Houseman Part 9

Houseman 9
Part 9

Tersipu sipu , Aku tunduk …
Dari pintu masuk. Aku mula nampak seorang houseman lain yang dah mula masuk untuk menggantikan tempat aku .

Aku tak pasti siapa , Mukanya sudah ditutup dengan Mask , Baju gaun bedah sudah pun disarung .

Dia sedang berdiri. Menunggu aku keluar ..

Aku pun meletakkan alat instrument di tangan , Perlahan aku berjalan menjauhi katil itu. Tangan yang masih bersarung “ glove “ Yang berdarah diangkat keudara ..

Aku berjalan ke arah houseman gantian itu ..

Aku mengangguk, Tunduk padanya …

Houseman itu pun tunduk semula. Dan terus berjalan kearah Dr Bob .

Sambil Aku membuka sarung tangan & gaun bedah ..

“ Next time , Jangan termenung !” … Jerit dr bob dari belakang ..

“ Habislah aku .. Hmm mesti satu department tau aku kena halau ni … Adoi .. Makin buruk lah nama aku lepas ni ..” Bisik hati .. Pasrah …

Namun , Kehidupan harus diteruskan juga ..

Aku mengangguk .. Aku berjalan keluar dari dewan bedah ..

Perasaan yang serba serbi gelora ..

Rasa macam nak capai je pisau tu tikam mulut Dr Bob .

Tapi …

Itu hanyalah api yang membara ..
Kerana setiap pembuluh darah aku dijadikan oleh api …

Api yang menghidupkan aku , Dengan suhu yang normal , Kini sudah membuak buak …

Dalam , Kemarahan itu , Aku juga dilahirkan dari sumber Air …

Unsur air yang wujudnya dalam badan ini , mula menenangkan …

Apa bila , jentik minda .. Bakal mengejutkan aku semula …Tentang makna kehidupan ..

“ Its my fault actually ..!” Bisik hati

Aku bukan lagi kanak kanak , Bukan lagi remaja yang memberontak ..

“ Im a grown ups !” Bisik hati

Aku sedang berkerja dan melakukan perkara yang amat serius ..

Nyawa manusia ..

kerana setiap saat kau leka …
Tsunami dunia .. Bakal menimpa ..

“ Yes.. Yes.. Its my bad “ .. Aku perlu belajar menerima kesalahan diri ..

Memanglah Dr Bob keterlaluan .

Tapi aku anggapkan .. Apa yang dilakukan itu semata mata demi menyelamatkan aku … Dan juga nyawa pesakit dari sebarang musibah ..

Aku harus terima , Tak kiralah cara baik , Mahupun cara keras ..

“ salah .. Tetap salah ..” Bisik hati

Perlahan ..
Dendam itu hilang seketika …

“ Ting !” … Terkujat .. minda yang cuba bangunkan aku semula ..

“ Nelly !!” Bisik hati

Setelah siap menukar pakaian , Aku berjalan keluar dari dewan bedah …

Aku terus meluru ke wad ..

Dari jauh .. Aku sudah nampak kelibat nelly yang sedang duduk ditepi pesakit ..
untuk prosedur mengambil darah ..

Aku berjalan , Aku singgah di “ Cardiac table “ … Meja diri yang selalunya ada dihujung kaki pesakit ..

“ Hi !! Suprise ..!” Tegur aku

Nelly yang sedang fokus , Menoleh .. Memandang ke arah aku …

“ hey ! I tought u are supposed to be in the OT room today ?” Tanya nelly ..

Aku hanya senyum ..

“ Takkan first case habis awal sangat ?” Tanya nelly lagi

“ Oh , ada orang ganti … “ balas aku ..

“ But why ? Its your name on the list … kan ??” tanya nelly

“ You will hear about it soon … and im gonna go for rounds.. jumpa masa lunch nanti .. But its on you …K bye ..” balas aku

Terus meninggalkan nelly .. Dengan pesanan untuk belanja aku makan ..

