Houseman Part 7

HOUSEMAN
PART 7

“ Aduh !!! , macam mana ni !! Nak pergi ke tak ni !! Dah lambat teruk ni .. Mesti dah habis round … “ bentak hati yang tak pasti..

Kehulu kehilir aku berjalan kesana kemari ..

Masa tetap berjalan seperti biasa ..

Jika dapat aku putarkan masa .. Alangkah baiknya …

“ Adui .. Fikir fikir .. Nak buat apa ni .. Alasan apa ni ….! jerit aku ..

Sambil melihat jam …9:05am

“ mesti kawan kawan houseman yang lain pun marah aku , Nak nak lagi Mo incharge … Apatah lagi si Dr Bob yang oncall hari ni … mampus laaaa macam ni ..” bentak aku lagi

“ Ahhh pergi je lah , Nasib lah apa nak jadi ..” bisik hati

Aku pun bergegas turun , masuk ke dalam kereta , Bergegas pandu ke hospital yang jaraknya tak jauh dari kuarters aku ..

“ Ya rabi !! Parking mana !! Tak ada tempat nak parking lansung !! Shuttt betul !!! fed up betullah … jerit aku

“ My bad day !!!! … jerit aku

“ Ah parking je lah tepi Jabatan Xray ni , Nampak macam boleh jalan kereta lorong ni .. bisik hati lagi

Aku pun parkir lah kereta aku ditepi jalan tu …

Aku terus berlari masuk ke hospital

Aku menggunakan tangga belakang , Seperti biasa ..

Aku terus memanjat tangga , Sambil termengah mengah …

Dalam larian itu .. Satu susuk tubuh yang juga sedang turun dari atas ..

Tubuh yang sedang berdiri , Hampir memenuhkan ruang tangga ..

“ Apa yang besar sangat ni …Halang laluan betul lah ..” bisik hati

Aku pun mendongak ..

Satu suara yang amat ku kenali , Suara bak adik adik ..

“ Hoi !!! Kau nak pergi mana tu !!!” jerit Dr Bob ..

Tersentak , Terkejut .. Memang hari yang tak bertuah buat aku hari tu …

Sambil aku tercegat , Tangan memegang penghadang tangga .. Aku terkebil kebil dengan sergahan itu

“ Ssssayaaa .. ssaayaa…

“ Apa saya saya !! Kau datang lambat kan … Petang ni , Ada CME ! Siap kau !!” jerit Dr Bob …

CME tu tak silap aku “ Continuing Medical Education “ Bermaksud .. Setiap minggu , 2 kali seminggu akan adanya CME , Masa tu semua pakar dan senior MO akan berkumpul . Houseman pula akan buat “ Presentation “ Membincangkan tentang ilmu perubatan . Tujuannya adalah untuk memastikan kami sentiasa mengulang kaji ilmu perubatan bersama sama .. Jadi apa yang ditakutkan oleh Houseman , Apabila ditanya soalan , Masa CmE , Kalau kau tak boleh jawab , Semua orang akan pandang kau , Dan kau akan nampak Paling Bodoh dalam tu .. Pastikan kau boleh jawab segala soalan untuk memastikan reputasi kau terjaga …

Dr Bob pun mencelah berjalan menuruni tangga ,

“ Tepi sikit !!! Siap kau nanti “ sambil berjalan sempat lagi Dr Bob memarahi aku

Namun , Celahan Dr BOb itu memberi sedikit kegembiraan apabila , Dr Nelly muncul ..

Rupa rupanya Selama ini Dr Nelly memang dah berada di belakang Dr Bob , Terlindung disebabkan saiz badannya yang amat kecil …

“ Hi … “ Aku menyapa

Dr Nelly memandang ke arah aku …

Senyap … Sambil turut menuruni anak tangga mengikut Dr Bob dari belakang

“ Dr nelly marah ke ni .. Muka cuka semacam je ni .. Aduhai … Bad day betul lah ..” bisik aku

Aku pun teruskan perjalanan , Jumpa Dr Mi .

“ Bos , Sori bos , Jujur .. Saya terlajak tidur , Tak dengar alarm. .. Jam … Dua hari berturut turut buat masalah , Saya segan ..” balas aku

Dr Mi , Tersentak , Terus menoleh ..

“ Haih kau ni .. Ni mesti kes kau pergi dating dengan Nelly kan …” balas dr mi

“ Alamak , Macam mana Dr Mi tau ?” tanya aku ..

“ Takde lah , Aku agak je .. Ha ha ha ..” Balas dr mi

“ Aduh kantoi pulak …” bisik hati

“ Dr Mi , Saya belanja Dr Mi makan boleh ? saya rasa bersalah sangat .. Saya janji tak buat lagi …” balas aku

“ Boleh .. Aku nak TGI friday boleh ? “ Tanya dr mi

“ Boleh bos .. Anything .. Ini bukan rasuah tau .. Ini tanda penghargaan ..” balas aku

“ Ah sudah lah kau .. Tak payah lah .. Dah lepas ni kau jangan buat lagi … Kalau dengan aku tak pa .. Kalau dengan Bob Macam mana ? “ gelak Dr Mi …

Lalu pergi ..

