Houseman Part 8

HOUSEMAN
PART 8

“ Haih .. Kereta kancil pun nak clamp ! Tak kesian ke ? “ Bisik hati yang berleter …

“ Sila telefon nombor tertera untuk bantuan ..” Terpapar arahan pada kertas dalam bungkusan plastik itu …

Aku pun cuba mendail nombor itu ..

“ Hello encik , Kereta saya kena clamp ni , Boleh datang buka tak ? “ Tanya aku ..

“ Oh encik yang parkir di depan kawasan Xray tu kan ?, kacau laluan ambulans ..” tanya lelaki tu lagi …

“ Ya betul , Macam mana kereta saya ni ?” tanya aku

“ Encik jalan ke unit blood bank lepas tu kanan , lepas tu kiri , Lepas jumpa tangga , Buat U- Turn , Lepas tu lompat satu kaki … Lepas tu encik backflip .. Lepas tu encik pandang atas , Tapi jangan pandang belakang … Encik jalan lurus … encik pecut laju laju , Tapi jangan laju sangat takut terlajak , nanti encik nampak ada pokok bunga daun warna kuning ditengah , Warna hujung dibucu .. Lepas tu encik akan nampak Kolam ikan … Jangan malu malu , Encik lompat ke dalam , Berenang kuak rentang , Bukan kuak rama rama ! Dihadapan tu ada dua pintu , Encik cuba cari pintu yang pemegang dia longgar sedikit … Itu lah pintu ofis keselamatan , encik datang di sini buat bayaran , Rm 52 ringgit , 68 sen .. Encik kena bayar tepat tepat tau , Kalau tak ada cash pergi buat bank draft…..”
Balas lelaki keselamatan itu …

Aku terngaga , Melopong , Mata terbeliak memandang burung burung bertebangan , Tangan menggaru kepala hingga tercabut ribuan rambut, Mata mula berdarah … , Hidung makin kuncup … Jatung terhenti seketika …

Air liur melimpah didagu

sejenak ..

“ Apa kah ini ? Kemalangan atau kematian akal ?” bisik hati

Dan pada saat kebingungan itu …

“ Pin Pin …!!” satu bunyi Hon yang datang nya dari belakang … Sebuah kereta mercedes warna hitam , Nampak serba mewah ..

“ Kene clamp yee encik abang ?” satu suara wanita yang keluar dari turunnya cermin tingkap itu …

“ Oh hi nelly ..!” Eh tak lah , Mana ada kene clamp ? You ada nampak macam kena clamp ke ? Itu i punya design sport rim baru , Memang sport rim ni datang dengan safety features … siap kasi pengunci skali ..” balas aku dalam keadaan tak ada mood nak bergurau

“ Eleh , Emo pulak ! tapi cantik design sport rim baru you tu … Ok lah memandang kan u ada kunci … i balik dulu lah …” Balas Dr Nelly …

“ Okay .. sure .. I nak lepak sini dulu .. you balik lah !” balas aku … bengang bukan kepalang

Dr Nelly mula memandu keretanya kehadapan …

“ Adoi , Macam mana aku nak balik ni …Arghhhh !!! bisik hati ..

Dihadapan itu , Terlihat mercedes tadi mula “ Reverse “ ke belakang semula ..

Dr nelly mula menurunkan cermin tingkapnya ..

“ Awak ! Dah la tu .. Jom lah saya hantar balik … I know your sport rim memang canggih , Esok je lah awak cari kunci tu ya ! Lagipun mana ada orang dekat ofis keselamatan tu masa macam ni .. “ Balas Dr Nelly tersenyum sambil tawa sinis

“ Habis tu , esok i nak pergi macam mana ?” Balas aku

“ eh come on lah ! Esok saya hantar awak lah …” balas nelly

“ Si nelly ni kejap I ,You , Kejap Saya awak , Ada masalah mental ke minah ni ?” tanya dalam hati

“Okay , Tapi esok jangan lambat !! I kena masuk OT ( Operation Theatre) esok pagi ….” balas aku

