Houseman Part 4

Part 4
Houseman

Hari ni , Malam ni , Aku harus bersedia…

Bersedia untuk memanjat , Atau makan pisang … ataupun geletek ketiak sendiri ..

Setiap langkah , Setiap perkataan yang akan keluar dari mulut .. Aku harus wajarkan sebaik baik mungkin .. Agar satu kesalahan atau kelemahan tak aku undang untuk Oncall bersama Dr Bob ..

Jam 5 petang …

“ Kau … Houseman baru ? Siapa nama kau ? aku tak dapat ingat semua ..” datangnya satu sapaan dari belakang ..

aku pun menoleh pantas …

“ Yes bos , saya yazeed… baru habis tagging … hari ni first day oncall … “ balas aku tunduk sambil tangan menggengam satu sama lain …

“ Rilek bro .. Jom follow aku round …” balas MO aku ..

Aku agak tersentak sebenarnya .. dalam keadaan takut bercampur lega ..

“ Bos .. Dr Mi kan ? saya panggil Dr Mi ke ? atau kena panggil nama lain ? … Balas aku …

“ Alah kalau kau tak nak panggil aku DR pun tak apa … “ balas Dr Mi senyum ..

Jadi sejak hari tu aku panggil dia “ Bos “ …

Dalam hati aku …

“ Whatttt ? Selama ni aku tak pernah tegur dia sebab bukan dia jaga bahagian kubikel jangkitan … tapi .. Dr Mi ni sempoi betul …” bisik hati ..

Kau tak kan boleh “ imagine” betapa lega nya aku hari itu …

“ bos , Bukan hari ni oncall Dr Bob ? “ tanya aku ..

“ Oh itu jadual lama , Dr Bob esok … Aku oncall hari ni .. Haritu ada pertukaran jadual “ Balas Dr Mi ..

“ Apsal ? kau cuak ke ? Takut oncall dengan Dr Bob ?” tanya Dr mi ..

“ Ye lah bos , Saya baru lagi , mesti banyk buat salah , Silap silap … Kalau tersalah buat kerja .. Nanti kena “ Mark” sebagai houseman bermasalah .. Tak pasal pasal kena extend .. Tak sanggup lah saya …” Balas aku ..

Sambil itu kami berjalan ke arah Katil pesakit …

“ Bro … houseman ni memang paling mencabar buat masa ni … Kau baru lagi … Kau kena ingat .. Kau “ Frontliner” Orang pertama yang akan berdepan dengan pesakit … Jadi kau kena belajar betul betul sebaik mungkin .. Sebab apa yang kau sampaikan bergantung kepada apa isi penyampaian kau .. sama ada kami ni sebagai MO nak anggap perkara itu emergency atau tidak …” balas Dr Mi ..

“ Lagi satu … Kalau apa apa jadi , Pakar akan cari MO , Bukan houseman .. jadi tanggungjawab sebagai MO ni besar ..kau perlu pastikan semua pesakit dibawah jagaan kau selamat … Kalau ahli keluarga kau sakit .. Tapi di jaga oleh doktor yang tak bagus .. Kau nak ?” Tanya Dr Mi ..

Betul juga .. apa yang Dr Mi katakan benar belaka …

Aku kini .. baru aku sedar .. Sebenarnya aku bukan bekerja … Aku bukan bekerja kerana duit Gaji …

Aku bukan bekerja kerana aku telah dipilih untuk bekerja dan merangkul jawatan doktor …

Malah aku disini , Berdirinya aku didalam ward ini , Adalah sebagai salah seorang pembantu dalam satu pasukan yang sedang berkhidmat menyelamatkan nyawa dan kesakitan manusia yang lain …

Bukan lah semata mata memegang jawatan dan “ glamour “ dengan pangkat ..

Tak ada sebab lain aku disini ..

Selain hanya melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh maha pencipta …

Terdetiknya kesedaran aku pada waktu itu ..

