KISAH OPAH 5 PART 1

SIRI OPAH 5 : TOYOL  (Part 1 0f 3)

EPISOD 5 PART 1

“Nyah, Chor! Udoh-udoh ler tu! Udoh hampir senja.. moh ler bersiap pergi mengaji!”, jerkah ayah yang hanya berkain pelikat sambil menyiram pokok di halaman rumah.

Aku pula sedang sibuk menyiapkan tugasan sekolah sebelum waktu semakin gelap.

“banyok lagi ker koje ghumoh kamu tu Yop?”, soal ibu sambil menghulurkan tuala kepada ayah.

“Sikit je lagi mak.. lagipun Yop udoh mandi tadi,” balasku seraya menyelesaikan tugasan di halaman terakhir di dalam buku tulis bertajuk ‘Alam dan Manusia”.

Ketika itu aku bersekolah di darjah 6 manakala ibu pula sedang sarat mengandungkan adik bongsu kami, anggaran usia kandungan 9 bulan.

“Lepas kome ngaji kat ghumoh Pak Tape jangan lupa balik ke ghumoh terus. Jangan dibuat benda yang pelik-pelik pula. Yop, kamu nengokkan adik-adik kamu ni. Deme ni bukannye boleh percaya sangat!”, kata ayah sambil membetulkan kain pelikatnya yang baru disarung usai mandi tadi.

Terkenang peristiwa dua hari lepas di mana Nyah dan Chor menghilangkan diri sebaik sahaja pulang dari sekolah. Puas kami mencari sehingga menjelang senja. Setelah itu barulah mereka pulang ke rumah. Puas ditanya ke mana pergi, rupanya mereka ke sungai berhampiran mencari ikan laga. Memang benar mereka pulang dengan 7 ekor ikan laga yang berwarna-warni namun ayah arahkan mereka agar melepaskan semula ikan-ikan tersbut ke tempat asal bagi mengelakkan perkara buruk berlaku terhadap ibu dan adik di dalam kandungan.

“Yop! Ghumoh Pak Manap tu udoh ada orang duduk la Yop!”, senggol Chor sambil menghalakan lampu suluhnya ke arah rumah arwah Pak Manap.

“Ish! Kamu ni mulut jangan jelebor (celupar) boleh ke idok?”, marah Nyah sambil merapatkan bahunya ke arahku.

“Iyer la Nyah.. Cer nengok tu! Ada cahaya dalam ghumoh!”, tokok Chor lagi.

“Mungkin ader ler orang yang nyewa tu”, balasku sambil mempercepatkan langkah bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

“Udoh ler tu Chor! Lambat tinggai (tinggal)!”, balas Nyah sambil menuruti langkahku yang semakin laju.

Hampir 2 tahun lebih berlalu namun apa yang berlaku di perkarangan rumah arwah Pak Manap masih segar dalam ingatan kami.

Setibanya di rumah Pak Mustapa, kami terus membasuh kaki lantas naik ke atas dan menjalankan amanah ayah agar menuntut ilmu membaca al-Quran. Ketika itu zaman pendidikan sudah mula dititikberatkan oleh kerajaan demi membangunkan ekonomi dan intelek penduduk tempatan.

“Tadi masa kome lalu depan ghumoh arwah Pak Manap, kamu ader nampak ke orang dalam ghumoh tu?”, soal Pak Mustapa dalam keadaan curiga.

“Takde pulok Pak Tape. Kenape ye?,” soalku dalam nada bertambah curiga.

“Udoh dua malam aku nampok cahaya dalam ghumoh tu. Maneler tahu kome semua ade terserempok dengan penghuninye.. almaklumler aku ni tak biasa nak menanguk(bertandang) ghumoh orang tak tentu pasai”, balas Pak Mustapa sambil menjuihkan bibirnya ke arah rumah arwah Pak Manap yang jaraknya hanya 80meter dari rumahnya.

“Entah ler Pak Tape.. Kami semua tak nampok sape orangnyer”, balas aku lantas mencium tangan Pak Mustapa sebagai tanda terima kasih setelah selesai mengaji.

“Hati-hati la yer! Kalau kome…” sedang Pak Mustapa berkata, Nyah terus menyampuk dalam nada selamba..

