SIAPA YANG KELUAR KE PASAR SETIAP HARI WAJIB BACA .
Seronok kan ? Pergi shopping barang makan ? Kadang ada yang aku nampak pergi berdua , Bertiga , Dengan anak anak pun ada .
Kecoh , Pasar pasar pagi dikerumuni orang bagaikan tiada hari esok dan kebuluran
Kenapa ramai yang tidak takut ?
Kerana mereka tak faham , Betapa Jahatnya Sars Cov2 ( Covid 19 ) ni ,
Simple … tu je jawapan dia
SARS bermaksud
S- SEVERE ( Teruk)
A- ACUTE ( Akut / Cepat / Segera )
R – Respiratori ( Sistem Pernafasan )
S – Syndrome ( Sindrom )
Jangkitan Teruk Sistem Pernafasan dengan Cepat .
Itulah Maksud SARS , Virus yang akan menyerang spesifik kepada sistem pernafasan
Co-V ( Corona Virus ) Kumpulan Corona virus yang sama
1 atau 2 – Kenapa dulu panggil 1 . Sekarang panggil 2 , Adalah untuk membezakan mereka , Walaupun mereka rupa sama , Tapi kejahatan mereka berbeza
Yang ternyata SARS COV 2 Adalah yang paling jahat setakat ini . Nak tahu kenapa jahat ?
So sekarang semua dah faham kan ? wabak covid 19 ( Corona Virus Disease ) yang sedang kita hadapi ini adalah datangnya dari jangkitan
virus SARS COV 2
Virus ni tak nampak , Jadi orang tak takut ,
Tapi kalau ada terrorist bersentaja diluar sana , aku yakin tak ada siapa pun akan keluar dari rumah .
Memandangkan musuh kita ni amat kecil , Biar aku jelas kan lagi sekali kenapa Sars Cov 2 , Lebih jahat dari yang lama .
Bagaimana dia membunuh manusia aku ada pernah tulis , Kalau nak baca klik link dibawah ni .
https://dryazeedhairi.com/bagaimana-corona-virus-membunuh-mangsa/
Seperti yang semua tahu kita sedang berperang dengan wabak covid 19 , yang datang dari Virus Corona secara spesifiknya dinamakan SARS COV 2 .
Ia adalah generasi ke 2 dar Kes SARS COV 1 Yang lama .
Susah untuk katakan , Kerana kehadiran kedua virus ini adalah dari tempat yang berbeza , Walaupun mempunyai wajah dan rupa bentuk yang sama.
Contohnya , Rambo yang sama , Mungkin Rambo dulu pakai pedang , Rambo sekarang pakai Senapang .
Rupa mereka sama , Terapi keupayaan mereka berbeza dan asal mereka juga berbeza .
Samaada ianya bermutasi ? Atau itulah karakter sebenar mereka ?, Saintis masih lagi pening kepala , Biaq dekat depa pening kepala
Kalau kes SARS masa tahun 2002 dulu , Kita di malaysia tidak digemparkan dengan Kuarantin . Kita tidak dikuarantin seperti sekarang , Mungkin gejala itu tidak ramai yang bawa masuk ke malaysia .
Sebab tu , kita di Malaysia pandang remeh aja pada virus ni . Ada yang tak tahu pun kewujudan virus ni pun kan ?
Tak kena , memanglah tak tahu .
Walaupun SARS cov 1 adalah virus yang merbahaya , Tetapi wabak itu berjaya ditangani . Kerana majoriti kes sars cov 1 berkangkit bila pesakit ada simptom seperti demam atau batuk . Lebih mudah diasingkan dan diramal .
Kini , Satu dunia dah mula sedar , Kini umat manusia bukan lagi bertempur sesama manusia , Kita didatangi oleh satu musuh yang tidak kelihatan yang membunuh .
Lagi seram !
Walaupun kerajaan malaysia dah ambil serius perkara ini , Mangajak rakyat untuk stay at home , Masih lagi ada yang berdegil , Malah ada yang mempertikaikan frontliner polis dan tentera yang sedang membuat sekatan .
Nak jadi macam Itali Dan Us ?
Dah tergadah baru nak ambil tindakan
Aku pun tak paham kenapa Us Ambil masa yang lama untuk ambil tindakan , Padahal Mereka mempunyai saintis yang hebat di sana
Jadi kenapa masih ada lagi rakyat yang masih berdegil dan anggap usaha kerajaan ni bagaikan mainan sahaja ?
Kerana apa ?
Kerana mereka tak faham , Betapa Jahatnya Virus Sars Cov 2 Ini .
Jadi biar aku ceritakan , Kenapa Sars Cov 2 ini ditakuti oleh satu dunia .Dan telah berjangkit hampir mencecah 1 juta rakyat dunia .
KEUPAYAAN UNTUK HIDUP LEBIH LAMA TANPA HOST
seperti yang kita tahu , Bakteria atau pun kuman , Tidak boleh hidup tanpa Host ( Tuan Rumah ) Seperti Manusia atau Haiwan
mereka juga perlukan sumber zat dan bendalir untuk hidup .
