Kisah Opah Episod 5 Part 3

SIRI OPAH 5 : TOYOL (Part 3 0f 3)

“Moh le ke ghumoh Pak Manap. Kome kata tadi ada orang kat sana!”, balas Pak Mustapa lagi sambil memulakan langkah.

“Yop! Sejak bila Pak Tape berani bebenor ni? Bukan ke sebelum ni Pak Tape tu penakot orangnye?”, soal Chor sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Aku hanya menjengketkan bahu lalu menyusur di belakang Pak Tape menuju ke rumah arwah Pak Manap.

“Ish kome ni.. Mana ada orang kat ghumoh tu.. Acer(cuba)nengok.. gelap sunyi je…”, kata Pak Mustapa sambil menyuluh ke arah hadapan rumah arwah Pak Manap.

“Tadi kitaorang memang nampak ada orang tadi Pak Tape..takkan ler kami semua ni nak nipu pulok.. siap dengor suara budok nangih(nangis) lagi”, balas Nyah.

“udoh ler.. Moh ngaji lekaih(lekas)! Nanti lewat pulak kome balik! Bising ayah kome nanti”, tokok Pak Mustapa lagi.

“Hah! Apa yang kome buat kat sini!”, jerkah seorang lelaki tua yang pernah aku lihat sebelum ini.

“Err.. kami dok nengok je ghumoh ni.. tak buat ape pun Tok!”, jawabku spontan.

Chor dan Nyah hanya membisu sambil menyorok di belakang aku manakala Pak Mustapa pula hilang entah ke mana.

“Nyah kome dari sini! Jangan beghani(berani) nak ke mari lagi!”, jerkah lelaki tua tadi sambil melibas kain yang disangkut di lehernya ke arah kami semua.

“Degheh (cepat) ler!”, jerkah lelaki tua itu lagi.

Maka dengan kuasa halilintar kami pun memulakan pecutan kilat hinggakan habis selipar kami tercabut dan hanya berkaki ayam apabila tiba di rumah.

“Kome udoh gi ngaji ke belum ni?”, soal ayah yang kebetulan sedang duduk di para bawah rumah.

“Dok sempat! Pak Tape pun ilang entah ke maner.. ada ke patut kitaorang ditinggainya. Tadi bukan main berani lagi dia ngajak kitaorang..  Ngelat(tak adil) betul!”, balas aku sambil mengelap peluh di dahi.

“Udoh kenape pulok ni? Kome kena kejor dek antu lagi ke?”, soal ayah lagi.

“Ader lelaki tua dekat ghumah arwah Pak Manap tu yah!”, jelas Chor lantas terduduk di atas tanah akibat kepenatan.

“Kamu ni bior benor.. Udoh lame ghumoh tu kosong.. bukannya ade sape pun nak duduk ghumoh tu.. bekas ghumoh orang mati kena bunoh kan?”, kata ayah lagi sambil mencekak pinggang.

“Iye ayah! Kami bertiga nampok… sebelum ni cume nampok lampu je.. orangnye tak ader.. tapi tadi siap dijerkahnya kami. Itu yang mencicit kami balik ni Yah!”, tokok ku pula.

“Pak Tape kome lari ke maner? Balik ghumoh dia ke?”, soal ayah lagi.

“Entah ler ayah.. masa tok tu marah kami, Pak Tape nye udoh lesap”, balas Nyah pula.

“Ayah, Tok tadi tu sebiji muka dia macam orang yang suruh ayah amek toyol dia tu yah! Kitaorang dengar suara budok kecik teghoyak yah”, balasku.

“Udoh! Moh naik.. esok ajer ler ayah gi nanyer(tanya) Pak Tape kome tu”, balas ayah lantas kami semua mencuci kaki dan masuk ke rumah.

Malam tersebut dirasakan sungguh lama. Begitu sukar untuk aku lelapkan mata. Terbayang-bayang wajah Pak Itam, sahabat ayah yang bersetuju menerima toyol tersebut tempoh hari.

