Isu Syarikat Farm Fresh sebenarnya bukan milik bumiputra ?
Dulu aku ingat lagi , Bini aku cakap , Beli lah susu farm fresh , Milik bumiputra , Susu dia pun sedap .
So masa tu lah baru aku kenal brand farm fresh ni . Makin lama makin famous susu ni .
Eh bagus lah ! Aku sentiasa mengidolakan anak melayu yang sukses dalam global bisnes
Contohnya Tuan Syed Manshor , Owner adabi malaysia . Memang 100% milik bumiputra .
Aku tumpang bangga , Dan sekarang ni Tuan syed dah jadi mentor aku dalam dunia bisnes . Kalau ada benda yang aku tak faham , Aku akan tanya Dato Syed Manshor untuk dapat kan nasihat supaya aku tak sesat nanti .
Tapi bila Aliff ahmad kupaskan yang sebenarnya dikatakan bumiputra tu , tuan Azmi . Memegang saham kurang dari 1% .
Terkejut lah !
Aku pun pelik juga , Kenapa selama ni ramai orang kata sebagai milik bumiputra .
Tapi aku disini posisi neutral . 
Cuma cukup sekadar aku tahu kebenaran tu .
Farm fresh pun dah banyak beri peluang pekerjaan kepada orang tempatan . Macam food panda , Grab , Air asia .. Semuanya bukan milik bumiputra . Tapi mereka dah banyk berikan peluang pekerjaan pada rakyat malaysia , tak kira bangsa .
Cumanya , Satu benda yang bagus jika kita tahu kebenaran ni , Sebab ada sesetengah orang sangat menitik beratkan , Tentang makanan atau minuman yang mereka beli
Ada beberapa kawan aku yang jenis macam tu .
Pada mereka , Sangat penting untuk tahu siapa owner syarikat . Kenapa perlu tahu ?
Kerana owner syarikat yang mempunyai nilai saham tertinggi sahaja yang boleh buat keputusan
Persoalannya keputusan apa ?
Keputusan untuk melabur , Duit keuntungan syarikat seterusnya dilaburkan ke mana ?
Ke arah industri yang halal atau haram ?
Kalau halal bagus lah , Kalau labur ke syarikat judi , Arak , Riba dan sebagainya .
Maka kita sendiri tahu , Apa hukumnya .
Aku pun bukan ustaz .
Untuk kawan aku ni , Dia sangat titik beratkan benda2 yang macam ni
Ada jenis orang tak kisah , Beli la produk apa pun janji ada logo halal . Tak ada masalah sebenarnya
Tapi ada juga orang yang sangat detail sebelum membeli sesuatu produk
Aku tak sokong mana mana pihak . Sebab masing masing ada point tersendiri
Pada aku , Tuan alif hanya menceritakan situasi sebenar posisi tuan azmi dalam syarikat farm fresh . Ia nya hanya nak menunjukkan bukti dan kebenaran sebenar bahawa tuan azmi hanya memegang saham kurang dari 1% . Maknanya kita tahu lah pengarah sebenar adalah orang lain .
Tapi ada yang tuduh , sebagai sifat dengki. .
terpulang lah pada masing2 punya andaian
Pada aku , At least aku tahu . Tu je
Dan tuan azmi pun ada katakan . Dengan farm fresh ni lah banyak buka peluang pekerjaan
, Which is bagus lah . Dapat bantu ramai orang kita yang tak ada pekerjaan buat masa ni
Cuma sekarang ni jelas lah , Syarikat itu bukan milik bumiputra . Tapi produk dia memang sedap belaka .
Tapi kalau lebih banyak kebaikan apa salahnya
So tak perlu lah netizen nak bergaduh sana sini . Hujung pangkal pun takkan selesai kan apa apa .
Kalau untuk orang yang jenis sangat detail sebelum beli barang , at least dorang dah tau kebenaran sebenar . Dorang boleh nilaikan sendiri
�Dan yang mana jenis tak kisah , Beli lah . Tak salah pun sebab memang dah ada logo halal .
Halal untuk di minum !
Cuma yang penting , untuk sesetengah orang yang lebih prefer pada syarikat bumiputra sepenuhnya , sebab mereka yakin , Syarikat tu tak melabur pada syarikat arak , judi , riba dan selainnya
Pada mereka keyakinan tu penting .
Kata mereka , duit untuk pelaburan tu lah jadi duit bayar gaji pekerja muslim
So , Benda ni terpulang pada individu masing2 . Tak perlu gaduh2 .. Setiap orang ada cara masing 2 .
Kepada Tuan azmi , Semoga tuan sukses , Dan thanks sebab banyak beri peluang pekerjaan kepada rakyat malaysia
Mana lah tau satu hari nanti Tuan Azmi boleh ada brand susu atau produk lain sendiri , Milik tuan azmi kan ?
tuah ayam nampak di kaki , Tuah manusia tak siapa yang tahu .
Tapi apa pun aku memang support Adabi dari kecil lagi .
Tuan Syed Manshor memang idola aku selamanya .
p/s Tapi bak kata tuan alif , Brand summerfield tu memang100% milik bumiputra