“ Hek eleh ! Dia yang lambat !!! Try me !!” balas DR Nelly …

“ Ok tapi u belanja i goreng pisang Mawar dulu !!!” I lapar !” balas aku

“ Hello !!! sounds like a plan ! Jom !” balas dr nelly

Aku pun masuk … ke dalam kereta …

“ I nak tanya satu soalan , Boleh ?” Tanya aku

“ Boleh .. tapi jangan lebih lebih ..” balas dr nelly

“ Eh orang perempuan ni kenapa eh ? Macam macam syarat , Boleh tapi jangan lebih lebih la … Nak tapi tak nak lah … Suka .. tapi tak beberapa suka lah .. banyak betul syarat !!” bisik hati

“ Tanya lah !! “ balas dr nelly

“ Bukan apa , Cuma nak tanya jer tau , Ini kereta ke atau bilik stor !!” Kah kah kah !” terbahak bahak aku tergelak , Syok sendiri

Dr nelly memandang ke arah aku , dengan Senyuman yang tajam
Matanya merenung bak harimau mencari mangsa

“ You .. You muda lagi kan .. tapi kenapa i ada nampak uban sikit sikit tepi tu ? “ Tanya Dr Nelly

Sambil meraba raba kepala ..Aku bingung

“ Eh uban ? ada uban ke aku ?” terpinga pinga bersendirian …

“ Jap ! Apa kaitan dengan soalan I tadi ? “ Tanya aku

“ Selalu orang tua je kuat membebel ..” balas dr nelly ….

Diibaratkan satu pelempang maut sampai ke muka aku ..

Aku terus senyap …

Mencari idea …

“ Ha Ha Ha …Takde modal lagi eh ?” balas Dr Nelly …sambil tergelak besar

“ You , Kenapa ketiak basah , Baju kurung cotton memang tak serap peluh eh ?!” tanya aku lagi

Panik !!!

Kelam kabut Dr Nelly meraba celahan ketiaknya …

Sambil terhuyung hayang panduan keretanya …

“ Bam !!!!!” satu bunyi yang datang dari depan …

“ Shuttt!!!!! jerit Dr Nelly …..” menekan brek dengan kuat sehingga kan kepala ku hampir terhantuk ke dashboard..

Dr nelly merenung ke arah aku ….

Aku terus keluar …

Untuk meninjau apa yang dilanggar oleh dr nelly …

Dr nelly masih duduk didalam , terketar tak berani keluar … hanya melabuhkan mukanya dibawah stereng …Dan sesekali mengintai ke arah aku

Aku pandang ke dalam , sambil menggeleng kan kepala …

Terlihat Dr Nelly didalam , Dengan matanya yang terbeliak … menggaru kepala …

Aku berjalan masuk semula ke dalam kereta ..

Aku menggelengkan kepala ..

“ you !! kenapa ni ! i langgar apa ?” tanya Dr Nelly ..

Aku masih menggelengkan kepala …

Muka Dr nelly makin pucat ..

“ you cakap lah !!!” Balas dr nelly

“ You langgar anak …” balas aku

“ Anak ? Anak siapa ? Anak kucing ke ..” balas dr nelly

“ Hummm , I tak sanggup nak cakap , You tengok lah sendiri ..” balas aku

“ Eeee tak mau la … seram lah !! balas dr nelly ..

“ Isk isk isk …” yang kemudiannya mengalirkan air mata …

Melihatkan tangisan itu , Aku pula yang rasa bersalah .. Bingung untuk memujuk ..

“ Eh eh eh .. apa pulak ni sampai menangis !” balas aku dengan penuh rasa bersalah

“ Ye lah ! Anak kucing tau !! You la ni !!!” balas Dr Nelly

“ ok ok ! sorry sorry , i tipu jer .. you langgar KON tepi jalan sebenarnya …” balas aku menunduk

Pada waktu itu …

Dengan pantas …

“ Arghhhh Auu !! Auuu!!” Satu cubitan di peha kanan aku ..

Sakit bukan kepalang , Bagai nak tercabut kulit peha ….Aku masih menjerit berkali kali ..