Doktor itu hanya lah pangkat semata yang membeza kan kami dari jawatan yang lain di Hospital … Tiada apa apa keistimewaan yang lain kerana setiap pekerja didalam hospital adalah satu pasukan yang sedang berkhidmat …

“ Betul tu Dr Mi , Saya setuju .. Terima kasih sebab pesan ni pada saya.. Jadi mulai sekarang .. Saya lebih jelas tentang tanggungjawab yang saya kena pikul .. Walaupun banyak lagi yang saya tak pandai .. Saya akan pastikan setiap hari saya belajar benda yang baru …” balas aku …

Lega …

Aku rasa lain sekali malam tu …

Tak pernah aku rasa betapa damai nya bekerja di tempat itu…

Akhirnya .. kami habis “ ward round “ jam 7 malam …

“ Ok , Kau pergi lah mandi ke solat dulu ke apa …Nanti kalau ada kes masuk ward .. Kau tengok pesakit tu .. lepas tu telefon aku …” Pesan Dr Mi dan berlalu pergi ..

“ Pehh , Dr Mi memang idola .. Banyak dia ajar aku malam tu …

Disebabkan gaya bersahaja Dr Mi membuatkan aku tak takut untuk tanya banyak perkara …

Aku dapat rasakan … Yang aku lebih banyak belajar dalam keadaan tenang berbanding dalam keadaan tekanan yang tinggi …

Aku pun terus ke “ pantry “ untuk menjamu makanan lebihan untuk pesakit ..

Selalunya ada lah beberapa tray makanan untuk pesakit yang tak bersentuh ..

Aku lah orang yang tukang belasah makanan tu hari hari …

Secara jujurnya ..

Memang tak sedap ..

Bukan kerana tukang masak tak pandai masak ..

Tapi makanan itu sendiri mengikut menu yang telah ditetapkan .. Kurang garam , Kurang minyak , Kurang gula .. Tak sedap !!

Tapi yang tak sedap ni lah selalunya yang baik untuk kesihatan dan sesuai untuk orang yang poket tak beberapa nak ada duit ni …

Setelah selesai semuanya ..

Aku sambung kerja ..

Aku perlu kutip balik semua Fail yang ada diatas meja pesakit ..

Aku perlu buka semua fail yang ada …

Aku perlu melaksanakan arahan yang Dr Mi berikan ..

“ Ambil Darah FBC/Buse/Creat “
“ Blood C&S culture & sensitivity “
“ Blood Gas ( Abg)”
“ Trace Result “

Dan macam macam lagi …

jadi macam mana cara kau nak selesaikan tugas yang bertimbun tu ?

Maka , Kau harus kerja dengan lebih sistematik ..

Takkan lah kau nak kerja ikut setiap satu fail …

Penat lah kau ..

Jadi caranya begini …

Kau ambil satu kertas a4 …

Kau akan salin semula arahan , Kau susun arahan itu mengikut setiap fail …

Kadang kadang ada pesakit kau tak perlu ambil darah .. Ada pesakit kau perlu ambil darah ..

contohnya ..

Katil 1
1- Ambil Darah FBC
2- Trace result darah yang diambil sebelum ni

Katil 2
1- Ambil Darah buse/ Creat
2 – Buat ECG

dan seterusnya .

Jadi , Yang mana katil perlu ambil darah ..

Kau bulat kan nombot katil tu ..

Jadi kau boleh agak berapa katil yang kau perlu pergi ambil darah ..

Setiap pesakit , Ada yang perlu periksa darah merah sahaja , Ada yang perlu periksa buah pinggang , Hati dan sebagainya .. Setiap darah itu .. ada Botol simpanan darah yang berasingan .

Sampel darah untuk periksa Darah merah ..warna “ purple “

Sampel darah untuk periksa buah pinggang / hati / etc warna “ green “

Sampel darah untuk periksa darah yang lain “ warna red / Grey “

Jadi kau kena bawa botol botol untuk sample darah tang berlainan ..

