KENAPA KITA MASIH BELUM KAYA ?

Kaya ni , Ada dua jenis kaya . Yang pertama memang dah lahir kaya . Yang kedua , dari susah jadi kaya . Mat saleh panggil self made .

Orang kaya yang aku jumpa , Tak sama pun macam dalam Tv. Totally 100% ,360 darjah lain ! Lansung tak sama !

Jadi , Apa yang aku nak cerita ni , semua adalah pengalaman yang aku belajar dari self made millionaire . Macam mana dorang ni semua boleh jadi kaya …


Adakah Semata mata Nasib ?

Rezeki jatuh dari langit ? Usaha ?

Jadi apa yang aku pelajari dari mereka .

No 1 . Mindset .

Part ni memang susah . Mindset ni bermakna cara kita berfikir . Sebelum kita buat sesuatu , Mindset kena ada dulu . Mindset ni bukan bisnes plan .

Tapi mindset ni adalah Harga diri ( Value ) Diri kita kepada orang lain . Adakah kita ni boleh dipercayai ? Adakah kita ni boleh bekerja sepasukan ? Adakah kita bersedia terima teguran ? Apa tujuan kita untuk berjaya ?

Dimana kita nak letakkan diri kita ? Sebagai seorang yang jujur ? atau Penipu ?

Mindset ini lah penentuan segala gerak geri pertama . Sebelum bekerja dalam team dan sebelum memulakan sesuatu .

2- Bisnes Partner

Paling penting ! Sahabat niaga kita . Sangat penting ! Bisnes ni bukan pasal duit .

Bisnes ni adalah satu aktiviti gabungan beberapa orang yang enjoy untuk lakukan sesuatu bisnes itu bersama . Tak kira untung atau rugi .

Well , Yang akan membentukan bisnes itu akan grow lebih besar , Atau akan bankrap adalah bisnes partner kita.

Seorang diri takkan mampu mengubah apa apa . Melainkan kita ada team yang hebat . 2 is better than 1 .

Part ni lah ramai yang gagal , Gagal bila duit dah mula membiak . Bila depan mata dah buta harta . Mula lah penyelewengan duit syarikat , Tipu urusniaga , Belot aset syarikat .

Pastikan sebelum mula berniaga dengan partner . Misi dan Visi kita mesti sama dengan rakan kongsi kita nanti .

Kalau tak jumpa rakan yang sesuai . Jalan sorang diri dulu . Insyalah tuhan akan temukan dengan rakan kongsi yang bak satu hari nanti . Itu namanya opportunity

Nilai .

Paling mustahak Nilai ni . Apa yang aku nak ceritakan akan membuatkan korang rasa , Apakah Mereka ni layak untuk jadi orang kaya .

Apa nilai mereka ?

1- Faham konsep rezeki

Ramai yang tak faham konsep rezeki . Ianya mudah tapi susah . Kalau diberi keuntungan yang besar , Wajib diagihkan . Rezeki yang mutlak adalah sesuatu yang kita makan dan duit yang didermakan . Itu je rezeki kita . Selain dari tu , semuanya boleh ditarik bila bila masa .

2- Kongsi Rezeki

Kalau korang duduk dengan jutawan self made ni . Dorang faham konsep kongsi rezeki . Dorang faham , harta yang mereka dapat ni perlu diagihkan kepada orang lain

Ramai yang gagal bab ni . Bila kau rasa kau usaha sendiri , Kau layak dengan semua harta tu . Kau belanjakan untuk diri sendiri . Bermegah tak tentu hala . Dah mula lupa diri.

Trust me , Sekejap je tuhan tarik balik . Its a matter of time .

Kenapa mereka kaya ? Sebab tuhan tahu , Mereka mampu agihkan harta harta itu . Sebab itu tuhan pilih mereka untuk jadi wakil , yang boleh agihkan harta dengan amanah . Sebab itu mereka dipilih menjadi orang kaya

Kenapa kita belum kaya ? Kerana tuhan sendiri tahu , yang kita belum cukup layak dan kuat untuk handle duit jutaan ringgit .

Jadi kalau kita belum jadi kaya , Jangan sedih walaupun dah berusaha,

Sebenarnya kita kena sedar yanh kita belum mampu lagi pikul tanggung jawab tu kalau kita diberi peluang untuk jadi orang kaya

3- Zuhud

Bukan aku nak kelentong , Duit dah berjuta . Masih lagi nampak macam biasa .. Kalau korang tengok dorang ni semua .. Macam tak percaya ..

Macam ni ke gaya jutawan ? Tak nampak lansung .. too simple ..

Silap2 , Sebab sempoi sangat ,sampai ada orang sedekah dekat dorang ni . Nampak macam kesian sangat .Punyalah zuhud tak boleh nak kata

4- Menyelesaikan masalah orang lain

Selesai masalah tak semestinya dengan duit . Tabiat mereka ni suka nak tolong selesaikan masalah orang lain. Tak kisahlah kecil atau besar , mudah atau remeh . Dorang ni jenis ambil berat . Kalau kau luahkan masalah , Dorang akan cuba tolong . Apa apa cara sekali pun .

Kita ni yang selalu pikir diri sendiri . Tak pernah luangkan masa cuba selesaikan masalah orang lain . Tapi ada hati nak jadi kaya ?

5- Berfikiran positif

Positif dalam semua aspek . Termasuk lah disaat kita sedang kerugian .

Dulu ada lah jugak aku rugi sana sini , banyk .. Habis ratusan ributinggit . Kena tipu sana sini . Aku selalu mengeluh .

