KES ROGOL DAN SULA TAHUN 1999 , Perogol dibebaskan Tahun Ini !!! .

——
Sumber berita dari Utusan tahun 1999

JOHOR BAHRU 13 Julai – Seorang bekas banduan dijatuhkan hukuman maksimum penjara 20 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah dia mengaku bersalah mendatangkan cedera parah dengan menyula seorang murid sekolah menggunakan sebatang kayu.

Roslan Imun @ Mon, 30, seorang pemotong rumput mengaku bersalah melakukan perbuatan itu ke atas Mohd. Shah A. Razak, 12, pada 1 Jun lalu di antara pukul 5 hingga 6 petang di Jalan Tun Ibrahim, Bandar Tenggara, Kota Tinggi.

Roslan telah mencucuk kayu sepanjang 0.51 meter ke dalam dubur pelajar itu sehingga menyebabkan dubur Mohd. Shah berdarah dan pundi kencingnya pecah.

Kayu itu dimasukkan dari dubur mangsa sehingga ia mengenai bahagian leher mangsa.

Hakim Siti Mariah Ahmad ketika menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan berkata, Roslan telah bertindak ganas di luar batas kemanusiaan biasa.

Menurutnya, tertuduh tidak pernah insaf terhadap perbuatannya sebelum ini iaitu kesalahan membunuh tanpa niat yang dilakukannya pada 16 Oktober 1985 sehingga mengakibatkannya dipenjara 20 tahun.

”Mahkamah berpendapat orang kena tuduh dihukum berat sebagai pengajaran kepada orang ramai dan mencegah orang lain daripada melakukannya dan (dengan ini) menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap (Jun lalu),” kata Hakim Siti Mariah.

Menurut fakta kes, Mohd. Shah telah didatangi oleh tertuduh yang sedang memikul seguni durian pada petang 1 Jun lalu.

Tertuduh telah meminta mangsa membawa guni durian itu menggunakan basikal ke dalam semak yang berhampiran. Apabila tiba di dalam semak, tertuduh terus menyerang mangsa dengan menumbuk muka, dada dan belakang mangsa bertubi-tubi sehingga mangsa pengsan.

Fakta kes menyebut, apabila mangsa sedar, mangsa mendapati tertuduh telah tiada dan mangsa merasa duburnya kesakitan. Apabila mangsa meraba duburnya didapati duburnya telah berdarah dengan banyak dan di dalamnya ada sebatang kayu sepanjang 0.51 meter.

Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff, ketika berhujah berkata, mengikut laporan perubatan kira-kira 1 hingga 5 sentimeter dubur bahagian depan si mangsa telah koyak dan pundi kencing telah ditembusi oleh kayu itu.

”Sebanyak 95 peratus kayu telah masuk ke dalam tubuh mangsa dan berada betul-betul di bawah sikit dari buah halkum (si mangsa),” katanya.

Ishak menegaskan, walaupun tertuduh mengaku salah, diskaun hukuman tidak boleh diberi kerana tertuduh baru keluar dari penjara pada 16 Februari lalu di atas kesalahan di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat.

Ishak berkata, mahkamah tidak perlu menaruh simpati kepada tertuduh kerana dia seorang yang agresif dan menggunakan kekerasan peringkat tertinggi.

Katanya, akibat perbuatan Roslan, Mohd. Shah kini terpaksa membuang air kecil dengan menggunakan tiub. Mohd. Shah mengalami kecederaan dan koyak di bahagian dubur, kerosakan pundi kencing dan usus kecil dan terpaksa menjalani pembedahan.

Roslan ketika diminta membuat rayuan sebelum hukuman dijatuhkan ke atasnya berkata: ”Saya meminta menjalani hukuman di Hospital Tampoi kerana pernah masuk hospital itu.”

Roslan, yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya berkata, masalah keluarga menyebabkan dia bertindak demikian.

Bagaimanapun, Ishak ketika menggulung hujah berkata, Roslan perlu disimpan di penjara supaya tertuduh berada jauh dari masyarakat demi kepentingan orang ramai.

Roslan juga menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh Mohd. Shah.

Bagaimanapun, dia tidak mengaku salah dan meminta dibicarakan. Mahkamah menetapkan Roslan dikenakan perintah dilepaskan tanpa dibebaskan.

Oleh: MIR AZRI SAHARUDDIN

—-

Tujuan pos ni , Untuk kita semua sedar , dekat luar sana ramai yang ada masalah mental .

Orang yang buat kesalahan sampai menyula jubor kanak kanak ni, Memang bukan sekadar jahat . Tapi Masalah mental

Logik ke kita orang normal nak buat macam tu ?

Tak pasal budak tu menanggung cacat kekal .Aduhai

Harap pesalah dah diberi rawatan mental dalam penjara .

Kalau tak , Memang tak selamat untuk dibebaskan ke dalam komuniti semula

Bukan apa ,Korang ingat lah muka si roslan ni..

Tengok anak anak kita …

dan Berjaga jaga !

Bacaan lanjut klik

http://www.dryazeedhairi.com

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.