“ Sakit oiii ! You are too much !!!!” jerit aku menahan kesakitan ..

“ Ok baru setanding dengan apa you buat .. i siap menangis tau , Nak kena lagi ?!!” balas dr nelly sambil melihat ke arah aku

“ Ok ok fine !!! Dah dah !!! “ jerit aku menahan siksaan

Orang perempuan ni , Senang jer nak kasi mereka ni gelabah ..

Aku baru tanya pasal ketiak basah ,
Dah kelam kabut

Belum lagi

Gigi jongang
Misai lebat
Kulit berkurap,
Atau Kaki busuk …

Kalau lah aku keluarkan senjata ini , Mungkin kereta ni dah terbalik , Belah dua …

Kami pun akhirnya sampai di Gerai goreng pisang Mawar , Antara gerai goreng pisang yang terkenal sebelah hotel thistle …

Rangup , Tapi cicah kicap …!

Pelik kan ? Dekat KL mana ada cicah kicap …

Pelik betul … tapi sedap !!

Selepas parkir .. Kami pun berjalan masuk ke kedai ..

Tapi nun dari jauh ..

Macam aku kenal beberapa kelibat yang duduk di satu sudut meja itu …

Dr Bob dan angkatan tenteranya yang lain ..

Beberapa houseman yang lain .. turut ada disitu ..

Yang sentiasa mengipas Dr Bob dikala dia kepanasan …

Mereka memandang ke arah aku ..

Aku terhenti seletika..

Dr Nelly yang sedang berjalan dihadapan , terhenti menoleh ke arah aku

“ Awak , Jom lah … “ ajakan dr nelly

“ you kita makan tempat lain lah ..” balas aku

Dr Nelly kemudian berjalan perlahan ke arah aku , sambil sinaran cahaya matahari membiasi raut wajah rupanya … Mengecilkan mata

“ Hey whats wrong ?” tanya dr nelly

“ Hmmm .. Dr Bob ada situ , Nanti dia nampak You dengan I , Takut dia tak suka you nanti .. you yang susah …” balas aku

Dari jauh Dr Bob sedang merenung , memerhatikan gelagat aku …

Tapi tak disangka …

Ada salah seorang houseman lelaki yang agak rapat dengan aku , Ada didalam kelompok meja dr bob itu ..

Saiful .. Ya nama nya saiful …

“ Eh mamat saiful tu selalu kutuk Dr Bob , Tapi Macam mana dia boleh ada dekat meja tu sekali ..” bisik hati …Aneh tapi benar …

Dikala semuanya sedang merenung ke arah kami

Aku dapat rasakan tujahan badan ku kehadapan ..

Dr Nelly , Memegang erat tangan aku ,

Aku tersentak ….

Dan menarik aku bersamanya .. berjalan terus duduk di salah satu sudut lain meja , Agak berjauhan dari meja Dr bob dan angkatan tenteranya yang lain …

Aku mula berpeluh .. Panik ..

Bukan apa , Takutkan kawan yang bertopengkan dua muka …

Dihadapan ku lain

Di belakang ku lain …

Aku mula rasa cemas … aku termenung jauh

“ Hello hello “ Satu petikan jari dihadapan mata ku ..

“ Eh you termenung apa , Apa yang you takutkan sangat ni ? “ balas dr nelly

“ macam i cakap tadi lah , Sebab I , Nanti you yang dapat nama buruk “ balas aku

“ eh jangan mengarut lah ! sepatutnya bos bos kita ni kena professional lah ! Judge kita bukan dengan siapa kita berkawan , Diorang kena judge kita based on macam mana kita kerja !” balas dr nelly

“ do you think so ?” tanya aku lagi

“ yes i do ! suka hatilah i nak berkawan dengan siapa !” balas dr nelly

“ Well you trust me , you baru lagi … Have you heard about “ politik tempat kerja ?” tanya aku lagi

“ Politic what ??!” tanya dr nelly lagi sambil mengembang kan matanya

“ Politik tempat kerja lah ! Takkan tak tahu !” balas aku

“ Eh yang i tau Politik tu , Macam parti politik berkempen sana sini , macam menteri tu semua ..” balas dr nelly

“ Ewah , Kau ni biar betul .. Bimbo kau ni level langit ke tujuh ke apa ?” bisik aku dalam hati …

Kalau ikut nak sahaja aku cakap kan begitu , Tapi tak sampai hati pula ..