Kau letak atas troli .. yang penuh dengan kelengkapan jarum suntikan , syringe dan macam macam lagi ..

Maka kau akan usung troli itu pergi ke setiap katil , Bukan itu sahaja.. lepas kah ambil darah kau wajib tulis nama pesakit .. pada botol darah tu .. sebelum kau boleh pergi ke katil pesakit seterusnya ..

Untuk apa ?

Untuk mengelakkan kesilapan keputusan darah untuk pesakit yang berlainan ..

Itu adalah wajib !!! Jangan tersalah orang ! Tersalah sampel darah !!

Bahaya !!!

Kerana , keputusan darah itu akan menentukan hala tuju dan cara pelan rawatan pesakit …

Bayangkan kalau tiba tiba ..

Kau “ Hiv + “ .. tapi sebenarnya itu bukan darah kau ..?

Siapa yang kena maki ? Houseman dulu !!!

Dan lebih teruk .. kesilapan kecil itu akan terus mengubah mood dan nasib setiap pesakit … walaupun darah itu akan di ambil lagi untuk kepastian ..

Itu cukup menakutkan …

Belum cukup dengan ambil darah sahaja ..

Kau kena isi borang darah pula lepas tu ..

Kalau kau ambil 30 sampel dari 30 pesakit ..

maka kau akan mengisi borang darah sebanyak 30 helai borang setiap satu sebelum dihantar ke makmal ..

Patut lah masa tu aku kurus kering ..

Tak bergaya lansung …

Belum cukup dengan darah ..

Banyak lagi arahan lain .. yang kau perlu laksanakan ..

Masa ku sedang menulis ni .. Rasanya tak sanggup lagi nak ulang semula Houseman ..

Walaupun ianya tanggungjawab .. tapi beban kerjanya .. Amat memenatkan …

Selain dari kau melaksanakan arahan dari Mo …

Bila pesakit baru masuk ward .. Kau kena periksa pesakit tu lagi sekali ..

“ Clerking “

Clerking tu ada alah proses dimana kau kena catat segala hal peribadi pesakit , sejarah penyakit , sejarah ubat ubatan .. Masalah pesakit .. Punca .. simptom .. dan macam macam lagi ..

Lepas kau dah tanya semua soalan ..

Kau kena mula periksa pesakit ..

Bukan kau main terjah periksa dia .

kau kena “ Observe “ dulu

bermakna .. kau kena periksa pesakit dari sudut pemerhatian kau dulu ..Sedar atau tidak sedar ?

“ Awak nama siapa ? Awak dekat mana ?”

Biasa kan dengar soalan BODOH ni dari Doktor …

“ Kau tau tak , dah terang terang fail aku ada tulis Nama , Lepas tu aku memang dah terbaring dekat hospital ni … Doktor tu tanya aku ..

“ Nama encik siapa ? Encik tahu tak encik di mana ?

Bodoh punya doktor .. Tak reti baca sendiri ke nama aku ?!!!

Aku dah terbaring atas katil ni .. Mesti lah aku di hospital !!!

Doktor ni BUTA KE ???!!

Ayat ayat ni biasa ..

Biasa aku kena marah dengan pesakit ..

Pesakit yang tidak faham , Pesakit yang angkuh ..

Ya .. aku lebih suka guna perkataan ANGKUH ! Atau ada yang gelarkan .. Bodoh Sombong ..

“ hey Bro ! Aku belajar perubatan 6 tahun bagai nak meninggal .. Takkan aku tak tahu baca Nama kau ? Takkan lah aku Buta tak nampak kau atas Katil ?” Nak je aku sound macam tu kadang kadang ..

Tapi .. Iyalah .. Pesakit tak tahu .. ada yang sedang menahan kesakitan , lantas emosi terbabas ..

Tujuannya untuk “ Scoring “ tahap kesedaran ..

Sebab ada juga pesakit yang ..

