Kematian Ibu Mengandung

Assalamualaikum dr. Saya salah seorang follower dr. Saya ada cerita seram yang ingin saya kongsikan. Kisah ni jadi 10tahun lepas. Masa tu umur saya pun baru 14tahun.

Cerita ni kisah benar ya.

KEMATIAN SI IBU MENGANDUNG!

Makcik K (bukan nama sebenar) sedang sarat mengandung. Saya tak pernah tegur makcik K ni. Menjelang hari kelahiran anak ke 4 beliau, beliau disahkan meninggal dunia selepas melahirkan anaknya. Anaknya selamat ya.

Cuaca gerimis, mengiringi hari pengebumian makcik K. Bayinya ibu mertuanya yang jaga.

Malam itu, sekitar jam 12 mlm, kawan saya Mail (bukan nama sebenar) keluar utk ke kerja. Kawasan rumah kami ni perladangan. Faham faham jela dgn pokok sawit kiri kanan. Okay sambung.. Masa Mail ni syok naik motor nak pergi guard, dia nampak orang berbaju putih, rambut panjang, bawa baby duduk di pondok tunggu bus sekolah. Mail terbabas menyimpang ke rumah orang.

Malam hari kedua, pakcik L (bukan nama sebenar) pergi ke bilik gerakan utk periksa kalau kalau ada lampu atau kipas yg belum di tutup. Masa tu awal lg dlm pukul 11 malam. Bila dia kat dalam bilik gerakan tu, dia dengar bunyi mencakar atap. Pakcik L pun cepat cepat kemas ,tutup semua lampu dan kunci pintu. Masa dia nak motor nak balik, belakang motor dia ada yang tumpang bawa baby. Pakcik L pun turunkan side mirror. Tanpa fikir apa apa dia pecut sampai rumah lari masuk dalam. Pakcik L demam seminggu. Sama mcm Mail.

Malam ketiga pulak, waktu tu saya ni bujang lg. Biasa la anak dara, tidur lewat layan hp. Dengar lagu. Jam masatu dah pkl 2pg. Tgh syok syok dok dengar lagu, dengar orang nangis dibelakang rumah. Dalam hati, siapa plak nangis pepagi buta ni. Belakang rumah ada pokok rambutan.

Masa tu still tak layan lg, dok ingat anak jiran la. Tp jiran orang indon. Aduhh. Aku dah panik. Tetiba dengar anjing menyalak pulak. Hm, bila masa plak penduduk sini ada bela anjing sedangkan majoriti penduduk sini semua islam.

Aku dah tak keruan. Selang beberapa minit dengar lg orang nangis, kali ni mendayu dayu sgt suaranya. Aku gagah la buka tingkap bilik. Nak tgk apa yg ada kat blkg rumah.

Buka buka tingkap, tudiaaaaaaa.. Duduk elok kat pokok rambutan orang sambil pegang bayi. Jantung aku laju masatu. Nak jerit suara tak keluar. Ya Allah, cubaan apa ni. Dalam hati aku jgn la dia tunjuk muka ke aku! Baru je terdetik kata hati mcmtu, sekali dia toleh.
Mcm nak pitam aku dibuatnya. Mata terbeliak. Rambut panjang. Siap senyum sinis sambil usap usap yg dia dakap mcm bayi tu.

Aku apa lagi, terus lari pi bilik mak aku la. Mak abah aku pulak tidur kunci pintu, aku ketuk sekuat tidak sampai terkencing depan pintu bilik tu haa. Lepas cerita semua kat mak abah, abah aku keluar pi cek. Lepas tu abah sedapkan hati aku kata benda tu dah tkda.

Ingatkan dah reda. Selang beberapa jam, dalam pkl 4pagi dia dtg lg. Aku kat dapur nak minum air, ehhhh dia dok kat pokok pelam tepi rumah pulak. Terketar ketar tgn aku ni sambil pegang cawan. Dalam ketakutan tu, tetiba ada yang pegang bahu aku. Ya Allah, takutnya aku masatu. Aku tak tgk dan tkleh nak fikir dah. Cawan yg ada kat tgn laju aku ketuk ke arah belakang. Sekali pusing, tgk tgk mak aku daaa.

Mak aku tanya knp ni? Aku ckp la dia dtg lg. Mak aku pun pi ngendap. Kejutkan abah, abah keluar rumah lg. Ishh aku mcm nak mati dah ketakutan. Esk esknya, ada lg beberapa org yg kena kacau juga.

Aku terlantar di rumah hampir 2minggu sebab lemah semangat. Terkejut dan ketakutan.

Sejak dari tu, aku tak berani nak tidur lewat. Sampai aku khawin. Bila dah khawin, pun kena gangguan. Kali ni lagi menyeramkan.

Kredit – IDA

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.