JANJI

JANJI

beberapa hari lepas aku adalah pi lepak jumpa kawan .. Macam biasa lah di kedai mamak , Meja luar paling hujung sekali …

Aku sampai paling awai … Sebab rumah aku paling dekat .. Diikuti dengan Zal dan Mat ..

Aku dengan si mat ni …sebenarnya ada jugak bermain mata .. Bukan apa .. Melihatkan si zal ni … Cara dia berpakaian nampak lebih kemas dan warak ..

Tak macam zal yang aku kenal dulu
Dengan kopiah dia … Baju kurta putih berseluar singkat …

Tapi bagus lah , Aku dengar si zal ni pun dah aktif dalam dakwah agama.. Harapnya dakwah jalan yang lurus .. Bukannya naik ke kerajaan langit ayah pin …

“ People’s Change kan .. So kita kena lah adapt … Aku pun takde lah nak tanya kenapa dia nampak lain sangat ..

So aku dan mat layan lah si zal ni macam biasa..

Macam biasa lah bila jumpa kawan lama .. Mula lah cerita pasal kisah kisah lama ..
Dok bawang pasal orang itu orang ini …

sampai lah .. Satu masa tu .. Tak ada benda nak borak lagi …

Aku pun apa lagi. Sengaja aku keluarkan topik hangat ..

“ Apa pendapat korang kerajaan baru ? Haritu beriya iya sangat aku tengok si Mat ni berkempen dalam facebook ..” Jelas aku memecahkan suasana

Zal yang sedang menghirup teh .. Memandang ke arah Mat …

Mat pula … Dah mula tak sabar nak buka cerita …

Mat ni .. Memang setia … dah kalah pun dia tetap sokong jugak … Tu yang aku respek pada Mat

Makin membuak buak lah .. Mat punya ideologi ..

Berkobar kobar mat ceritakan satu persatu tentang apa isu terkini yang berlaku sekarang ..

Aku dan zal hanya mendengar ..
Bab isu politik ni , Kalau Mat tengah sembang . Kau jangan potong .. Mat boleh jadi baran dan terus boleh bertukar jadi Badang ..

Seram tau …

Aku dan Zal masih mendengar .. Dan mengiyakan sahaja hujah2 mat ..

Sehinggalah …
Mat berkata sesuatu ..

“ Ahhhh kerajaan baru ni … Hancing … Janji ke laut … Dulu janji lain .. Sekarang lain ..

Tak Tepati Janji !!!” Jelas mat dengab wajah yang serius dan kurang sabar ..

Aku menoleh ke arah zal ..
Mungkin ayah terakhir Mat itu mengujakan Zal …

“ Mat … ooo mat .. kejap kejap ..” Balas Zal

“ Ye kenapa ? Salah ke aku cakap ? Kerajaan lama tak tepati Janji ..” Balas Mat

“ Tak salah … Tapi cuma aku nak tau .. Kau ni dok sembang janji sana sini … Kau tepati janji tak ?” Tanya zal ..

“ Eh mesti lah ! Aku dah janji aku nak ambik kau tadi kan ? Aku dah janji kita nak lepak malam ni .. Aku tepati janji aku kan ?” Tanya mat

“ Ye betul … Ni aku nak tanya … Kau tau tak .. Masa kau kecik2 dulu .. Sebelum kau lahir .. Kau dah berjanji ?” Tanya zal

“ Hah ? Janji ? Janji apa ? Ngan siapa ?” Tanya mat

Aku masa tu , Macam biasalah .. Duduk ditengah tengah .. Cari point untuk laga kan mereka lagi .. Haha!

“ Ha .. Tu lah kau tak tau … Pernah dengar tak ..

“ Qul Inna Solati , Wa Nusuki … ( Sambungan)” Tanya zal

“ Pernah dengar ayat ni ?” Tanya zal

Mat mengangguk kepalanya…sambil menggaru kepala….

“ Ayat tu , sebelum kau lahir lagi , kau dah lafazkan pada allah .. Kau lahir sebagai muslim … itu adalah janji kau pada tuhan ..”

Maksud dia , Aku berjanji untuk sembahyang ….. dan ( Sambungan ) kerana mu ya allah..” leter zal lagi

Mat dengan muka terpinga pinga

“ kau solat maghrib tak tadi ?” tanya Zal

“Tu laa … tak sempat , jalan jem … Aku ambik kau pun dah masuk isya tau ..” balas Mat

“ Tu lah kau mat … Janji dengan tuhan pun kau tak boleh settle lagi . ..Tapi sebok pasal orang lain punya Janji …. Janji kau yang peetama tu kau jaga dulu mat ..” Balas zal Lantang bersuara..

Mat terdiam..

Bukan apa .. Aku tepuk lutut mat agar dia bersabar , Terima , Dan tan perlu berdebat semula ..

Walaupun pedas teguran dari zal ..

Ada betulnya juga..

Point dia dekat sini …
Tak kiralah isu politik ke , Rumah tangga ke …atau apa apa yang lain ke …

Bila bab berjanji ni ..
Jangan kita angkuh sangat ..

Sebelum kita dok sembang , Dok pompang pasal janji orang lan….

Janji kita dengan Tuhan tu .. Macam mana ?

Dah terjaga ke belum..?

Walaupun zal tujukan pada mat ..

Ada jugak zal jeling sedikit pada aku ..
Terkedu lah jugak …

Sekian peringatan untuk diri sendiri dan Mat …
Thanks zal sebab mulut kau pedas sangat..

Dr Tommy Insof …

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.