KENAPA PERLU PILIH KEDAI MAKANAN YANG BERSIH DAN BERLESEN ?

CEGAH TYPHOID FEVER ( DEMAM KEPIALU ) KENAPA PENIAGA DAN PENGEMBARA WAJIB VAKSIN TYPHOID ?

Sebelum tu kita kenali dulu , Apa penyebab Typhoid Fever

APA ITU TYPHOID FEVER

⁃ TYPHOID FEVER adalah sejenis penyakit jangkitan kuman kepada usus dan darah yang disebabkan oleh Salmonella Typhi ATAU Salmonella Parathypi

Salmonella Enterica Serotype TYPHI

adalah sejenis Gram Negative BAKTERIA ( Bukan virus ) Berbentuk Rod , Mempunyai Flagela ( Boleh bergerak ) yang mana tempat tinggal mereka adalah dalam Badan Manusia .

CARA JANGKITAN ?

FECAL – ORAL ROUTE

bermakna jangkitan ini dapat berjangkit dari Si Penghidap Atau Pembawa ( Walaupun tiada simptom ) yang mengendalikan makanan dengan cara yang kotor dan hidangkan makanan atau minuman itu pada orang yang lain .

Makanan atau minuman yang contaminated ( Tercemar ) Dimakan dan diminum akan menjangkiti orang lain .

Kawasan perumahan yang kotor , Tandas dan sanitation system yang kurang baik

Dapat jangkitan dari Travel ke negara yang disahkan endemik untuk penyakit ini . India , South africa , Southeast asia , South america

SIMPTOM

Malangnya , Untuk pesakit yang menghidap penyakit Typhoid Fever ini , Mereka akan mengalami

⁃ Demam suhu melebihi 40 deg C

⁃ Lemah Badan

⁃ Sakit kepala

⁃ Cirit Birit

⁃ Hilang selera makan

⁃ Dehidrasi yang menyebabkan kematian pada kanak kanak .

Major

⁃ Pendarahan usus ( Intestinal Haemorrage )

⁃ Intestinal Perforation ( Usu bocor )

⁃ Neuropsychiatric – Induce Coma

⁃ Encephalitis – Jangkitan bakteria dah mula sampai ke otak

DIAGNOSIS

cara untuk mengenalpasti typhoid fever adalah dengan ujian makmal

Sampel Najis akan dihantar ke makmal untuk Stool Culture & Sensitivity

Najis akan dilihat dibawah mikroskop untuk mengenalpasti rupa paras dan struktur bakteria , Kemudian ujian antibiotik akan dilakukan untuk mengesan Sensitiviti ubat antibiotik kepada bakteria tadi . Antibiotik yang mana berkesan atau pun resistan

Jadi dengan cara ini dapat memudahkan para doktor memilih antibiotik yang sesuai kepada pesakit .

DEMOGRAPHIC

Kes Typhoid fever yang Telah menjangkiti Pesakit didaftarkan hampir 26 juta orang worldwide , Dan jumlah jangkitan ini telah berjaya dikurangkan ke 5 juta pesakit dengan wujudnya vaksin Typhoid yang dijumpai oleh Almorth Edward Wright dan diguna pakai oleh askar militari pada tahun 1896 .

PREVENTION ( Cara Mengelak)

Cara untuk elakkan dari jangkitan Typhoid Fever adalah dengan VAKSIN

VAKSIN TYPHI ADA DUA JENIS

1- Oral Vaksin – Ty21a Vaksin yang diminum melalui mulut . ( Vivotif keluaran Swiss)

2 – Injection – Typhim Vi By Sanofi / Glaxo

Kedua dua jenis vaksin ini adalah selamat , Dan belum dilaporkan apa apa major injury kepada manusia . Kedua dua nya adalah efektif .

Berapa Lama Vaksin Bertahan ?

Untuk

1- Oral – Booster ( Dos seterusnya ) harus diambil setiap 4-5 Tahun Sekali

2- Injection – Booster ( Suntikan seterusnya ) Perlu diambil setiap 2-3 Tahun sekali

Kalau dekat malaysia , Kita praktik Suntikan Vaksin . untuk tahun pertama , Kemudian disusuli dengan oral vaksin dengan jarak setiap 3 Tahun sekali . Jika kita masih dalam bidang pengendali makanan

WHO telah mewajibkan pengambilan vaksin ini sejak tahun 1999 . Demi mengawal jangkitan demam typhoid ( Kepialu )

RAWATAN

Rawatan demam typhoid / Demam kepialu ini akan dirawat menggunakan antibiotik .Dan rawatan susulan diwajibkan untuk memastikan pesakit bebas bakteria .

Rawatan intensif ini bukan sahaja kepada pesakit yang sedang mengalami jangkitan , Malah pembawa bakteria tersebut .

LANGKAH

1- Memastikan kebersihan kawasan persekitaran rumah

2- Ambil vaksin sebelum melancong ke negara endemik Typhi

3- Pastikan tangan dibasuh kerap kali , Pastikan pakaian yang bersih sebelum mengendali makanan atau minuman

4- Sekiranya ada “ Contact “ ahli keluarga atau kenalan yang menjadi penghidap atau pembawa . Cepat2 dapatkan rawatan doktor .

5- Pastikan makanan telah dibasuh , Dikopek dan di rebus sebelum makan .

6- Pastikan hanya minum air yang telah dibotolkan secara sterile dan yang telah direbus .

7- Jika anda penghidap , hidang atau kongsi makanan minuman dengan orang lain .

Jadi ini adalah sedikit sebanyak pengetahuan asas kenapa Vaksin Typhoid adalah wajib kepada pengendali makanan mahupun pengembara

Ada yang mengeluh kata kerajaan saja nak buat duit dengan Vaksin


Tapi jika kita faham sejarah , Dan sedikit ilmu perubatan , Kita faham kenapa pentingnya Vaksin ini mengawal jangkitan Yang mampu menjadi endemik

Pastikan korang makan dekat kedai makan yang mempunyai sijil pengendali makanan dan lesen majlis yang sah . Sebab kita dah tahu , Jika pengendali tak dapat suntikan vaksin , Lesen Mereka takkan dapat kelulusan .

Kenapa pihak kerajaan cuba mengatasi peniaga jalanan ?

Bukan lah sebab dengki dengan peniaga lain …

Kerana ada segelintir dari mereka tidak mematuhi syarat pengendali makanan dan tidak berlesen . Dan akan menyebabkan wabak mula merebak pada orang lain

Kita sebagai pengguna pun kena faham , Kenapa kita perlu memilih restoran yang bersih dan berlesen .

Aku harap walaupun ada segelintir yang Masihberniaga tepi jalan , Ingatlah tanggung jawab kita bersama untuk membasmi wabak ini ,

Pastikan kita sendiri ada tanggungjawab untuk ambil vaksin demi keselamatan diri , ahli keluarga dan orang lain sekeliling kita .

Kuman atau bakteria ni tak nampak depan mata , Sebab tu sesetengah dari kita yang ambil sambil lewa , Dan ada sesetengah yang semudahnya menolak rawatan vaksin yang telah lama terbukti membanteras penyakit endemik yang boleh menyebabkan maut .

http://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Garis%20Panduan/Pengurusan%20KEsihatan%20&%20kawalan%20pykit/Garis_Panduan_Pengurusan_Kes_Wabak_Tifoid.pdf

Advertisements

One comment

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.