Houseman Part 5

HOUSEMAN
PART 5

Aku terus berlari ..Ke Arah jeritan Dr Bob ,

“ Saya bos ! Saya yang clerk patient ni “ Balas aku tunduk…

“ Cuba kau baca betul betul … What is Ogmentin !! … Kau tak tau eja atau buta huruf !!! “ Jerit Dr Bob ..

“ Sorry bos , Semalam saya dapat arahan bunyi macam ‘ Ogmentin’ Jadi saya terus tulis takut terlepas arahan tu .. Saya lupa nak betulkan semula ejaan … Banyak case malam tadi …” Jelas aku …

“ Kau bab kasi alasan No 1 , Nasib baik kau tak oncall dengan aku malam tadi … Kau tau Augmentin tu apa ? “ Terik dr bob lagi

“ Tau bos , Augmentin tu Antibiotik .. “ jelas aku yakin ..

“ Memang lah antibiotik , kau tanya nenek kau pun dia tau jawab antibiotik .. AUGMENTIN TU APA ??Group apa ???

“ Amoxiclav + Clavulanic acid bos … Amoxycilin tu group Penicilin … bos … “ jawab aku yakin ..sambil dalam hati berbisik .. Nasib baik malam tadi sempat baca sikit sikit ..

“ Habes tu . Clavulanic acid tu apa???” sentak dr bob lagi

“ Aduh !! Dia tanya jugak clavulanic acid tu … Aku baca semalam tapi lupa pulak dah !!! Jemmm ni jemmm!!” bisik hati

“ Saya tak pasti bos …” balas aku perlahan ..

“ Hoi ! Kau ni Grad Mana ??!!” teriak Dr Bob lagi

“ Saya grad CRIMEA STATE … hmmm” aku tunduk ..

“ Very bad ! Aku dah agak .. Budak budak grad crimea ni memang tak boleh pakai betul …” teriak Dr Bob dikala mata aku yang dah rabak tak tidur semalaman …

“ hah ! Kau sini ! “ jerit Dr Bob memanggil Houseman yang lain …

Selang beberapa katil , Berdirinya seorang awek yang agak menawan , Berkulit cerah ,Sinar cahaya di dahi, Ayunan kepala bagaikan iklan syampu , Rambut ikal berwarna perang berikat Tocang , ber’Labcoat’ Putih .. sedang membelek belek Fail di atas meja Kardiak ..

“ Siapa nama kau ? Kenapa aku tak pernah nampak kau !” teriak Dr Bob pada seorang lagi houseman perempuan yang berada dikatil sebelah ..

Terkulat kulat Houseman itu datang meluru ke arah Dr Bob ..

“ Saya Dr Nelly , Bos , Saya baru lapor diri semalam … “ balas Houseman baru itu

“ Okay .. You better be good ! You grad mana ?” tanya Dr bob ..

“ Eleh mentang mentang awek , I , You bagai semua ni … Dasar kerajaan betul !” bisik hati

“ Tapi , Fuh nasib baik kau ada Nelly , Takde lah aku kena sorang sorang he he he..” bisik hati …

Dengan keyakinan yang amat tinggi , diselangin bintang bintang kecil , Kicipan Burung burung ‘Pigeon” yang berterbangan, disertakan lagi dengan awan putih cerah dan Pelangi di atas kepala Dr Nelly …

Aku pun khayal dengan fantasi pagi itu , Mata tadi yang kuyup , Seolah olah terbeliak semula .. Adakah ini Bidadari Pagi ?

Dr Nelly .. Menjawab dengan penuh senyuman bagaikan iklan Gigi yang menawarkan sejuta kemanisan ..

“ I grad From IRELAND … “ balas Dr Nelly .. Senyum sambil merebahkan badan dan siku nya di atas Meja Kardiak … Manja ..

“ comel pulak Si Nelly ni .. Geram je aku tengok …Bau pun wangi , Speaking mat saleh pulak tu … Satgi aku try AYAT , ok jugak ni ..“ Bisik hati dalam keadaan kena marah pun sempat juga aku berangan ..

“ Wow , Thats great ! Awesome ! grad from Ireland! Universiti mana tu ? “ Tanya Dr Bob dalam nada suara yang tiba tiba agak Romeo .. Hati berbunga bunga ..

“ Oh , Im from Republic of Ireland … Dublin medical school .. “ Balas Dr Nelydia ..

