Kisah Seram Pesawat

SIRI NYAWA

KISAH SERAM PESAWAT

Lebih kurang 8 tahun yang lepas .. Masa tu aku dalam perjalanan pulang dari dubai ke singapura .

Tujuan aku ke dubai masa tu , semata mata nak tengok dan pegang unta secara “ live “ ..

Masa tu aku naik Singapore Airline..
Perjalanan agak lama , Tak silap lebih dari 8 jam …

Aku pergi dengan makcik aku masa tu , Makcik aku pun tak pernah tengok unta , Maklumlah , Zoo singapore kan hanya ada burung dan rama rama …

Jadi kami mengambil keputusan untuk ke dubai …
Puas .. Aku dapat pegang unta , Dapat duduk atas unta , dan makan daging unta …

Ok berbalik pada cerita ..
Kebetulan dalam flight masa tu tak ramai orang …
Sesudah pesawat terbang , Aku terus berpindah baring dibelakang …4 seat kosong … Ya allah , Rasa lebih baik dari bisnes class…

Apa lagi , Aku pun tidur …

Bolah tahan lama juga aku tidur , Lagi 2 jam dah nak sampai di singapura..

Aku ada juga terdengar beberapa jeritan riuh dari pramugari ..

“ Any doctor here !!” Jerit salah seorang pramugari …

Disebabkan aktiviti dipadang pasir tadi sangat memenatkan .. Masa tu aku pun agak mamai .. Mungkin aku bermimpi …

Aku tidur semula,
Aku mula lelapkan mata …

“ Any doctor here ?” jerit pramugari lagi

aku terjaga…
“ Eh dah kenapa ni ?” bisik hati

“ Mungkin ada orang sakit kot .. “ bisik hati sambil aku mengintai pada lorong
“ aisle “.. Dari jauh nampak seorang lelaki berkulit putih , Segak dengan kemaja nya bangun dari tempat duduk berjalan menuruti lorong aisle…

“ Ok , Mungkin dah ada doctor yang volunteer bangun ..” Bisik hati

Aku pun apa lagi .. Sambung tidoq !!
Yelah , Kita ni dah dibiasakan dari kecil , Asal Mat Saleh je mesti hebatkan .. Kadang kadang sampai membuatkan kita rasa lebih kecil dihadapan mereka …

Budaya di Malaysia terlampau mengagungkan mat saleh .
Jadi aku pun biarkan la doktor mat saleh tu rawat pesakit …

Tak lama selepas tu ..

Satu tepukan di bahu .. “ Tap tap tap “
sekali lagi , lena aku diganggu..

“ eh , Bangun lah , ada orang sakit depan tu , Dorang cari doktor ..” Balas makcik aku ..

Aku bukakan mata ..
“ alah , Tadi kan ada doktor mat saleh pergi tengok ..?” tanya aku

“ Entahlah , Kau pergi la tengok skali .. “ Balas makcik aku ..

“ Ala , Biarla mat saleh tu , Dia kan power rangers ..” Balas aku ..

“ Ishh kau ni !” Balas makcik aku

“ The doctor is here !!” Jerit makcik aku ..

Aku terkujat disitu , tergamam …

“ Whatt !!!” Dalam hati …

Pramugari dari hadapan , mula bergegas , berjalan ke arah aku …

Aku dahla dengan muka yang serabai , Rambut yang kusut dah macam zombie ni lagi …

“ Hi , You are the doctor ?” tanya pramugari

“ Erm .. Yes .. But im only kampung doctor ?”.. Balas aku

“ what ??” pramugari tu mula tercengang

“ no no , Im joking..” balas aku sambil tersenyum

“ Yes im a doctor ? what do u have for me ?” Tanya aku

“ We have one patient at the frontseat .. Shes having difficulty breathing , Can u have a look ?..” Balas pramugari tadi ..

“ Oh , Ok … Sure no problem ..” Balas aku

Aku pun dengan lemah dan longlai berjalan kearah kerusi pesakit

“ Okay we got a doctor here !” jerit pramugari..

Semua yang duduk dihadapan , menoleh ke arah aku yang selekeh ala zombie ni ..

Segan gila masa tu , Semua tengok kau macam alien ..

