Kad Misteri

Kad Misteri

Teringat lagi masa jadi medical officer dekat Hospital Mersing .

Datang la sepasang suami isteri ..Masuk ke dalam bilik rawatan jabatan pesakit luar .

Umur lebih kurang 70 an

Sweet je aku tengok dorang datang bersama ..

So kad pesakit dah ada atas meja, Aku pun terus belek muka surat yang baru ..

Pakcik ni duduk depan aku , Seorang makcik lagi duduk di atas katil .

“ Assalamulaikum , Pak cik datang ni ada masalah apa ?” Tanya aku …

“ Oh , Doktor , Pakcik ni tak ada masalah apa sangat cuma lutut ni sakit sikit .. Nak sujud, Bangun dari sujud susah ..” Balas Pakcik

Aku pun check la kaki pakcik ni, Dang angkat atas kebawah , Dah pegang kepala lutut semua ..

Memang ada bunyi “ Crack” Tu ..

Menandakan pakcik ni ada Radang pada tulang sekitar lutut ..

“ Pak cik ada radang ni , Pelapik tulang dah haus .. Macam tapak kasut .. Selalu kita pakai .. Dia akan jadi nipis .. So pakcik jangan risau .. Nanti saya kasi ubat …” Balas Aku …

Pakcik tu mengangguk… tanda faham

Aku pun terus catit pada kad rekod pesakit .

“ Ok lah , Pakcik dah boleh balik , Nanti ambil ubat dekat farmasi ..” Balas Aku

Pakcik tu pun tersenyum , Sambil ucap terima kasih …

Pakcik bangun dari kerusi ..

Kemudian …

“ Tapi doktor .. orang rumah saya pun sakit juga , Dia sakit perut dari malam tadi ..” Balas Pakcik

“ Ohh .. Kalau makcik pun sakit .. Kenapa tak register skali tadi ..?” Tanya aku

“ Dah register dah tadi doktor ..” Balas Pakcik

“ Ok lah , Alang2 pakcik dan makcik dah ada dalam bilik ni .. saya pergi cari kad makcik kejap ..Siapa nama makcik ?” Tanya aku

“ Normah Binti Musa ..” Balas Makcik yang sedang duduk di atas katil

Aku pun terus keluar ke kaunter ..

“ Ada tak kad nama normah musa .” Tanya aku pada staff nurse

Nurse pun sibuk mencari …

“ Eh tadi ada register .. Kad tak ada pula ..” Balas Nurse

Aku pun garu kepala ..

“ Kalau kad tak ada dekat kaunter , Maknanya dah hantar kedalam bilik doktor ..mungkin kad ada dekat bilik doktor lain ..” Balas Nurse

Aku pun terus masuk ke bilik konsultasi doktor lain ..

Aku dah masuk 3 bilik , Semua tak ada kad makcik normah ni …

Aku siap pergi bilik jabatan rekod untuk cari kad …


tapi masih tak jumpa ..

Aku jadi pelik , Aku suruh nurse check balik ..

“ Memang tak ada lah doktor dekat sini .. Cuba check dalam bilik doktor , Mana tau terselit mana mana dengan kad lain ..” Balas nurse

Aku pun masuk balik dalam bilik

“ Maaf ya makcik .. Kad makcik saya tak jumpa .. Tengah cari ..” Balas Aku

Aku pun belek2 kad yang ada atas meja aku ..

Lah !! Rupanya kad rawatan Makcik Normah memang atas meja aku ..

Eh kejap !! Tapi pakcik ni siapa ?

“ Pak cik , kad ni .. Kad makcik normah .. Tapi kenapa saya rawat pakcik pulak ..” Balas Aku

“ Kenapa pakcik duduk dekat kerusi ni , Bukan makcik normah ..” Tanya aku

“ Mana pakcik tau , Makcik kau masuk je bilik ni , Terus dia duduk atas katil , Jadi dah tak ada kerusi lain .. Pakcik duduk lah sini ..” Balas Pakcik

Yang makcik tu pun diam je .. !

“ Kenapa makcik tak duduk dekat sini ?” Tanya aku

“ Makcik sakit perut , Sebab tu makcik duduk atas katil , Nanti senang doktor nak check ..” Balas mak cik sambil tersenyum

Alahai … Jenggg ….

Benda simple jadi kelam kabut 😂

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.