“ Today lunch free!” bisik hati …
Seperti biasa .. Aku menyambung kerja di wad..

Walaupun , Aku sememangnya suka kerja di dewan bedah …

Aku suka kan pembedahan ..

Tapi , Malangnya .. Hari itu .. bukan lah hari yang baik buatku.

“ oi .. jom lunch “ sapa nelly dari belakang..

“ Oi, terkejut la gile … cepat betul dah pukul 1 .. Tak sedar ..” Balas aku

“ Dah dah , Jangan nak acah acah rajin ..” Balas nelly ..

“ Cantek sikit, Aku memang rajin … Korang je tak nampak ..” balas aku ..

Nelly memandang ke arah aku …

“ Seriously puji diri sendiri ?” tanya nelly dengan raut wajah yang lebih serius dan menjengkelkan ..

“ If its not from me ? Then it should be from you ?” Balas aku

Nelly mengangkat tangannya .. Dilaraskan jari jemari dengan bentuk .. “ L” .. nelly letakkan pada dahinya … Yang cuba membawa maksud “ Loser!”

“ ok ok .. fine .. dah dah , jom lunch ..” Balas aku

Kalau dekat hospital ni ada dua tempat makan , Satu disebelah kanan bangunan utama , Satu lagi pula di belah belakang .

Kami selalu ke dewan makan belakang , Tak ramai sangat orang . Kalau disebelah kanan tu akan bercampur dengar orang awam .. Dan agak sesak …

“ Nelly … Siapa laki yang mesej u tu… mamat semalam eh ..” Tanya aku..

Nelly memandang ke arah aku ..

“ U said u dont care ?” balas nelly ..

“ What if i care now ?” Balas aku… dengan riak wajah yang selamba ..

Nelly terdiam …

“ Hmmm … Bukan laki semalam ..” Balas nelly …

Aku tersenyum lega …

Jam sudah hampir 2 petang …

“ Dah dah , Jom cepat .. kejap lagi nak sambung round .. Lepas tu Ada CME ..lagi ..” Balas nelly ..

Setelah habis ward round …

Kami semua berjalan , Menuju ke arah bilik CME … Untuk mendengar topik perubatan ..

CME ini adalah rutin , Setiap minggu mungkin 2 -3 kali ..

Cme bertujuan , Untuk menambahkan lagi ilmu tentang ilmu perubatan .

Tak cukup dengan apa yang dipelajari di universiti .. Malah .. Profesi doktor , Adalah salah satu profesi yang kau takkan berhenti belajar , Kau perlu sentiasa belajar sehingga hari tua …

Salah seorang houseman sedang membentangkan topiknya pada haru itu ..

Nelly duduk disebelah , sedang kusyuk mendengar ..

Aku pula dah mula rasa mengantuk ..

Yelah , Bilik penghawa dingin ..

Takkan mata kau tak layu kan ?
Menguap beberapa kali ..

Sambil nelly menoleh …

“ Hey , Obvious gila kot menguap banyak kali .. Tak tidur ke semalam ?” tanya nelly perlahan ..

Aku tersentak ..

“ U intai i eh ?” Balas aku

“ Haha … Perasan .. Masalahnya U menguap dari tadi tak berhenti ..” balas nelly

“ Ala .. Malam tadi tidur lambat .. Tak boleh tidur ..” Bisik aku pada nelly

“ Kenapa ? Insomnia ke ?” Tanya nelly lagi …

“ Aah , banyak sangat benda nak fikir .. “ balas aku

“ Fikir apa tu susah sangat tidur ?” balas nelly …

“ you …” Balas aku perlahan ..

“ Whatt ??” Tanya nelly lagi ..

“ apa what ? Tak dengar ke ?” tanya aku …

“ Can you repeat ?” Balas nelly ..

Dan , Pada saat itu .. Ketika aku baru sahaja ingin membuka mulut ..

“ Hey .. Korang kat belakang tu .. Nak dengar CME ke nak berborak !??” Tanya houseman yang sedang membentangkan topik itu ..