Ada yang tunduk senyum .
Ada jugak mat saleh yang buat muka tak confident .. Ikut hati nak je aku tanya …

“ Hang dok tengok aku pasaipa?? …

Akhirnya aku tiba di kerusi pesakit
Pesakit rupanya seorang wanita melayu , Lebih kurang umur 50-an bertudung sedang sesak nafas …

Warganegara singapura

Mat Saleh tadi pulak, aku tak tahu dia buat apa , Dari tadi dia tanya soalan dekat makcik tu .. dah la makcik tu tercungap sesak nafas …

“ Hi , Im Doctor Yazeed , What do you have for me ?” Tanya aku

“ She’s having shortness of breath ..” balas mat saleh tu

“ Yes , I can see that , Can u tell me the history ?” Tanya aku

“ History ? What history ?” tanya mat saleh tu pada aku balik

“ Aik , Aku tanya dia , Dia tanya aku balik .. Salah ke english aku ni Ke aku sleep walking? “ bisik hati

“ Patient history … can u tell me ?” Tanya aku lagi

Mat saleh tu nampak terkedu ..

“ wait , Are u a doctor ?” tanya aku

“ Actually im not .. im just trying to help ..” balas mat saleh tadi

“ Ohhh , Ok baru aku faham kenapa pramuragi masih lagi mencari doktor .. tak ada doktor lain ke selain aku dalam pesawat ni ?” bisik hati

“ oh ok then , Its ok , im taking over from here .. but , can u help me ?, What is your name by the way ?” Tanya aku

“ Im john ….Yes sure i can ..” Balas mat saleh tu

Fuh perasaan tu memang best , aku boleh beri arahan pada mat saleh … Inilah peluang aku nak arah dia buat itu ini .. Har har har

“ Now i want you to collect all medicine from passenger…All !! Do you get me when i said All ?” tanya aku

John mengangguk dan menuruti perintah..

John pun bangun ..
Dia membuat pengunguman kepada semua , Siapa yang ada bawa ubat atas pesawat , Sila keluarkan untuk di kumpul ..

Dalam masa yang sama , Aku minta Topeng oksigen diturunkan dari atas cabin..

Aku pasangkan topeng oksigen itu pada pesakit …Nampak pesakit bernafas dengan lebih lega ..

Aku arah kan pramugari untuk bawa segala alatan perubatan yang ada diatas pesawat ..
Nasib baik ada stethoscop..

Aku mula periksa satu pesatu , sambil aku tanya pesakitdengan lebih terperinci .. Jika pesakit ada penyakit lain sebelum ni , Kenapa tiba tiba sesak nafas dan sebagainya..

Namun , Alat alatan sangat terhad di atas pesawat .. Aku hanya ada stethoscope. thermometer , Dan topeng oksigen ..
Apa sangat lah yang kau boleh buat dengan benda alah ni kan ?

Rupa rupanya , Pesakit memang dah demam 2 hari berturut2 , Sebelum ni pun ada rasa susah bernafas , tapi tak lah seteruk ini …

Masa tu suhu badan 40 deg celcius
Aku sangkal kan jangkitan paru paru
Tambahan pula , Bunyi pernafasan melalui stethoscope tu pun ada bunyi
“ crepts” … Ada juga kemungkinan Emboli .. Tapi pesakit tak ada buat apa apa aktiviti yang melibatkan air .

Nadi degupan jantung pun agak laju ..
Provisional diagnosis masa tu lebih kepada pneumonia ( Jangkitan paru-paru ) .. Tak kisah lah jika diagnosis berlainan ..

Janji masa tu aku perlukan pesakit bernafas dengan lebih baik …
Tiba tiba , Sedar tak sedar , Makin ramai pula orang yang mula berkerumun

Terjenguk jenguk ..

aku halau semua mat saleh tu duduk tempat masing masing .. Memang syok masa tu ..

“ sir , go back to your seat …!!, Dont mess the space !” Setepek aku sound dekat muka mat saleh yang sebuk berkerumun ni …

Bukan apa , Bila berlaku perkara macam ni , Kalau boleh elakkan dari berkerumun ramai ramai , Pesakit perlukan ruang yang luas , oksigen ni bukan masuk ikut mulut dan hidung je , Jika perlu , Badan kau akan cuba serap dari permukaan kulit , Walaupu tak banyak , Tapi sekurang kurangnya untuk dapatkan juga bekalan oksigen .

John datang dengan ubat ubatan yang dikumpul oleh passenger ..

Ada antibiotik , Ubat demam , steroid , Ubat anti histamin dan macam macam lagi … Boleh lah masa tu aku rawat dia secara oral route medication …

Aku duduk disebelah pesakit ..
Aku kira nadi , dan pernafasan setiap 15 minit ..