“ Wow ! Thats great .. mesti best kan .. duduk Dublin .. Ada Snow semua .. So cool !” balas Dr Bob penuh menawan ..

“ Eleh tempat aku pun ada salji .. Siap -15 degree , Tak heran pun ..” ejek aku dalam hati

“ Dr Bob Grad Mana dulu ? “ tanya aku yang tiba tiba mencelah ..

Aku pun tak pasti kenapa aku pergi tanya soalan tu …

Dr Bob menoleh ke arah aku … Merenung tajam ….

Disusuli dengan Dr Nelly yang juga turut memandang ke arah aku …

Aku bertentang mata dengan Dr Nelly … Aku terlupa yang Dr Bob sedang merenung aku ..

“ Hoi . look at me ! Kau pandang dia kenapa ? Lepas tu Sebok nak tanya aku Grad Mana .. Clavulanic Acid pun tak boleh jawab … “ Terik Dr bob tepat ke muka aku .. Sambil aku dapat rasakan beberapa titis percikan air liur yang hinggap di pipi dan mata …

“ What the fish … Air liur hinggap dekat muka aku …” bisik hati sambil aku lap muka aku ..

“ You tengok ni Nelly , Dah boleh start oncall pun … terkebil kebil lagi .. Clavulanic acid pun tak tahu !!! Ini budak grad Russia macam ni lah ! perli Dr Bob ..

“ Aduh .. menyesal aku mencelah , Tak pasal pasal jatuh saham aku ..” bisik hati sambil tunduk ke bawah …

“ Nelly .. lepas ni you follow i Ward Round . Biar monyet ni betul kan Clerking dia …” Ajak Dr Bob kepada Dr Nelly ..

Dr Bob merenung dan menjeling ke arah aku .. Namun dari riak wajah Dr Nelly , Aku dapat rasakan yang dia sedang bersimpati dengan aku …

“ Celaka puny Dr Bob , Tadi dah jatuhkan saham aku .. Lepas tu kena monyet lagi .. “ bisik hati

Kalau kena monyet tu aku tak kisah lah sangat .. Tapi bila dia cakap depan DR Nelly .. Itu membuatkan keyakinan aku mula berkurang …

Ketika mereka baru sahaja mahu melangkah ..

“ Dr Nelly .. Can u help me ? What is the classification for Clavulanic Acid ? “ aku mencelah sekali lagi …

Langkah Dr Bob & Dr Nelly kini terencat seketika ..

Mereka berdiri pegun dan kemudian menoleh ke arah aku …

“ Dr Nelly , Sorry .. Can u help me to answer about clavulanic acid ? “ tanya aku memandang Dr Nelly dengan lunak suara yang sedikit garau agar tampak lebih macho ..

Dr Bob merenung ke arah aku , Dan kemudian memandang kepada Dr Nelly ..

Dr Nelly yang tadinya penuh yakin .. Kini mula terkebil kebil , Mengetap bibir .. Sambil mata melilau memandang atas mencari jawapan dari langit ke tujuh ..

“ Nelly , U help this monkey .. U ajar dia sikit …” balas Dr Bob

Dr Nelly masih menunduk .. Memerah otak dan keringat untuk menjawab …

Namun ….

Dikala aku dan Dr Bob yang sedang menanti jawapan itu ..

Tiba tiba ..

“ Its ok Nelly , Biar dia cari jawapan tu sendiri … Senang senang je tanya orang .. Malas nak membaca betul “ Balas Dr Bob

“ You dont worry ok .. Tagging 2 minggu .. You Ada banyak masa untuk refresh semua .. .. Bukan macam dia ni , Dah habis tagging pun tak boleh jawab lagi “ Balas Dr Bob memujuk Dr Nelly yang sedang pasrah tak mampu menjawab …

“ Ha ha ha , Ambik kau , grad Ireland yang kau puja puja tu pun tak boleh jawab … Kah Kah kah …” gelak aku dalam hati …Sambil aku senyum sinis pada Dr Bob ..

Namun , Situasi itu telah membuatkan Dr Nelly agak sedikit muram , dan menjeling ke arah aku dengan mulut muncung yang masih tetap menawan …

“ Alamak , tak pasal pasal Dr Nelly dah jeling aku , Payah lah nak mengayat ni .. Aku ingat kan dia tau jawab .. Ya lah budak grad Ireland .. dorang boleh jawab semua benda kot dalam dunia ni ….” bisik hati

Mereka berlalu pergi meninggalkan aku terkial kial disitu ..

