Kisah Benar : Kronologi Panggilan Bunian Laguna Biru Port Dickson

KRONOLOGI PANGGILAN BUNIAN LAGUNA BIRU

First of All kisah ini adalah kisah benar yang berlaku sekitar Port Dickson .

Gempar satu malaysia bila seorang lelaki hilang di tepi pantai dan telah mendapat perhatian banyak akhbar seperti nst / metro / berita harian dan lain lain lagi

Sehingga kini , pihak polis tidak dapat memastikan kronologi sebenar , Dan dipercayai oleh sesetengah perawat ianya disebabkan panggilan ke alam bunian. Wallahualam

Jom kita baca kronologi sebenar dari kisah ini . Panjang tapi berbaloi

Pagi itu, awal Mac 2020.

Aku di kejutkan dengan panggilan telefon dari anak buah aku Mira. Suara die macam baru lepas menangis. Hati aku rasa tak sedap terus aku tanya kenapa?
“Cekna..Yus hilang kat PD!” terus dia hambur nangis. Ahh sudah. Aku blur jap sebab baru bangun tidur.

Then aku baru teringat semalam anak buah aku Yus beria-ria call aku ajak pi
camping ke PD. Gila ape ajak camping hari Ahad, esoknya dah Isnin. Orang dah start keja, fikir aku mase tu.

Tup-tup hilang pulak budak ni. Aku pun ape lagi bangun dan bersiap, terus drive ke rumah adik aku. Kami sama-sama gerak sana. Sampai di PD, kami terus ke pantai Laguna Biru aka Blue Lagoon, tempat kejadian.

Sampai ke sana kami terus ke tapak khemah dorang. Ade pegawai bomba, ade polis, JPAM n semua lah. Kami di beri penerangan serba sedikit berkenaan dengan kes tersebut.

Menurut adiknya Ila, Yus berkhemah dengan dia dan seorang lagi kawan sepermainannya sejak dari sekolah rendah bernama Azri.

Kami memang kenal sangat dengan Azri ni sebab dorang rapat sejak sekolah rendah dengan Yus. Kawan sekampung. Kemana dia pergi Azri lah yang selalu setia menemani.

Menurut Ila, sebenarnya Yus plan nak camping ramai-ramai dengan kawan-kawan die yang lain tapi last minute semua cancel berjemaah. Barang-barang camping dah beli, cuti da ambil.

Nak tak nak kena teruskan jugak. Yus ajak Ila, Yus ada juga ajak anak lelaki aku. Mula-mula setuju tapi last minute, anak aku pun tak nak ikut. Tak sampai hati kecewakan abang nya, so Ila pun ikut lah jugak.

Sampai di Blue Lagoon lebih kurang 11 malam hari Ahad. Dorang pilih tempat ngam sangat, siap ade buai lagi di perbuat dari tayar.

So dorang dirikan 2 khemah. Dorang memang plan taknak tido sebab nak menikmati suasana camping la konon nya. Sekitar 12.30 malam, Ila masuk ke khemahnya.

Jelas kedengaran suara Yus & Azri berbual2 di luar khemah dengan peronda pantai. tak silap aku. Tapi makin lama suara berbual semakin sayup seolah-olah dorang makin jauh. Resah jugak Ila dibuatnya.

Tiba-tiba “Assalamualaikum!”.
Ada suara lelaki yang tidak dikenali memberi salam dari luar khemah. Ila diam membatu, dia rasa takut sangat dan ragu-ragu untuk jawab.

Dua kali suara tersebut bagi salam. Ila terus diam membatu. Tidak lama kemudian Ila terdengar suara kecoh-kecoh Yus dan Azri macam mengejar orang kat luar. Ila keluar, rupanya mereka nampak ada susuk lelaki mengintai-intai tepi khemah.

Yus dan Azri ternampak dan cuba mengejar tapi lelaki tu bergerak laju macam cahaya lagaknya. Terus hilang begitu saja. Ila heran sebab Yus cakap dia berada tak jauh dari khemah , tak kemana-mana pun.