“ politik tempat kerja tu , Sama lah macam parti politik , Sekejap kau suka sana , Sekejap kau suka sini , Sekejap kau kutuk , sekejap kau puji , Bos gelak , Kau pun gelak , Tak lawak pun kau gelak , Bos kau terkentut pun kau pekak kan telinga , Kalau bau kentut busuk pun kau hirup juga bagaikan udara segar .., paham tak ?” bebel aku panjang lebar mencuba untuk memudahkan pemahaman si bimbo Dr Nelly ni ..

“ Eh tapi .. apa kaitan dengan kentut ?” tanya dr nelly .. dengan muka kebingungan ..

“ Ya allah Ya rabbi ya Rasul .. Kau ampuni lah dosa ku …! Seriuslah .. Ni presiden Bimbo ke atau The God of Bimbo ? Atau malaikat bimbo … ni ? Pertama kali aku jumpa , Nasib baik muka kau macam Nellydia senrose … Kalau macam Nellydia Kekwa … Aku dah rejam dah ..” bisik hati

“ Dah dah , Sebelum I kentut kat sini , Baik You pergi order ! “ balas aku

“ Hey ! Jangan lah kentut , pengotor tau !” balas dr nelly

“ Aku rasa macam nak buat buat pengsan atau sawan babi dalam kedai tu … siksaan otak yang mencengkam jiwa ..”

“ You pergilah order , Gentleman lah sikit ..” balas Dr nelly

“ You tau tak tuhan ciptakan kaum hawa ni berlainan jenis dari kaum adam ? Tau tak ?” Tanya aku

“ Hello ! of course la , You laki , i perempuan , so you kena lah gentleman … oder kan untuk i !” balas dr nelly

“ Boleh ! I memang boleh jadi gentleman .. tapi selepas i kenal u , Lepas i tau apa makanan kegemaran you .. minuman , Haiwan , Warna , Baju , seluar , Rumah , Awan , Bulan dan bintang … “ jelas aku lagi

“ you ni kan , Dari tadi merepek entah apa apa ..” balas dr nelly mula nak marah ..

“ Ok macam ni , Dekat kaunter sana , Bukan ada goreng pisang je tau , Ada kuih lapis , epok epok , Tandoori ayam , Tapai pulut , pulut kuning , wajik , dodol , Angakasawan dan juga selipar jepun … So you pergilah tengok u nak makan apa , Sebab kaum hawa ni , susah sikit , “ I suka makan kuih lapis , tapi harini rasa nak makan donut lah ..” jadi … i tak tahu you suka apa , so permulaan ni , you ambil sendiri , nanti i tahu lah you suka makan apa , lepas tu bila kita keluar lagi , Nanti i dah boleh agak Nanti kalau i oder ikut pilihan i , Yang ni tak suka lah , Yang tu berlemak lah , Manis lah , Masin lah , Ada warna pink lah kuning lah , Bentuk petak , Bulat , Tepung beras tepung pulut lah .. semua keluar .. , Faham ke faham ? bebel aku panjang lebar , Tak mampu lagi untuk meneruskan perbincangan ..

“‘okay i got it ..” balas dr nelly yang senyum dan terus berdiri pergi ke kaunter untuk membuat pesanan

Namun , entah kenapa , Seronok pula aku mengacau si nelly ni ..

Makin lama , Makin seronok ..

Bagaikan kanak kanak yang tak berdosa

Hati rasa lebih selesa , walaupun sedikit perasaan memberontak dari hati ..

“ fuh , siksa juga jiwa raga aku nak melayan si nelly ni … Nasib baik lah kau comel…!” bisik hati .. sambil melihat dari jauh .. gelagat Dr Nelly … sambil tertawa mesra dengan seorang lelaki yang turur beratur di kaunter itu ..