Ada betulnya juga kata Dr Bob , Walaupun aku tak suka dia , Pengajarannya , Aku perlu belajar lebih dalam lagi .. Tak cukup untuk sekadar tahu basik sahaja .. Kerana … “ By the end of the day “ Ianya semua tentang nyawa ..

Aku ambil positif walaupun masih dimonyetkan …

“ Big Bos datang , Big bos datang !! “ Jerit salah satu HO yang ada disitu …

Aku pun cepat cepat bergegas bersama HO yang lain , Berkumpul di tengah untuk lawatan pagi …

Dari satu katil .. Hingga ke satu yang lain …

Sehinggalah tiba ke pesakit aku …

“ Hah , Yazeed , Apa lagi .. Present lah !” suara yang datang dari belakang ..

Kali ni Medical Officer perempuan ..

Dia ni , Kadang2 kadang nampak macam perempuan ,.. Tapi kalau waktu Pagi .. Kau boleh nampak kejantanan dia ..

Dari jauh kau dah nampak satu kelibat pakai tudung , Berbaju kurung , Helmet
‘ Seteng’ merempit dengan Kapcai Cup dia tu , Masuk ke dalam pengarangan parkir …

“ Prangg prangg …” Sambil bontot senget ke tepi sedikit .. Lenggok bak perempit jalanan

Dia punya gaya memang ‘ Champion’ .. Kalah mat rempit diluar sana ..

Rupa rupa nya Medical Officer aku …

Kadang kalau tengok dia make up pun , Ada lah sikir bedak bedak yang tak rata …

Janji bibir berkilat ..

Tapi dalam banyak banyak MO , Dia ni antara yang memang sempoi … Jauh skali lah dengan Dr Bob ..

Memang dia ni pun selalu juga “ Menanjing “ aku depan bos .. Sambil ketawa terbahak bahak .. Perangai ada sedikit macam Jin .. Tapi Jin Islam ..

Walaupun lagaknya begitu , Tapi aku senang hati .. Banyak juga yang di ajar …
Banyak ilmu yang bermanfaat buat aku hingga hari ini …

Berbalik pada celahan tadi ..

Big Bos memandang ke arah aku ..

Aku pun mula lah present case tadi …

“ Patient , 40 Years old , Diabetic Hypertension … Bla bla bla … Came for Infected Diabetic Foot , .. Bla bla bla …
Current antibiotic .. IV Augmentin … “ bebel aku yang tak seberapa

“ why we dont use Unasyn ? “ tanya big bos selaku ketua jabatan ..

“ Currently we dont have any Unasyn Available bos !” balas aku ..

Belum sempat lagi berbangga kerana dah berjaya present case …

Tiba tiba ..

datangnya satu suara di belakang ..

Suara yang amat aku kenal ..

“ Bos , He dont even know Clavulanic Acid “ !!!!” suara datang nya dari Dr Bob …

“ Aduh .. tak habis habis kaki report ni !” bisik hati

“ Hey , Answer that question .. What is Clavulanic Acid ? “ Tanya Big Bos , Merenung sambil membesarkan bebola matanya ..

Semua yang ada disitu .. Memandang ke arah aku ..

Terngiang ngiang tawa sinis di telingaku ..

Termasuk lah Sister yang turut menyumbang tawa politik demi menyokong ketua jabatan itu ..

“ Eh eleh .. Sister ni pun sibuk gelakkan aku , Dia pun belum tentu boleh jawab ..” bisik hati lagi penuh tekanan ..

Namun … IA nya hanyalah semata wayang buat seketika ..

“ Beta lactamase inhibitor , To stop growth of bacteria “ balas aku dengan senyuman bangga ..

Pastinya Dr Nelly turut teruja dengan jawapanku itu ..

“ Ha ha ha , Gua sempat Google tadi Beb !!” Bisik hati bangga ..

Big Bos memandang ke arah DR Bob ..
Sambil menurunkan sedikit kaca matanya ..

“ Just Now , I asked him , he didnt know !” Balas Dr Bob ..

Aku senyum .. Bangga .. Senyum sampai telinga …

Lawatan Pagi tu diakhiri dengan satu kemenangan yang boleh dibanggakan sebagai Houseman yang kerdil ini ..

