KISAH OPAH 2

EPISOD 2A

KISAH OPAH :
EPISOD 2A
HANTU RAYA
(Episod 2A & 2B)

“Yop! Nyah! Chor! Deras (Pantas) ler… Udoh pukul berapa dah ni… Kejap lagi udoh maghrib baru terhegeh-hegeh nak pergi mengaji!” jerkah ayah ketika kami sedang leka berkejaran di halaman rumah…

“Udoh ler tu.. Moh (mari) mandi.. Ayah dah teghoyak (meraung) suroh mandi tu!”, tambah aku kepada adik-adikku..
Lantas dengan itu, kami bertiga pantas mencapai kain basahan masing-masing dan menuju ke kamar mandi yang terletak di hujung dapur.. mesti kau orang tertanya-tanya kenapa tandas aku di luar rumah tetapi bilik mandi aku di dapur…
Kerana di belakang dapur rumah opah ada mata air.. jadi arwah atok kami buatkan perigi dan terus dikepukkan menjadi bilik mandi…

“Kome jangan berkubang (berendam) pulok dalam kolah tu! Opah baru je tukar ayor(air)!”, ibuku sempat menasihati kami sebelum masuk ke bilik mandi..

“Ala… mak ni macam tahu jer apa yang nak dibuat”, balas Chor…

Usai mandi, kami terus berjalan kaki bersama ayah menuju ke surau untuk solat maghrib dan terus ke rumah Pak Mustapa untuk belajar mengaji..

Selesai solat maghrib, berjalanlah kami tiga beradik menuju ke rumah Pak Mustapa.. Ayah pula masih di surau untuk solat Isya’.. Kemudian ayah akan terus pulang ke rumah manakala kami pula akan pulang bertiga setelah selesai mengaji..

“Chor.. laju ler sikit jalan tu.. udoh lambat ni!” Nyah membebel ke arah Chor yang kelihatan seperti itik pulang petang..

“Chor nak terkencing ni!”, balas Chor sambil jalan berkepit..

“Pancut jer ler tepi parit tu! Kang udoh terburai banyak cerita pulok!”, tokokku sambil menunggu di bawah pokok..

Keadaan semakin gelap.. hanya berbekalkan lampu minyak tanah di tangan aku terus menemani Chor untuk membuang air kecil di tepi parit..
Tiba-tiba, kami terdengar bunyi desiran seakan ada sesuatu yang sedang berjalan menempuh semak berhampiran menuju ke arah kami!

“Chor! Deras! Deras! Ada benda datang!”, pekikku ke arah Chor..
Aku dan Chor sepantas kilat memacu kekuda lalu berlari tanpa menoleh ke belakang!
Nyah pula sudah jauh ke hadapan meninggalkan kami.. ketika itu kami rasakan perjalanan kami agak jauh sedangkan jarak dari surau ke rumah Pak Mustapa hanya selang 3 rumah kampung sahaja..

Langkah kami tiba-tiba terhenti apabila Nyah berdiri kaku di hadapan kami.. wajahnya mendongak ke langit!

“Nyah! Udoh kenapa tu? Yang kamu berhenti tu udoh kenapa??”, tanyaku berulang kali.. namun Nyah hanya membisu mendongak ke langit..
Aku juga turut mencuri pandang mengikut arah pandangan penglihatan Nyah..

“Ya Allah! Pak Manap! “, aku tersentak melihat kelibat Pak Manap, jiran sebelah rumah Pak Mustapa bertenggek di dahan pokok durian di seberang rumahnya…

“Pak Manap oi… Udoh kenapa tercegat atas pokok tu?? Tunggu doyan (durian) lughoh (gugur) ke?”, tanyaku kepada Pak Manap secara selamba..

“Yop! Teman udoh tanya soalan tu tadi.. Tapi tak dijawabnya si Pak Manap ni!”, balas Nyah secara tiba-tiba..

“ada suara ghupanye… ingat udoh disampok antu!”, Chor menokok ke arah Nyah..

“Awat pelik benor ghupe si Pak Manap tu ye?”, Chor menambah lagi sambil menggaru kepalanya..
“Entahler… teman pun pelik benor nengoknye…”, Nyah pula menyampuk..

“udohler.. Moh ler pergi ngaji.. ajer yang iyer nanti kena libas”, tambahku lagi..
Saat kami melangkah untuk menuju ke arah rumah Pak Mustapa, tiba-tiba terdengar bunyi jeritan yang amat bingit.. bingit hingga menggegarkan koklea kami lebih dari biasa…
“Apekenda bunyi tu yop…”, Chor bersuara..
“Jangan ditanya… Teman pun tak tahu…”, balasku..

