KENAPA KITA BENCI ORANG KAYA ?
Sebenarnya , watak orang kaya ni selalu dimainkan dalam filem , Drama atau sinetron
Asal Kaya je , Ada skandal .
Asal kaya je , Cakap kurang ajar
Asal kaya je, Tindas sana sini
Asal Kaya je , Guna Cable
Asal Kaya je , Supercar dan Banglo .
Dari kecil kita dah lihat watak watak sebegini . Kita ni yang menontot sedikit sebanyak akan terkesan dengan idealogi keangkuhan orang kaya.
Jarang kita nak lihat dalam filem
orang kaya yang humble
Orang kaya yang membimbing orang lain
Orang kaya yang selalu berkongsi
Dan bila kita dah besar , Dengan adanya sosial media .. Maka lebih luas lah tersebarnya wajah wajah orang kaya yang sering menceritkan kejayaan mereka
Ada yang posing duduk depan kereta mewah …
Kononnya nak beri kata motivasi ..
“ Melayu dari dulu sampai sekarang malas …”
Melayu itu melayu ni .
Eh yang kita dok baca ni ..
“ Aku nak rajin macam mana lagi ?”
Aku dah cuba buat semua benda ..
Aku kerja pun aku dah beri yang terbaik ..
Kau nak aku rajin macam mana lagi ?
Kadang2 kita sampai rasa give up , Bila kita tengok orang mampu , Tapi kita tak mampu …
Perlukah kita simpan perasaan macam ni ?
Sedikit sebanyak watak orang kaya ni semua dah mula meracuni hidup kita .
Orang kaya di Us , Yang betul2 kaya kalau kau perati , Cara hidup mereka tak sama
Warren Buffet , menghabiskan masanya menyelesaikan masalah kumbahan najis yang tak terkawal di afrika , Sehingga dia dapat cipta sistem paip air yang dapat menghasilkan air bersih dari najis kumbahan yang tak bersalur .
Aku belum pernah nampak warren buffet duduk atas supercar , Sembang kata orang amerika pemalas .
Malah warren buffet cuba diversify perniagaan dia agar ramai orang diberikan peluang kerja
Belum lagi warren buffet berdiri depan banglo mewah sambil kata rakyat amerika mundur dan tak mahu kedepan ?
Berbeza kan dengan orang kaya di malaysia ?
Sebenarnya itu adalah dugaan kita yang hidup dikelilingi oleh orang orang kaya yang suka mahukan perhatian kita .
Mereka tunjukkan semuanya , Agar mereka dapat perhatian itu sepenuhnya ..
Bayangkan kalau kita ni rakyat marhaen tak layan pun ?
Sudah dahulu dibuktikan dalam filem ,
Dalam realiti , Apa bila kita dah besar .. Sekali lagi … Ianya dibuktikan oleh golongan mereka ini .
Tengoklah Bos bos kita
Baru ada pangkat sikit , Sudah menggelabah apam sana sini
Itu belum jadi millionaire atau billionaire lagi
Kata orang , Lihatlah orang kaya supaya dapat menjadi motivasi .
Untuk aku , Aku lebih rela tengok orang yang miskin , Tapi sanggup beri rezeki mereka yang sedikit itu kepada orang lain .
Orang kaya bukan motivasi untuk aku dan kita . Kaya harta bukanlah ukuran sukses
Tapi ukuran sukses itu , Value diri kita sendiri
kalau Value diri kita tu berguna untuk orang lain
Kau tak payah kejar duit , Tak payah jadi hamba duit
Silap2 duit tu nanti jadi hamba kau.
Kalau Value diri kau menggunung tingginya
Kalau kita ni kaya , Tak payah sembang kata orang lain malas mundur dan sebagainya .
Cumanya rezeki mereka belum tiba , Mereka sedang usahakan . Suatu hari nanti rezeki itu akan sampai juga
Cuma satu sahaja yang kita mahukan . Kita mahu mentaliti kita semua berubah kepada negara maju yang rata ratanya rakyat mereka sendiri dapat menguruskan kebersihan diri dan kawasan masing masing .
Kita benci orang kaya bukan kerana usaha mereka …Kita kagum dengan usaha mereka
Tapi kita benci mereka ..
Kerena mereka sudah Lupa .