Kawan aku nasihatkan

..” Bro tuhan sayang kau , Dia nak kasi lagi banyak dari tu , Sebab tu dia tampar kau satu kali supaya kau sedar , Mana kesilapan kau .. ambil benda ni sebagai hikmah … Pengalaman tu mahal bro .. Itu lah kos dia .. Tapi bila kau dah ada pengalaman tu , Kau pasti akan bejaya lagi …”

Simple .. Tapi susah nak buat .

bila ditimpa musibah , Jangan terus mengeluh … Percayalah , Setiap musibah tu adalah satu lonjakkan paradigma untuk berjaya .

Pasti ada sesuatu yang tuhan nak sampai kan , Kau cuma kena fikir je .. Hikmah tu kau akan nampak , kalau Tak hari ini , mungkin esok atau tahun depan

Semua orang kaya yang berjaya , Kehebatan dorang , Boleh tabah dan tukar semua yang negatif kepada positif .

Sebab apa kita belum kaya ?

Sebab kita belum boleh lagi tukar semua yang negatif kepada positif .Kita belum ada keupayaan itu walaupun kita rasa kita mampu .

Tuhan lebih mengetahui . Kau dah ready ke belum sebenarnya .

Susahkan jadi orang kaya ? Bukan setakat nak cari harta , Tapi nak cari makna apa itu nilai kehidupan sebenar . Bila kau faham apa yang aku cakap ni . Mungkin suatu hari nanti bila korang dah kaya . Korang akan faham

Bila dah kaya raya, Sampai satu masa kau dah tak tahu .. apa lagi yang kau nak . Masa tu kau akan faham , Apa yang sebenarnya lebih berhaga dari harta

Aku sangat percaya pada konsep rezeki .

Aku nak cerita pun segan . Takut nampak macam nak up diiri sendiri , Tapi niat aku hanya nak beri contoh , Kisah benar pengalaman sendiri .

Cerita ni , Fresh lagi .

Minggu lepas aku ada order kfc untuk berbuka puasa . Anak aku teringin .

Jam dah hampir 720 malam , Nak masuk maghrib . Kfc tak sampai lagi .

Lepas 5 menet , rider kfc sampai . Nampak tergesa gesa .

Dia tanya aku , dengan muka rasa bersalah

“Abang dah berbuka ke ? Maaf bang saya lambat , Ini pun saya rushing nak pastikan semua orang dapat sebelum berbuka , Maaf bang saya tak sempat hantar abang punya sebelum azan …” Balas rider

“ Eh takpe , Dah buka minum air tadi , Ok la tu .. 5 menet je .. Takde hal la .. Yang kau ni hantar makanan semua, Kau dah berbuka belum ?” Tanya aku

“ Saya sempat kunyah kurma je bang atas motor ..” Balas rider

Masa tu , Mmg ada niat nak sedekah , Kesian dia , Bersungguh hantar Kfc nak pastikan aku berbuka puasa on time ..

Aku seluk kocek , Keluar Rm 20 dengan Rm 1 …,

Masa tu , Aku dah mula tercabar , Nak kasi rm 1 atau Rm 20 ? Kalau nak kasi RM 1 .. Boleh beli apa sangat ? Kalau kasi Rm 20 Macam banyak pulak ?

Nampak tak ? Dugaan tu mula datang . Ni kau baru ada Rm 21 ringgit ,

Belum lagi Rm 21 Juta ..

Kalau Rm 21 pun kau tak boleh handle , Macam mana kau nak handle Rm 21 juta punya tanggungjawab untuk agihkan kepada orang lain ?

Member aku pesan .. “Kalau nak sedekah .. Kasi yang paling banyak kau ada … Itu lagi terbaik ..”

“ Dik .. Nah upah .. “ Balas Aku

“ Bang , Gile banyak ni ..” Balas rider tu

Aku kasi semua rm21

, “ Dik kau ambik duit ni , Pergi belanja kawan kau makan skali , Seharian korang kerja .. Pergi lah rehat dulu … “ Balas Aku

Budak tu angguk terima kasih berkali kali ..

Esok pagi … Kawan aku mesej …

“ Bro duit hutang kau aku dah bank in , Aku kasi extra RM 200 .. sebab aku hutang kau dah terlebih masa …” Balas kawan aku

Tak sangka … Rm 20 yang aku kasi semalam , Harini tuhan Kasi Rm 200 extra ..

10 Kali ganda Geng ….10 kali ganda .

Dusta apa lagi yang kau boleh katakan pada rezeki ?

apa yang aku cerita ni , Tak ada dalam buku bisnes mahupun segala mak nenek buku Mba coaching …

Semua yang aku cerita ni adalah pengalaman mengenali mereka yang sudah pun terpilih menjadi jutawan…

Kalau korang boleh ada mindset macam ni …

Trust me , Korang akan jadi orang kaya …

Anytime …

So ? Dah beraedia nak jadi kaya ?

Tanya diri sendiri … Boleh ke kita pikul tanggungjawab tu bila dah kaya nanti …

Dari apa yang aku cerita diatas …

Mereka layak untuk terpilih menjadi orang kaya .

Tuhan akan beri kau kekayaan bila mindset / Value diri kau dah ada . Dan bila kau dah bersedia untuk memahami , Segala apa yang ada dalam dunia ni bukan lah sekadar harta

Share dan Tag kawan2

p/s Resepi ni ramai orang tak kongsi .. Tapi biar aku kongsikan . Biar semua dapat jadi kaya , Dan Faham apa yang kau perlu buat bila dah kaya nanti .

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.