KEJAR IMPIAN

JALAN TERUS
NAK MULA BERNIAGA KE TAK ?
APA IMPIAN KORANG ?

Ramai juga yang tanya , Apa Impian Aku ..?
Ada yang tanya macam mana nak mula bisnes .

Aku belum lagi jadi bisnesman yang berjaya .
Tapi boleh lah nak share sikit 5 Tips.

1 ) NIAT

  • Cuba korang cari dulu niat nak berniaga tu untuk apa , Kalau Niat no 1 tu nak jadi kaya .. lupakan dulu , Itu semua omong omong kosong . Kalau kau pergi talk bisnes , Dorang semua wayang kereta mewah , Banglo , Handbag mahal2 .. Kau jangan terpedaya .
    ‘Too good too be true unless proven otherwise ‘
    Letak Niat pada nak membantu keluarga . Kalau aku , Masa mula mula dulu pun terpesong , Niat nak kaya .. Tapi salah .. Bila dah 3 tahun berniaga .. Rupanya kepuasan aku adalah bayar Gaji Pekerja . Rasa seronok bila hujung bulan staff semua boleh pulang dengan duit gaji dan bantu keluarga mereka .

2)MINAT
Ingat , bukan minat bisnes je , Kau kena berniaga benda yang ada kaitan dengab Minat kau , Baru lah kau tak terasa beban untuk lakukan benda sama hari2 . Contoh , Kau pandai cat kereta , Kau minat kereta . Kau berniaga lah benda yang kau minat , Jangan kau pergi jual makanan pulak , Sebab kau potong bawang pun dah stengah jam , Biler nye nak masak ?

3) BERKORBAN
Kalau selama ni kau kerja bergaji , Kau dah selesa dgn gaji yang ada , Bila kau nak mula berniaga , Kau boleh cuba “ Part Time dulu” .. Lepas balik Kerja … tapi bila kau dah nampak kemajuan tu , Kau kena beri komitmen . Kau kena berhenti kerja . Tapi ingat , Mungkin gaji kau tak sama seperti kerja lama , Mungkin permulaan berniaga kau akan dapat income yang lebih sedikit , Tapi insyallah akan bertambah mengikut masa .

4) MASA
Bila kau dah berniaga , Masa tu amat bernilai , Muka mula mesti kau kena berkorban masa untuk jimat kan kos , Tapi lepas kau dah berjaya , Kau dah mampu latih dan ambil pekerja . Masa tu lah kau akan ada Masa Yang banyk untuk kau berpesta dengan anak binj dan keluarga

5) SET GOL
Kau kena pandang masa depan kau dimana dan bila . Mungkin kau nak ada beberapa cawangan . Jadi dari awal kau dah mula rangka sistem perniagaan kau , Letak satu impian dan Timing . Contoh dalam masa 5 tahun aku nak ada 3 cawangan .

Kalau aku , Impian aku nak ada 100 klinik atau lebih di Malaysia dalam masa 20 tahun .
Jadi satu tahun aku kena buka 5 cawangan atau lebih .

Aku nak bersaing dengan Klinik Klinik Yang lain , Bangsa lain . secara positif.

Orang lain boleh , Kenapa kita tak boleh kan ?

Memang mustahil kan .. Tapi tak apalah .. Kau tak cuba mana kau tahu.

Yang penting Jangan pernah putus asa .

Enjoy kegagalan tu dan terus bangkit ..

Yang penting

JALAN TERUS !

Doakan Impian aku nak ada 100 klinik dalam masa 20 tahun tercapai .

I WILL NEVER STOP

Apa IMPIAN KORANG ?

Amin , Aku doa kan

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.