Aku ada terbaca pasal satu kisah ni , Yang di muat naik oleh seorang hamba allah . Apa yang dia nak pesan , Kalau pergi hospital , Kau kena cakap “ English “ Baru lah doktor akan hormat dan ikut kehendak kau .
Ceritanya lebih kurang begini . Anak dia admit ke Hospital Kerajaan Di sebabkan oleh jaundice dan G6pd .
So isu dia sekarang ni , Si dia “ Ayah “ Nak anak discharge dari wad . Doktor tak bersetuju awalnya mungkin atas sebab keselamatan, Dimana anaknya itu perlu dipantau lagi . Jaundice + g6pd … Tak seram ke ?
.Si ayah ni tetap juga nak bawak anak dia pulang . Jadi si ayah ni pun plan ..
Kena guna strategi katanya..
Jadi strategi si ayah adalah dengan Bertutur dalam Bahasa Inggeris . Kalau speaking english , Nampak lah macam ada class sikit , Baru lah dapat “ Attention “ Perhatian doktor .
Kata si ayah , Lepas cakap bahasa inggeris , Akhirnya si Ayah “ Menang “ Doktor bersetuju untuk melepaskan “discharge” anaknya itu pulang ke rumah .
Dalam Ruangan komen ada netizen yang bersetuju , Katanya… Memang kena cakap english , Kalau tak nampak macam orang kampung , Doktor tak nak beri perhatian .
Kesimpulan disini si ayah nak kasi tau , Kalau kau pergi hospital kerajaan , Kau speaking la sikit english , Baru lah doktor layan kau .
Si ayah pun bandingkan , Kualiti hospital kerajaan malaysia dan kerajaan Uk , Us Dan Australia .
Katanya , Hospital kita memang tak selesa . Yes aku agree! 100% memang tak selesa .
Isu ni sebenarnya … Tak lah besar sangat , Cuma aku nak cakap , Isu bahasa ni sebenarnya tak wujud . Kau yang sendiri rasa rendah diri dengan bahasa melayu kau tu sendiri dah kenapa ?
doktor semua tak heran kau nak cakap bahasa apa pun , Janji kita masing masing boleh faham keadaan penyakit dan rawatan seterusnya .
Aku rasa , Perbandingan bahasa itu adalah pemikiran yang Sempit .
Kalau kau nak tahu , Situasi kerja di hospital memang sangat memenatkan ditambah lagi dengan tekanan perasaan .
Jadi kami para doktor , Kalau boleh … Lagi suka kalau ward tak banyak pesakit , Boleh la kami fokus yang terbaik untuk pesakit yang sikit . Kalau kau nak balik sangat rumah …. SILAKAN !!!
TAPI !!! TAPI …. Ada benda yang kami perlu titik beratkan .
Iaitu keselamatan . Keselamatan anak kau tu di bawah jagaan kami , Jika apa yang kami perlajari ni , Dah berpuluh tahun kajian kata contohnya.. “ Patient need to be keep for 5 days ..” Means .. Kita akan ikut … standard guidline …
Jaundis dan g6pd ni kita takut pendarahan . Kalau pendarahan tu berlaku di rumah … Kau nak kata apa ?
Confirm kau akan kata ..
“ Doktor yang bagi balik !”
tapi Kau tak cerita dekat orang luar sana ..
“ Kau yang beriya cakap english sebab nak kasi anak kau balik ..!”
Isu menang debate dengan doktor tak wujud sebenarnya , Bukan pasal isu menang .. Sebenarnya doktor tu dah malas nak layan perangai kau yang anggap kau sorang je betul
Lepas doktor dah terangkan semuanya , Kau tetap jugak taknak ikut plan rawatan…
Apa yang kami boleh buat ? Itu hak Kau sendiri …
Sebab tu kita mintak patient sign borang “ AOR “
“ At Own Responsbility “ Atas tanggung jawab sendiri ..
Maknanya , Jika ada apa apa berlaku kepada pesakit , Pihak hospital takkan bertanggung jawab . Tapi kami akan tetap merawat jika kau datang semula .
Eh , Habis tu kau yang beriya nak balik , Bila jadi apa apa takkan hospital nak tanggung ?
Selalunya doktor akan nasihat sebaik mungkin dulu ,
Dalam fail kami pun kami akan tulis …
“ Keadaan penyakit pesakit telah pun diterangkan kepada penjaga , Risiko pendarahan , Kematian dan sebagainya telah dimaklum kan , Akan tetapi , Penjaga tetap mahu membawa pesakit pulang …. Surat AOR telah pun di tandatangani oleh penjaga ..”.
Kami akan tulis ini dalam fail pesakit , Beserta tarikh dan masa . Bukan apa , Tujuannya adalah untuk perlindungan .
Bukan kita yang buat keputusan , Tapi keputusan itu dipilih oleh penjaga sendiri ..
Si ayah bandingkan pula keadaan hospital di Uk , Us Dan Australia …
Tapi Si ayah tak tulis pula , Dia bayar caj rawatan RM 1 tu …
Bang , Kau kalau nak selesa , Kau kena pergi private .. Sana macam Hotel ..
Lepas tu , Lagi satu aku nak habaq mai , Belum tentu lagi kes hang tu doktor pakar swasta nak terima . Mereka tengok juga pada tahap mana penyakit tu . Kalau teruk , Mereka pun tak sanggup ambil risiko untuk merawat pesakit di hospital swasta .
Jadi aku nak betulkan balik mindset hampa ni semua …
Doktor dan misi yang kerja di wad tu … Stress dengan bebanan kerja , Kalau boleh , Ward tak ramai pesakit . Tapi tak mungkin lah berlaku .
Walaupun wad tu dah sesak sekali pun , Kenapa doktor tu sanggup lagi untuk tahan Anak dia ?
Walhal , Kalau dia bawak balik anak dia tu lagi baik , Kurang sikit tekanan . Tapi maslaahnya itu bukan kehendak kami . Itu adalah etika kami yang wajib pastikan keselamatan pesakit
Habis tu , Kau dah beriya iya nak balik siap speaking english bagai , Doktor tu pun dah tak larat nak layan perangai kau sorang , Kalau sorang ada kepala macam ni takpa , Tapi ramai lagi yang lain ada pemikiran macam ni .
Ada yang mintak jus oren lah , Nasi tomato lah , Selimut warna ungu pun ada …
Nak melayan masing 2 punya perangai … Boleh meninggal …
Tak kira lah kau nak guna bahasa apa pun tak penting , Janji antara doktor dan penjaga / Pesakit faham atas risiko dan keselamatan yang perlu diutamakan.
Jadi tak perlulah ada mindset , Kalau speaking english baru nampak ada class , Baru lah dapat perhatian .
Saya doakan si anak selamat . Dan sihat walafiat seterusnya .
Hang pi la komplen dekat menteri tu , Cakap hospital kita memang dah uzur . Aku pun setuju , memang ada beberapa hospital yang perlu direnovasi dan tidak selesa .
Tapi apa kan daya , Menteri nak dengar ke ?
Oh lupa , Nanti aku cakap english dengan menteri , Mungkin aku akan dapat perhatian .