“Udoh-udoh ler tu Pak Tape oi.. Pak Manap udoh tak ader.. tak usoh ler nak kabo kalau kami jumpa Pak Manap kirim salam kat dia”, kata Nyah sambil menyarung selipar di bucu tangga.

“Aish budok ni.. Udoh gheti menjawab”, kata Pak Mustapa sambil tersengih menampakkan barisan gigi atasnya yang sedikit mancung.

“Yop! Moh ler kita nengok sape orang yang baru pindah kat ghumoh arwah Pak Manap tu!”, pujuk Chor sambil menggoncangkan tanganku.

“Tak kuase teman. Kalau kamu yang nak tahu sangat kamu ajer ler yang pergi!”, kataku sambil mempercepatkan langkah.

“Ala Yop ni.. cakap sikit je udoh maghoh (marah)”, bentak Chor sambil mengekori aku dan Nyah pulang ke rumah.

“Assalamualaikum mak.. Kitaorang dah balik”, aku memberi salam disusuli adik-adikku yang lain.

“Waalaikumussalam.. Masuk lekaih(lekas)! Udoh nak ujan dah ni!”, kedengaran teriakan opah dari ruang tengah rumah.

“Opah! Mak mana?” soalku sambil menggantungkan beg kain di belakang pintu bilik.

“Ada di bilik.. Mak kamu letih tu.. tido awai (awal) katanya”, balas opah sambil menghirup air kosong di dalam gelas jernih bersaiz kecil.

“Ayah tak balik lagi ke opah?”, soal Nyah pula.

“Udoh.. tapi tadi ada orang datang mintak tolong.. tak pasti ler opah dia ke mana”, balas opah lagi.

“Kome solat isyak lepas tu tidor ye”, sambung opah lagi sebelum berlalu ke dapur.

“Yop! Oh Yop!”, kedengaran suaraku dipanggil dalam nada berbisik ketika aku sedang hampir lena diulit mimpi..

Mataku ditenyeh beberapa kali..

“Adakah ini semua hanya mimpi atau kenyataan?”, monologku sendirian sambil cuba menarik semula selimut di kaki.

“Yop! Bangun ler! Tolong ayah kejap!”, terdengar sekali lagi bisikan dan cuitan di hujung kaki..

Aku cuba bangun dan duduk.. terpampang wajah ayah di hadapan mataku. Aku terkejut lantas terduduk dalam keadaan berselubung dengan selimut.

“Kamu ni udoh kenapa?? Ayah kejutkan kamu nak mintak tolong je ler!”, bentak ayah dalam nada berbisik sambil mengetapkan bibirnya.

“Eh ayah.. ingatkan siape tadi!”, balasku sambil membetulkan kain sarungku yang nyaris terlondeh akibat tujahan adrelin yang memecut laju mengepam darahku ke seluruh badan.

“Kamu jangan banyok cerita… kamu ikut je ayah!”, kata ayah lalu mengatur langkah perlahan-lahan menuju ke ruang bawah tengah rumah.

Pintu rumah dibuka lalu selipar disarung.. lampu suluh di tangan dinyalakan dan aku berjalan beriringan dengan ayah.

Kedengaran bunyi riuh ayam dari dalam reban yang terletak hampir 20 meter dari ruang dapur rumah.

“Kiok kokokokok Kiok! Kiok! Kiok!”

“Ayam tu bertelur kot ayah”, tegurku bagi menyedapkan hati.

“Bukan gini bunyinye.. ayah risau ulor telan ayam opah je ni!”, balas ayah sambil menyuluh ke arah pintu reban yang terbuka luas.

“Pelik macamana ler pintu ni boleh terbukak luas. Jarang opah luper katup pintu reban ni”, rungut ayah lagi. Ayah semakin hampir kea rah reban tadi lalu menyuluh dengan lebih dekat ke dalam reban melalui pintu yang ternganga tadi.

“Kokokok kiok kiok!! Kiok!! Kokkokiokkk!!!!”, kedengaran bunyi ayam semakin riuh dan kuat.

“Kamu pegang lampu ni yop! Kamu suloh ke dalam!”, kata ayah. Sebatang kayu buti sehasta panjangnya digenggam sebagai perisai sekiranya ada musuh yang menyerang.