“ Nama saya Majid … Saya tak pasti saya dekat mana .. Mungkin padang rugby ?” sambil terkebil kebil mata melihat sekeliling …

Ini bermakna pesakit sedar .. Tapi ada masalah dengan orientasi tempat atau masa ..

Jadi doktor boleh sangkalkan yang pesakit ada mengalami trauma pada kepala .. Dan harus diberi perhatian yang lebih ..

bila aku dah cerita ni ..

ada lagi yang kata aku bodoh sebab tak tahu baca nama dan buta ..

Siap kau ..

Aku tanam kau hidup hidup ..

Seterusnya ..

“ Pucat ? Dalam kesakitan ? Menjerit ? Dehidrasi ? sesak nafas ? dan macam macam lagi …

Itu baru dengan melihat sahaja …

Untuk kau agak , Apakah status pesakit kau sekarang .. Keadaan pesakit kau secara AM .. sebelum kau boleh ambil keputusan apa masalah sebenar ..

Kemudian… diikuti dengan

“ Palpation”
secara sentuhan.. baru lah kau sentuh pesakit .. tetapi … sentuh dengan perlahan .. dan tenang ..

Pastikan Tangan kau bersih … Bilas dengan “ antibacterial gel “ .. kemudian tapak tangan kau kena suhu yang suam .. Kalau sejuk .. Kau kena gosok dulu tangan.. agar bila kau sentuh pesakit .. mereka tak terkejut ..

Bila tangan kau sejuk , Kadang kadang pesakit yang kuat drama ni , akan melompat lebih lebih .. Macam lah sakit sangat …

Jangan sesekali kau rodok perut dia , Atau tekan tempat yang sakit dengab kuat …

Melainkan pesakit kau jenis kurang ajar .. Kau tekan je kuat kuat ..

Okay .. aku bergurau je .

jangan sesekali kau buat bergitu ..

Dosa .. Masuk api neraka .. Nak ?

Kemudian ..

“ percussion “
Kali ini dengan keadaan “ tap “
tepuk perlahan ..

Macam doktor tepuk tepuk perut kau kalau kembung perut tu …

“ Auscultation”
mendengar .. Baru lah berfungsi alat yang kau gantung pada leher tu … Tujuannya untuk mendengar nafas .. Paru Paru .. denyutan jantung .., Pergerakan Usus pada Abdomen …

Masa kau pakai alat tu pada telingah lah baru nampak kau macho sedikit …

Dah la kerja banyak , Nak periksa pesakit .. bukan senang … Kena ikut setiap langkah ..

Tapi bila kau dah berpengalaman ..

Kau dah boleh “ skip” langkah tu .. Periksa terus kepada bahagian yang perlu ..

Janji kau dah pastikan kau tau keadaan pesakit secara keseluruhannya …

Malam tu .. Adalah 3-4 pesakit baru yang masuk ..

Aku pun “ Clerk” pesakit yang baru masuk ..

Ambil darah lagi .. Dan macam macam ..

satu pesakit perlu masa 30minit , kadang kadang hingga 1 jam bergantung tahap kesusahan kes pesakit ..

Bila nak tidur !?

Jangan harap kau nak tidur selagi kerja banyak tak siap

Ditambah lagi dengan kemasukan peaakit baru ..

Mata kau dah layu ? Badan dah letih ? Nak muntah ?

Abaikan .. Tak ada siapa yang peduli ..

Yang penting apa yang mereka nak tahu ..

Kerja kau siap ..

Bukan sekadar siap ..

Tapi sempurna..

Semua kes baru yang masuk .. Aku telah “ inform” Pada Dr Mi …

Jam 6:50 pagi ..

Baru aku ingat aku boleh berehat .. Oncall aku habis jam 8 Pagi …

Ada 65 minit boleh la nak tidur sebentar …

aku pun duduk lah disatu sudut …mula melabuhkan badan ..

Hujung sana tu .. pintu ke adah ward lain ..

Tiba tiba mata aku terpaku kepada sebuah jasad pendek .. berseorangan ..