“ape ler kabo si Pak Itam tu ye?”, bisikku sendirian.

*******************

“Udoh ler tu! Bangkit degheh (cepat) weh! Udoh suboh!”, terdengar teriakan ayah dari luar rumah.

Kami bertiga bangkit menuju ke bilik mandi di luar rumah dan bersiap sedia untuk solat subuh bersama.

“Yop, kamu yakin ke orang yang kamu nampak semalam kat ghumoh arwah Pak Manap tu orang yang sama?”, soal ayah.

“Rasanya orang yang sama Yah.. sebab Yop ingat dia ada pakai tangkal itam kat leher”, balasku yakin.

“Kamu nak ngikut ayah ke sana tak?”, soal ayahku lagi.

“Yop tak kisah ayah..”, balasku lagi.

“Ayah, kawan ayah, Pak Itam aper ceghita dengan dia ye?”, soalku tatkala sedang membonceng basikal bersama ayah.

“Entah ler.. Udoh senyap.. Tak ader kabo(berita)”, ayahku menjawab ringkas sambil melajukan kayuhannya..

“Tape.. owh Tape”, teriak ayah apabila tiba di bucu tangga rumah Pak Mustapa.

“Kamu Ad.. apekeinye kamu ke maghi(mari)?”, soal Pak Mustapa sambil menuruni tangga berkerudung dengan kain pelekat.

“Kamu ader dengar cerita dari jiran sebelah kamu tu?”, soal ayah pula.

“Arwah Pak Manap tu ke? Bukan ke arwah tu udoh dalam kubor.. nak nanya kabor apekebendanya”, jawabnya selamba.

“Aish kamu ni.. ke situ pulok dia! Teman nanya pasai ghumoh dia!”, getus ayah sambil menepuk dahi.

“Oh.. kenape tak dikabo awai(awal).. Semalam ader orang tua toben(Bangka) mana entah duk sergah.. teman aper lagi.. cabut ler!”, balas Pak Mustapa lagi dengan gaya bersahaja.

“Moh ler kita nengok apekebenda  yang jadi kat ghumoh tu! Teman risau benda tak baik je jadi kat sana”, tokok ayah lagi lalu terus menuntun basikal ke tanah.

Kami bergerak menuju ke rumah arwah Pak Manap. Kelihatan rumah tersebut semakin usang dan bersemak. Kayu juga kelihatan reput dan tidak terjaga.

“cer kamu intai dalam ghumoh tu Ad!”, desak Pak Mustapa sambil terjungkit-jungkit memerhati keadaan sekeliling rumah.

Aku dan ayah mula berjalan mengelilingi rumah tersebut. Kelihatan beberapa bekas berisi colok diletakkan di bawah rumah. Bau kurang enak juga mula menusuk hidung kami..

Perasaan berdebar mula manghantui diri..

“ayah, Yop rasa tak sedap badan la ayah”, aku cuba bersuara sambil menuruti langkah ayahku di hadapan.

“Hurm.. Moh ler kita balik dulu.. nanti kita ke maghi(sini) lagi”, kata ayah.

“Ad! Cer kamu nengok ni.. Ader bangkai ayam!”, jerit Pak Mustapa sambil menundingkan jari telunjuknya ke arah bangkai tersebut.

“Ish.. bukan ker ni tempat aku tanam antu raya dulu?”, balas ayah sambil mengerutkan dahinya.

“Ah sudah! Ni mesti koje(kerja) lelaki malam tu!”, tokok ayah lagi.

“Assalamualaikum Ad”, Pak Itam memberi salam di perkarangan halaman rumah kami.

“Waalaikumussalam! Baru je nyebut udoh sampai! Panjang benor umor kamu ye!”, balas ayah berseloroh.

“Aku ke maghi (mari) ni nak kabo sesuatu.. Toyol yang aku amek itu ari aku udoh bunoh.. tapi budok tu kata ader ghamai (ramai) lagi teman dia yang kena kurung dengan jantan aritu”, jelas Pak Itam tatkala ayah menjemputnya naik ke rumah.

