Kisah Opah Episod 5 (Part 2)

SIRI OPAH 5 : TOYOL  (Part 2 0f 3)

Aku mula memalingkan badanku menghadap dinding. Ketika aku sedang memaksa diri aku untuk tidur, kedengaran bunyi tapak kaki seakan berlari di ruang dapur. Aku membuka mata dan cuba mengamati bunyi tersebut.

“Ketik.. ketik… skrashhhh.. skrashhh..”

Kedengaran seperti sesuatu sedang menyelongkar bekas makanan di dapur.

“Ayah.. ada benda kat dapur tu”, aku cuba menggerakkan ayah namun gagal..

Keadaan kembali sunyi. Aku cuba untuk berbaring semula..

Tiba-tiba kedengaran suara adikku yang masih bayi ketawa..

“ahahahak… hakhahaha..”, gelakkannya begitu gembira sekali..

Gelak tawanya seakan begitu teruja.. namun secara tiba-tiba..

“Ya ALLAH!!!!! TOYOL!!!!!!!”, kedengaran suara ibuku menjerit dari dalam bilik!

Kami semua berpusu-pusu menuju ke bilik ibu dan opah. Kelihatan toyol tersebut sedang mencangkung menghadap wajah adik kami!!

“Syaiton jahanam! Jangan kamu berani sentuh anak aku!”, bentak ayah sambil menundingkan jari telunjuknya ke arah toyol tersebut.

Toyol tersebut hanya menyeringai sambil menunjukkan gigi tajamnya yang jarang dan kekuningan. Ibu dan opah pula saling berpelukan lalu ayah terus melaungkan azan sekuat hati.

Dalam laungan azan tersebut, toyol tadi sempat menjeling ke arah kami sebelum menghilangkan diri!

“Allah Ad! Benda aloh tu udoh berani masuk ke ghumoh!”, kata opah sambil mengendung adik kami yang mula menangis hingga hampir kehilangan suara.

“Kamu ok ke tu yang?”, soal ayah sambil memegang kaki ibu yang sedang menggigil ketakutan.

“Kamu tetemehkanla deme berdua ni.. mak riso benor kalau apa-apa jadi kat bini kamu ni. Boleh bentan nanti!”, tokok opah lagi sambil memujuk adik yang masih menangis.

“Yop! Kamu ke dapur amek ayor dalam gelas besor.. ayah nak buat ayor penawor (air penawar)”, kata ayah sambil duduk bersila memegang ubun-ubun ibu..

Aku terus menarik tangan Nyah untuk menemanku ke dapur dan mengambil air seperti yang disuruh ayah.

Gelas berisi air tadi dihulurkan ke arah ayah. Ayah terus membacakan jampi dan ayat Quran lalu disua ke mulut ibu untuk diminum. Baki air tersebut disapu ke muka ibu dan adik kami.

******************

“Hati-hati pergi ngaji tu! Lekaih balik ye! Jangan ngeleten (terlalu suka) masa bergurau!”, pesan opah sebelum kami memulakan perjalanan..

Sekali lagi kami melintasi rumah arwah Pak Manap.. Kelihatan rumah tersebut bercahaya seakan ada penghuni yang baru.. namun, keadaan tiba-tiba menjadi seram apabila kelihatan kepulan asap keluar dari jendela yang terbuka… bau kemenyan semakin menusuk hidung kami.. kami terus berlari menuju ke rumah Pak Mustapa bagi mengelakkan perkara yang tak terduga oleh akal berlaku nanti..

“Kome ni udoh kenapa? Terghaber (Tak tentu hala) je ghupenye!”, tegur Pak Mustapa sambil menguakkan pintu rumahnya.. Kome jumpa Pak Manap ke tadi?”, tokok Pak Mustapa lagi..

“Bukan la Pak Tape.. Kami nampok ade asap berkembut (berkepul-kepul) kuor dari ghumoh arwah Pak Manap.. Ader orang dalam ghumoh tu!”, balas Nyah sambil menarik nafas mengah.

“aish.. udoh apekehei ler pulok dengan ghumoh tu.. aku dah agak dah mesti ader yang sambung membela ler ni!”, kata Pak Mustapa lagi.

“Udoh ler tu.. Moh ler lekaih ngaji.. abes ngaji aku ikut kome sume ke ghumoh jumpa ayah kome”, sambung Pak Mustapa lagi.

Selesai mengaji kami berempat berjalan melintasi rumah arwah Pak Manap.. Rumah tersebut kelihatan malap seakan-akan dipasang dengan lampu pelita sahaja..

Kami melajukan langkah kami hingga tiba ke rumah.  Pak Mustapa menceritakan gangguan yang berlaku terhadapnya dan keluarga..

Menurut Pak Mustapa, setiap kali senja pasti rumahnya berbau kemenyan.. bahkan apabila tiba waktu malam, pasti akan kedengaran seperti suara kanak-kanak menangis bagaikan dipukul atau didera..

Ayah semakin nekad untuk menamatkan gangguan tersebut lalu pergi mendapatkan bantuan dari sahabat lamanya dari Kuala Kangsar di keesokkan harinya.

