KISAH PELADANG EPAL DAN ANAK PUNGUT

Kisah Peladang & Anak Pungut

Berkerut wajah seorang peladang epal yang sedang duduk diserambi rumahnya , Melihatkan seorang kanak2 yang daif sedang berjalan tanpa hala tuju sambil meraba raba perutnya .

Peladang tadi Pak Mail , Terus melambai dan memanggil anak kecil itu , kearahnya .

“ Nama kamu siapa anak muda , Kamu dari mana nak kemana ?” Tanya pak mail

“ Nama saya Ali …keluarga saya tak ada lagi , Ibu dan ayah sudah meninggal .. Saya merayau dari satu kampung ke satu kampung ..” Balas Ali

“ Pakcik .. Saya lapar ..” Balas ali lagi , Sambil ali menggengam tangan pak mail

Tanpa berlengah , Pak mail terus mengajak ali masuk ..

Pak mail siapkan makanan untuk ali

Memandang kan ali tiada tempat tinggal yang tetap , Mana kala pak mail pula sudah lama tingal bersendirian ..

Pak mail bertekad untuk mengambil ali sebagai anak angkatnya

Sejak dari hari itu , Pak mail lah yang menjaga ali ..

Kasih sayang pak mail pada ali saling tak tumpah bagaikan anak kandungnya sendiri

Makan , Minum , Pakaian .. Malah pak mail juga yang menanggung persekolahan ali .

Setiap hari selepas pulang dari sekolah , Ali akan membantu pak mail di ladang epalnya .

Banyak yang pak mail ajar pada ali …

Cara menanam , Cara membaja , Dan macam macam lagi ..

Ali seorang yang rajin dan amat terhutang budi pada pak ali .

Setiap hari mereka habiskan masa bersama diladang . Setiap detik .. Hanya pak mail dan ali .. Mereka bagaikan tidak boleh lagi dipisahkan …

Sehinggalah Ali tamat persekolahan .

Sejak dari hari itu Pak mail mula memberi ali gaji bulanan diatas jasa bantuan Ali di ladang …

Malangnya , Ali mula menjadi malas, tak seperti dahulu . Sering memberi pelbagai alasan untuk tidak membantu pak mail di ladang …

Pak mail sangkakan, Mungkin dengan kerja yang banyak , Gaji yang diberikan pada ali tidak cukup menyebabkan ali dah mula hilang motivasi untuk bekerja

Pak mail naikkan lagi gaji ali …

Namun ianya bukan lah salah satu penyelesaian yang bijak …

Malah semakin lama , Minat ali makin berkurangan .. Ali mula menjadi malas . Setiap hujung minggu ali akan ke pekan untuk berbelanja dan berseronok ..

Ali bekerja ikut masanya sendiri . Ali tidak suka lagi diarah oleh pak mail . Tapi gaji bulanan tetap diminta oleh ali

“ Ali kenapa kamu berubah .. Kami sudah tak suka lagi kerja di ladang ni ?” Tanya pak mail

“ Kerja di ladang tu banyak , Kenaikkan gaji ali tak setimpal walaupun pak mail baru saja naikkan .. Pak mail tak tahu ke barang semua dah mahal .. Barang yang ali suka semuanya mahal di pekan tu .. Sampai bila ali nak bekerja macam ni ? Tak boleh beli apa yang ali suka ..” Balas Ali

Pak mail menggaru kepalanya

“ Ali , Lebih dari cukup , apa yang pak mail berikan pada ali .. Cuma ali boros .. Beli semua benda ikut nafsu , Setiap bulan beli kasut , Baju baru , seluar baru … Penuh almari kamu . .. Kita sepatutnya berbelanja mengikut kemampuan kita .. “ Balas Pak mail

“ Tapi jika , Setiap hari kamu di ladang , Kamu akan belajar ilmu baru … Itu adalah lebih bernilai Ali …” Balas Pak mail

“ Jadi , Pak mail tak nak naikkan lagi gaji ali ?” Tanya ali lagi

“ Cukup sekadar ini .. Tapi apa yang pak mail boleh janjikan .. Pak mail akan ajar lagi ali macam2 teknik dan cara untuk jaga ladang epal ni ..” Balas Pak Mail

“ Pak mail untung banyak ! Tapi kedekut !” Jerit ali

Pak mail tersentak dengan jeritan ali

“ Ahhh sudah lah… Mulai dari hari ini .. Ali nak keluar dari tempat ni .. Ali boleh buka ladang epal ali sendiri . Ali sudah tahu semuanya..” Jerit ali .. Terus masuk ke dalam biliknya ..