“ eh apa lama sangat oder makanan ni .. Siap kau terhegeh hegeh lagi ya dengan mamat yang beratur belakang kau tu..” bisik hati ..

“ that guy so funny ! Oh by the way … here is my favourite kuih .. Kuih lapis , Pulut inti and of course goreng pisang !” balas dr nelly yang berjalan ke arah aku dan duduk

“ Amboi , lamanya order , Mesra lagi tu dengan mamat belakang tu ..” balas aku

“ eleh biar lah , He is a funny guy , Seronok pula borak dengan dia .. By the way .. He gave me his Phone Number ! tengok ni !” jelas dr nelly sambil menunjukkan telefonnya yang tertera daftar nombor telefon baru yang belum di simpan ..

“ Eleh suka lah tu …” balas aku

“ eleh .. biarlah !!” balas dr nelly

Selesai makan , Dr nelly pun menghantar ku pulang …

Aku hanya senyap sahaja ..

Aneh .. Ya .. Aku rasakan Aneh …

Akhirnya kami sampai di perkarangan kuarters ku ..

Aku tak dapat menahan perasaan ingin tahu ..

“ Are you gonna call him ?” tanya aku..

“ Hey ! not your business .. jangan menyebok ok !” balas dr nelly …

Aku rasakan , Balasan itu agak kasar ..

Entah kenapa …

“ Its ok … Alah I tanya jer … bukan heran sangat pun ! “ balas aku … menegakka ego yang masih ada

“ Dah jangan sebok .. esok pagi I jemput you ..” balas dr nelly …

“ okay ! jangan lambat !” balas aku terus berlalu pergi naik ke bilik

Aku melabuhkan diri di atas katil ..

Sambil memandang keluar tingkap ,

Pemandangan laut yang cantik , Teluk danga yang memisahkan malaysia dan singapura …

Aku di sini , Atuk , Nenek dan saudara aku yang lain diseberang sana ..

Apa khabar mereka ?

Bukan tak mahu melawat , Buku merah sudah tamat tempoh , belum ada masa untuk memperbaharuinya semula ..

Dalam masa itu , Satu perasaan yang aneh ketika aku merenung ke luar tingkap …

“ No no no ! tak mungkin !!” bisik hati

“ No no ! Its too early !!” bisik hati

“ No way ! “ bisik hati lagi

Tetapi …

“ Rasa macam cepat sangat masa berlalu .. Bila nelly ada disisi” bisik hati

“ No no no ! Itu cuma perasaan sementara !” bisik hati laGi

Apa yang aku resahkan ?

Mamat yang beri no telefon itu ?

Kenapa aku resah ?

Kerana lelaki itu bakal menjadi pesaing aku ?

Kenapa aku perlu bersaing ? Bukannya aku bercinta dengan si nelly lagi ..

1001 pertanyaan …

Perasaan serba serbi tak kena ..

She is the one , Or not the one ?

I Cant tell , Its too early to assume ..

Tapi , Perempuan secantik nelly , Senyuman yang sempurna …

mana mana laki pun akan cuba …

Jadi tak mustahil lah …

“ Arghhh … Rilek !! tarik nafas ..!” bisik hati , Aku paksa untuk tidur ..

“ teeettt tettt tetttt” jam 545 pagi

Jam loceng yang berdering memecah suasana ..

Entah kenapa , aku terus bangun ..

Bingkas menunaikan kewajipan dan bersiap ..

Tak sabar !

“6:30 Am ! Hah ! Aku bangun awal …! Aku dah siap pun !” bisik hati

“ Mesti Nelly tak sampai lagi .!” sambung aku lagi

“ Tak apa , Aku turun awal , Nanti bila nelly sampai .. Boleh lah aku usik dia datang lambat ! Good plan !” Bisik hati

Aku pun bergegas turun lift ..