“Ate… lari lerrr!!”, Nyah memulakan pecutan menuju ke rumah Pak Mustapa…

“Pak Mustape! Pak Mustape!!!”, jerit kami bertiga saat tiba di halaman rumahnya…

“Udoh kenapa pula gelap gelita ni??”, soalku kepada adik-adikku..

“Masuk ler.. Letrik tak ader!”, kedengaran suara Pak Mustapa dari dalam rumah..

Untuk pengetahun kau orang, masa zaman aku dulu dalam tahun 70-an, bekalan elektrik terhad kepada rumah orang berada sahaja.. kami ni dari golongan yang agak susah, jadi memang kami masih menggunakan peralatan manual dan juga api minyak tanah.. Bahkan untuk memasak pun masih ada yang menggunakan dapur kayu api lagi..

Lantas kami bertiga meluru masuk ke dalam dan nyaris tersungkur di gigi tangga..

“Yang kome teghoyak macam Nampak antu ni udoh kenapa??”, Pak Mustapa bersuara..
“Tadi ada bunyi mengilai Pak Mustape oi… Tak tahu ler teman bunyi apekebendanye tu”, balas aku sambil membetulkan songkokku yang nyaris terjatuh..

“Kamu bior betul ni Yop?”, soal Pak Mustapa lagi..

“Iya ! Itu ler sebab kami terabor lari ke mari!”, sokong Nyah pula..

Chor pula hanya mengangguk..

“Tadi kami Nampak Pak Manap bertenggek atas pokok doyan dia!”, Nyah menambah.

“Udoh buang tebiat ker orang tua tu? Atas pokok doyan pulok nak diduduk?”, balas Pak Mustapa.

“Moh ler kita pergi jengok Pak Manap tu ye..”, kata Pak mustapa lagi..

“Ijah! Kamu jangan luper katup (tutup) pintu ni.. Teman nak ke rumah Pak Manap kejap!”, pesan Pak Mustapa kepada isterinya..

“Iyela.. jangan menanguk(bertandang) lama benor!”, balas isterinya pula..

“Udoh mari! Kat pokok maner Pak Manap tu bertenggek tadi?”, kata Pak Mustapa sambil menyuluh ke arah pokok durian berhampiran rumah Pak Manap..

“kat belah kanan tu Pak Mustape.. Tadi dia ada kat situ”, balasku..

Suluhan lampu terus menujah ke arah celahan pokok-pokok durian di seberang rumah Pak Manap…
Kedengaran beberapa pohon durian bergoncang seakan ada sesuatu sedang melompat antara pokok ke pokok..

Tiba-tiba kelihatan susuk tubuh seakan Pak Manap sedang bertenggek membelakangi kami..

“Manap oi! Moh ler turun.. apekeheinya kamu duduk atas pokok tu wei!”, jerit Pak Mustapa ke arah Pak Manap..

Sepi.. tiada jawapan…

“Yop! Kamu pergi panggil orang surau! Kome berdua tunggu dengan aku!”, perintah Pak Mustapa..

“Kenapa Yop kena pergi sorang pulak? Pak Mustape takut ler tu..”, Chor mengusik..

“Apekebende pulok teman takot.. ni anak jantan urat dawai tulang besi tahu ke idok?”, balas Pak Mustapa..

Saat itu juga susuk Pak Manap tadi bertukar kepada makhluk hodoh berpakaian putih lusuh serta berwajah hitam!

Serentak dengan itu, kami berempat lantas berlari menuju ke arah surau sambil menjerit meminta pertolongan..

“Kamu ni udoh kenapa??”, soal ayah dan beberapa Jemaah yang lain..

“Ada antu kat ghumoh Manap!”, balas Pak Mustapa..

“Antu mana pulok ni Tape oi!”, Pak Imam menyampuk..

“Tadi teman nampok jelas si Manap atas pokok doyan.. tetiba bertukor jadi antu! Burok benor ghupenye (mukanya)…”, balas Pak Mustapa lagi..

“Moh ler kita nengok apekebendenye tu”, kata Tok Imam lagi..

Maka beramai-ramailah kami berjalan menuju ke rumah Pak Manap..

Setibanya di hadapan rumah Pak Manap, kelihatan rumahnya begitu gelap.. sepi seakan tiada penghuni..

“Cer kamu naik.. mana tahu si Manap tu tak sihat ker”, kata Pak Iman kepada ayah.