“Kamu ni bior betul Tam.. Kamu percaya ke cakap setan tu?”, soal ayah yang ketika itu sibuk menguak daun jendela di ruang atas rumah.

“Iyer Ad.. dia ada kabor yang orang tua toben(Bangka) tu nak buat kecoh kat kampung kome ni.. dia nak lepaskan semua belaan dia!”, tokok Pak Itam lagi.

“Ish..  Tak boleh dibiorkan ni Tam.. abes kecoh kampung teman nanti.. ater aper nak dibuatnye lepas ni?”, soal ayah seakan ingin mengatur strategi..

“Seminggu lagi kita teghejah (terjah) ke sana.. kita nengok apekebenda yang dibuat si tua toben tu”, Pak Itam memberikan cadangan.

“teman setuju.. elok ler teman kumpulkan sekali orang-orang kat sini.. bior deme semua ni tahu angkara siapa”, balas ayah dalam nada geram.

Setelah seminggu berlalu, akhirnya malam yang dijanjikan telah tiba..

Kali ini beberapa rakan lain turut serta untuk menyelesaikan isu gangguan toyol di kampung kami.

“Tam, bukan ke kamu udoh selesaikan toyol aritu?” soal Tok Imam.

“Udoh.. toyol tu teman udoh bunoh.. tapi ada ramai lagi kawan dia yang kena ikat ngan orang tua toben tu”, balas Pak Itam sambil menggelengkan kepala.

“Uish.. kamu ni bior betul Tam?”, soal Pak Mustapa pula.

“iyer ler.. kita nengok ler nanti malam ni. Tahu ler berapa ekor toyol yang ditambat nanti”, Pak Itam bersuara lagi.

Kami terus bergerak menuju ke rumah arwah Pak Manap.

Kelihatan rumah tersebut gelap dan sunyi. Namun aroma kemenyan masih pekat menusuk hidung kami serta memenuhi udara di perkarangan rumah tersebut.

“Kome ingat pesan aku. Jangan lari! Ape pun jadi kome semua kena kuat! Faham?”, arah Pak Itam kepada rakan-rakan yang lain..

Maka Pak Itam mula menaiki tangga dan membaca doa. 

“Jangan kamu berani masuk!”, jerkah lelaki bersuara garau dari dalam rumah.

“Aku datang untuk hentikan perbuatan kamu! Kamu udoh menyusahkan penduduk di sini! Nyah kamu dan tinggalkan ghumoh ni degheh(cepat)!”, arah Pak Itam pula.

“Aku tak akan tinggalkan ghumoh ni! Markas aku udoh di sini!” bentak lelaki itu lagi.

“Kalau kamu berkeras, bior teman ajer yang bawok kamu dan anak-anak kamu keluor dari kampung ni!”, jerkah Pak Itam lagi.

“Kalau itu yang kome hajatkan, moh kita bertempor abes-abesan malam ni! Kome jangan ingat aku takut untuk berundur! Ghumoh ni hak teman!”, balas lelaki tua tadi dengan nada yang lebih keras.

Aku dan beberapa orang pemuda yang lain mula mengepung mengelilingi rumah arwah Pak Manap.

Begitu juga dengan Tok Imam dan Pak Mustapa walaupun pada riak wajahnya terpampang kerisauan dan ketakutan yang bakal dihadapi.

Prappp!!!!!!!!!

Kedengaran bunyi lantai papan rumah berkeriut dan seakan ingin runtuh.

Lelaki tua tersebut terus membacakan mentera yang tidak difahami sambil menyeru pelbagai nama..

“Uweekkkkkk!! Uwekkkkk! Uwekkkk!”

Satu- persatu bunyi tangisan bayi semakin jelas kedengaran.

