KALAU NAK BAYAR GUNA KAD , KENA BELI LEBIH ??! MESTI RAMAI YANG DAH TERKENA!

KALAU NAK PAKAI KAD , KENA BELI LEBIH DULU

Aku nak share sikit , Pengalaman membeli dengan menggunakan kad ni . Sebab aku prefer bawak kat debit kehulu kehilir .. Malas betul nak keluarkan cash …

Tadi aku pergi farmasi .. nak beli ubat ..

Ubat harga Rm 9 …

Masa nak bayar tu …

Aku hulur lah kat debit aku …

“ Wave pun boleh …” Balas Aku

Adik kaunter tu terus pandang ke arah aku …

“ Takde cash ke bang ? “ Tanya dia

“ Tak bawak cash … bawak card je ..” Balas aku

“ QR pay ada tak ?” Tanya dia lagi

“ Oh sori tak bawak phone .. Sebab saya baru balik dari gym … Memang tak bawak apa apa selain kad bank ..” Balas aku

“ Tak boleh encik .. Tak cukup ni ..” Balas dia

“ Apa yang tak cukup ? “ Tanya aku semula

“ Ubat ni harga Rm 9 , Kalau nak pakai kad .. Kena beli lebih … Minimum pun Rm 20 ..” Balas dia

“ Eh ? Macam tu pulak ?” Tanya aku ..

“ Aah , Kira ok lah ni RM 20 .. Ada kedai lain letak belian minimum Rm 50 , Rm 100 ..” Balas adik kaunter tu lagi

“ Macam ni lah , Awak panggil bos awak keluar ..” Balas aku

Adik kaunter tu terpinga2… Sambil buat muka pelik tak puas hati …

Dia pun berjalan , Masuk dalam bilik panggil bos dia ..

“ Yes , Encik .. Kenapa … ?” Balas bos

“ Saya tak ada cash , Saya nak bayar ubat ni , Tapi kenapa pulak kena beli minimum Rm 20 baru boleh bayar ?” Tanya aku ..

“ Oh .. Kita memang letak harga minimum Rm 20 , Kalau nak guna kad .. Sebab bank charge kita … Guna terminal ni ..” Balas Bos

“ Eh , Siapa punya rule tu kena ada Bayaran minimum Rm 20 ? Saya pun berniaga juga .. Ada guna terminal .. Tak ada pula arahan macam ni …. “ Balas aku

“ Tapi nanti kita kena charge maaa..” Balas bos tu tadi

“ Eh , This is terminal service , Of course you need to pay for the charges to the bank … Everyone does the same thing … You have to bear the charges lah ..“ Balas aku eksyen skit speaking .. Walaupun muka macam lanun …

“ Suka hati u lah ..” Balas bos tu sambil buat muka tak puas hati

“ Adik … U ambil debit card dia .. Kasi dia bayar ubat ni ..” Balas bos

Adik kaunter tu pun ambil kad aku , Charge Rm 9 tadi .. Secara wave ..

Boleh pulak …

Aku berjalan keluar …

Bos tu tadi yang berdiri dihadapan kedai .. Pandang serong je dekat aku ..

Ucap terima kasih pun tidak pada pelanggan ..

Memang ramai je orang komplen tentang perkara ni .. Dulu BnM pun dah keluarkan arahan , Perkara macam ni tak perlu ada lagi

Aku tak faham , Sejak bila ada had pembelian minimum ni ? Siapa yang memandai sangat ni ?

Arahan siapa ?

Dah guna servis terminal , Tak nak tanggung pula …

Itu kan add on value to your bisnes ..

Memanglah perniagaan ini sebenarnya nak memudahkan orang lain …

Tak pasal , Aku pulak di pandang serong ..

Haizzzz

One comment

  1. Bank pun tido… sepatutnya bank tarik balik pengunaan terminal tersebut bagi peniaga yang mengenakan charge lebih kepada pelanggan. Peniaga lh kena bear cost sewaan terminal bagi tujuan menarik pelangan berbelanja dier permis perniagaan mereka

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.