“ Muncul satu kelibat .. Nenek yang bongkok dihujung sana , Berjubah putih labuh … menutupi lantai “

Yang sedang berdiri ditepi pintu ..

Memandang ke arah aku …

Aku toleh kebelakang ..

Tak ada siapa siapa ..

Aku toleh kearah nenek tadi …

“ kelibat nenek itu sedang berjalan perlahan sambil jubahnya terseret diatas lantai .. menyusuri satu lorong yang gelap dan kemudiannya hilang “ …

eh .. Ini kawasan ward lelaki ..

Perempuan tingkat atas ..

Macam mana boleh ada Nenek ni ..

“ mungkin sesat barangkali “ bisik hati ..

Meremang bulu roma masa tu .. pertama kali kerja di hospital besar …

Dalam ketakutan itu …

aku disergah ..

“ Doktor .. tu katil hujung .. Ada pesakit baru .. Pergi “ clerk “ pesakit tu …Jangan nak tercegat dekat situ ….satu teguran pedas Misi Penguin dari belakang …

Moral hampir hilang ..

Dah la penat .. Kena sound setepek lagi dengan misi ..

“ dah la penguin .. muka banyak jerawat .. kerek pulak tu ..” geram !!

Tapi nak buat macam mana .. memang itulah kerja aku …

Aku pun pergi ke katil hujung dan mula “ clerk “ pesakit tadi ..

aku buka balutan …

Masyallah .. Bau dia … Semerbak ..

Sampai sekarang boleh ingat Bau Kaki pesakit tu ..

Jangkitan kaki kencing manis ..

Diabetic Foot

Bukan setakat Bau yang haring menusuk hidung…

Malah dengan Ulat ulat yang menggeletek …

dan yang paling aku ingat ..

Ulat itu mampu menggeletek dan terus melompat hinggap setepek ke seluar aku …

Aku secara tidak sengaja , Tersentak kebelakang …

“ What the fish!!!!”

Ulat olimpik gimnastik ke apa ni ?!!!!!!

Aku pun dengan hati yang tak rela ..,

Aku jentik ulat tu ….

Malangnya ..

Malam aku pakai “ sandal”

Maka ulat pun terbang selepas hasil jentikkan bijak aku ..

Namun ianya sekali lagi ..

Hinggap di atas jari kaki aku …

“ What the fishhh again !!!! Nooo !! Noo !!”

Masa tu meggelabah juga aku kibas kaki aku sampai sandal tertanggal …

Dan akhirnya berjaya , aku ghaibkan kewujudan ulat tadi dari diri aku …

Nak buat macam mana , pertama kali dalam hidup , Ulat daging manusia melompat …

Namun .. hidup harus diteruskan jua …

Aku lihat di Fail nya ..

Suhu Badan – 40Darjah celcius

Ya rabbi … Kesian pakcik ni ..

Pakcik Malik …

“ Dr mi , Ada pesakit baru .. demam .. Infected diabetic foot … “
aku telefon DR Mi ..

“ Tak apa , tadi di kecemasan mereka dah kasi ubat demam .. Kau sambung clerk dulu .. lepas ni DR Bob Oncall .. Biar dia tengok case ni .. Nanti kau “ Present “ dekat dia ok .., Kau sambung je Plan yang tertulis dari bahagian kecemasan tu , Start antibiotik ok … OGMENTIN …” balas Dr Mi

Aduh .. Dr Bob !!!

Selepas aku habis “ Clerk” Pak Cik malik .. aku pun pergi ke pantry untuk berehat dan minum ..

Sementara menunggu kehadiran DR Bob ..

Tak lama selepas tu …

Satu jeritan , dari suara lunak yang halus dan lembut …

Suara lelaki bercampur sedikit suara wanita ..

Suara yang tidak pasti tentang identiti jantina yang sebenarnya ….

Aku kenal sangat suara itu !!!

“ HOI !! MONYET MANA YANG CLERK CASE NI , DATANG SINI !!!!!!!!!!!!

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.