Sedangkan sewaktu lelaki tu beri salam, Ila takde dengar suara mereka ni seolah-olah mereka dah pergi jauh dari khemah. Yus dan Azri pun heran sebab dorang berada berdekatan tak mana pun. Ila diam je lah. Malas nak panjang cerita.

Cuma rasa pelik dengan keadaan yang terjadi tadi. Dia teringat balik, kalau lah die jawab salam tu mungkin dia yang akan di bawa pergi.

Tak lama kemudian, dorang start masak mee segera & buat bbq. Seronok bukan main tangkap ketam kecik2 nak buh dalam mee segera. Konon la malam tu nak enjoy the moment, dorang memang tak nak tido. Yus memang duk main kat gigi air jer, kejap dia ke sana, kejap die ke sini macam orang resah.

Air surut jauh sampai ke tengah waktu tu. Lebih kurang pukul 3.30 pagi, tiba-tiba Yus bagitahu Ila dan Azri yang die nak ke sebelah kawasan sana jap, die nak mandi. Nak cari tempat air dalam skit.

Azri cakap tak payah lah sebab dah pukul berapa ni. Bahaya pergi jauh-jauh. Tapi Yus memang tak makan saman. Mana nak dengar cakap member. Azri mengalah, dia kata ok lah, jangan jauh sangat sebab nak makan sama-sama kejap lagi.

Tunggu punya tunggu, Yus tak balik. Mereka mula resah. Hingga ke pukul 5.30 pagi tapi Yus hilang ntah kemana. Puas Ila dan Azri cari kawasan berdekatan tapi tak nampak kelibat Yus.

Pukul 8 pagi lebih kurang, Ila dan Azri buat report polis tentang kehilangan Yus. Pelbagai jabatan turut membantu, ade JPAM, polis, bomba, unit anjing pengesan melakukan operasi pencarian sepanjang kehilangan Yus tapi satu jejak pun tak jumpa.

Dia seolah-olah ghaib dari dunia ni. Ada juga bantuan dari perawat tempatan dan ade jugak yang ikhtiar jarak jauh. Menurut mereka, kejadian begini kerap berlaku sebab tempat ni memang keras.

Silap percaturan memang hilang. Mereka teringat balik kejadian malam tadi sebelum Yus hilang.

Hari pertama pencarian tak jumpa satu clue pun. Hampa. Kami family terdekat di ajar oleh pasukan penyelamat untuk buat beberapa petua ‘memanggil’ Yus pulang. Kami ikut jer sebagai ikhtiar.

Masuk hari ke 2 kehilangan Yus, pelbagai ikhtiar di lakukan. Ade perawat yang datang naik ke bukit Tanjung Tuan dengan pasukan pencari untuk ‘deal’ dan bermacam ikhtiar di lakukan.

Mereka terus mencari dan tak jemu berusaha berdasarkan clue yang mereka terima. Pasukan anjing pengesan juga di lancarkan tapi semua temui jalan buntu, Yus hilang tanpa kesan.

Bila anjing pun tak dapat nak kesan, memang aku rasa pelik sangat. Kemana budak ni pergi?

Seharian kami menunggu di pantai, berharap dan berdoa agar Yus di temui dengan selamat walau hati jadi semakin goyah.

Semua orang keletihan, pihak berkenaan menasihatkan kami supaya redha terima apa saja kemungkinan.

Malam nya pulak tanpa jemu pihak yang terlibat dengan operasi pencarian serta ahli keluarga volunteer mencari di kawasan hutan dan bukit berdekatan hingga ke pagi namun hampa.

Hari Rabu.

Masuk hari ke 3 Yus hilang. Menurut mereka, biasanya kalau jumpa pun mangsa mungkin dah tak bernyawa so kami di minta bersedia.

Kes-kes sebelum ni, selalunya mangsa akan di temui tidak bernyawa di atas batu paling besar di kawasan tersebut. Waktu itu lah kami di minta duduk berbincang nak kebumi kat mana sekiranya mangsa di temui tidak bernyawa.

Kat KL atau kat kampung halaman. Bukan kami memandai-mandai tapi semua di atas nasihat mereka yang terlibat dalam operasi pencarian kerana yang berlaku sebelum ni begitu lah keadaannya.