Aku berjaya memberi satu ‘ Impression’ yang baik kepada big bos .. Walaupun soalan tu hanya soalan biasa sahaja , hanya 0.00001% sahaja dari ilmu perubatan …

Namun , ‘ impression ‘ itu penting untuk langkah masa depan ku ..

aku gembira …

Hari tu hanyalah permulaan hari hari durjana yang bakal tiba , Yang hanya terselit secolet kemanisan …

Petang tu , Jam 5 petang ..
Waktu kerja sudah hampir ke penghujungnya …

Aku sudah mahu bersiap , Untuk pulang .
36 jam berjaga , Tanpa tidur .. Kepala berat , Mata rabak , Minda jelak ..

Aku mengatur langkah untuk pulang ..

Selamat tinggal alam realiti ..
Aku bakal pulang ke alam mimpi …

Aku singgah sebentar di Hospimart ( Kedai serbaneka ) .. untuk membeli roti , Buat alas perut dirumah nanti …

Aku pun ambil sebungkus roti dan sekotak air , lalu berjalan pergi ke kaunter bayaran ..

Aku sedang beratur dibelakang seseorang ..

Bila aku amati betul betul ..

“ Eh ini Dr Nelly kot ?” bisik hati

aku pun menganjak ke sisi , Untuk mengintai ..

Tepat sekali , itu …Dr Nelly

Yang sedang menunggu giliran untuk membayar roti nya itu ..

Setibanya giliran Dr Nelly di kaunter bayaran itu ..

“ Puan , Kira sekali dengan saya punya ..”
Jelas aku .. Dengan yakin ..dan senyum pada makcik di kaunter bayaran ..

Walaupun sebelum itu , Aku menyeluk kocek , Aku hanya ada RM10 sahaja ..

Jadi aku sempat letak semula air kotak aku di tepi , Takut takut jikalau tak mencukupi untuk bayar Barangan yang dibeli oleh Dr Nelly ..

“ Semua nya .. Rm 9.80 , Kaching !!” balas makcik di kaunter itu ..

“ Fuh … CUKUP CUKUP ! Nasib baik aku dah letak air kotak tu awal awal .. “

Rupanya Dr Nelly membeli 4 bungkus roti yang terlindung disisinya semasa beratur tadi.

Dengan bangganya ..

“ Its On Me ! “ Balas aku senyum ..

Dr Nelly toleh ke belakang … Memandang ke arah aku .. Sambil tergagap mulutnya .. Terkedu melihat aku membayarkan semua makanannya ..

“ Oh !! Thanks … But .. why ??” …balas Dr Nelly ..

“ sebenarnya , I nak cakap ‘sorry ‘ sebab tanya soalan pasal clavulanic acid dekat You depan Dr Bob Tadi …” balas aku sambil berjalan perlahan disisi Dr Nelly ..

“ Oh really .. Ingatkan u saja nak kena kan I !! .. balas Dr Nelly …

“ Ish tak baik tau U cakap macam tu .. Masa u tak boleh jawap tadi .. I rasa besalah tau .. I tak gelakkan u pun… Sebab tu i bayarkan makanan u .. tanda i mintak maaf, Marah ke hehe .. “ balas aku ..

“ Yes memanglah .. I dah lama tak revise buku tau !! I geram !!, Kenapa u buat macam tu ! “ balas Dr Nelly ..

“ Anyway , I tought you can answer those questions .. Sebab I nak You Impress Dr Bob lebih lagi .. Kalau u ada ‘ Good impression ‘ .. Senang untuk u survive dalam posting ni …” balas aku …

“ Ok , I got it … “ balas Dr Nelly ..

“ Nampak tak .. Belum apa apa , I Dah Siap fikirkan apa yang terbaik untuk Masa Depan you …” balas aku tersenyum sambil berlalu pergi bagaikan Hero Remy Ishak Versi Bangladesh yang berkain pelekat ..

Dari belakang , Satu jeritan perlahan ..yang bergema ditelingaku ..

“ You ! Thanks for the treat ! Whats your name anyway ! “ jerit Dr Nelly pada aku ..

Aku hanya menoleh , mengangkat beberapa jari melambai .. Tidak menjawab soalan Dr Nelly , Aku terus berlalu pergi …

Sambil muka tersenyum …

“ Well , See you tomorow Dr Nelly ….” bisik hati..

Disaat itu …

Bermulalah misi aku menanam bunga dipinggir taman yang sekian lama menyepi …

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.