KERANA KAU ! AKU TAK BERBUKA PUASA

KERANA KAU ! AKU TAK BERBUKA PUASA

Dulu masa berpuasa dekat Crimea .. Russia , Asalnya dulu ukraine. (Tapi sekarang dah jadi russia ).. Teringat lagi kisah masa bebuka puasa masa zaman universiti dekat Hostel .

Dekat hostel aku ni ada satu surau untuk student , Not bad .. Besar jugak hall dia .. Memanjang .. Boleh kata macam panjang 4-5 shop lot … Ramai boleh masuk

Jadi sesuai lah untuk pengumpulan semua student muslim satu dunia .

So Biasa lah kan student … Kebanyakkannya akan berbuka puasa di surau . Sebab apa ? Sebab setiap tahun akan ada orang sponsor Free Food .

Mungkin organisasi muslim setempat yang dikawal oleh orang arab dan tatarski ( Russian- Uzbek Muslim ) akan donate majlis berbuka puasa ni ..

Dan menu buka puasa memang tak sah kalau bukan Plov ..

Plov tu apa ? Plov tu macam makanan rasmi untuk orang2 Muslim , Lebih2 lagi tradisi kepada negara yang ada “ Stan” Di belakangnya macam uzbekistan , Kazakstan dan segala stan yang lain

aku pernah share , Cara masak Plov .. Korang boleh try nanti dekat link ni

RESEPI PLOV TATARSKI

So , Berbalik kepada story aku ..

Sebelum berbuka tu , Semua dah berkumpul , Dalam surau .. Senang cerita pelajar malaysia akan bercampur dengan semua pelajar muslim yang lain ..

Bila azan dah masuk , Kunyah kurma terus solat maghrib . Selesai solat maghrib , Semua akan duduk dalam bulatan

So tak ada istilah duduk berkelompok sesama bangsa , Kami kena duduk bercampur dengan orang lain yang datang dari sudan , Africa , France , Brazil , arab middle east , Dan lain lain lagi. Kami akad disajikan dengan Plov Talam

Plov ini pulak akan dihidangkan atas Talam yang besar , Jadi semua orang akan duduk dalam bulatan . Setiap talam akan diletakkan di tengah2 ..

Kemudian akan datang satu orang dengan besen yang besar .. Mula mencampak ketulan besar Daging plov yang Lembut dan sangat juicy ke atas dulang .

Masa kau tengok ketulan daging besar tu jatuh atas dulang , Sambil lenggok menari lemak dan daging empuk yang bersinar sangat menggiurkan … Tak boleh tahan

Aku paling suka part ni .. Geram beb tengok daging dia tu .. Lembut gila , Bila picit daging tu .. Maka belerai lah isi urat benangnya..

Belum lagi masuk dalam mulut .. Ya allah .. Heaven !

Kalau sebulan berpuasa .. Sebulan lah kau berbuka dengan plov .. Itu pun sebab percuma .

Dah lah free .. Sedap pulak tu .. !

Tapi Kalau kau dah muak .. Sila masak sendiri ..

Tapi masalahnya satu …

Dalam keghairahan untuk membaham nasi plov tadi …

Aku teringat , Ada satu hari tu .. Aku tak jadi nak makan nasik plov

.. Sebab ?

Sebab nya masa tu aku duduk dalam kumpulan dengan orang arab dan beberapa orang africa ..

Mamat ni salah seorang dari mamat nigeria

, Dari sebelum berbuka puasa lagi aku tengok dia ni asyik menggaru

Kalau tak garu tangan , Dia garu kaki ..

Ok lah fine .. Tak pe lagi ..

Tapi betul2 sebelum berbuka puasa tu ..

sempat pulak dia korek idung .. Senyap2

Aku pulak intai2 ..

Dengan secara Slow motion , Aku tengok taik hidung tadi melekat pada jari , Kemudian dijentik .. Lalu taik hidung tadi terpelanting masuk dalam Talam nasik plov tadi

Dengan secara slow motion dalam hati aku berkata ..

“ Jilakeeee kauuuuu hanat pengotor nak mampuss .. Aku dah la tengah lapar ni!!””

Mamat tu tadi terus buat buat tak tahu ..
Konon tak ada orang perasan

Korang bayangkan , Satu talam share 10 orang ..

Banyak tangan yang menggaul nasik dalam tu ..

Nasib lah siapa yang dapat taik hidung tu ..

Aku give up .. Aku bangun ..

Dengan pasrah dan perut lapar , Aku terus rasa nak termuntah ..

Kerana kau , Hari tu aku berbuka hanya makan kurma ..

Tak sanggup nak bayang ..

Antara mereka tu , Mesti ada salah seorang dah terkunyah taik hidung import from afrika ..

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.