Jadi saintis dah kaji ,
KeStabilan Sars Cov 2 dan Sars Cov 1 dalam bentuk Aerosol mahupun diatas Permukaan adalah hampir sama
Bermakna mereka boleh survive dalam bentuk aerosol , dan boleh hidup lama atas permukaan
Setelah kajian dibuat , Saintis dapati
Sars Cov 1 & 2 ini boleh survive
dalam bentuk aerosol selama 3 -8 jam
boleh bertahan atas lapisan plastik selama 3 hari
Boleh bertahan atas lapisan besi selama 5-8 jam
Boleh bertahan atas lapisan Cupboard selama beberapa hari
Jadi ini ada lah salah satu faktor kenapa Sars Cov 2 adalah sangat berbahaya dan Contagious “ Mudah merebak “ dengan sentuhan walaupun barang .
So sekarang ni kita dah faham , Keupayaan Sars Cov 2 ni .
Jadi jika dibandingkan dengan sars Cov 1 , Bedasarkan report dulu , Penyakit ini berjangkit jika Pesakit yang dijangkiti mempunyai simptom .
Kemudian mula merebakkan jangkitan dengan sentuhan , bersin , batuk dan droplet selsema atau air liur .
Pesakit perlu ada simptom dahulu baru boleh menjangkiti orang lain
Sars Cov 2 pula , Virus ini boleh duduk dalam badan kita tanpa menyebabkan simptom yang drastik sehinggalah mereka bersedia untuk menyerang penghidap .
Tapi , uniknya Sars Cov 2 ni , Walaupun pesakit yang dijangkiti Sars Cov 2 tidak mempunyai simptom “ Asymptomatic” ianya tetap boleh menjangkiti manusia lain tak sama seperti Sars Cov 1 .
Kenapa ?
Kita lihat balik keupayaan Sars Cov 2 tadi .
Ia stabil , hampir 3 jam dalam bentuk aerosol , Itu yang memboleh kan penyakit ini berjangkit walaupun Pesakit tidak demam atau batuk
Walaupun sars cov 1 mempunyai keupayaan yang sama , Namun saintis masih lagi belum dapat jawapannya kenapa Sars Cov 2 boleh berjangkit walaupun penghidap “ asymptomatic “ Tida simptom .
Amat menakutkan !
Kesimpulan yang mereka buat , mungkin mereka masih belum mampu mencari dimanakah kekuatan sars cov 2 ini lagi .
Dan , Jangkitan sars cov 2 ini , Bermula di wuhan yang mempunyai komuniti yang padat .
Jadi , Kita ingat kawan kita tu sihat , tak ada simptom , Padahal sebenarnya dah menjadi penghidap Covid 19 , Mula merebak pada orang lain
Kalau boleh ! Kalau boleh , Kurang kan untuk keluar beli barang dapur . Cukuplah sekali beli tahan 3-4 hari . Jangan lah seronok sangat nak pergi shopping tu .
Aku faham , semua dah mula bosan duduk di rumah , Tapi berbaloikah bergadai nyawa ?
Dan lagi satu aku nak nasihatkan ,
kalau nak beli barang dapur ,
Pastikan
1- guna hand sanitizer setiap kali menyentuh barangan .
2- Jangan sentuh barangan yang tidak diperlukan
3- Amalkan social distancing ,( Berjarak)
4- Kalau rasa badan tak sihat atau batuk , Jangan keluar rumah , mungkin immuniti sedang rendah, Kalau dijangkiti virus lain
5- Pakai mask jika perlu
6- Pastikan basuh tangan sabun sebelum masuk ke rumah
7- Terus mandi dan salin pakaian yang bersih sebelum berjumpa dengan ahli keluarga lebih lebih lagi anak kecil .
8 – Keluar bila sangat memerlukan sahaja
9- Jangan sentuh muka , hidung dan Mulut .
10 – PAKAI GLOVE ADALAH TAK PERLU , Tapi Kalau ada yang jenis nak pakai glove jugak , Pastikan terus buang selepas guna , Dan jangan sentuh mana mana bahagian badan mahupun muka.
Apa fungsi glove kalau kau masih sentuh muka kan ?
Dengan bersalaman , Bersentuhan , bercakap tanpa mask dengan jarak yang dekat memudahkan lagi jangkitan Sars Cov 2 yang mana kita tahu sangat Contagious dan Merbahaya .
Kalau boleh , Sekali lagi aku nak ingatkan , Keluar bila perlu sahaja . Kalau boleh , sekali keluar , beli lah stok yang cukup untuk bertahan lama .
Kita tak tahu lagi , Musuh yang bakal kita jumpa diluar .
Tag ahli keluarga dan kawan
Share la post ni , biar semua orang berjaga jaga bila keluar nanti
Marilah kita berdoa agar musuh kita ini dapat ditewaskan dan dihindari .
Dr Yazeed Hair Johari
Medissa Group of Clinics
Medical & Dental