Kami dapat ‘khabar’ mengatakan Yus akan di hantar melalui air selepas waktu Asar nanti. ‘Khabar’ ni dapat dari para perawat yang merawat dari jauh. Dorang ni pun banyak membantu.

Pada kami bila disebut melalui air tu maksudnya laut lah. Kami pun standby beramai-ramai di tepi laut petang tu. Mana lah tahu ‘khabar’ tu benar. Cuma hantar dalam keadaan apa kami tak pastu. Pada kami dah tak kisah dah asalkan dia di temui.

Orang kata kalau mati biarlah berkubur. Tak sanggup kami nak hadap dia hilang begitu jer. Nanti seumur hidup kami akan tertanya-tanya hidup atau mati kah dia. Seperti kisah kehilangan Acap yang viral sebelum ni.

Sampai ke senja kami menunggu tapi hampa. Takde ape yang berlaku pun. Petang berlalu dengan rasa hampa. Kami balik ke homestay dan bersiap-siap.

Malamnya kami bersama pasukan bertugas beramai-ramai buat solat di tepi pantai tersebut. Selesai solat hajat, kami buat bacaan yassin. Selesai majlis, masing-masing melepak tepi pantai. Berharap ada keajaiban berlaku.

Taknak balik homestay dulu. Masih menunggu kot la ade berita baik. Waktu lepak-lepak tu aku duk main-main dengan kucing kat situ. Saja la aku teringat petua kalau kucing kita hilang, kita pi la bisik kat strays cat. Minta kucing tu sampaikan pesan supaya kucing kita balik. Tiber aku buat gila. Sambil gelak-gelak dengan abang sulung Yus, Haris.

Aku cakap kat kucing tu “Wei meow, ko pi la tengok mana Yus sesat. Kalau ko ade jumpa die ke ko pesan la suruh dia balik. Kami ramai-ramai tunggu die.

Ko kan duk sini, kenal kawasan sini. Ko pi pesan yer suruh Yus balik. Lama dah dia hilang ni”. Mulanya aku gelak-gelak lepas tu aku yang sebak haha.

Dalam pukul 10.30 macam tu kami decide untuk balik ke homestay sebab semua dah kepenatan. Berhari-hari jadi penunggu pantai. Naik hitam dah aku. Dah la aku tak berapa nak cerah. Tiber.

Sampai di homestay masing-masing layu jer sebab kecewa. Ingatkan petang tadi ade berita baik tapi hampa. Adik-adik Yus buka beg dan barang-barang Yus.

Aku ambik kain baju die, aku peluk  dan menangis “Balik lah Yus, kami tunggu”. Semua pakat nangis dah mase tu. Rindu sangat kat dia then takut tak dapat jumpa dia lagi.

Lebih kurang pukul 11 malam macam tu, girlfriend Yus sampai ke homestay dengan adik dia. Dorang datang dari KL. Baru dapat datang sebab dorang keja. So adik Yus yang nama Fika dan Ila berserta abang sulung Yus yang bernama Haris bawak dorang ke tempat kejadian.

Mereka berlima ke pantai, mencuba petua yang di berikan oleh pihak berkenaan untuk mengocak air laut, selawat dan memanggil nama mangsa.

Rayu lah dia balik, cakap la apa saja nak cakap. Aku dan family memang dah buat semua petua yang di berikan. Tak salah mencuba kan.

Selesai buat semua tu, dorang lepak-lepak kat tepi pantai tersebut berdekatan dengan khemah yang di dirikan oleh pasukan penyelamat.

Lebih kurang pukul 12.45 pagi, mereka nampak ada satu susuk tubuh manusia keluar dari laut. Tak berapa jelas hanya bertemankan cahaya bulan & bias lampu dari khemah penyelamat.

Mereka fikirkan itu adalah salah seorang anggota scuba yang buat pencarian atau selaman di tempat kejadian. Dalam masa yang sama duk terfikir yang bukan-bukan jugak sebab dah tengah malam kan. Mereka diam dan ambil keputusan jangan tegur. Dorang terus tengok jer gelagat susuk badan tersebut.

