KENAPA MORAL BARISAN HADAPAN SEMAKIN RUNTUH ?

KENAPA MORAL BARISAN HADAPAN SEMAKIN RUNTUH ?

Aku nak kongsi sedikit cerita , Tentang perjalanan aku ke hospital untuk bertugas sebagai frontliner yang membuat saringan Covid 19 .

Waktu kerja kami , Adalah sistem shift , Pagi petang dan malam .

Tak kiralah seawal pagi , Tengah hari , petang mahupun malam , Setiap perjalanan aku pastinya ada Ada wira wira negara yang sedang berdiri di Roadblock . Tak kira polis mahupun tentera .

Hari pertama ok lagi , Tapi bila dah masuk beberapa minggu . mereka masih setiah berdiri disitu .

Dibawah matahari , Panas terik , Dengan uniform lengkap , Bukan sahaja panas , Tapi amat merimaskan . Mereka lakukan perkara ini setiap hari .

Bukan sahaja hanya berdiri . Setiap kali aku lalu , Pastinya aku akan ditahan . Di soal , Hendak kemana , dan apa tujuannya .

Aku tak pernah sekali pun melenting kerana ditahan berkali kali . Kerana aku faham , Mereka juga sedang cuba sedaya upaya untuk membantu menamatkan wabak covid ni .

Kau ingat dorang semua ni tak bosan ke ? Tahan setiap kereta yang cuba melepasi roadblock , Mintak surat itu ini sebagai bukti ?
Belum lagi yang kena dengan kaki kencing , Yang pandai reka alasan . Mereka pun dah penat nak melayan karenah masing masing .

Kereta dibelakang masih panjang beratur .
Satu persatu harus disiasat , Tengah panas buta , Hanya mengharapkan kemah yang tak seberapa , Air mineral pun suam dalam kotak , Bukan dalam peti sejuk .

Kadang2 aku balik shift malam , Lewat pagi . Mereka masih ada disitu masih lakukan benda yang sama .

Mereka juga ada keluarga , Isteri , Anak dan sebagainya . Kalau lah boleh diberi pilihan , Mereka pun nak juga stay at home macam korang ni semua .

Tapi disebabkan tugas , Mereka ada disitu untuk mengawal .

Setiap kali aku ulang alik kerja . Aduh .. Kesian aku lihat wirawan negara ni . Bila dah menjelang fasa ke 3 , Kenderaan semakin banyak di atas jalan . Mereka perlu bekerja 2-3 kali ganda dari sebelum ni .

Ada yang mengeji mereka . Marah bila tidak dibenarkan melepasi roadblock . Ada juga yang pandai komplen kata polis tak buat kerja .

Kau nak suruh dia buat kerja macam mana lagi . Aku sangat yakin ! 100% yakin yang mereka dah lakukan terbaik 

Walaupun aku dah beritahu , Yang aku doktor petugas kesihatan , mereka tetap minta bukti dan sebagainya .Aku respek dengan integriti mereka . Aku yakin yang mereka sangat serius melakukan kawalan .

Apa lagi yang korang mahukan ?
Kau nak kerah kudrat mereka bagaimana lagi ?
Nak kau perah semua titik peluh mereka sehingga kering ?

Aku yang memerhati ni pun dah tau siksanya . Bagaimana siksanya kami memakai suit PPE dalam keadaan Yang panas berjam jam lamanya . Begitulah mereka dibawah terik panas matahari .

Apa yang kami perlukan , Adalah sokongan korang di rumah . Jangan pandai komplen saja sana sini .

Kita nak malaysia bebas covid secepat mungkin . Supaya kita bebas merdeka semula . Tapi apa yang berlaku sekarang , Kita cuba kawal wabak ini , tapi ada segelintir yang masih nak rosakkan .

Habis tu apa fungsi frontliner yang ada didepan ni , Jika dibelakang perlahan lahan cuba jatuhkan kubu yang sedang giat kita bina selama ni .

Frontliner dibahagian perubatan juga mula mengeluh bila usaha mereka , Tidak dihargai oleh segelintir masyarakat yang keras kepala

Ada yang dah mula Give up , Tak tahan dengan prosedur rawatan yang sangat merumitkan . Bekerja Double Shift , Tinggalkan anak bini selama berminggu minggu . Menetap dihotel yang diberi percuma supaya mudah dan dekat untuk ke tempat kerja .

Mereka juga manusia biasa seperti kalian semua . Susah sangat ke untuk kita memahami ?

Rata ratanya , Mereka dah mula “fed up “ Dengan wujudnya kluster2 baru pembawa wabak ini yang masih tidak putus .

Stress ! Bekalan PPE adalah terhad ! Bukan suka- suka , Bila dah pakai nak buka , dan kemudian pakai lagi . kerana sayangkan bekalan terhad yang ada , Kami terpaksa memakai gaun ini berjam jam lamanya , Basah seluruh badan kepanasan .

Mask n95 tu dah la kecil ! Nak bernafas untuk tempoh satu jam pun dah siksa , Bernafas ikut mulut . Bayang kan kau pakai Mask N95 , Lepas tu telekup muka kau dalam badi , cuba bernafas , dan stay untuk 2-4 jam . Boleh tahan ?

Bukan lah kami nak merungut …
Tapi bila satu lobang dah berjaya ditutup , Ada lagi lubang lain yang dibocorkan semula

Sampai bila aktiviti “ Tampal dan bocor “ ini akan berterusan?

Tak mahukah kita merdeka dengan lebih cepat ?

Tolong lah , Jangan jatuhkan moral mereka yang ada dibarisan hadapan . Setiap hari semakin penat . Setiap hari semakin lumpuh dengan pertambahan pesakit yang tidak berhenti .

Sepatutnya dalam saat getir ini , kita sokong satu sama yang lain , Bukan jatuhkan moral frontliner yang lain . Sembang pandai , Tapi tak guna jadi pengecut dibelakang skring media .

Ikhlas , Aku nak ucapkah jutaan terima kasih pada wira negara , Polis , Rela , Askar , imigresen , Mahupun Kumpulan Bantuan atau Sukarelawan yang menjaga pintu keluar bandar dan negara .

Aku faham dengan kepenatan dan siksaan yang kalian sedang hadapi . Kalian semua perlukan rehat . Sudah lama kiranya kalian berkerja dibawah terik matahari

Aku hanya mampu ucapkan jutaan terima kasih kepada wira wira ini . Semoga Allah membalas jasa dan keringat tenaga kalian semua .

Marilah kita naikkan semula Moral mereka , Mental atau fizikal untuk meneruskan kawalan ini . Dengan cara ini sajalah kunci kita untuk menang peperangan virus ini .

Share dan Tag , Kalau korang ada kenal Mana- mana wira negara yang gigih mengawal perjalanan , Mahupun frontliner yang sedang merawat .

Komen , Dan ucaplah kata kata semangat buat mereka . mereka perlukan sokongan moral anda

Tolong lah , Kita kena menang !
Kita mahukan Kemerdekaan seperti sebelum ini

Klik http://www.dryazeedhairi.com untuk bacaan lanjut

Dr Yazeed Hair Johari
Semboyan telah berbunyi

One comment

  1. Terima kasih Doktor.Seandainya petugas kesihatan terperangkap dalam kesesakan ikut lah laluan kiri..kerana laluan itu terbuka untuk setiap petugas kesihatan yg menjalankan tugas harian

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.