Ayah dan Pak Itam sedang bersiap siaga di halaman rumah arwah Pak Manap. Kelihatan Tok Imam juga terkumat kamit membacakan ayat-ayat al-Quran barangkali.

“Nyah kau dari sini! Jangan kau berani hapuskan apa yang telah lama aku usahakan!”, lantas lelaki tua tersebut terjun ke tanah melalui tingkap hadapan. Malangnya, beliau tergolek sebelum sempat menekup kedua tapak tangannya ke tanah.

Semua yang berada di situ hanya menggelengkan kepala sambil menepuk dahi masing-masing.

“Ape ni Tok? Baru mula udoh fail(gagal)?”, tegur ayah.

Lelaki tua tadi terus bangkit membetulkan kain sarung di pinggangnya yang kian terlondeh menampakkan tali cawat di seluar..

“Uish! Apekeheinya ni?”, Pak Mustapa berbisik kepada aku sambil mengerling ke arah bawah rumah..

“Pak Tape ni.. cuber ler bawok bertenang! Cer nengok apa yang nak jadi dengan deme tu dulu”, balasku sambil menyenggol sikunya.

Kelihatan lelaki tua tadi memasang kekuda dan pencak silat. Begitu juga dengan Pak Itam.

Langkah pertama dibuka namun kaki lelaki tua tersebut tersadung di atas rumput lalu tersembam di kaki Pak Itam!

“Aik Tok? Tadi bukan main hebat lagi.. ini udoh second time fail!”, gelak Pak Itam lagi disusuli oleh gelak tawa beberapa orang pemuda yang lain.

“Kome diam! Aku debor(berdebar) ni! Sape buat bising aku luku(ketuk kepala menggunakan penumbuk)!”, kata lelaki tua tadi sambil bangun membetulkan langkahnya semula.

“Ape ni Tok? Nak bertarong ke nak buat lawok je ni?”, kedengaran suara salah seorang pemuda yang sedang berkumpul di situ.

Langkah demi langkah dibuka oleh lelaki tua tersebut..

“Aish! Aku ni udoh tua! Aku nak lepaskan semua belaan aku! Kome nak ke warisi deme (mereka) semua tu!?”, jerkah lelaki tua tadi sambil menunding ke arah muka pintu.

Kelihatan beberapa ekor toyol sedang duduk mencangkung menghadap kami di bawah rumah.

“Toyolll!!”, jerit Pak Mustapa lalu merangkak masuk ke dalam kain Pak Imam.

“Oi! Kamu ni udoh nape Tape oi! Udoh tua ganyut(bangka) pun masih penakot?”, soal Tok Imam sambil mengibas-ngibas kainnya.

“First time teman nengok benda alah tu Tok Imam oi!” balas Pak Tape sambil menekup mukanya ke tanah.

“Udoh! Bangkit deras! Tunjukkan yang kamu tu jantan bukannya pompuan!”, jerkah ayah, menggelengkan kepalanya melihat telatah Pak Mustapa.

Lelaki tua tadi terus membacakan mentera lalu toyol-toyol berkenaan kembali menangis seperti bayi kecil yang kelaparan.

“Cukup! Tok nak teman buat apa?”, bentak Pak Itam sambil menunjukkan isyarat berhenti.

“Kamu ambil deme(mereka) ni semua. aku udoh tua… bior ler aku mati dengan tenang”, Tok tadi berkata dalam nada yang sayu..

“Aduh.. udoh masuk episod sedih ler pulok”, tiba-tiba Pak Mustapa mencelah.

“Kamu ni Tape.. ader ajer yang nak dinyampuknye. Cube ler bagi peluang kat orang tu nak bercakap!”, tegur Tok Imam dalam nada berbisik.

“Udoh lamer benor teman buat koje bomoh ni.. teman ghase(rasa) udoh tiba masenye untuk teman lepaskan semua ni..”, tokok lelaki tua itu lagi.

“Gini la Tok.. Apa kater kami bantu Tok untuk putuskan perjanjian Tok dengan Setan yang Tok dah buat perjanjian tu?”, ayah cuba memberikan cadangan.