Dia kelihatan sangat lemah, naik ke pantai kemudian berpusing ke laut dan melambaikan tangan. Seolah-olah ade yang menghantar nya ke pantai.

Sedangkan mereka ni tak nampak apa-apa pun di laut. Makin lama memerhati, waktu itu la baru salah seorang perasan yang susuk tubuh itu sebenarnya Yus. Yus jatuh terkulai di tepi pantai tersebut.

Mereka berlarian mendapatkan Yus sambil terus menjerit minta tolong dengan pasukan penyelamat yang ade. Dengan bantuan petugas yang ade berdekatan, Yus di angkat ke bawah khemah.

Waktu ini aku dan family yang lain tengah siap-siap nak tidur dah di homestay. Kami kepenatan, sedih dan bermacam perasaan menjadi satu. Tiba-tiba telefon salah seorang dari kami berbunyi.

Ntah kenapa deringan tu macam buat semua orang tersentak. Tak tahu kenapa tapi kami semua macam terpegun.

Semua tertumpu kepada si penerima panggilan. Berharap ade sesuatu yang baik dari panggilan tu barangkali.

“Haaaa….dah jumpa???”.

Ape lagi kami pun melompat turun dari katil. Tak tunggu dah apa ayat selepas tu.

Tak penting dah haha. Aku yang tengah duk main kerusi automatik dengan yang lain kat situ tu terus macam terpelanting turun dari kerusi.

Capai jer mana sempat, ada yang pakai baju terbalik, ade yang tak sempat pakai ‘baju kecik’ pun haha. Aku dengan kaftan nya dah tak peduli sebab kami nak super cepat.

Bergegas kami ke kereta. 4,5 buah kereta mula bergerak ke tempat kami buat solat hajat tadi. Waktu dalam kereta tu lah adik aku tanya eh jumpa tu hidup atau mati?

Ya Allah baru teringat nak tanya. Pada kami memang macam anggap dia dah takde da sebab dah banyak hari hilang kan. Baru kami sedar yang kami tak tahu keadaan die. Yang kami tahu dah jumpa jer. Aku terus call adik Yus yang ada di tempat kejadian.

Dia kata Yus masih hidup.
Allah Allah Allah. Takleh aku gambarkan perasaan kami mase tu. Sebab kami duk ingat dia dah takde.

Sampai di tempat kejadian kami terus ke bawah khemah. Yus terbaring kat situ di kelilingi petugas penyelamat. Aku nampak jer dia masih hidup, memang aku meraung lah cite dia.

Tak dapat tahan perasaan. Dia masih pakai baju & seluar renang dia. Mata die kejap terbuka kejap tertutup. Keluar air dan buih dari mulutnya. Dia dalam keadaan separa sedar. Anggota penyelamat cuba buatkan die terus sedar, azankan di telinga dia.

Cuba keluarkan air dari mulut dia. Petugas minta ahli keluarga memanggil nama Yus supaya dia kenal suara orang-orang yang terdekat dengan dia.

Terus bagi kata-kata semangat untuk dia terus sedar. Sedih hati aku tengok keadaan dia tapi dalam masa yang sama gembira dan syukur dia dah di temui masih bernyawa.

Aku pegang Yus, panggil nama die. Badan die basah tapi tak sejuk macam orang lemas. Jari jemari tak kecut macam orang yang dah lama terendam dalam air.

Suhu tubuh die normal je, tapi nampak bibir die macam menggeletar. Semua cakap seolah dia di lalukan jer atau di celup je dalam air dan timbul di pantai.

Betul. Yang aku nampak pun memang macam tu keadaan die. Mungkin laluannya ke sebelah sana melalui air.

Badan die takde kesan calar atau luka. Sikit pun takde. Baju seluar semua elok. Padahal dah masuk hari ke 4 dia hilang tak dapat di kesan. Pelbagai persoalan bermain dalam fikiran kami. Semua tiada jawapan.

Ambulan sampai, Yus di angkat ke ambulan dan kami semua bergerak ke HPD. Kami semua macam dah lega lah. Yus dah di jumpai then dia masih hidup. Takde luka takde lebam. Takde ape. Semua elok. Alhamdulillah.

