INSURAN TAK COVER JANGKITAN COVId 19 ?

KENAPA INSURAN TAK COVER JANGKITAN COVID ( Sars Cov2 ) ?

Tujuan aku tulis ni , bukan sengaja nak mempersoalkan kredibiliti dan keputusan pihak insuran .

Cuma aku tak faham kenapa insuran tak cover untuk rawatan covid 19 ni .

Dengan keadaan sekarang yang tak menentu , Jumlah pesakit positif yang meningkat semakin merisaukan .

Mencecah 3-4000 kes . Aku faham , Fasiliti hospital kerajaan tak mampu nak tanggung lagi .

Pusat covid negara pun full , dekat situ memang dah nampak exhausted .

Belum lagi frontliner , Yang dari dulu sampai sekarang pakai sut angkasawan untuk bekerja .

Dulu kita dah double digit , Lepas pilihanraya sabah , Timbul banyak kluster sehinggalah sekarang , Tak terkawal .

Sekarang ni dibawah akta fasiliti perubatan swasta kena bantu kerajaan untuk menerima masuk pesakit covid .

Dan kalau di swasta kita kena faham lah , Bukan murah , Hospital swasta adalah stand alone , Tiada peruntukan atau subsidi dari kerajaan . Kita faham rawatan di hospital swasta memang mahal

Tapi kes ni tergantung macam tu je , Kalau ada kes covid positif di swasta yang perlukan rawatan Di Icu dengan anggaran minimum Rm 15k .. Siapa nak bayar ?


refer hospital kerajaan ?

Kalau katil di kerajaan dah full ? Nak buat macam mana ?

Patient tengah sakit , Tempat rawatan tergantung ? main tarik tali tolak sana sini

Kalai yang mampu, Takpelah , Yang tak mampu nak bayar pakai apa ?

Balik rumah ? Tunggu nasib ?


Pihak insuran keluarkan notis , Apa apa yang melibatkan Covid 19 , Tak boleh claim , Swab test mahupun ward admission .

Swab test boleh claim dengan PIAM , Tapi kos rawatan di swasta kena tanggung sendiri.

So aku tak faham , Kenapa insurance tak cover covid 19 ?

Atas Alasan Pandemic ?

Covid 19 ni virus , Coronavirus . Sama je dengan viral infection yang lain .

Kenapa viral pneumonia , Influenza semua cover , tapi covid tak cover ?

Sebab ada risiko kematian ?


ok , Aku faham ada beberapa jangkitan yang tak cover , Dan alasan tu munasabah

Seperti contoh

STD , Sexual transmitted disease / Hiv , Jangkitan yang disebabkan seks rambang .

Yang tu kita faham lah kenapa tak cover , Kau yang sendiri cari penyakit ..

Kau tanggung lah sendiri .

Siapa suruh nakal .. ?

Tapi untuk covid ni , Bukan nya kita cari masalah , Dah covid ni bukan baru .

Memang coronavirus ni dah ada lama , Sama macam influenza .

Cuma kali ini dia mutasi jadi sars cov 2 .

Kalau korang perasan , Kalau anak anak kena jangkitan viral pneumonia . Rawatan boleh claim , dan memang covered by insurance .

Tapi apa beza dengan covid ?

Aku rasa pihak insuran pun kena main peranan jugak , Memang lah atas alasan pandemic , nanti semua orang claim , Dan bisnes insuran akan jatuh .

Pandemic ni berlaku tahun 2019 .

Tapi company insuran yang gah ni dah lebih 30-40 tahun wujud dalam dunia

Takkan setakat isu 2019 boleh lumpuhkan keuntungan insuran selama 30-40 tahun dalam dunia ni ?

Masa untung boleh happy , Masa tengah susah , Kau kelam kabut kata tak boleh claim .

Habis tu yang rakyat ni dok bayar insuran tiap2 bulan buat apa ?

Kes kemalangan pun dah makin menurun sebab ramai work from home .

So kalau tak boleh claim untuk rawatan covid , duit bulanan tu nak claim untuk apa ?

Memang lah ada ura2 kata nak cover , Tapi sepatutnya benda tu automatik . Tak perlu nak upgrade package atau beli package baru .

Tapi buat masa sekarang , memang insurans tak cover untuk apa apa jenis rawatan disebabkan covid 19

Bukannya kita sengaja cari penyakit kan ?

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.