Ayah menarik tanganku agar menemaninya sekali…

“Manap.. ooo Manap… Assalamualaikum..”, ayahku bersuara sambil mengetuk pintu..
Keadaan begitu sunyi dan sepi.. tiada sebarang jawapan diberikan oleh Pak Manap..

Sekali lagi ayah mengangkat tangan untuk mengetuk pintu namun pintu rumah tersebut terbuka dengan sendirinya..

KREKKKKKKKKKKK….

“Masuk ler….”, kedengaran suara garau seakan Pak Manap menyuruh kami masuk..

Berbekalkan lampu miyak tanah di tangan, ayah terus menguak pintu dan melangkah masuk ke rumah…

“Ayah, apekebendenye bau busuk ni yah?”, soalku kepada ayah..

Ayah menekup mulutku menunjukkan isyarat agar diam dan tidak bersuara.. aku akur lalu mengekori ayah dari belakang menuju ke bilik utama…

“Allahuakhbar! “, jerit ayah lantas berlari keluar..
Aku yang dalam keadaan terpinga-pinga turut lari mengikuti ayah aku dan nyaris tergolek ke bawah..

“Manap udoh tak ader! Udoh lama matinya! Mayatnya udoh busuk tu Tok Imam wei”, ayahku membalas sambil mengurut dada..

“apa?? Udoh meninggai (meninggal) ke??” Tanya Pak Imam lagi..

Ayah hanya mengangguk lalu beberapa Jemaah lain termasuk Pak Mustapa meluru masuk ke dalam rumah Pak Manap..

Kedengaran bunyi orang muntah di atas rumah.. Busuk barangkali hingga membuatkan mereka mual..

“Moh ler kita report polis.. “, kata Pak Imam..

“abes tu mayatnye sape nak jaga ni Tok?”, soal ayahku ..

“Ate kamu yang tanya, kamu ler yang jage…”, balas Pak Mustapa selamba..

“Kamu yang patut jaga.. kamu tu jiran dia!”, balas Tok Imam..

“Ah sudah! “, balasku di dalam hati…

“Mari ler kita terangkan ghumoh Pak Manap ni sementara nunggu Polis datang..” kata ayah kepada Pak Mustapa..

Kami berlima pun naik ke rumah manakala Jemaah yang lain ada yang pulang untuk memberitahu kepada penduduk kampung yang lain manakala selebihnya menunggu di pangkin bawah…

Kau orang pasti tahu kan rekabentuk rumah Perak macamana? Ruang bawah rumah tu agak tinggi dan memang dijadikan tempat untuk bersantai.. Bahkan ada yang membuat pintu masuk untuk terus ke ruang dapur..

Sedang aku dan adik-adikku sibuk membuka tingkap dan langsir, kedengaran suara orang berdehem dari dalam bilik di mana mayat Pak Manap berada..

Kami berpandangan sesama sendiri lalu mula mendekatkan diri kami ke arah ayah dan Pak Mustapa..

“Bunyi apa tu ayah?”, aku mula bersuara..

“Shhh.. jangan ditegur!”, balas ayah..

Aku akur dan terus berkumpul berdekatan dengan pintu masuk..

Kedengaran sekali lagi bunyi berdehem diikuti bunyi seakan seseorang sedang bernafas dengan kuat!

Kami berpandangan sekali lagi lalu ayah mengambil keputusan untuk menjenguk ke dalam bilik…

Sedang ayah menuju ke bilik, kedengaran bunyi cakaran di atas atap zink rumah Pak Manap..

“Uish.. apekeheinye ni?”, Pak Mustapa bersuara..

“Allah! Pak Manap ni ada membela ke?”, ayahku bersuara sambil mengundur keluar dari bilik Pak Manap..

“Udoh keluor semua keluor!”, jerkah ayah kepada kami semua..

Ketika kami semua berkumpul di halaman rumah Pak Manap, kelihatan seekor makhluk sedang bertenggek di atas bumbung rumah tersebut..

“Apekebendenya tu? Kenapa burok benor ghupenye??”, soal salah seorang penduduk kampung di situ..

“Itu ler antu raya!”, kedengaran pula penduduk lain bersuara..

“aku dah agak dah.. Pak Manap ni memang membela… di mana ada ayam, di situ ada dia.. di mana ada dia, di situ ada ayam..”, balas orang lain pula..

“apekenbeda yang kamu merepek ni? Arwah udoh tak ader.. jangan ditambah dosa wei..”, balas ayahku..

“Ate apa nak dibuatnye ni?”, soal Pak Msutapa..