Kami ingat habis la kat situ…huhu

Sampai di HPD, Yus di masukkan ke kecemasan. Kami ramai-ramai menunggu di depan wad kecemasan. Mase tu dah dekat pukul 2.30 pagi kot.

Aku tengok ade jugak keluarga lain kat situ. Mungkin ade kes masing-masing lah tu.Tak lama lepas tu, pegawai perubatan yang bertugas tu keluar

. “Keluarga Raden Saifullah minta masuk ke dalam yer”. Kami buat tak taw je la sebab bukan nama Yus yang di panggil. Tak lama selepas tu pegawai yang sama keluar lagi “keluarga Raden Saifullah sila masuk yer”.

Semua diam jer berpandangan sesama sendiri. Kami tertanya-tanya mana jugak lah family budak ni. Dah panggil dua kali kot. Adoiii.

Sory tang ni aku nak tergelak skit. Hahahaha🤣🤣

Rupanya yang di panggil tu adalah family aku dah. Dah kenapa la nama anak buah aku bertukar ke Raden Saifullah pulak dah.

Adik aku bangun untuk mengesahkan. Betul lah anak buah aku tapi kenapa nama lain. Pegawai tersebut kata waktu die tanya siapa nama pesakit, dia cakap nama aku Raden Saifullah.

Ahh sudah. Kami nak gelak pun seram dah mase tu. Ahli keluarga masuk seorang demi seorang. Semua Yus dah tak kenal. Dia bercakap dalam bahasa macam zaman Hang Tuah pahlawan Melaka. Guna ganti diri hamba la, tuan hamba la.

Suara pun dah lain macam. Keras dan tegas acah-acah pahlawan dah. Keadaan die tak berapa stabil. Merenung tajam ke satu arah dan macam orang kerasukan.

Aku memang tak nak masuk awal-awal la sebab dah mula rasa takut huhu.

So malam tu Yus warded kat situ. Kami balik ke homestay dah dekat pukul 4pagi kot. Otak dah tepu amat.

Takleh fikir. Ape pun Yus dah di jumpai, kami syukur tak terhingga. Hal-hal lain kami fikir esok pulak. Aku pulak takleh lelapkan mata. Duk berfikir semua benda yang aku rasa sangat tak lojik ni.

Dia hilang berhari-hari dan timbul di tempat yang sama dia hilang. Tempat tu lah di pasangkan khemah penyelamat , tempat tu lah kami berkumpul hari-hari. Buat solat hajat segala.

Tempat itu la jadi port menunggu kami dalam beberapa hari ni. Tiba-tiba die muncul kat situ. Dia jadi orang lain. Memang aku tak habis fikir malam tu. Dapat aku rasakan kebesaran Allah swt.

Yang sebenarnya bumi Allah ni luas, bukan hanya kita manusia penghuninya. Ada yang lain. Ada yang kita tak nampak.

Alam lain, makhluk lain. Menangis aku malam tu merasakan betapa kerdilnya kita sebagai manusia. Allahuakbar. Allah Maha Besar. Aku yang sebelum ni tak pernah percaya benda-benda macam ni.

Bukan tak percaya jugak cuma aku tak berminat nak ambil tahu. Bagi aku mengarut jer lah huhu. Semua ini macam mimpi pada aku.

Susah aku nak percaya tapi itu lah hakikatnya yang terjadi. Tak sedar bila aku terlena memikirkan semua yang terjadi dalam beberapa hari ini.

Pagi esoknya, aku dan adik bersiap untuk ke HPD, plan nya kami nak terus balik ke KL. Sampai di HPD, kami terus ke wad dimana Yus di tempatkan.

Ramai anggota berada di situ untuk buat lawatan. Aku tegur Yus, dia pandang aku tapi pandangan die kosong jer. Aku pun teragak-agak nak pi dekat.

Aku hulur tangan dia sambut then sebut nama aku. Alhamdulillah die kenal aku. Aku diam dan senyum jer. Tak berani nak cakap banyak sebab nampak die tak berapa stabil lagi.

