JANGAN JADI PUNCA PEPERANGAN KAUM

Kerana nila setitik , Habis susu sebelanga .

Nak hidup dekat Malaysia ni sebagai rakyat yang majmuk berbilang kaum dan bangsa , Simple je . Respect each other , Support each other . Itu sahaja yang diperlukan .

Ianya bermula dari peringkat individu tu sendiri . Kalau kita muslim , Tak faham dengan agama dan upacara non muslim . Tak payah lah kau nak semak dekat situ komen sana sini macam Jack of all trades . Tau sikit , Komen macam pakar .

Dan Non muslim pula , kalau ada apa apa isu keagamaan untuk orang muslim , Tak payah lah kau beriya iya sangat nak komen itu ini .

Boring lah baca isu isu rasis ni . Bila muslim bincangkan pasal isu Halal Dan Haram . Mula lah masing2 nak pertikaikan ..

Tanya soalan itu itu , Kau tanya soalan tu pun dengan nada yang sarkastik . Eh kenapa itu haram … Dunno leh ini haram .. Why itu pun haram jugak , Ini macam semua benda haram ke ?

Lepas tu bila orang dah reply , Dah mula aksi kecam mengecam . Kau reply ..” Saya mau tahu saja ..” ??? I mean .. Just shut up from the begining . Its gonna do you more favor rather to be in the ridiculous no-go discussion .

Maksud aku , Korang takkan faham isu halal dan haram ni sampai bila bila selagi kau tak kaji selidik dulu isu halal dan haram ni secara mendalam . Kau ingat dalil haram halal ni datang dari satu pendapat saja ? Ilmu ni bukan mudah , Tak sama macam Matematik 1+1 = 2 .

Cukup lah kita nak buat buat pandai semua ni . Kalau tak ada kaitan dengan agama masing2 .. Tak payah nak bersusah sangat ambil port . Tak kira lah muslim ke non muslim .

Tak payah sentuh bab agama , boleh tak ?
Jaga agama sendiri masing masing .

Ada je beberapa doktor , Yang non muslim aku dah unfriend . Bukan apa , Bila lalu dekat newsfeed .. Aku rasa jengkel sangat . Sekali lalu tak apa lagi , Boleh husnuzon .. Mungkin dia tak faham .

Tapi kalau hari2 lalu isus rasis kau tu . Memang ikut hati nak aje aku lutut kan muka kau tu . Nampak tak ? Benda2 macam ni sangata sensitif dan boleh semarakkan kemarahan .

Apa yang kau dapat ? Dah terlepas cakap , kena kecam , Kena buru , Kena tangkap , lepas tu buat permohonan maaf .

Habis tu macam mana dengan kerjaya kau ? Satu malaysia tahu perangai buruk kau tu . Bos kau nak simpan kau lagi ke ?

Itu kalau kau pekerja .. Kalau kau sendiri bos ?
Tak ke jahanam bisnes kau bila semua orang tau tokey bisnes ni rasis dan pencetus peperangan kaum

Kau rasa ada orang nak support kau lagi ?
Sejak tempoh PkP ni , Banyak dah kau belajar dari banyak kejadian rasis yang melibatkan kaum mahupun agama telah menjahanamkan perniagaan sendiri ?

Aku ada ramai kawan Non Muslim . Sepanjang tempoh covid ni . Kau tau dorang ni busy buat apa ?

Kebanyakkan kawan non muslim aku ni semua bersusah payah dari pagi , Sediakan derma untuk hospital , Rumah kebajikan , Rumah anak yatim , Ke sana kesini derma bantuan yang cuba menunjukkan contoh sebagai rakyat malaysia yang bersatu padu , Saling bantu membantu demi negara ,

Kau duduk dekat rumah jadi keyboard warrior cuba cetuskan peperangan kaum dalam komen komen bodoh kau tu

Ramai je non muslim dekat luar sana yang hati mereka lebih baik dari yang lain . Dan ramai juga muslim yang diluat sana bantu sesiapa sahaja tak kira agama dan kaum .

Apa yang susah sangat untuk kau faham erti hormat antara kaum dan agama ni . Apa kepuasan kau sebenarnya ?

Kau nak rasa macam mana rupa berperang jihad ke apa ?

Dah lah .. Macam aku cakap tadi , Hidup di malaysia ni mudah je . Mmg negara ni , Negara islam . Kena faham dari awal rukun negara tu .

Cukup2 lah .. Dengan isu rasis .

Ramai non muslim yang baik diluar sana . Tapi jangan kerana beberapa mangkuk yang tak reti bahasa .

Kerana nila setitik habis susu sebelanga .

Gambar diatas jadikan sebagai pengajaran . Tak perlu lah kita nak cetuskan kemarahan kaum lagi . We should live together , Build better nation

Kalau tak faham apa aku tulis ni , Boleh google translate .

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.