JENIS PEKERJA YANG AKU AKAN BUANG
Benda ni sebenarnya agak subjektif .
Sebab perangai orang ni memang lain lain.
Ada yang rajin , Tapi suka mengumpat
Ada yang Malas , Tapi pandai buat kerja
Ada yang slow , Tapi rajin
Ada Yang malas , Tak pandai buat kerja
Macam macam lagi
Tapi bagi aku semua itu bergantung kepada attitude masing2 …
Dan pada aku Attitude tu paling penting
Adakah kau seorang yang boleh belajar dan berubah
Adakah kau faham matlamat kenapa kau bekerja ?
Adakah kau dibesarkan dengan nilai murni ?
Jangan rasa rendah diri bila kita tak ada ijazah atau pun diploma .
Janji kita mempunyai nilai diri yang baik .
Rajin . Jujur . Amanah
Tapi aku percaya …
Kalau kau bodoh , Orang lain boleh ajar kau jadi pandai
Kalau Kau malas , Orang lain boleh beri motivasi untuk kau jadi Rajin
Kalau Kau slow , Orang lain boleh ajar kau jadi laju
Banyak benda yang kau boleh ubah dalam diri kau ..
Dan banyak benda yang orang lain boleh bantu kau
Tapi !
Tapi Kalau kau Toksik ..
No one can help you ..
Benda tu adalah nilai diri kau sendiri
Kau lebih selesa dengan negativity
Benda tu datang dari karakter diri kau sendiri
Kau membesar dengan perasaan dan karakter yang sebegitu rupa
Manusia Toksik
adalah Sejenis manusia yang paling aku allergik dan paling aku benci
1- Suka hebahkan benda yang tak betul . Tanpa bertanya atau sah kan
2- Suka sebarkan kebencian kepada staff lain terhadap majikan
3- Suka tokok tambah cerita untuk tambahkan kemarahan
4- Suka “ Create “ Group / Puak .. Mereka akan pilih orang2 yang sama jenis . Lebih2 Lagi pekerja yang Lalang , Mudah terpengaruh
5- Cuba jadi leader , Suka arahkan orang lain dengan arahan yang menentang polisi kompeni
6- Yang tidak mahu terlibat dengan Team Work .
7- Suka menjatuhkan orang lain yang tak sama pendapat dengan mereka .
8- Suka mencari pengaruh , Di dalam mahupun di luar Syarikat .
9- Suka menimbulkan Protest , fitnah Kepada sesuatu yang tak pasti !
10- Sentiasa mencari Jalan untuk mencari kelemahan Pengurusan Syarikat
Berikut adalah 10 Perangai toksik yang dapat aku simpulkan selama 5 Tahun menguruskan pekerja .
Dengan sifat2 toksik ini
Membuatkan –
1 Pekerja lain tidak senang kerja
2 Pekerja lain sering di beri tekanan dan ajakan yang negative
3 Membuat pekerja lain takut dan tidak percaya pada syarikat
4 Membuatkan pekerja lain mudah terpengaruh
5 Membuatkan kerja kurang produktif
6 Membuatkan pekerja lain juga terlibat bila kantoi dengan syarikat
7 Membuatkan pekerja lain tidak seronok untuk datang ke tempat kerja
8 Membuatkan team menjadi lemah , Dan tidak bekerja sama
9 Dan yang paling bahaya , Ada pekerja lain yang dibuang kerana fitnah mereka .
Dan Golongan mereka yang Toksik ini , Aku perhatikan ramai yang dah punya keluarga
Ada Suami isteri untuk di jaga
Ada anak anak untuk di beri makan
Ada komitmen yang perlu dibayar
Dengan keadaan ekonomi yang tidak baik sekarang ni . Sebanyak 800000 orang hilang pekerjaan .
Mereka lebih sanggup menjadi Toksik. tanpa memikirkan masa depan keluarga mereka .Mereka tak rasa bersyukur punya pekerjaan .
Bila dah kantoi .. Semua nak menangis
tolong Jangan Buang saya ..
Saya ada anak nak beri makan
komitmen saya tinggi
Habis , Masa kau sedap membawang , Sedap fitnah sana sini , Kau tak terfikir pasal family kau ?
Tapi pada aku simple
Kalau pekerja tu baik , Aku akan naikkan dia sejauh boleh , Aku nak semua naik pangkat dan naik gaji
Tapi kalau pekerja tu Toksik
Itu adalah musuh aku no 1 Dalam syarikat
aku takkan teragak2 untuk membuang mereka yang toksik
Kerana Orang yang toksik umpama buah yang busuk .
Sekejap sahaja boleh merosakkan buah yang lain
Sebab tu bagi aku sangat penting , Kerja dalam culture yang positive . Semua saling bantu membantu dan meringankan kerja orang lain
Semua orang happy datang kerja .
Boleh meningkatkan produktiviti syarikat , Dan sekali gus dapat berkembang dengan syarikat . Naik pangkat ,Naik gaji dan sebagainya
Jadi sebabtu lah ..
Kalau aku ambil pekerja ..
Aku tak kisah kalau kau tak pandai
,
Aku tak kisah kalau takde degree atau diploma, Tak ada Spm pun aku tak kesah
Aku tak kisah kalau Kau Slow, Kerana bakat boleh di asah
Sebab aku sentiasa percaya , Manusia boleh menjadi lebih baik jika diberi peluang ilmu dan masa .
Tapi Kalau Kau Toksik . Jangan sesekali datang interview aku.
Sebab pada aku , Attitude yang bagus , Merupakan Nilai diri seseorang .
Aku lebih sanggup invest pada good attitude dari Good Skill
Kerana orang yang mempunyai Good Attitude itu nilainya lebih tinggi dari Pelajaran , Skill mahupun wang ringgit
Trust me , Korang kat luar sana ..
Majikan kebanyakkan tak kisah dengan skill dan kertas yang kau ada
Tapi kalau kau jenis yang ada Nilai dan jati diri yang baik
aku tak terkejut kalau korang boleh dinaikkan menjadi General manager , Atau bos satu hari nanti
tapi perlu ada diploma atau ijazah
Kepada Toksik people diluar sana , Betulkan niat kita balik kenapa kita bekerja
Famili kita , Makan minum mereka perlu dapat keberkatan dengan gaji yang di bawa balik
Kalau ada perkara yang tak puas hati dengan polisi syarikat . Korang boleh jumpa HR , Boleh jumpa bos korang sendiri .
Kalau polisi itu tak sesuai dengan kau atau bos kau tu memang kejam , Cari kerja lain .
Tapi aku percaya , Setiap bos akan hargai pendapat pekerja jika ianya untuk kebaikan syarikat .
Remember , We Invest In People . Not In A Business