Dah buat check up apa semua alhamdulillah takde kecederaan serius, cuma katanya kaki kanan sakit sangat. Dah xray semua takde ape.

Aku pegang kaki die, belek-belek takde luka pun. Yus kena warded dulu untuk lain-lain proses. Aku tak boleh tunggu lagi, anak-anak di rumah dah berhari-hari aku tinggalkan.

Nasib baik lah anak-anak dah besar, takde masalah sangat. Selesai di HPD aku drive balik ke KL. Rasa lega lah jugak semua berakhir dengan baik. Adik beradik Yus masih tinggal menguruskan hal-hal yang belum selesai.

Keesokan hari nya, Yus dah boleh discaj dari wad kerana tiada kecederaan di alaminya. Fika dan suaminya membawa Yus balik ke homestay, bersiap-siap untuk maghrib.

Cadangnya dorang akan balik ke KL keesokan harinya. Yus di tinggalkan sekejap di ruang tamu homestay. Semua bergegas untuk solat maghrib . Sedar-sedar Yus dah hilang. Apalagi kelam-kabut mereka berpecah untuk mencari Yus.

Dah la waktu maghrib. Alhamdulillah Yus di jumpai di kawasan berdekatan, kat tepi laut. Dia macam dah standby untuk turun ke laut balik. Dia dalam keadaan blur dan sangat lemah.

Nasib baik dorang cepat. Kalau tak, mungkin Yus hilang lagi. Benda tu memanggil-manggil kata ustaz perawat so Yus kena selalu di perhatikan. Jangan tinggalkan berseorangan.

Setelah mendapat nasihat dari perawat, Yus perlu segera di bawa keluar jauh dari PD. Benda tu memanggil. Dia tak boleh berada di sana.

So malam tu jugak mereka bersiap-siap untuk balik ke KL. Perlu bawa Yus keluar dari kawasan tersebut secepat mungkin.

Waktu ni aku dah sampai ke KL. Adik-adik Yus keep updating aku tentang keadaan dorang. Dalam perjalanan dari PD ke KL, Fika bagitau aku kaki kanan Yus sakit sangat-sangat tapi dorang tak taw nak buat apa.

Tak tahu sebab apa. Aku cuba tanyakan kawan perawat aku yang follow kes ni. Katanya die nampak ade ‘benda’ bergayut di kaki kanan Yus.

Benda dari laut, die ikut balik. Ahhh sudah. Tak habis lagi rupanya. Aku tak bagitau pun kaki belah mana yang sakit. Aku cuma cakap kaki Yus sakit. Ngam perawat tu bagitau ade sesuatu dari laut di kaki kanan Yus.

Dah gelabah budak-budak tu dalam kereta bila aku bagitau ade benda ikut balik. Aku pun sengal ape la pi bagitau macam tu pulak. Kesian dorang.

Aku cuma takleh nak berfikir dengan betul mase tu kot haha. Memang gelabah gila la dorang😅

Yus di bawa ke rumah Fika, ada Ila yang boleh tengok kan Yus. Fika sampai ke rumahnya lebih kurang pukul 1 pagi. Buka jer pintu rumah, dia terkejut sebab rumahnya penuh dengan air.

Banjir beb.
Yang peliknya rumah Fika tu apartment 4 tingkat & Fika tinggal di ting 1. Macam mana rumah dia boleh banjir dengan tiba-tiba? Tak pernah berlaku. Rumah dia di penuhi air separas buku lali.

Dah lah yang mengikut tu dari laut, tiba buka pintu rumah penuh air. Fika dah nak menangis call aku ceritakan keadaan tu dan minta aku tolong carikan perawat untuk redakan kes ni malam ni jugak.

Mana la aku nak cari perawat tengah malam buta ni oiii. Kesian aku dengar suara Fika dah tak keruan dah. Dorang ketakutan.
Aku yang pura-pura berani cuba menasihati supaya jangan takut, benda tu tak boleh buat apa pun selagi Allah tak izinkan.