“Ada orang nak serah toyol tu pada kamu ni”, kata Pak Itam, sahabat ayah ketika tiba di rumah kami.

“udoh kenape nak diberi pada teman pulok”, balas ayah pula..

“Tuannya udoh tak larat tu. Nak melepaskan belaan”, kata Pak Itam lagi sambil memejamkan matanya.

“Kamu bantulah teman ye. Teman cemuih(tak suka) nak ngadap benda ni tiap malam. Orang ghumoh teman pun jatuh sakit. Anok teman pun tak lalu nak nyusu. Teman udoh bawok ke hospital tapi tak dibuat ape sebab katanya budak tu kecik lagi..”, keluh ayah sambil menghembuskan asap rokok daunnya ke luar tingkap.

“teman tak boleh janji Ad.. Kita nengok ler dulu macamana ye”, balas Pak Itam sambil menepuk bahu ayah.

Ya.. memang benar ketika zaman itu terdapat banyak kes kematian kanak-kanak bawah umur 12 tahun akibat demam panas. Kematian akibat kekurangan kemudahan perubatan dan kesedaran mengenai perubatan moden juga amat tinggi ketika itu. Kebanyakkan masyarakat masih lagi mengamalkan kepercayaan nenek moyang dan perkara-perkara ghaib untuk menyembuhkan penyakit.

“Malam ni kita siap-siap ler nak bertempur..”, kata Pak Itam lagi.

Aku, Nyah dan Chor tidak ke sekolah hampir seminggu kerana peristiwa gangguan yang berlaku di rumah kami. Kemunculan toyol tersebut yang semakin berani menonjolkan diri masih lagi diselubungi misteri..

Malam yang dijanjikan telah tiba.. kami semua diarahkan untuk masuk tidur seperti biasa kecuali ayah dan Pak Itam yang masih berjaga di ruang bawah rumah. Ibu pula masih demam.. begitu juga dengan adik kami.. keadaannya semakin lemah kerana tidak begitu mahu menyusu..

Sedang kami mula diulit lena, kedengaran suara kucing yang seakan ingin bergaduh di luar rumah. Aku dan Chor cuba mengintai melalui celahan dinding papan di ruang atas. Kelihatan toyol tersebut sedang menjerih kerana percubaan untuk masuk ke dalam kawasan yang telah dipagar oleh ayah gagal.

Bunyi jeritan tadi berubah pula seperti suara budak yang sedang menangis.. menangis seakan merayu untuk meminta simpati..

“Siapa yang nganto(menghantar) kamu ke mari?”, soal Pak Itam sambil merenung ke arah toyol tersebut. Toyol tersebut hanya menggelengkan kepala sambil menangis.

“Cer kamu kabo siapa tuan kamu? Kenapa dia nyuroh kamu ke mari?”, soal Pak Itam lagi.

Toyol tersebut hanya menggelengkan kepala sekali lagi sambil menangis..

“Baik kamu ngaku siapa yang nganto kamu ke mari!”, jerkah ayah sambil menebarkan jaring ke arah toyol tersebut..

“Kome jangan usik anak aku!!”, tiba-tiba muncul seorang lelaki tua yang bertangkal hitam di leher dari rimbunan pokok pisang di belakang tandas.

“Kamu siapa?”, soal Pak Itam sambil memasang kekudanya.

“Kome tak usah ler menanya aku ni siapa. Aku cume nak mintak tolong dari kome je..”, balas lelaki tadi sambil meleraikan toyol tadi dari tebaran jala yang dilontar ayah.

“Kamu nak aku tolong apa?”, soal ayah.

“Kamu nengokkan anak aku ni”, balasnya sambil menghulurkan toyol tadi ke arah ayah.

“Aku tak mahu menduakan tuhan. kamu cari jela orang lain”, bentak ayah sambil menunjukkan isyarat supaya pergi..

“Selagi kamu idok terima anak aku ni.. selagi tu ler dia dok ganggu kome anak-beranak..”, balas lelaki itu lagi sambil tersenyum sinis.

“Kamu lupakan ajer hajat kamu tu.. aku memang tak nak terima anak kamu tu”, balas ayah lagi.

Tiba-tiba kedengaran suara tangisan adik kami semakin kuat.. ayah kelihatan resah.. begitu juga dengan Pak Itam.

“Gini lah Ad.. bior teman je ler yang terima budok ni.. nanti pandai ler teman ngurusnye”, balas Pak Itam lagi sambil menggelengkan kepala.

 “Kamu uruskan keluarga kamu dulu. Teman akan selesaikan benda ni secepat mungkin. Teman berangkat ler dulu ye”, kata Pak Itam sambil bersalaman dengan ayah dan terus berlalu pergi.

Pak Itam terus memimpin tangan toyol tersebut bersama lelaki tadi lalu hilang dari pandangan mata.

Lantaran itu, tangisan adik juga turut terhenti.. kelihatan adik sedang menyusu dengan begitu rakus, dahaga dan kelaparan barangkali.