Malangnya ..
Setibanya aku dibawah .. Sebaik sahaja aku keluar dari pintu lift

Nelly sudah mula tercegat disitu

“ Wow ! Impressive . Im About to call you ! Ingat kan tak boleh bangun !” Balas dr nelly .. dengan senyuman paginya yang indah …

“ Selalu , Bila kita nak mulakan perbualan , Kita kasi salam tau ! Assalamualaikum … Cuba you ulang … “ balas aku sambil tertawa ..

“ eii ! orang dah kasi salam dalam hati lah ..” Balas dr nelly

“ Oh ! Buat masa ni hati i masih pekak , Mungkin kalau dah bersatu nanti , Hati i boleh dengar bisikan hati you ..” balas aku sambil tertawa meraikan kemenangan …

Dr nelly , memberikan aku satu renungan ..

Tidak lah tajam , Tapi seakan akan ada kelembutannya yang istimewa disitu ..

Dr nelly pun memandu ke hospital ..

“ Cantik juga si nelly pakai baju kurung warna kuning cair .. Macam kena sangat dengan kulit dia .., Make up tak tebal pun nampak fresh …” bisik hati sambil memandang wajah nelly

“ Hey ! Apa tengok lama lama ! Malu lah !” balas nelly

“ Eh hello , I tengok benang yang terkeluar dekat bahu you tu .. Rasa macam menggangu betul lah ! “ Aku cuba menukar topik perbualan ..

“ Jangan perasan eh !” balas aku

“ Eleh ! Sudah lah .. Pagi pagi nak ajak gaduh ….” balas dr nelly

“ tenenet tenenet…” satu bunyian deringan tona mesej yang datangnya dari telefon dr nelly

Dari situ , Aku melihat ..

Dr Nelly sedang membelek telefon bimbitnya …

Sambil …

Tersenyum ..

Dan aku pula terpinga ,

Keresahan …..

“ Siapa tu !” tanya aku

“ Eh sebok !! Oh by the way .. since when you sebok tanya dengan siapa i berkawan atau mesej ?” tanya nelly

Betul juga .. pertanyaan nelly tu …

Sejak bila aku ambil peduli ?

“ Aduh , kenapa lah aku pergi tanya soalan macam tu !” ini dah menjatuhkan maruah aku “ bisik hati

“ ye lah , Since you nak tahu sangat , I dapat mesej “ good morning “ mestilah i happy ..” balas nelly tersenyum

“ lelaki semalam eh ?” tanya aku

“ Adalah … Rahsia !” balas nelly ter senyum

“ eh tapikan , Dia yang kasi nombor dekat you ? Macam mana dia boleh mesej you ? melainkan you mesej atau telefon dia dulu semalam ? “ tanya aku lagi

“ Eh , you ni kenapa pulak nak tahu semua ?, Kepochi eh ?” tanya nelly

Aku rasa serba serbi tak kena …

Aku hanya terdiam , Aku keluar dari kereta ..

Bingung .. dengan segala kelakuan dan tindak tanduk aku pada pagi itu …

Perasaaan Iri Hati ? Cemburu ?

Tapi kenapa ??

entahlah ….

Aku pun berlalu pergi

Terus ke dewan pembedahan ..

Aku pun meletakkan segala bag di dalam almari , Aku mula memakai Gaun bedah biru …

Aku menyarungkan sarung kepala , Dan But “ Kasut bedah khas” dan kemudian berjalan perlahan pergi ke dewan bedah satu ..

“ Good morning doctor ..” sapaan sister mary ..

“ Hi , good morning sister …” balas aku

“ kenapa muka tak semangat je pagi ni .. mengantuk lagi ya ?” tanya sister mary

“ mungkin lah , kerja banyak , tidur tak cukup , pening kepala ..” balas aku

“ Hari ni MO ( Medicam Officer ) Dr Zul kan ? “ tanya aku

“ Dr zul kena pergi hospital kulai , Dia ada pembedahan di sana …”Balas sister mary

“ Oh , Habis tu siapa ganti ?” tanya aku

“ Macam biasalah. , Kalau bukan Dr Zul , Mestilah Dr Bob ..” jelas Sister mary …

Aku agak terkulai layu ..