Tak lama selepas itu , Ali keluar dari biliknya dengan beg pakaian .. Tanpa ucap terima kasih pada pak mail.. Ali terus berlalu pergi

Selepas 2 tahun tak mendengarkan khabar berita ali …

Pak mail berjalan mengelilingi kampung …

Dihujung sudut jalan …

Terdapat satu ladang epal yang lebih besar ..

Tapi pokoknya belum berbuah …

Pak mail berjalan mendekati ladang itu

Terlihat ali berdiri disitu sambil mengarahkan pekerjanya ..

Kedatangan pak mail .. Di sedari oleh ali

Pak mail terus melambai …

Rindu pak mail pada ali ..

“ Pak mail buat apa datang sini ? Nak sabotaj ladang ali ke?” Teriak ali pada pak mail

Pak mail terkejut , Riak wajah pak mail mula berubah dan suram …

“ Pak mail hanya nak bertanya khabar pada ali sahaja ..” Balas pak mail sambil menundukkan kepalanya

“ ahhh sudah lah… Saya tahu niat jahat pak mail … Oh by the way .. Ini ladang ali . Lebih besar dari ladang pak mail…. Sekarang siapa lebih pandai ?, Ali akan jadi lebih kaya lepas ni !!” balas ali dengan penuh bongkak dan riak

Pak Mail mengangguk …

“ Tahniah ali .. Pak mail bangga dengan kejayaan ali … Pak mail doakan ali lebih maju ..” Balas Pak mail terus beredar dari situ dengan kesedihan

Berlinang air mata pak mail , Bila dituduh oleh ali sebegitu rupa . Pak mail menganggp ali bagaikan anak kandungnya sendiri ..

Tapi , Apa kan daya .. Sifat ali .. Tiada siapa yang boleh mengubahnya ..

Berbulan selepas itu …

Ladang ali mula berbuah .. Dengan lebatnya ..

Epal dari ladang ali , Cantik bulatnya ,

Kulit luarannya merah pekat, menyala …

Beberapa Peraih ladang mula mengkhabarkan berita ini pada pak mail ..

“ Pak mail , Maaf lah .. Mulai dari hari ini. saya akan beli epal dari ladang ali .. Kerana bentuk buahnya yang bulat dan warna kemerahan yang cantik , Pak mail fahamkan .. Kita orang berniaga .. …” Balas Peraih

“ Tak apa lah , Bagus juga kamu support si ali tu ..” Balas Pak mail

Pak mail tersenyum ,

Turut berkongsi gembira ..

Ramai peraih yang mula berkejar untuk membeli buah di ladang Ali …

Namun , keesokkan harinya …

Pak mail terkejut melihat ramai peraih yang sedang menanti di hadapan rumahnya …

Pak mail bingung ..

“ Kenapa kamu semua kemari ..” Tanya Pak Mail

“ Kami nak bekalan buah epal ..” Jawab peraih

“ Eh, Bukan kah semalam kamu semua beli di ladang Ali …” Tanya pak mail lagi

“ Ya .. Kami dah pulangkan semua pada ali..” Balas Peraih

“ Tapi kenapa ?” Tanya pak Mail

“ Kualiti epal nya , dari luar nampak cantik .. Tapi tak manis lansung ! Rasa Tawar .. Kami tak mahu jual .. Sudah pasti ramai pelanggan yang akan pulangkan epal tu pada kami semula … “ Balas Peraih

“ Kalau tawar .. kenapa kamu semua beli ?” Tanya pak mail

“ Melihat dari luarannya .. kami agak epal itu sudah pasti manis .. Jadi kami semua berebut untuk membeli buah epal dari ladang ali .. Tapi malangya .. Indah khabar dari rupa ..” Balas Peraih

“ Kami nak beli semua dari pak mail ..” Balas Peraih

Pak Mail menggaru kepalanya ..

“ Minta maaf lah semua .. epal saya tak ada untuk dijual ..” Balas Pak Mail

“ Pak mail , Kami boleh nampak dari sini .. Ladang pak mail penuh dengan buah epal lagi .. Kenapa tak boleh dijual …” Balas Peraih

Tiba tiba .. Datang satu jeritan yang kuat dari belakang

“ Berdebah punya pak mail ! Tak sangka pak mail sabotaj ladang saya !!” Jerit ali memecah suasana

“ Tengok apa sudah jadi , Mereka pulangkan kesemua epal aku !” Balas ali dengan bahasa yang lebih kasar

Semua peraih terkejut dan memandang ke arah Ali yang datang dengan kemarahan secara tiba tiba ..