Tiba-tiba dalam kesamaran suluhan lampu, kelihatan sesuatu bertubuh kecil sedang merangkak mengutip telur-telur yang ada di dalam reban ayam opah..

Suluhan lampu tersebut tepat terpana di wajah makhluk tersebut!

Matanya bercahaya, tubuhnya kecil, berlendir dan berwarna hijau!

“Ya Allah toyol!!”, jerit ayah lantas menghayunkan buti tadi ke arah makhluk tersebut.

Aku terjelepuk ke tanah diiringi toyol tadi yang cuba melarikan diri! Aku mencapai lampu suluh tadi dan cuba menyuluh tepat ke arah toyol tersebut.

Malangnya makhluk tersebut lesap sejurus berlari meninggalkan telur ayam yang pecah dan bertaburan di atas tanah.

“Tak guna punya toyol! Ada juga yang membela makhluk ni dalam kampung!”, jerkah ayah sambil mengacukan kayu buti tadi ke arah makhluk yang kini menghilang entah ke mana.

Aku pula terpisat-pisat memandang sekeliling. Diriku seakan baru terngadah dengan apa yang baru sahaja berlaku sebentar tadi. Mana tidaknya segalanya berlaku dengan pantas dan di luar kewarasan akal fikiran. Seorang kanak-kanak anggaran usia  4 tahun bertelanjang bulat, botak, hijau dan berlendir melintasi aku. Telinganya runcing seakan tergantung namun tidak pula seperti telinga arnab.

“Yop! Yop! Udoh ler tu.. bangkit ler!”, tegur ayah sambil menutup semula pintu reban setelah kesemua ayam tadi berjaya ditangkap masuk.

Aku hanya menuruti sambil mengibas-ngibas kain sarungku yang kini berbau najis ayam. Pekung dan menusuk hidung, cukup untuk membuatkan isi perut sesiapa sahaja melonjak keluar.

“Moh ler kita balik. Esok pagi ajer ler ayah pagorkan kawasan ghumoh kita ni. Kamu pergi tukar baju lepas tu masuk tido”, arah ayah sambil mengatur langkah mendahului aku dalam sedepa.

Aku pantas mengekori ayah dan terus membersihkan diri dan menukar pakaian seperti yang diarahkan lantas naik semula ke ruang atas rumah lalu tidur.

Sedang aku lena dipalit mimpi, tiba-tiba aku rasakan seperti seseorang sedang menarik selimut di hujung kakiku.

“Chor… Jangan ler diambik gebor (selimut) Yop.. Gebor kamu kan udoh ade..”, rungutku perlahan sambil cuba menarik semula selimut tadi..

Sekali lagi selimutku ditarik.. kali ini terasa tarikannya begitu jauh dan selimut yang membaluti tubuh aku kian menghilang..

Aku terjaga namun aku masih pejamkan mata. Tiba-tiba terasa ibu jari kaki kiriku dihisap dan digigit! Aku lantas duduk dan membuntangkan mata! Dalam kesamaran nyalaan lampu pelita kelihatan toyol yang aku jumpai di reban tadi sedang menggigit ibu jari kaki kiriku!

“Toyol!!!!!!!!!!!!!” jeritku sekuat hati namun suaraku tersekat..

“Ayah!!!!!!!!!!!!!!! Ada toyol!!!!!!!!!” jeritku lagi.. namun suaraku masih tersekat dan toyol itu tadi mula melepaskan jari kakiku. Lantaran itu ia melemparkan satu senyuman puas sambil menampakkan barisan giginya yang tajam dan jarang.

Aku terus mencapai bantal kekabuku lalu melontarkannya ke arah muka toyol tersebut. Lontaran tersebut sungguh tepat hinggakan toyol tersebut tergolek ke belakang.

Aku menarik selimut Nyah dan Chor malangnya mereka tiada di tempat tidur mereka. Aku terus berlari menuruni tangga ke ruang tengah rumah dan toyol tersebut cuba mengejar aku! Gerakannya seakan-akan seekor kucing yang sedang memburu mangsanya.

“Ayah!!!!!!!!!!!!!!!!”, aku cuba menjerit sekali lagi dan suaraku begitu serak hingga gagal mengeluarkan bunyi yang jelas.

