Kanser

Kanser

Bangg !! Woii Banggg !!! “ Adik aku terjerit2 lari mendekati aku dari jauh …

“ Pahal kau ni , Gile ke ?” Tanya aku yang sedang syok layan netflix

“ Bang , Aku ada cancer ke ni ??!!!” Teriak adik dengan wajah yang serba serbi pucat

“ Ishh , Kau apahal ni , Bila pulak kau ada cancer ?” Tanya aku

“ Ishhh … tadi aku buang air besar , Masa aku nak flush … Aku tengok berdarah , Merah gelap !!!! , Banyak bang !!!! “ Jerit adik memegang bahu aku berkali kali

“ Hmmm …” Aku mendengus

“ Bang tolong la. kau kan doktor .. Tolong la wey aku nak buat apa ni … Rasa nak pitam lah ..” Balas Adik

“ Sekejap , Kau rilek dulu … Kau berak berdarah dah berapa lama ? Sebelum ni ada tak ? “ Tanya aku lagi

“ Sebelum ni , Takde pulak , Kalau ada pun aku tak perasan kot , Tapi kali ni memang aku perasan , Banyak bang .. Aduh ..” Keluh adik berkali kali

“ Kau ada pernah pengsan dekat tempat kerja tak ? “ tanya aku

“ Tak pernah pulak bang ..” Balas Adik tercungap cungap ketakutan …

“ Nak kata kau kurus , Badan kau elok je takde perubahan , Kau punya selera dah macam syaitonirojim …. Pelik jugak aku ni ..” Balas Aku

Adik dah mula pucat muka kebiruan

“ Kalau ada cancer , memang tak sakit perut kan ? Tau tau je berdarah .. Betul tak ?” Tanya adik lagi

“ Aah , Cancer selalunya memang tak sakit , Dan cepat berdarah …” Balas aku

“ Japp …”

“ Kau makan apa tadi ?” Tanya aku

“ Eh takde makan apa , Mak pun baru nak masak makan tengah hari tu … tak makan nasi apa pun lagi … “ Balas Adik

“ Hah … Ni kenapa ni ?” Tanya ibu …

“ takde apa lah , Ibu , Nak tanya skit , Tadi adik ada makan apa apa tak kat dapur ..” tanya aku

“ Hmm , Tadi lepas mak balik pasar , Adik kau datang dapur , Mak beli 3 biji buah naga , Dia belasah .. Sampai habis … “ Balas Ibu

Aku melihat kearah adik aku

Adik aku mula terpinga pinga

“ Bodoh punya pelahap … Dah la makan tak tinggal orang belakang , sekarang baru kau nak takut cancer … Baghal…” Balas aku

“ Hah ? Apa ni ? Habis tu aku ada cancer ke tak ni ?” Tanya adik

“ Cancer Abah kau ! Sebab kau belasah buah naga tu lah taik kau warna merah gelap ! Bodoh punya jamalulkuda “ balas aku geram

Adik tertunduk malu

“ Woi , Abah kau tu suami aku !”

Jerit ibu

Kami berdua tertunduk malu

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.