Semua houseman lain menoleh kearah kami ..

Ada yang pandang sinis .. Ada yang terkebil kebil …

Aku tergamam … Nelly pandang ke bawah ..

“ Sori sori …” Balas aku

Houseman itu senyum pada kami semula …

Aku mula menyiku lengan nelly ..

“ u punya pasal lah ni ..” Bisik aku lebih perlahan ke arah telinga nelly

Nelly hanya tertawa .. Sambil menutup mulutnya .. pandang ke bawah …

“ Bam !!” Satu bukaan pintu dari belakang …

Semua orang menoleh …

Dr Bob berdiri , tercegat disitu ..

Sehingglah sesi CME tamat ..

Dr bob mula berjalan ke hadapan …

“ Hari ni …. aku dah halau sorang monyet keluar dari OT ..” umum dr bob dikhalayak ramai …

“ Siapa ? Korang pandai pandai lah teka nanti ..” Balas dr bob lagi …

Aku mula mengerut muka , Pandang ke bawah ….

Dr nelly , menoleh memandang ke arah aku …

“ Korang tau kenapa monyet tu kena halau ?” Tanya dr bob …

Tiba tiba .. Ada salah seorang houseman yang menjawab ..

“ Sebab datang lambat !!” Jawap Shah …

Semua orang menoleh kearah Shah ..

Shah ni memang terkenal dengan taktik bodek ..

Semua MO dia nak jilat , Dia nak buat kawan ….

Ramai juga MO yang baik dengan shah ni .. Termasuk Dr Bob ..

Lagi dijilat .. Lagi likat ..

“ Thanks for your answer shah , But wrong ! Monyet tu tidur masa tengah bedah !! Its dangerous !!” jerit dr bob …

Aku mula tersentak ..

“ bila masa pulak aku tidur .. aku termenung je kot ..” bisik hati … dalam kepasrahan ..

“ next time !! make sure … aku nak korang fokus masa bedah !” jerit dr bob lagi …

Sambil aku mengerut dahi kuat …

Namun , Bagaikan ada malaikat yang datang memujuk hati yang sedag koyak dirapah itu …

Dr nelly , perlahan … mengangkat tangannya… dan kemudian menepuk tangan aku yang diletakkan di atas lutut berkali kali ..

Sambil bisik pada aku …

“ its okay … “

Tenang , Aku bagaikan pekak seketika …
Suasana tiba tiba berubah menjadi sunyi…

Apa yang dibebelkan oleh Dr bob , kini tidak bermakna lagi …

Dr bob , berjalan keluar , CME tamat ..
Semua houseman mula berjalan keluar …

Aku berjalan merapatkan diri pada nelly …

Aku bisik pada telinganya ..

“ Kenapa you tepuk tangan I ?” …. bisik aku

Nelly tercengang … Sambil memandang aku sepantas kilat …

“ I know its you … You yang kena halau kan ?…” balas nelly ..

“ Yup , Its me …” balas aku ..

“ Yelah , I nampak u stress.. I tepuk lah tangan … nak tenangkan you … mesti you ada rasa marah kan tadi ..rasa nak cili je mulut Dr bob tu kan ?” Tanya nelly ..

“ Ok thanks anyway … Tapi masalahnya ….you pegang tangan I ..” Balas aku lagi

“ Eh ! Apa masalahnya? Tak boleh ke ? Sori lah tak tahu ! Im sorry im sorry .. tertepuk tangan you tadi …. “ Balas nelly yang dah mula malu ..

“ I tak kesah sebenarnya .. tapi …..” Balas aku …

“ Tapi apa ? “ Balas nelly…

“ You dah batalkan Air Sembahyang i … sebenarnya.. …

Nelly tercengang semula … Dengan riak wajah yang pelik ..

“ Tapi ..

Kalau Halal … Tepuk banyak kali pun takpe ……”

Balas aku perlahan pada telinga nelly …..

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.