“Yop! Sini Yop!!!”, kedengaran suara Nyah dan Chor disebalik mesin jahit opah jenama Singer di ruang tengah.

“Hoi! Kenape kome lari tinggalkan Yop?!”, marahku kepada adik-adikku.

“Udoh Yop yang tido mati!” balas Chor sambil menggarukan kepala.

Kelihatan toyol tadi merangkak menuruni tangga.

“Toyol!!!!!!!!!!!!”, kami bertiga berpekikan sesama sendiri lalu mengejutkan seluruh isi rumah termasuk opah.

“Tak guna! Siapa yang hantar kamu?”, soal ayah sambil mencekak di belakang tengkuk toyol tadi yang berlendir dan busuk.

“A… Abu!”, balasnya ketakutan lalu menangis.

Tangisannya begitu nyaring seakan bunyi bayi yang menangis kelaparan susu.

“Kamu balik sekarang! Aku perintahkan kamu untuk kabo pada tuan kamu yang aku haramkan kamu untuk masuk ke dalam kampung ni faham?!” jerkah ayah sambil mencampakkan toyol tadi ke arah pintu.

Toyol tersebut terus menghilang dan keadaan kembali sepi.

“Eeeee.. busuknya ayah! Burok bebenor ghupenye.. Itu ke ghupe toyol yang sebenor?”, soal Nyah sambil menutup hidung.

“Iyer.. Mayat budok atau janin yang dipuja. Makhluk tu dijadikan hamba suruhan manusia yang tak ader akai (akal)”, balas ayah sambil mengelap tangannya pada kain buruk di lantai.

“Udoh ler ijo(hijau) ghupenye.. bolen (telanjang) pulok tu!”, tokok Chor pula.

“yang kamu bertiga tercegat kat sini udoh kenape?”, soal ayah kepada kami.

“Tadi Nyah Nampak ada toyol hujung kaki Yop.. “, Nyah memulakan cerita.

“Chor pun Nampak jugok ayah.. dia dok menyerongen(tersengeh) nengok si Yop tu ayah!”, tambah Chor lagi.

“Abeh tu kamu berdua tak kejutkan Yop ke?”, soal ayah.

“Puas kitaorang kejut tapi Yop tido mati ayah”, balas Nyah pula.

“Abeh ibu jari kaki kiri Yop dia kokak(gigit) ayah!” tokokku lagi sambil menunjukkan ibu jari kakiku yang berlendir di lantai.

“Kamu pergi basuh kaki kamu tu Yop. Esok pagi ayah tetemehkan(ubatkan) kamu”, kata ayah lantas menghilang ke dapur, menuju ke kamar mandi barangkali.

Aku juga turut ke ruang dapur untuk ke kamar mandi.

Ketika ini, bekalan elektrik telah mula ada namun kami hanya memasang lampu di ruang-ruang utama sahaja bagi menjimatkan kos.

“Yop! Moh ler kita tido kat ruang tengah sini je.. Nyah tak lalu ler nak naik ke atas tu. Mana ler tahu toyol tu maghi balik nak kokak kaki Yop tu”, kata Nyah sambil disokong oleh Chor.

“Moh ler bawok turun tilam dengan bantal kat atas tu”, kataku sambil mengatur langkah ke ruang tengah rumah.


kami terus mengangkat peralatan tidur kami dan berkampung di ruang tengah rumah, bersebelahan dengan bilik tidur opah.

Keesokan paginya, ketika aku sedang bersiap-siap untuk ke sekolah, ibuku sudah mula sakit untuk bersalin.

“Yop, kamu tak usoh ler ke sekolah arini ye. Kamu tunggu di ghumoh dengan adik-adik. Mak kamu udoh nak beranok dah ni”, balas opah sambil menjerang air panas di atas dapur.

Kelihatan beberapa helai kain batik juga telah tersusun di tepi pintu bilik ayah. Begitu juga dengan besen berisi air bersih.

“Yop! Kamu amekkan daun pisang kat belakang tandas luar ghumoh tu! Amek dalam 5 pelepah lepas tu kamu buang batang dia bawok ke mari ye!”, jerit opah dari dapur.