Sambil aku godek lah apa apa barang bantuan perubatan yang disediakan atas pesawat ..

aku rasa nak campak keluar je semua
Benda yang tak penting , First aid kit cuci luka .. Ubat sapuan Iodin , Lepas tu bandage .. Paling kuat pun Ada ASPIRIN ..

WHAT !!!?
itu aje ???

Kapal terbang punya lah besar .. Itu je yang ada ?

Lagi satu , apa yang aku perhatikan , Pramugari tu pun , Tahu ke tidak basic life support ?

First sekali kau nampak pesakit sesak nafas , Jangan panik , Kosong kan ruang , Bangunkan pesakit bersandar 45 degree, pasang oksigeng mask cepat2 ….

Syukur alhamdulillah , Pesakit lebih lega , Bernafas lebih baik , Suhu Demam semakin menurun …

Kalau ikut kan dijangka tiba 10 malam , Tapi aku lihat jam , 9 malam dah selamat mendarat …

Aku panggil pramugari tu , untuk telefon doctor incharge di airport …

Aku pun refer lah pesakit tu …
Siap sahaja pesawat parking.. Team perubatan dah sampai ..

Fuh lega … Beban aku dah selesai
Bukan apa , Aku takut sebenarnya ..

Kalau apa apa terjadi atas pesawat tu , Aku yang harus dipertanggung jawabkan ..
Aku lah yang kena jawab nanti ..
Tak sanggup aku nak hadap peguam lah itu ini …
Beban tu macam ada sebiji batu duduk dekat belakang selagi doktor lain tak ambil alih …

Captain pun buat pengumuman , Dengan ucapan terima kasih

Semua passanger bangun dan tepuk tangan .

Entah apa yang seronok. mungkin bagi mereka untuk menghargai nyawa ..

Tapi bagi aku lain . Bagi aku ..
Macam aku pula yang akan ditarik nyawa .. Takut !!!!

Pramugari tu kasi aku satu envelop ..
Mungkin tanda penghargaan ..

“ Wow ! dapat apa ni !! Dapat hadiah ke dapat tiket free ?” teka aku dalam hati

Tak sabar aku nak buka ….

Selesai saja keluar dari air port

aku buka envelop tu ..

“ Voucher inflight shopping 300usd
tapi syarat dia , “ valid on next travel with singapore airlines” kalau aku nak guna voucher tu .. Aku kena guna singapore airlines untuk penerbangan seterusnya …
Baru lah aku boleh guna voucher tu , tak silap voucher tu sah dalam masa 3 bulan

Nak suruh aku naik singapore airlines lagi lah tu

Tapi Memang aku takde plan lansung pun nak naik singapore airlines lagi ..
Aku dah puas main unta dekat dubai

Akhirnya voucher tu masuk ke tong sampah jua …

Pendapat aku , Setiap pesawat penerbangan kena sediakan alatan kecemasan yang mengcukupi . Nebulizer , mungkin satu kerusi yang boleh dijadikan katil rawatan , Tak kisah lah apa apa pun , Janji ada tempat yang “ proper “ untuk rawatan ..Sedikit alat pembedahan , dan beberapa jenis ubat emergency

Pramugari pula , Aku tahu mereka ada kursus untuk basic life support .. tapi bila ada kes depan mata , semua jadi kaku , Aku faham itu bukan kerja mereka .., Aku tak pasti berapa kerap training mereka ..tapi aku sarankan mereka dilatih dengan kerap … Hands on betul betul ..Supaya bila nanti dah terbiasa , Hilanglah rasa kaku tu …

Pada aku , pramugari singapore airlines masa tu nampak macam tak participate basic life support … Mungkin mereka panik atau tak biasa …

Bayangkan …
Kalau wanita kurus yang menipu , Kata mengandung belum matang , tapi sebenarnya perut kecil dah lebih 37 minggu .. nak terberanak atas kapal pesawat..
Macam mana ?

Setiap kali naik flight , Aku memang takut jika ada kes kes macam ni …

Seram !

p/s Dan orang awam pun patut belajar basic life support ! Orang awam pun wajib tahu!

Tak perlu jadi doktor untuk selamatkan nyawa orang , Kalau kau ada ilmu . Kau boleh bantu sesiapa saja yang dalam kesusahan …

Nanti aku buat kelas basic life support..
Nak join?

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.