Antara beberapa Discharge ( Lendiran) Yang selalu kaum wanita ni Tak tahu ..
PUTIH

Putih jernih adalah normal
Putih Tapi lendiran tebal – Mungkin adalah salah satu lendiran semasa Ovulation ( Penghasilan ovum )
Putih , Creamy , Bau yang hanyir – Selalunya jangkitan Yeast / Kulat – Kebiasaannya di sebabkan kulat jenis Candida Albican
Putih bercampur Coklat kemerahan – Jangkitan Virus / Hiv / HPV human papiloma Virus
KUNING / HIJAU
Jangkitan Yang disebabkan oleh –
Protozoa – Trichomoniasis
Bakteria – Chlamydia atau Gonorrhea . Sejenis bakteria yang berjangkit melalui transaksi seksual .
STI – Sexual Transmitted Disease .
Selalunya berlaku kepada pasangan yang tidak dikenali , Skandel , Pelacur , atau pun perempuan atau laki simpanan
MERAH / COKLAT
Kebiasaanya warna ini datangnya dari warna darah . Apa yang membezakan sama ada fresh blood atau old blood ( Coklat ) Dan juga turut bergantung kepada lokasi pendarahan
Antara penyebab boleh berlakunya Pendarahan
- Kanser / Tumor
- Jangkitan Pada struktur lapisan dalaman
- Luka disebabkan kecederaan – Seks ganas dan sabagainya
Jadi Kalau korang nampak jenis lendiran seperti aku tulis di atas. , Jangan ambil sambil lewa .
Terus berjumpa doktor , kami akan ambik sample dan hantar pada makmal .
Rawatan bergantung kepada keputusan makmal .
Lain keputusan , Lain jenis ubat ubatan dan rawatan
Jangan pukul rata , Agak agak je ye .
Ramai yang tak sedar ada Cervical Cancer pada umur muda ..
Bila dah jadi cancer , Memang tiada jalan keluar .
Harap dapat membantu korang semua
Bacaan lanjut klik