KENAPA KKM MASIH TAK LEGAL KAN VAPE ?

Firstly , Ramai yang sedia maklum , lebih dari 50% perokok telah pun bertukar kepada Vaping . Ini adalah satu benefit yang baik .

Baik tu bukannya dari segi kesihatan . Tapi dari kurangnya komponen beracun yang ada pada rokok tapi tidak ada pada Vape .

Masalah utama Ketagihan nikotin adalah masih kekal , Pengguna Vape Atau perokok sekalipun , Mereka tetap mengalami masalah yang sama . Ketagihan Nikotin yang tidak tidak selesai .

Dari segi penjimatan kos , Tidak lah begitu ketara , Kerana ianya bergantung kepada cara dan kekerapan pengguna terhadap rokok mahupun vape .

Isu utama sekarang adalah kekangan kementerian kesihatan ( KKM ) Untuk

“ Legal” Kan penggunaan vape .

Untuk “ Legal” Kan sesuatu , Bukan mudah . Mesti ada Blueprint yang rumit .

Cara pembuatan , Dos , Safety usage , Device monitoring dan sebagainya .

Kalau kita nak KKM keluarkan kenyataan bahawa Vape Lebih selamat , Atau lebih Baik tak mungkin terjadi .

Kerana apa ?

Kerana ketagihan nikotin yang tidak selesai dan juga Peranti Vape yang dikeluarkan tidak ada lesen keselamatan secara terperinci .

Jadi bagaimana KKM boleh menggalakkan rakyat kepada sesuatu yang tidak lengkap dari proses keselamatan dan kebaikan .

Macam contoh .

Nebulizer / Inhaler Athma .

Fungsinya untuk menghasilkan wap Dari ubatan , Agar ianya dapat disedut dengan mudah dan menghasilkan penyerapan yang lebih baik untuk rawatan yang lebih efektif .

Bukan semudah itu sahaja Nebulizer di kilangkan dan dijual .

Walaupun semua tahu , Salbutamol ubat athma tu memang baik dan mampu merawat athma akut dengan cepat .

Bagaimana dengan peranti nebulizer / Inhaler ? Adakah ia selamat ?

Jadi nebulizer ni akan di daftar dibawah medical Device , Untuk mengkaji bagaimana cara buatannya , Apa kualiti yang ada pada nebulizer tu .

Jika equipment medical pula Ianya dipantau oleh JKKP ( Jabatan kesihatan keselamatan pekerjaan ) Mereka yang akan memeriksa setiap Mesin agar ianya terbukti selamat untuk digunakan . Mereka akan keluarkan lesen jika sesuatu mesen itu mencapai tahap kualiti standard yang diperlukan .

Kalau kualiti nebulizer itu tidak mencapai standard optimum , Mudah tersekat atau rosak . Siapa yang akan dipersalahkan ?

Contohnya kau pergi hiking. Kau bawa INHALER tu , Sampi dipuncak , Tiba tiba kau kena serangan athma . Lebih malang lagi bila peranti nebulizer tu tiba tiba rosak . Kau tak boleh sedut . Bahaya tak ? Mesti lah bahaya . Mana kau nak cari salbutamol puff atas puncak tu .

Jadi faham tak ? Walaupun semua orang tahu salbutamol tu bagus dan menyelamatkan nyawa .. Tapi tak semua pengeluar nebulizer boleh jual peranti mereka sesuka hati tanpa kawalan keselamatan peranti .

ini adalah contoh , Safety blueprint untuk menjamin keselamatan dan kualiti

Untuk tengok lebih lanjut klik di sini
https://www.dhpionline.com/msds/880-267820.pdf

Begitu juga dengan vape , Adakah ia selamat digunakan sepanjang masa . Bagaiman jika ia meletup ? Pihak mana yang perlu bertanggung jawab . Tapi yang pasti , Kementerian kesihatan yang perlu menangani isu ini , Dan perlu menjawab segala persoalan ini .

Adakah peranti vape ini telah mendapat safety procedure blueprint dari mana mana jabatan yang bertauliah ?

Jika ianya meletup , Siapa yang akan dipertanggung jawab kan ?

Pengeluar vape ? Atau badan badan lain ?

tapi kalau telefon samsung meletup , Sudah pasti lah Samsung yang akan bertanggungjawab , Mereka akan mengkaji kenapa ianya meletup dan memberi pampasan . Jika peranti itu bermasalah , Mereka akan tarik semula dari market .

Itu baru sahaja tentang peranti .

Belum lagi “ Vape Juice “ Cecair vape .

Macam contoh sama , Nebulizer athma , Mengandungi cecair yang di pek didalam

botol kecil .” Small can “ Kemudian di sambung pada peranti nebulizer .

Bagaimana dengan kandungan salbutamol ? Siapa yang akan menkaji tentang dose salbutamol ? Siapa yang pastikan agar setiap dose salbutamol itu adalah selamat dan tidak ada over dose ?

overdose salbutamol boleh menyebabkan serangan jantung ! Ianya bahaya ! Ini nama nya kawalan . Dos tu pula bukan suka suka kita letak , Ianya telah dikaji berpuluh tahun untuk mendapatkan jumlah dos yang terbaik untuk pesakit . Bila ada pharmaceutical research , Baru lah setiap cecair yang masuk kedalam badan boleh dikira dan dikawal rapi .


jadi jika Vape ini nak di “ Legal “ Kan , kesemua cecair vape ini perlu di ambil alih oleh syarikat Farmaseutikal. Bukan orang sembarangan sahaja yang boleh buat jus vape dan dijualkan di pasaran luar tanpa research studies .

Itu baru sahaja sedikit sebanyak betapa susahnya kita nak legalkan sesuatu dan menjamin keselamatan kepada pengguna

Ini adalah tanggung jawab yang berat harus dipikul oleh kementerian kesihatan malaysia.

Aku rasa , Warga KKM pun ramai yang vape , Mereka nampak kebaikan vape itu .

Tetapi proses Untuk legal kan vape itu bukan mudah . Jika KKM menjamin keselamatan vape , Mereka harus menganggung segala kesan buruk yang kita tak tahu apa akan jadi nanti .

Tak adil untuk KKM bertanggung jawab atas semua itu .

Jadi siapa nak bertanggung jawab untuk keselamatan penggunaan vape ?

Habistu , Rokok tu selamat pulak ?

Sebab ada tax ?

Pendapat aku , Rokok dibayar tax , Dan mereka dah ada regulasi sejak berpuluh tahun lagi . Kau merokok , Kau tanggung sendiri . Mereka naikkan Tax rokok supaya dapat mengurangkan perokok .

Malah rokok pula tak menggunakan apa apa peranti elektronik . Maka cara kerjanya hanyalah bakar dan hisap

Vape pula menggunakan peranti elektronik yang ada kemungkinan untuk meletup dan memudaratkan .

Apa yang aku cuba sampaikan ni , Secara kesimpulannya , Walaupun Vape tu dah berjaya membawa perokok berhijrah kepada alternatif ketagihan nikotin , Tetapi Untuk “ Legal” kan vape itu bukan lah mudah .

Proses itu sangat rumit dan mengambil masa yang lama

Tanggungjawab yang harus dipikul oleh KkM adalah sangat besar sebelum menyarakan sesuatu yang selamat digunakan .

Persoalannya sekarang , Jika berlaku apa apa ? Siapa yang harus dipertanggungjawabkan ?

Aku tulis ni bukan nak side mana mana .

Tapi tujuan aku untuk orang lain nampak , Betapa sukarnya KKM untuk merealisasikan pengunaan vape ini dan menjamin keselamatan untuk peranti ini .

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.