Buat tak taw je. Padahal kalau aku kat tempat Fika mau aku terjun lari dari tingkat 1 rumah tu hahaha. Aku seram sendiri kat rumah. Malam tu berlalu macam tu jer.

Keesokannya Fika dan suami bawa Yus pergi berubat. Banyak tempat la dorang pergi sampai lah keadaan Yus betul-betul normal.

Ustaz pesan jangan biarkan die sendiri sebab dia masih lemah. Katanya lagi once pintu di buka, Yus dah ada access ke ‘sana’ so kena hati2 in future.

Syukur alhamdulillah, kini setelah setahun lebih berlalu, aku tengok Yus dah benar-benar pulih. Sikapnya berubah dari dulu. Dia lebih rapat dengan family, mak & pak sedara. Rumah aku ni dah jadi macam rumah no.2 dia.

Kejap-kejap datang la die menyemak kat rumah aku ni. Yelah aku ni dah macam pengganti mak dorang.

Anak aruah kakak aku macam anak aku jugak. Lagipun semua dah besar, dah macam kawan-kawan jer kami ni. Takde hal lah.

PENGALAMAN YUS

Jeng jeng jeng….

Ni pulak. kisah yang di ceritakan sendiri oleh Yus kepada kami tentang apa yang terjadi malam tu.

…..pagi tu, Yus tinggakan khemah dan menyelusuri tepian pantai , sedang elok
melayan perasaan dia ternampak seorang budak lelaki lebih kurang umur 6,7 tahun berjalan sendirian bertemankan seekor kucing hitam yang sangat manja.

Yus mulanya berasa hairan ada budak bersendirian di tepi pantai di waktu-waktu macam ni. Tak nampak pulak orang dewasa bersama die.

Tanpa fikir banyak die mendekati budak tu dan bermain-main dengan kucing. Manja betul kucing tu. Budak lelaki tersebut mengajak Yus balik ke kampungnya.

Apa yang di bual kan aku dah lupa. Yus mengikut saja tanpa rasa curiga.

Sedar tak sedar Yus masuk ke satu perkampungan yang sangat meriah. Terang berderang, riuh-rendah seolah-olah ade keramaian.

Kata Yus seolah-olah macam pasar malam di tempat kita. Orang kampung semua berpakaian serba putih.

Semua hensem dan cantik berkulit putih, tersenyum seolah hidup gembira aman damai di kampung tersebut.

Orang nya tinggi-tinggi lebih kurang 3x ganda size kita ni. Yang perempuan nya semua menutup aurat dengan elok begitu juga dengan yang lelaki.

Yus di sambut baik, di sediakan tempat tinggal di rumah yang besar dan cantik, di beri makan buah buahan tapi tiada makanan berdarah.

Cuma buah dan sayuran jer. Macam vegetarian gitew.

Yus menghabiskan masa sehari-hari dengan berjalan dan melihat kampung tersebut.

Banyak yang die nak tengok tapi dalam masa yang sama hatinya tetap nak balik. Walau die kagum tapi hati dia tetap berkata, ini bukan tempat aku. Niat hatinya hanya untuk melihat-lihat atau nak explore je tempat tu.

Dia perhatikan masing-masing ada tugas sendiri, ade yang mengangkat batu, ade yang panjat bukit, ade yang menangkap ikan di sungai.

Apa yang dia paling kagum adalah melihat pergerakan dorang laju macam cahaya. Naik bukit dan angkat batu zup zap jer sampai ke atas da huhu. Kampungnya sangat cantik, ada denai-denai yang cantik, masjid yang besar dan indah, ada tanah kuburan, ada pasar dan pelbagai lagi.

Lebih kurang macam kita kat sini. Bila tiba waktu solat, azan akan kedengaran dan semua menunaikan solat. Pendek kata aman damai dan indah sangat kampung tu.

Tak lama kemudian, masuk hari ke 2 @ 3 macam tu, datang ketua di kalangan mereka berjumpa Yus dan menawarkan Yus untuk terus menetap di kampung tersebut. Sebagai ganjaran Yus boleh memilih mana-mana gadis cantik di kampung tersebut untuk di nikahi.