Lelaki tersebut hanya tertunduk, malu barangkali.

“Teman setuju.. Kami bantu Tok untuk selesaikan masaloa ni. Tak guna juger kalau dok pindah makhluk setan ni pada orang lain.. makin naye(aniaya) nanti jadinyer”, balas Pak Itam pula.

“Apa yang perlu aku buat sekarang? Kome bantu ler aku”, lelaki tua tadi menghulurkan kedua tangannya ke arah Pak Itam.

“Moh ler kita mulakan upacara yang kita bincangkan tempoh ari”, Pak Itam memberikan isyarat kepada ayah dan beberapa orang rakannya yang lain.

Bacaan demi bacaan jampi dan ayat al-Quran dimulakan. Kedengaran dengusan lelaki tua tadi semakin kuat, seakan cuba melawan namun langkahnya semakin perlahan dan lemah..

Jeritan dan tangisan toyol-toyol tadi silih berganti diiringi dengan hilai tawa lelaki tua tersebut..

Setelah hampir setengah jam upacara tersebut dijalankan akhirnya lelaki tersebut rebah dalam keadaan terlangkup.

“Moh kita angkat dia naik ke atas!”, arah Pak Itam.

“Yop, Tape, kome buka semua tingkap atas ghumoh tu! Nyalakan pelita!”, perintah ayah pula.

Aku terus menaiki tangga disusuli Pak Mustapa..

Bau busuk semakin menusuk di rongga hidung.. semua tingkap dibuka dan pelita dinyalakan oleh aku seorang.

Pak Mustapa? Hanya tercegat di muka pintu.. akibat limpahancahaya pelita yang samar-samar menerangi ruangan ruang atas rumah maka terlihatlah tompok seluarnya yang basah akibat terkencing tadi..

“Ya Rabbi!! Banyaknya mayat budok dalam ni ayah!”, jeritku tatkala aku sedang asyik menyalakan pelita di dinding rumah tersebut.

“Kome semua kira dan kutip semua mayat yang ada ye!”, perintah Pak Itam yang kebetulan baru naik ke atas bersama ayah dan Tok Imam sambil memikul lelaki tua tadi.

“Udoh mati ke tu Tok?”, soal Pak Tape sambil menjuihkan bibirnya.

“Ish kamu ni! Jelaber(celupar) sungguh ler! Idup lagi ni!”, kata ayah.

Kelihatan wajah lelaki tadi berubah menjadi semakin tua dan uzur.. rambut, kumis dan janggutnya juga berubah putih.. seakan umurnya mencecah lewat 90-an.

“Pak Itam, ada 18 mayat semuanya!”, kata beberapa orang pemuda yang membantu mengumpul dan mengira mayat bayi di atas rumah.

“Uish! Banyok tu!”, tokokku.

“Udoh, esok pagi kita sempurnakan semula mayat-mayat ni. Teman ghase (rasa) ni mayat yang hilang 20 tahun lepas masa teman masih muda”, balas Tok Imam.

Menurut Tok Imam, daerah tersebut pernah dikecohkan dengan beberapa buah kubur bayi yang dikorek dan mayatnya dicuri. Sehingga ke hari ini barulah misteri kehilangan mayat-mayat tersebut terjawab.

Memang benar mayat-mayat bayi dan anak kecil yang meninggal dicuri dan dipuja untuk dijadikan toyol.

Tujuan utamanya adalah untuk mendapatkan kekayaan melaluijalan pintas. Akibat rasatamak dan terdorong untuk menjadi kaya dengan segera, segala hukum tuhan dilanggarnya.

Lelaki tersebut telahpun sedar dan diminta oleh penduduk kampung agar meninggalkan perkampungan kami beberapa hari kemudian..

Semenjak peristiwa tergempar tersebut, kampung kami kembali aman tanpa sebarang gangguan dan peristiwa mistik lagi.

-TAMAT-

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.