Bukan takut , Bukan gentar

Tapi sedikit gemuruh …

Gemuruh kerana .. Ada kemungkinan , Dr saiful yang pernah mengadu tentang aku pada Dr Bob dibelakangku …

Mungkin?

Tapi … Aku tiada bukti

Hanya mainan perasaan yang paranoid ..

Dan yang paling menggerunkan , Dia mampu mencari 1001 kesalahan aku nanti ..

Dan dengan itu , reputasi aku bakal menjadi lebih teruk , Segala skor dan pemarkahan akan memainkan peranan untuk aku berjaya habis posting ini ..

Namun , Hidup harus diteruskan juga kan ?

Tak kira apa pun rintangan ..

Jangan toleh kebelakang

Kau mesti hadapinya , Apa cara sekalipun , Walaupun menggugat nyawa ..

Itulah lumrah sebagai manusia ..

“ Fight or Flight ?”

Lawan atau lari ?

Kalau kau lari , Kau akan terus kebelakang .

Kalau kau lawan .. Kau mungkin tak jauh , Tapi tetap dihadapan …

Bukan lawan secara ganas atau paksaan ..

Lawan dengan sabar .. dan penuh strategi..

Adakalanya kita bakal kehilangan sabar .. Dan dengan itu bakal mengheret kita ke jalan belakang .. semula

Namun , Masih belum terlambat .. Kau masih lagi mampu kehadapan .

Aku bertekad .. untuk tabah dan teruskan ..

Kes pertama ..

Patah tulang peha …

Solusinya adalah , Besi !

Ya ! doktor bedah akan masukkan besi ke dalam rongga tulang itu !

Aku pun mula masuk ke dewan bedah , Pesakit sudah mula terbaring … di atas katil …

Pasukan bius sudah pun berjaya menidurkan pesakit itu ..

Aku pun menghubungi Dr Bob menggunakan telefon di dewan bedah

“ Dr , Patient dah ready “ balas aku

“ SCRUB , PAINT AND DRAPE ! Nanti i masuk “ balas dr bob

“ Eh , Macam pelik je , Tak marah marah pun ..” balas aku

“ Mungkin dia tak tahu siapa yang telefon ..” bisik hati

Aku pun mula ,

SCRUB , bermaksud , Mencuci tangan sehingga keparas siku , dengan bahan cucian yang khas untuk memastikan tangan aku bebas kuman dan bersih .

Aku pun menyarung satu lagi “ Gaun” bedah berwarna hijau , dari atas terus tutup ke kaki , sambil ada misi di belakang yang bantu untuk mengikat gaun itu ..

Rasa macam istimewa perasaan itu ..

Bagaikan Sewaktu aku kecil , Dikala ibuku membutangkan baju sekolah ku setiap hari …

Aku menyarungkan dua lapisan sarung tangan

dan kemudianya ..

PAINT BERMAKSUD , melumurkan bahan antiseptik kearah kawasan yang hendak dibedah dan disekelilingnya , Bertujuan untuk memastikan sekitar kawasan kulit itu bersih dan bebas bakteria. atau segala kotoran lain ..

DRAPE bermaksud menutup segala kawasan yang telah dibersihkan mahupun kawasan kotor yang lain dengan kain khas yang sudah di “ sterile “ iaitu bersih dari segala kekotoran , agar kawasan sekeliling kekal bersih , kawasan yang hendak dibedah dibiarkan terbuka …

Segalanya sudah selesai …

Aku sedang menanti Kedatangan Dr Bob ..

Namun dalam penantian itu, Segala fokus aku pada hari itu .. Agak terganggu ..

Terganggu dengan mesej yang diterima oleh Dr Nelly pagi tadi ..

Aneh .. Sangat aneh

Aku benci perasaan ini , Tambahan lagi ,

Bila isu peribadi , mengganggu urusan kerja

lebih lebih lagi dengan pekerjaan aku

Yang kini menyelamatkan manusia …

Ia amat menggangu ..

Kami hanya manusia biasa ..

Adakah kami para doktor , Para kakitangan kesihatan ada kelebihan luar biasa ?