“Kita tunggu Imam.. Teman idok ler berani nak melawan sorang-sorang”, balas ayahku..

Ketika itu, ramai penduduk lain telah pulang ke rumah kerana ketakutan.. yang tinggal hanyalah ayah, Pak Mustapa, aku, Nyah, Chor dan dua orang lelaki dewasa lain..
“Ayah, Chor nak balik! Chor takut!”, tiba-tiba Chor bersuara..

“Kamu diam! Usoh banyak ceriter… Kamu tunggu aje kat sini!”, bentak ayah..

AAAAUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUuuuuuuuuuuuu

Kedengaran salakan anjing entah dari mana…

Tatkala itu juga makhluk tersebut terus terbang ke rah hutan di belakang rumah Pak Manap lalu menghilang..

Akhirnya Tok Imam dan dua orang polis pun sampai.. masa zaman ni, polis masih naik basikal ya.. jadi memang agak jenuh jugalah untuk kami menunggu..

“Mana mayatnya?”, tanya polis tadi

“Atas sana encik.. Moh ler kita nengok”, balas Pak Mustapa..

Krek…. kruk …..krek… kruk…

Kedengaran bunyi keriukan rumah papan ketika kami semua melangkak masuk ke dalam..

“Mad, kamu suluh ke dalam, kamu ikut saya sekali”, kata salah seorang anggota polis kepada rakannya dan juga ayah..

Aku juga cuba untuk mencuri pandang ke dalam bilik di mana mayat Pak Manap terlentang..

Keadaannya sudah berbau dan terdapat kesan koyakan pada leher dan mukanya..
“Kemungkinan mangsa mati dibunuh oleh haiwan liar”, kata salah seorang anggota polis tersebut..

“Aik? Pak polis pasti ke yang bunoh Pak Manap ni binatang buas??”, balas ayahku..

Polis tersebut hanya mendiamkan diri lalu menulis sesuatu di atas kertas laporannya..

“kita tunggu siang la ya untuk keadaan lebih jelas.. balai dah hubungi pihak hospital untuk ambil mayat pagi besok”, balas polis itu lagi..

“Malam ni kita berkampung di sini la ya”, balas Tok Imam..

Malam tersebut dirasakan amat lama sekali… bertemankan bunyi cengkerik dan burung hantu memecahkan kesunyian malam..
“Yop, Nyah, Chor! Udoh-udoh ler tu tido! Bangkit lekas!”, ayahku mengejut kami bertiga yang tertido di pangkin bawah rumah Pak Manap..

“Udoh siang ke yah?”, tanya Nyah..

“Iyer ler.. suboh cepat!”, tokok ayahku lagi..

Usai solat subuh kami semua segera naik ke atas rumah bersama anggota polis yang baru tiba..

Keadaan semakin cerah, maka pihak polis memulakan siasatan bersama pegawai kesihatan yang tiba menaiki ambulans..

“Mengikut keadaan mayat mangsa, memang kemungkinan besar diserang binatang buas ni”, kata anggota polis yang bertugas..

“Encik konfem (Pasti) ke arwah ni diserang binatang buas? Bukan dikokak(digigit) dek hantu??”, tanya Pak Mustapa..

“Aishh.. awok ni aper pulok kokak dek antu… takkan nak tulis dalam report kokak dek antu pulok??”, sampuk pegawai kesihatan yang kebetulan berada di situ..

Kalau diikutkan keadaan Pak Manap memang bahagian lehar dan mukanya seperti dirobek oleh sesuatu yang berkuku tajam.. namun darahnya tidak begitu banyak pula..

“Kami temui kesan tapak kaki seakan harimau di lantai bilik”, balas polis itu lagi sambil menunjukkan kesan ke arah kami..

“Pintu belakang terbuka Sarjan!”, jerit seorang lagi anggota polis di bahagian dapur..

“Owwwhhh.. konfem ler tu kena kokak harimau bintang!”, tambah Pak Mustapa lagi..

“Udoh ler tu.. Arwah dah tak ader.. tak usah ler nak panjangkan cerita..”, ayahku cuba menenangkan keadaan..

“Selesai sahaja pengurusan mayat Pak Manap dibawa ke hospital, Pak Imam mengarahkan ayah dan beberapa pemuda lain untuk bergotong royong membersihkan rumah tersebut…

Ha… Nak tahu apa jadi pada malam selepas Pak Manap dikebumikan??

Nanti Tiny sambung lagi ya..
Sambungan EPISOD 2B

TINY

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.