“ Ya allah .. Apa kau cakap ni ali .. Pak mail tak buat apa apa pun pada ladang kau ..” Balas pak Mail

Tiba2 .. Seorang peraih menghampiri pokok epal pak mail , Lalu dipetik sebiji epal

Peraih tadi mula makan , Dan mengunyah epal tadi .. Sambil terbeliak biji matanya

“ Tolong lah pak mail !! Jualkan epal ini pada saya !” rayu peraih tadi

“ Sedapnya pak mail ! Rangup .. Manisnya luar biasa ..” Balas Peraih

Ali mula tercengang !

“ Tengok tu ! Kalau tak ada orang sabotaj ! Kenapa epal aku tawar .. Kenapa epal pak mail manis ! Padahal aku tanam sama sahaja caranya macam pak mail ajar dulu !!” teriak ali mula baran

Pak mail menggelengkan kepalanya

“ Kau yang sabotaj diri sendiri ali !” Jerit pak mail mula hilang sabar

“ Kau yang tinggalkan aku dari ladang ini , Lalu membuka ladang kamu sendiri !” Balas Pak mail

“ Habis tu ! Tak boleh ke aku nak ada ladang sendiri .. Tak boleh ke aku nak jadi orang kaya ?” Bentak ali lagi

Pak mail menggelengkan kepalanya lagi

“ Apa yang aku ajarkan pada kamu baru separuh sahaja .. Aku sudah berjanji pada kamu untuk ajar kamu lebih lagi diladang ini .. Tetapi kamu terus meninggalkan aku ..” Balas Pak Mail

“ Ladang epal bukan sahaja dengan teknik menanam , Dan membaja … Malah ada beberapa lagi teknik yang perlu dilakukan bila bunga buah sudah berputik .. Campuran baja , Jumlah air , Keadaan tanah , Dan cara menyuntik .. Semua nya memberi pengaruh pada rasa dan kerangupan buah epal … “ Balas Pak Mail

“ Malah kamu telah meninggalkan aku sebelum aku sempat mengajarmu ! Kamu kejar kan wang ringgit , Kamu tak sabar nak jadi orang kaya .. tanpa ilmu yang cukup ..” Balas Pak Mail lagi

Ali terdiam

“ Adakah itu salah aku lagi ?”

“ Adakah itu yang kamu nama kan sabotaj ?”

“ Ali , Kamu tak faham apa itu menjadi peladang , Bukan untuk jadi kaya .. Tapi peladang ini perlu ada ilmu … untuk hasilkan buah epal yang berkualiti . Bila buah kamu ada kualiti , Baru lah orang sanggup bayar ! Baru lah berkat usaha kamu tu ali, Baru lah berbaloi jadi orang kaya !” Balas Pak mail lagi

“ Kamu gagal bezakan Nilai Ilmu dengan wang ringgit ! “ Balas pak mail lagi

“ Tak sedarkah kamu , Nilai Ilmu itu .. Tinggi darjatnya ?” Balas pak mail

Peraih tadi menoleh pada ali

“ Aku tak kira . Aku nak semua duit aku semula ali … Kau boleh ambil semula epal2 kau ..” Balas Peraih …

Ali mula gusar …

“ Jadi pak mail .. Tolong lah jual kepada saya epal2 ni ..” Balas Peraih

“ Aku bukan tak mahu jual .. Tapi sudah ada saudagar dari amerika telah bersetuju membeli kesemua buah epal aku … dan aku dah bersetuju untuk bekalkan epal aku ini selama 10 tahun …” Balas Pak Mail lagi

“ maksudnya tanah lapang yang baru di bajak di belakang tu , Pak mail punya ? ..” Tanya peraih

“ Ya .. Mereka melabur pada aku untuk besarkan lagi ladang ini … Mereka perlukan bekalan yang lebih banyak ..” Balas pak Mail

Peraih tadi hanya mampu menunduk bagaikan lebai malang

Tapi yang lebih malang

Disaat ali mula meninggalkan perkarangan rumah pak mail dengan jiwa yang pasrah

Sempat lagi pak mail bikin panas …

“ Ali, Bayangkan kalau kamu masih lagi bersamaku … “ … Balas Pak mail perlahan berjalan kearah ladangnya itu sambil menyanyikan lagu

“ I got an apple .. I got a pen … Uhhhhhh ApplePen” …

——- Sekian

Jadi apa yang korang dapat belajar dari cerita ni ?

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.