INFLUENZA HABIS STOCK

INFLUENZA HABIS STOCK ?

Rasanya cerita tentang Influenza bukan lah cerita baru . Ramai dah kenal influenza ni sebagai salah satu virus bermusim .

Setiap tahun ada kes kematian influenza kan ?
Aku taknak cerita detail pasal virus influenza ni . Rasanya setiap tahun ada pihak yang terangkan tentang influenza .

Memang vaksin influenza tidak termasuk dalam jadual imunisasi kebangsaan .

Rotavirus , Pneumococal , Influenza .
Kos vaksin ini adalah tinggi . Mereka adalah kumpulan vaksin alternatif . Jika di ambil , adalah Lebih baik sebagai langkah pencegahan maksimum .

Kesemu Vaksin yang ada dalam Jadual imunisasi kebangsaan adalah yang diutamakan kerana herd immunity yang sekian lama kekal dijaga diwajibkan . Kos pun tinggi
Kerajaan menanggung banyak kos untuk vaksin ini . Tak padanlah dengan Hanya caj
Rm 1 .

Jika nak tambah lagi tanggungan kos Pneumokokal( jangkitan paru paru ) , Influnza , & Rotavirus ( Jangkitan usus / Cirit birit ) Aku rasa kerajaan memang tak mampu . Sebab itu ianya alternatif .

Kita boleh dapatkan suntikan alternatif ini di klinik swasta .

Namun permintaan terhadap vaksin Influenza , Penumokokal dan Rotavirus tidaklah mendapat sambutan yanb hangat .

Banyak klinik yang menyimpan vaksin jenis ini mengalami kerugian kerana kurangnya permintaan . Walaupun telah disarankan kerap
kali . Ramai yang menolak vaksin jenis ini kerana faktor utama adalah Kos Yang tinggi .

Disebabkan itu , Banyak klinik swasta tidak menyimpan vaksin jenis ini . Kilang pengeluar pula mula mengawal produksi mereka . Takut jika tak laku dipasaran .

Mereka menghasilkan vaksin jenis ini by – Pre Order . Jika ada tempahan . Kerana kos makmal untuk menghasilkan vaksin ini , Tentunya bermodalkan jutaan ringgit

Oleh sebab itu , Pengilang juga telah memainkan langkah selamat agar produk yang dihasilkan itu ada permintaan di pasaran dan tiada pembaziran pengeluaran .

Bila dah terjadinya outbreak . Kita sendiri boleh nampak . Tak ada stock !

Nak buat vaksin bukan sehari dua , Puan puan dan tuan tuan . Ambil masa yang lama , Special Packaging lagi.Bukan semudah itu

Sebab tu , Klinik swasta kebanyakkan nya tak menyimpan vaksin jenis ini . Mungkin ramai antara mereka yang dah buang vaksin ini disebabkan produk yang dah tamat tempoh tapi tidak digunakan .

Simpan stok, Expired , Buang , Tak order lagi !

Sebab tu bila terjadinya outbreak…

No More Stock …

artikel lanjut
http://www.dryazeedhairi.com

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.