KENAPA BRACES ?

KENAPA Braces ?

Sudah menjadi trend remaja masa kini untuk memakai pendakap gigi atau dikenali sebagai braces.

Pemakaian braces pada hakikatnya bertujuan bagi memperbetul kedudukan gigi kembali kepada kedudukan yang ideal.

Namun, braces kini lebih dijadikan sebagai fesyen dan trend masyarakat terutama golongan remaja.

Pendakap gigi atau dikenali sebagai braces merupakan alat yang digunakan bagi memperbetul kedudukan gigi individu untuk menghalang sebarang bentuk komplikasi yang lebih teruk.

Pemakaian braces juga digunakan bagi membetulkan maloklusi; gigitan, crossbite, gigitan terbuka, gigitan mendalam, dan juga komplikasi rahang. Segala komplikasi ini juga memberi kesan kepada proses pengunyahan makanan, pertuturan dan sebagainya.

Secara umumnya, braces terdapat beberapa jenis. Antaranya Metal braces, Clear ceramic braces, Self ligating bracket, Damon braces dan Clear Path Braces.

Metal braces atau pendakap gigi logam ini antara yang popular dan menjadi pilihan golongan remaja.

Penggunaan bracket braces atau pendakap kurungan ini disertakan sekali bersama elastic berwarna (gelang getah) . Ini yang menjadi daya tarikan remaja untuk memakai braces jenis ini.

Rawatan ortodontik diberikan kepada beberapa permasalahan seperti merawat maloklusi. Terdapat beberapa jenis maloklusi seperti gigi jongang dan gigi jarang. Gigi jongang berlaku apabila gigi atas dalam kedudukan terkehadapan berbanding gigi bawah.

Dalam hal ini, pesakit mengalami kesukaran untuk bercakap, mengunyah mahupun untuk menutup mulut. Sudah pasti juga menjadi satu aib dan bahan ejekan kepada individu yang mengalami gigi jongang. Lebih-lebih lagi kedudukan yang dalam keadaan kritikal.

Pesakit ini selalunya mengalami kesukaran untuk menyebut perkataan ‘S’ dan ‘T’ pada awal perkataan dan menyebabkan pertuturan tidak jelas. Keadaan gigi jongang ini juga memberi kesan mental kepada pesakit kerana keterampilan yang tidak menarik.

Kanak-kanak juga antara golongan yang menjadi mangsa dalam bahan ejekan dan buli kerana kejelekan rupa kanak-kanak yang mempunyai gigi jongang. Tidak dinafikan bagi golongan dewasa turut menjadi bahan lawak jenaka kerana masalah gigi jongang.

Rupa dan kecantikan merupakan sesuatu yang subjektif untuk diukur. Maloklusi mempunyai beberapa tahap, ada yang serius dan ada yang minimum sahaja.

Rawatan ortodontik tidak menjadi keperluan pada maloklusi yang minimun bahkan jika dilakukan, akan memberi lebih keburukan berbanding kebaikan.

Sangat disarankan untuk pesakit mendapatkan nasihat dan pertimbangan dengan lebih teliti daripada pakar ortodontik. Pemeriksaan yang lebih teliti daripada pakar akan memberi kesan rawatan yang baik dan memuaskan.

Kedudukan gigi sangat penting dalam memastikan fungsinya sempurna. Dengan kedudukan gigi yang baik akan membantu untuk memudah proses pengunyahan makanan yang boleh mempengaruhi fungsi penghadaman.

Antara lain, dapat memudahkan proses memberus gigi.

Jika gigi yang berlapis boleh menyebabkan ketidaksempurnaan ketika memberus gigi. Hal ini akan menyebabkan makanan akan terlekat di celah-celah gigi dan akan memberi kesan yang lain seperti karies gigi

So siapa yang nak pasang braces tu ,
Boleh grab promo di bawah .

100 Pesakit pertama sahaja ya .

So macam mana nak mula pasang braces ?

1 – Book Appointment
2- Datang konsultasi untuk treatment plan
3- dentist Akan terangkan Kos total , Jika perlu ada gigi dicabut atau ditampal .
4- Mula ambil “ Moulding “ Acuan .
5- Xray gigi
6- Mula Pasang braces

Medissa Dental Shah Alam
MEDISSA Dental Shah Alam
Sec 7
Manager : Mrs Yana
✅+60182490600

Klinik Pergigian Medissa Senawang
Medissa Dental Senawang
Manager
✅ +60183709123

Medissa Care Johor Bahru
Medissa Care Johor Bahru
NO 21 GF, Jalan Padi Emas 1/8
Bandar Baru Uda
✅+60174568553

Medissa Dental Banting
Beside Mc Donald
✅ +60143222754

Klinik Pergigian Medissa Bangi
MEDISSA Dental Bangi
Bangi Sentral Sec 9
Manager : Ms Tia
✅+60109001554

Klinik Medissa Medical & Dental Kota Damansara
Seksyen 7
Kota damansara
✅0162330690

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.