Kenapa steak mahal sangat ? Padahal dekat kedai daging tu murah je !

Eleh , Dekat kedai jual satu steak Rm 80 ke atas . Padahal beli dekat kedai baru Rm 25 je ..

Memang ramai yang komplen , Makan steak di kedai steak tu mahal

Beli sendiri , Masak lagi murah kan ?

Tapi kita ni semua pandai komplen je ..

Tak fikir pulak kita kos orang lain yang nak sediakan steak yang sedap untuk kita ..

1 – Kos kedai
Pastinya kalau kedai steak ni , Setup dia bukan macam warung .. Decoration mesti nak western design. Perabot mesti nak high end . Baru lah mood nak makan steak tu masuk

2- Kos bil elektrik

Dah sah sah masuk kedai steak , Mesti nak sejuk beku , Ala ala duduk di poland masa winter . Tak best la makan steak dalam keadaan panas dan terbuka .

3- Kos pinggan mangkuk

Bila makan steak , Mesti nak serve atas pinggan yang berkualiti , Berat dan besar . Baru lah kita nak potong steak tu tak ada gangguan .

Habis tu , Kos cuci pinggan mangkuk dan store tu sapa nak tanggung

4- Kos daging

Yelah , Korang kata kat kedai boleh dapat lagi murah kan . Ye lah . Memang betul boleh dapat murah di kedai .

5- Kos chef

Eh , Kau beli daging kat rumah , Lepas tu masak pakai periuk biasa kau tu , Mana nak jadi . Orang letak butter , Kau letak majerin

Jadi nak santap steak yang sedap , Harus di masak oleh chef yang dah biasa dengan grill daging .

Baru lah rasa nikmat steak yang sebenar , Nak mintak well done ke , Medium well ke , Semua boleh jadi

Ni kau dah beli daging mahal mahal 2, Masak sendiri jadi keras ketung dekat rumah

6 – Kos cuci cast iron gril

Hat ni paling leceh , Setiap kali dah guna cast iron grill grates ni memang kena selalu bersihkan .

Bayangkan , Pekerja restauran kena sental san basuh betul2 grill set tu . Nak kasi bersih bukan senang macam basuh periuk rumah kau tu

Macam2 lagi kos nak jadikan steak yang sedap ni

Kadang2 kita pandai komplen je ..
tapi nak semua yang terbaik ..

Pikir2 lah rezeki orang lain sama
Pekerja2 restoran tu balik rumah dengan gaji depa hasil dari duit hampa jugak .

tak percaya tanya tokey Kedai steak paling famous di Kelantan KBB Burger & Steak Adni Hazimee Adnan

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.