Aku tunduk malu …

Aku terus kan kerja ..

“ Mana Si Nelly ni … tak balik ward ke ..” bisik hati .. sambil menoleh sekeliling tercari cari …

Rasa serba salah dengan Nelly …

Tak lama lepas tu ,

Sergahan dari belakang ..

“ Hoi .. Kau termenung apa tu !! ..” Jerit Dr Bob

Tersentak .. Aku meletakkan pen .. aku toleh kebelakang

“ Saya tengah isi borang bos .. Tak termenung …” balas aku..

“ Petang ni .. Siap kau .. Dah .. Kau jangan ikut aku round tengah hari … kau bukan tau apa !” jelas Dr Bob lagi ..

Berlalu meninggalkan meja itu ..

Diikuti dengan Dr Nelly Dari belakang ..

Berlalu melepasi aku ..

“ Toleh !! tolehh !!! “ bisik hati aku berharap nelly menoleh memandang aku ..

Namun Dr nelly teruskan berjalan …

Hampa .. Aku menunggu ..

Namun kehampaan aku hanya seketika sahaja ..

Nelly menoleh memandang ke arah aku ..

Tiada riak muka .. Hanya bersahaja ..

“ Yes !!! Haha haha haha ..” gelak dalam hati

“ Kira ok lah tu dia pandang aku ..” bisik hati ..

Aku perasan Nelly menoleh , Tapi sengaja aku menoleh ketempat lain …

Jual mahal ….

He he he …

Aku berjalan ke arah katil hujung di sana ..

“ Pak Mat ! Macam mana hari ni .. sihat ?”aku menyapa ..

“ Boleh la doktor .. sikit sikit … “ balas pak mat

“ Saya tengok luka sekejap eh …” balas aku

“ Nampak masih kotor, Tapi ulat ulat semua dah tak ada .. “ jelas aku pada pak mat ..

“ Pak mat , Saya nak tanyalah .. macam mana boleh sampai berulat kaki ni .. ?” tanya aku

“ Saya bukan apa , Dah lama ada kencing manis .. Tapi yelah dulu masa tak kena .. tak beringat .. Tiap tiap bulan ambil ubat .. tapi tak makan .. Saya kerja diladang sawit doktor .. memang lupa nak ambil ubat .. Kerja letih … Jadi saya banyak minum air manis untuk beri tenaga .. Anak anak di KL , Tinggal saya dengan isteri sahaja .. “ balas pak mat

“ Tapi luka ni tak pergi cuci ke pak mat ..” tanya aku lagi

“ Tak pergi pun , Saya basuh sendiri hari hari .. Isteri saya pun tak beberapa sihat .. jadi saya nak ke hospital tak ada motor .. “ balas pak mat

“ Eh habistu macam mana pergi kerja ?” tanya aku lagi …

“ Saya hari hari Van tempat kerja datang ambil .. Kami hidup kasi pagi makan pagi saja doktor …” balas pak mat ..

“ Hmm , faham .. Takpelah … pak mat dah ada disini .. jangan risau ya pak mat … Anak anak mana ?” Tanya aku lagi

“ Anak anak ada di KL , katanya lagi 3-4 hari baru datang tunggu hujung minggu … “ balas pak mat lagi ..

Aku pun berborak panjang .. Macam macam topik kisah hidup pak mat …

Pak mat nampak lebih ceria ..

Kelihatan isteri pak mat sedang berjalan kearah kami

“ pak mat , Gula tinggi lagi ni .. Insulin dah masuk , ambil masa sedikit untuk turun … pak mat rehat dulu ya , Saya nak sambung kerja sedikit ….” balas aku

Sebelum aku beredar ..

Tangan aku digenggam …

Pak mat menggenggam erat tangan ku ..

Pak mat memandang ke arah aku …

“ Terima kasih doktor , Lama saya tak berborak .. Rindu anak anak bila berborak dengan doktor ..” balas pak mat

“ Alah pak mat ni , Saja je main jiwa eh … pak mat jangan risau lah .. Nanti mereka datang lah ya …. saya ada ni teman pak mat hari hari …” balas aku

“ Nanti saya dah pulih , Saya hantar Buah Mangga belakang rumah saya , Dah nak masak tu .. Manis sangat .. saya dah tak boleh makan .. takut dah manis ni ..” balas pak mat sambil tertawa

Aku pun senyum kepada isteri pak mat dan berlalu pergi ..

Aku melihat jam ..

3:00 pm ….

“ Aduh !! CME DAH NAK MULA !! Habis lah aku !!” bisik hati

Aku pun bergegas …turun ke CmE..

Semua Houseman sudah pun berada didalam bilik itu ..

“ Weh weh , Hari ni CME tajuk apa ? “ Tanya aku kepada pembentang ..

“ Tajuk EMERGENCY IN ORTHOPEDIC ..” balas dia

“ Alamak ai .. Aku tak sempat baca apa apa lagi …” Bisik hati ..

Bamm !!! Pintu bilik Cme dibuka ..