Aku terus menuju ke belakang pintu mencapai parang lalu melaksanakan tugasan seperti yang dipinta oleh opah.

“Opah, daun pisang ni nak buat apa opah?”, soalku ketika menghulurkan daun tadi kepada opah untuk dibersihkan.

“Nak buat alas untuk ibu kamu. Senang sikit nak membersihkannye nanti”, balas opah sambil menggulungkan daun tadi lalu dibawa ke bilik ibu.

Kami tiga beradik tertinjau-tinjau kepulangan ayah. Tidak lama kemudian, kelihatan kelibat ayah yang sedang membonceng bidan di belakangnya.

“Jemput masuk Mak Kiah oi.. Anak teman udoh nak bersalin benor dah ni!”, jerit opah dari dalam rumah.

Bidan tadi bergegas membawa beg rotan berisi pelbagai barangan lalu menuju ke dalam bilik ibu kami.

Ayah pula terdampar di pintu rumah kepenatan mengayuh basikal gamaknya.

“Udoh nampok kepala dah tu.. sikit je lagi.. Kamu teran kuat-kuat ye!”, jerit Mak Kiah dari dalam bilik.

Tidak lama kemudian kedengaran bunyi suara bayi menangis.

“Alhamdulillah… Anak pompuan Ad oi!”, jerit opah dari dalam bilik.

“Alhamdulillah mak! Boleh ke teman masuk ke bilik ni?”, balas ayah dari luar.

“Boleh.. semuanye udoh selesai”, balas Mak Kiah sambil menyelak langsir.

“Yop! Kita dapat adik pompuan tu Yop!”, balas Nyah manakala Chor pula hanya mendiamkan diri.

“Kamu udoh kenapa Chor? Macam tak seronok je dapat adik!”, usikku sambil menolak lembut belakang kepala adikku yang ketiga itu.

“Lepas ni mesti mak tak nak layan Chor lagi!”, bentak Chor sambil menjuihkan bibirnya.

“Kamu tu udoh besor… bukannya budok kecik lagi pun..”, balas Nyah.

“Moh ler masuk nengok adik baru kamu ni!”, jerit opah dari dalam bilik.

Kami bergegas masuk ke bilik dan kelihatan ibu sedang terbaring lemah manakala ayah sedang mengazankan di telinga adik.

Comel sungguh adik kami.. berkulit cerah dan merah sama seperti ibu kami, tidak seperti kami yang berkulit agak gelap seperti ayah.

“Boleh cium ke opah?”,  soal Nyah sambil tersenyum.

“Cium ler… tapi cium kat ubun-ubun je ye.. pipi dan dagu jangan diusik!”, balas opah sambil mengusap anak rambut Nyah.

Aku turut mengambil giliran untuk mencium adik kami. Haruman dari rambut adik kami begitu harum dan lembut. Bau yang membuatkan jiwamu tenang dan seakan berada di langit ke 7..

“Malam ni kamu tido la dengan anak-anak. Bior mak je yang teman isteri kamu ni”, tokok opah.

“Iyelah mak. Kalau ada apa-apa mak panggil jela teman kat luor ni ha..”, balas ayah lagi.

Pada malam tersebut, kami berempat termasuk ayah menghamparkan tilam kekabu nipis beserta alas untuk tidur.

“Ayah, kenapa ayah tak boleh tidur dengan mak?”, soal Chor ketika ayah baru sahaja ingin melelapkan mata.

“Risau tercuit mak.. bahaya..”, balas ayah selamba.

“apa kaitan dengan tercuit pulok ayah? Ayah tidor lesak(buas) ke?” tokok Nyah pula.

“ishk kamu ni. Budak-budak tak boleh tahu.. lagipun mak letih tu. Opah dah teman.. tak muat ayah nak menepek(menumpang) kat situ!”, rungut ayah lagi sambil meletakkan tangannya di dahi.

Keadaan mulai sunyi apabila masing-masing sudah mula diulit mimpi. Namun aku pula tidak dapat melelapkan mata kerana masih terbayang-bayang wajah toyol yang mengganggu aku tempoh hari.

Ha.. nak tahu apa yang berlaku pada malam tersebut.. Kita tunggu part 2 nanti ya..

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.