Kelebihan yang dapat mengawal minda .. Dari keresahan masalah diluar ..
Masalah kewangan
masalah keluarga
Masalah kesihatan anak anak atau ahli keluarga yang lain
Masalah hutang
Masalah tempat tinggal
Masalah perhubungan .
dan macam macam lagi

Adakah kami semua kebal ?
Adakah kami semuanya hebat ?
Adakah kami sempurna ?
Kami dilahirkan tidak berperasaan atau tidak bermasalah ?

Semua di atas amat menggangu konsentrasi ditempat kerja dan bakal menjejaskan jika tersilap langkah

Risiko bakal ditarik lesen dan kerja sentiasa menanti dihadapan kami setiap masa saat dan detik , Dengan hanya tercetus sedikit kesalahan , Kami akan dihitung dengan tanggungjawab yang amat berat ..

Bukan kerja mudah …

Namun

Tiada kerja yang mudah di dalam dunia ini ..

Semuanya perlukan pengorbanan..

Dan yang amat meletihkan , Apa bila kau tiada jalan lain , Kau harus lupakan masalah itu seketika , Fokus pada keselamatan nyawa , Bukan nyawa sendiri , Nyawa orang lain .. Nyawa masyarakat sekeliling …

Dalam keresahan itu …

Dr Bob Mula masuk ..

Semua staff sedang kembali bersedia ..

“ Ok jom mula … “ ajakan dr bob memandang kearah aku yang berselindung dibalik topeng ..itu

Syukur ..

ok “ Call it !”

“ Patient Name , Bla bla bla , Age bla bla bla , For surgery of bla bla bla “ tujuan Call itu adalah supaya semua staff di dalam dewan bedah itu dengar , Dan paling penting untuk memastikan kita tidak tersilap pesakit untuk jenis pembedahan yang akan dilakukan , Pendek kata , The right patient , the right time , the right procedure “ jadi dengan cara ini kita tak tersilap bedah pesakit ..”

Dr bob pun memulakan pembedahan ..

Aku sebagai tukang bedah yang ke dua , Nama lainnya “ Assistant surgeon “ yang berfungsi untuk membantu doktor bedah utama ..

Kami pun memulakan pembedahan

Semuanya lancar

“ Ok .. Burn !!..” arah dr bob ..

Entah kenapa , Mesej dr nelly sering menggangu fikiran ku , Aku mengelamun seketika ….

“ Hoi pekak ke ! I said Burn !” jerit Dr Bob

“ Ops !! sorry bos ! tak perasan …” tersentak … Aku pun jadi kelam kabut ..

“ Hoi monyet , Burn dekat sini , Bukan sana .. Pekak ke oi !! Tido ke !!!” Balas dr Bob

Aduh ! Sudah jatuh , Ditimpa tangga ..

Ini tidak wajar ! Kelakuan aku amat lah merbahaya … Aku patut kekal fokus ..

Aku akui kesalahan itu ..

Memang aku yang bersalah , Tak wajar !
Tak seharusnya terjadi

“ Arghh !! shut ! apa masalah aku ni !” Jerit hati memberontak ..dalam keresahan

Akhirnya ..,

Aku teruskan fokus semula , Pembedahan tamat dengan berjaya ..

“ Kau ni siapa !” jerit dr bob dari belakang

Aku menoleh

“ Yazeed ..” balas aku sambil membuka topeng…

Aku terima satu arahan … Dari Dr Bob..

Aku tunduk …
Dengan satu arahan
Membawa bersama satu keresahan yang kini lebih besar .

Perasaan pada nelly
Kereta kancil yang masih di “ clamp “
Tambah lagi dengan kesilapan di dalam bilik Bedah

Kesalahan yang besar dan merbahaya

Yang bakal menentukan , Kejayaan atau kegagalan posting ini

Dengan ini aku berserah

dan

Pasrah …. dengan arahan itu

“ Kau keluar dari OT AKU , Panggil Houseman lain ganti !! I DONT WANT YOU FOR MY NEXT CASE !” CEPAT !!””

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.