku ..

“ adoi terlambat bangun !!!! tak dapat aku nak layan matahari terbit .. Potong stim betul la mamat cleaner semalam .. “ bisik hati

aku pun bersiap , Untuk “ Check out” dari hotel

Setibanya aku dikaunter

“ Nak check out ya?” tanya lelaki di kaunter

Kali ini lelaki lain..

Dengan rasa tidak puas hati, Aku luahkan..

“ Bang , siapa cleaner dok sapu bumbung malam malam ? Takde kerja ke main ketuk2 pintu …” luah aku..

“ Cleaner ? cleaner kacau ? Hmmm tapi ..” balas lelaki tadi

“ Tapi apa ? Ye lah. saya nak tidur pun susah , sampai terlambat bangun dah ni ..” balas aku

“ Tapi … Tapii kita … Tak ada cleaner kerja malam .. Awak salah tengok ni ..” balas lelaki tu ..

Aku mula terbeliak …

“ Habis tu siapa ketuk pintu saya , Pintu masuk pun ada orang ketuk , Pintu depan luar pun orang ketuk …” balas aku

“ tak pasti pulak saya ..” balas lelaki tu ..

“ atau pun mungkin orang bilik sebelah tu , Saja kacau saya .. Cuba awak check siapa duduk sebelah .. Entah entah mabuk kot ..” balas aku cuba bertenang

“ awak bilik mana ? Bilik berapa ? Mintak sini kunci bilik ..” balas lelaki itu ..

“ Saya bilik 9 … “ Balas aku ..

“ Eh , dekat dalam buku register ni , Patutnya awak bilik 6..” balas lelaki itu

“ Iya lah bang , Saya bilik 9 , cuba tengok dekat keychain kunci tu .. Kan bilik 9 tu ..” balas aku ..

“ hmmmm ….. Sepatutnya … 6 , Mungkin lelaki semalam tu baru , dia tersilap kasi bilik 9 …” balas lelaki tu

“ Tapi tak kesah la bilik 6 atau bilik 9 …, bukan ada beza apa apa pun “ balas aku

“ Sebenarnya .. Saya nak mintak maaf , Patutnya bilik 9 ni , kita dah sebulan lebih tak sewa kan .. “ balas lelaki itu

“ kenapa ? “ tanya aku tergamam mula meremang semula

“ Saya nak cerita pun , susah .. ramai customer kata bilik tu keras ….tapi yang pastinya … dulu ada kes .. tapi kes itu tak ramai yang tahu …saya sendiri tak pasti , bos pun tak cerita panjang ….” balas lelaki tu tadi ..

“ ok .. takpelah , Nak buat macam mana … Hah .. cuba check siapa duduk bilik sebelah saya semalam ?” tanya aku lagi

“ Hmmm … Sebenarnya .. , Tak ada customer lain yang ambil bilik kipas …,

melainkan …

“hanya awak seorang sahaja dekat tingkat atas tu …..”

Balas lelaki itu .. terkebil kebil sambil menunduk kebawah ….

—-/////——————
p/s Siapa yang kenal Pak Din Tokyo ,tolong kirim salam ..SIAPPP !!!!!

Dr Yazeed Hair Johari

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.