“Alhamdulillah.. anak kamu udoh mahu menyusu”, kata opah sambil mengusap rambut adik.

Beberapa hari telahpun berlalu namun kekecohan mengenai kehadiran toyol di tengah malam di kampung kami masih belum reda.

Ada yang mengadu bahawa wang mereka hilang biarkan disimpan di bawah bantal. Ada juga anak dara yang menjerit kerana terlihat kelibat toyol ketika sedang membasuh pinggan di belakang rumah.

Segala bentuk gangguan toyol hangat dibualkan dari rumah ke rumah hinggakan tiada sesiapa pun yang berani untuk keluar pada waktu malam.

Akhirnya kami membuat keputusan untuk meneruskan kelas mangaji kami seperti biasa.

Namun, sesuatu telah berlaku ketika kami dalam perjalanan untuk pergi mengaji di rumah Pak Mustapa..

“Yop.. yop ghase… pakcik aritu dia dok mane ye?”, soal Chor sambil menyuluh ke arah laluan ke rumah Pak Mustapa..

“Entah ler… yang kamu menanya ni udoh kenape?”, soalku sambil mempercepatkan langkah.

“Eh, Yop, cer nengok ghumoh tu.. bukan ke ghumoh tu udoh lame kosong?”, soal Nyah sambil menarik lengan bajuku yang hampir koyak.

“Apekeheinye kamu narik baju Yop ni!” jerkahku sambil membetulkan leher bajuku yang sedikit gelebeh menampakkan bahuku.

“Itu ler Yop! Nengok tu!”, tokok Nyah lagi sambil cuba menyorok di belakangku.

Chor yang berada beberapa langkah di hadapan terus menyuluh ke arah rumah Pak Manap.

Kelihatan cahaya lampu pelita menerangi ruang tamu atas rumah tersebut.

“Nyah! Pak Manap tak ader anak kan?”, soalku sambil mengerutkan dahi.

“Tak de Yop.. Dia mane ada keluarga.. bukan ke dia memang dok sorang je sejak dulu?”, balas Nyah sambil menarik tangan Chor agar merapati aku.

“Yop, cer nengok tu ada orang dalam ghumoh tu la Yop!”, tegur Chor sambil mematikan lampu suluhnya.

“Shhhh.. padam lampu deras! Orang tu duk intai kita!”, perintahku sambil mencangkung di sebalik semak.

“Uweekkkk… uwekkkk… uwekkk…!”

Kedengaran suara tangisan beberapa orang bayi memecah kesunyian malam.

“Yop! Ader orang dera budok ler Yop!”, bisik Nyah lantas menundukkan kepala..

“Uweekkkk… uwekkkk… uwekkk…!”

Tangisan beberapa orang bayi semakin jelas kelihatan..

Dalam kesamaran lampu pelita yang menerangi ruang tamu rumah arwah Pak Manap, seorang lelaki tua sedang memandang ke luar jendela sambil membacakan sesuatu yang sukar difahami. Di tangannya juga terdapat sebuah bekas seakan kemenyan yang berasap.

“Ishh Yop! Apekebendanye yang dibuat orang tua toben tu?”, kataku lalu cuba untuk mengintai dengan lebih dekat.

Malangnya Nyah dan Chor cuba menghalang dan semakin galak menyorok di belakangku.

“Moh ler kita ke ghumoh Pak Tape sebelum orang tu nampok kita semua!” tambahku lagi sambil memulakan langkah.

“Yop! Buka ler lampu suloh tu! Ater mana nak nampok jalan dalam gelap ni!” rungut Nyah sambil menjinjit guni yang dijadikan sebagai beg galas membawa muqaddam untuk mengaji.

“Kang udoh kantoi lain pulok ceghiternye!”, bentakku sambil menggenggam tangan Nyah dan Chor lalu kami pun berlari-lari anak meredah lorong menuju ke rumah Pak Mustapa.

“Kome ni udoh kenapa?”, soal Pak Mustapa sambil membuka sesendal pintu kayu rumahnya.

“Tadi masa kitaorang lalu depan ghumoh arwah Pak Manap, kitaorang nampok ada orang dalam ghumoh tu!”, Nyah memulakan cerita.

“Iyer Pak Manap! Lepas tu kami dengar ada suara budok kecik terghiyak macam kena tibai( pukul)”, kata Chor pula.

“Aik? Kamu ni biar betul Nyah oi! Udoh 2 minggu ghumoh tu kosong! Jangan dibuat teman ghase libang libu(tak senang duduk) pulok malam-malam ni!” balas Pak Mustapa sambil menggosok-gosok lengannya.

“Iya Pak Tape! Kami semua tak tipu!”, tokokku lagi.

“Aish kome ni! Asal nak ngaji ade ajer ceghite baru ye!”, balas Pak Mustapa sambil menyarung sandalnya di gigi tangga..


“Pak Tape nak ke maner tu?”, soalku kaget.

Ha.. nak tahu ke mana Pak Mustapa ingin pergi pada malam tersebut? Kita tunggu episod akhir akan datang ye..

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.