Di sediakan rumah, segala harta kemewahan. Dengan satu syarat je iaitu Yus tak boleh kembali di dunia sebelah sini. Yus akan kekal di dunia mereka andai kata Yus setuju dengan semua syarat tersebut. Memang di hati Yus tidak sedikit pun ada terniat untuk stay situ so dia menolak dengan baik tawaran tersebut.

Walaupun ketua mereka nampak agak sedikit marah dengan penolakan itu. Tak lama selepas itu, Yus didesak lagi untuk stay dan di janjikan segala macam kemewahan harta intan berlian. Hati nya tetap sama.

Sebenarnya aku pernah tanya Yus apa yang buatkan hatinya berkeras untuk balik?

Katanya dia paling teringatkan adik beradik perempuan dia, tanggungjawab dia menjaga mereka walaupun adik-adiknya telah berumahtangga.

Satu lagi dia bosan kat sana takde game, tak moden macam kat dunia.

Adehhh. Dia memang kaki game, pelbagai peralatan game yang mahal-mahal die beli semata-mata nak memenuhi hobi dia tu.

Masuk hari ke 6 kat sana lebih kurang, Yus di desak lagi untuk membuat pilihan. Akibat desakan tersebut Yus beranikan diri bertanya kepada ketua tersebut samada boleh atau tidak seandainya Yus nak berulang-alik dari dunia sana ke sini bila-bila masa yang dia suka?

Ketua tersebut cakap tak boleh macam tu. Seandainya Yus setuju untuk stay maka terputuskan hubungan Yus dengan dunia sebelah sini. Kalau macam tu Yus tak mahu stay.

Rundingan demi rundingan di buat. Dan aku pasti waktu ni para perawat dari sebelah sini juga membuat rundingan dengan mereka untuk menghantar Yus balik ke dunia.

Sebab sepanjang kami menunggu di pantai bersama petugas penyelamat, pelbagai cerita yang aku dengar tentang rundingan yang tak berjaya ni.

Rupanya mereka di sebelah sini pun membuat rundingan dengan Yus.

Setelah Yus berkeras untuk balik semula ke dunia sebelah sini, ketua mereka seolah-olah tak boleh buat apa-apa dah.

Ternyata mereka tak boleh memaksa andai kita tak bersetuju untuk terus berada di situ.

Seperti juga kata para perawat dan ustaz yang aku dengar sepanjang kes ini, yang hilang tak kembali tu mungkin dia sendiri memang tak nak balik, terpesona dengan segala apa yang ada di sana walau pun itu memang bukan dunia kita. Allahua’lam.

Tiba masa untuk balik, ketua mereka mengarahkan beberapa ‘orang’ dia untuk menghantar Yus kembali. Selepas itu Yus tak ingat apa-apa dah.

Yang dia ingat waktu di HPD malam dia dijumpai tu,
‘orang-orang’ yang menghantar die ikut sama.

Semua berpakaian jubah dan serban putih. Ada jugak kanak-kanak yang ikut hantar dia. No wonder lah waktu di HPD malam tu, Yus jadi Raden Saifullah. Rupanya ‘orang’ sana masih ada bersama dia.

Menunggu kalau-kalau Yus ubah fikiran. Sampai lah hari masuk hari ke 2 tak silap, nama Raden Saifullah tu hilang. Dan Yus boleh ingat kembali nama asal dia.

Alhamdulillah itu saja lah yang dapat aku share dengan korang, mungkin ade beberapa benda aku terlepas atau terlupa. Cerita tu pun dah setahun lebih.

Tak tergamak pulak aku nak minta Yus ceritakan balik. Kalau boleh kami nak lupakan jer apa yang pernah terjadi.

Cukup lah sekali. Yus pun akan berkahwin minggu depan. Aku mohon doa kalian semoga di permudahkan segala urusan dia dan berbahagia hingga ke akhir hayatnya.
Sekian, terima kasih.

kredit cerita:
Zurina Aizan CH

7 comments

  1. Bagus jugak jd gamer.. Klu x mmg x balik la Yus.. Klu sy jadi Yus mintak kat Tok Ketua tu Ps5.. Hahaha jem Tok Ketua tuuu

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.