Sekumpulan MO ( Doktor senior ) Pun masuk ke dalam .. Dr Bob masuk kali terakhir …

Berlalu , Memandang ke arah aku .. Merenung

Disusuli dengan Pakar …yang duduk di hadapan …

Aku tengok , Si Pembentang pun dah ketar lutut nak memulakan pembentangan .. Ini kan aku yang tak sempat baca apa apa …

Nelly masuk … Duduk di sebelah aku …

Aku menoleh , Terkejut …

“ hi …” Aku menyapa ..

“ Hi …” nelly menoleh .. menyahut sapaan aku

CME pun bermula …

“ Nelly … Sorry tau pasal pagi ni .. “ Bisik aku .. perlahan pada nelly

“ Its ok ..” balas nelly .. Kurang ramah ..

“ Marah la tu .. tak senyum pun ..” bisik hati

Tiba tiba …

“ Hoi .. Apa kau Bising belakang tu …” jerit Dr Bob

“ Aduhai .. shutttt… Ada je masalah lagi ..” bisik hati

“ Kau bangun …!” jerit Dr Bob pada aku …

Aku pun bangun .. menunduk kepala ..

“ Kau ulang balik apa yang dia bentangkan tadi ?!” jerit Dr Bob

“ Emmm … Emmm …”

“ Apa emmm Emmm …” Tanya dr Bob

Tiba tiba ada satu cuitan pada jari aku ..

Datang nya dari Dr Nelly ..yang membisik pada aku ..

“Compression Syndrome ..” bisik nelly

Aku bagai kan dengar tak dengar dan kurang jelas ..

Lalu aku terus menjawab ..

“ Compressor syndrome ..” dengan yakin

Riuh…

“ Ha ha ha ha “ ….. Satu bilik mentertawakan aku ..

Aku , Tunduk .. Malu .. aku menoleh ke arah Dr Nelly

Dengan riak muka Dr Nelly yang menutup mulutnya .. sedang Menahan ketawa ..

“ Aduhai .. Jatuh tergolek reputasi aku ..pada pandangan semua , Dan yang paling penting pada pandangan Dr Nelly ..” bisik hati

“ whats your name ?” tiba tiba satu suara yang datang dari hadapan , Tapi bukan suara Dr Bob ..

Suara itu , Adalah suara ketua jawbatan ..

“ My name is Yazeed , Sir .. “ Balas aku

“ Thanks for making us a joke .. Im enjoying it .. But make sure be prepared next time or you would be our Clown ..” balas ketua jabatan sambil tergelak

“ Sit down .. and continue ..” kata ketua jabatan ..

Aku lega .. Menarik nafas lega …

Aku hanya pandang kebawah .. Kesal

Sesekali aku mengintai Dr Nelly ..

Dr Nelly yang masih memandang aku , Berketawa kecil sambil menutup mulut …

Tiba tiba … Telefon didalam bilik itu berbunyi ..

Salah seorang MO mengangkat telefon itu ..

dan kemudian menjerit .,

“ Code Blue !! “ Patient dekat ward ..Infection cubicle …”

Dr Bob yang oncall pada hari itu .. Terus berlari ….

Bergegar satu hospital bagaikan gempa bumi ..

MO yang lain turut berlari ..

“ Code Blue “ Adalah code dihospital untuk menunjukkan keadaan kecemasan pesakit yang kritikal , maut bakal menimpa …perlukan perhatian para doktor ..

“ Infection cubicle , itu ward aku ..” bisik hati

“ Siapa pula yang Collapse ni … pesakit aku semua stabil je ..”

Aku pun meminta kebenaran kepada pakar ….

“ Bos saya naik atas sekejap .. Itu Kubikel pesakit saya … “ balas aku

Aku pun bergegas , berlari naik ke ward …

setibanya aku di ward ..

Kelihatan langsir .. sedang menutupi katil dihujung sana ..

Aku berlari …

Dr Bob , Doktor senior yang lain ada disitu .. Bersama Misi dan sister .. sedang sibuk melaku kan CPR … di balik langsir itu ..

Aku menyelak langsir itu ..

Tergamam ….

Dalam keluhan hati … Baru sahaja aku memberi harapan kepadanya ..

Begitu cepat harga sebuah nyawa untuk ditarik semula …

Segala …

Janji aku untuk berada disisinya …

Kini hanyalah harapan palsu ….

Aku tunduk dan pasrah …

Berserah kepada yang maha esa ..

“ Pak Mat .. Maafkan aku ….”

Aku hanya mampu melihat dari jauh ..

Pak Mat pergi .. sekelip mata meninggalkan aku …

Petang itu aku pulang dengan isi hati yang sayu .. malang hari ini berharap pada sesuatu yang magis , dan ada hikmah nya …

Aku berjalan perlahan …

Ke arah kereta aku ..

Aku Masuk ke dalam kereta , Mula kan enjin .. Aku bergerak ..

“ Krakkk !!!”

Pergerakkan kereta aku tersekat ..

“ Eh dah kenapa tak bergerak pulak ..” bisik hati

aku pun keluar dari kereta ..

Aku pusing ke belakang ..

Hari yang paling malang buat aku ….

“ Oiiiii !!! Kereta Kancil pun nak CLAMP KEEE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”. “

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.