Houseman Part 3

HOUSEMAN
Part 3

Belum apa apa lagi , hari pertama amat menggerunkan … Bukan kerana meraka ni nampak menakutkan … Tapi kerana kuasa yang mereka ada … Memang aku faham , Tujuan dan niat itu untuk memastikan HO yang baru masuk ini memberi sepenuh komitmen kerana ianya adalah pekerjaan yang serius , menyelamatkan nyawa …

Bagi aku , Segala tomahan tu tak menakutkan aku sedikit pun , Tetapi Ugutan itu memang menggerunkan .. Kerana ianya adalah berkenaan masa depan kau …

Kalau kau kena extend , Maka makin lamalah kau dapat jadi MO , … Kawan kawan kau yang lain sama dengan kau dulu dah jadi bos kau , Memberi arahan pada kau .. Whatt !!??

No ! No ! No !

Untuk itu , Aku perlu bijak mengatur strategi , Aku perlu buang ego , Dan bermain permainan ini secara halus , Yang penting aku perlu pastikan semuanya berjalan dengan lancar .
Bukan susah , Masuk telinga kiri , keluar telinga kanan .. Yang penting sabar !

Ok , Set !

Aku memulakan hari pertama aku , Selepas ward round pagi , dikala semua pakar sudah beredar , Aku perlu meneliti semua fail di katil pesakit , Aku harus menyelesaikan segala arahan didalam fail tersebut ..

“ Ambil darah “

“ Refer dan Hantar pesakit ke Xray , Ultrasound ,Ct scan “

“‘trace result ‘ yang pernah dihantar ke lab “

“ Ajak misi comel keluar makan “ …ehh ?

Masa tu pun , Misi pun pandang kau kecik besar kecik besar je , Cuma bezanya pangkat kau lagi tinggi dari Misi , Tapi .. Misi pula ada pengalaman lebih dari kau …

Nak belajar cara bekerja ? Atau nak pentingkan pangkat ?

Ok , berbalik kepada plan asal , Rendah kan ego , Kau hadap saja …

“ Doktor ! “ pegi ambil darah pesakit , lepas tu jangan lupa isi borang “ tegur misi .. dengan serius .. datang dari belakang

Aku toleh , Misi yang sedang mengandung sedang bercekak … memberi satu renungan …

Garang juga misi ni , aku akur saja …

Kemudian dia berjalan lurus pergi kesetiap katil dengan lenggokan berjalan bagaikan Penguin .. Toleh kebelakang sekali lagi ..

“ Apa tercegat tu Doktor , cepatlah , Nanti nak hantar Lab lagi …” marah misi tadi ..

“ Ok ok , saya buat sekarang “ balas aku ..

Memang serius betul kerja dekat sini …

Barulah aku tahu , selama ni cerita doktor dalam drama melayu tu semuanya Wayang belaka , Semua nampak bagai dihormati… Ofis luas , Penghawa dingin .. Memang bergaya ..

Tapi realitinya … 360 darjah terbalik …

Namun , Masalahnya sekarang aku dah lama tak ambil darah , dulu dekat russia pun berapa kali saja cuba …

“ Aduh , macam mana ni “ bisik hati ..

Tapi jangan lupa , Malu bertanya sesat jalan …

“ Ah , takpa lah , baik aku mintak tolong daripada aku bedal saja “ bisik hati sambil mata mengintai kiri kanan mencari Rakan HO yang lain .

Ok , aku dah nampak satu “ target “

Muka skema , pakai spek mata , nampak raut wajah pun macam suci , Berbaju kurung , Cuma Kot putih saja kusam dan comot , Penuh tompokan Pen pada poket , Lusuh …Poket bawah ada dua buku nota tebal … Macam sarat pula aku tengok dia ni .. Badan kecil , Macam macam ada dekat baju ,

Nampak macam dah hebat ni … Baik aku tanya ..

“ assalamualaikum , sy Dr yazeed , First day … Nak mintak tolong , Saya tak pandai ambil darah , Ada 3 pesakit nak ambil , lepas tu nak hantar darah … lab lagi “ aku balas …

Dia toleh ke arah aku ..

renungan tajam , Pandang aku atas bawah …

“ Kau grad mana ? “ tanya dia ..

“ eh ? kenapa ? “ aku balas ..

“ Kau tak pernah ambil darah ke selama ni ?” tanya dia lagi ..

“ Dulu lama dah , teknik tu mungkin dah tak ada lagi , Lagi satu tiub tiub Darah , tak sama , sana lain .. sini lain ..” balas aku …

Fuh , Dia ni nampak je kecik , tapi garang …

Semua orang dekat sini , Memang garang ke ni …

“ takpelah , Kasi nombor bed berapa , nanti aku ambil kan , Kau tahu kan , Kena “ Tagging” 2 minggu ? “ tanya dia ..

“ Ya , ya tahu , aku mula tagging hari ini ..” balas aku ..

“ Tagging” tu bermaksud , Kau kena pulang lewat , kerja lebih masa … sepatutnya kau balik jam 5 petang , Tapi bila tagging , kau kena balik 10 malam ,
Dalam masa 2 minggu ini lah kau perlu belajar semua benda , sebelum kau dibenarkan Oncall … Jadi kau akan “ Tag” iaitu berdamping Dgn HO yang sudah berpengalaman , Yang oncall pada hari itu .. Kau kena jadi Saka dia dalam masa 2 minggu , Kau kena belajar sebanyak mungkin … sebab nanti bila kau oncall , siapa nak tolong kau , Kalau nasib baik dapat ONCALL dengan Mo yang baik … bersyukur lah …Kalau dapat Oncall dengan MO yang bermulut puaka , Nasib lah !

Tepat jam 5 petang …

aku pun keluar , ambil angin , Nak beli makanan .. duit cukup cukup saja ..

aku pinjam bapak aku. rm 800 , sebulan .. nak bayar duit minyak lagi .. makan minum hari hari .. kena berjimat ..

belum lagi kawan kawan Ho yang lain ajak makan TGI fridays .. Kopak terus poket kau , bukan bocor lagi .. itu dah macam bogel ..

Jadi jalan penyelesaiannya ..

Jam 6 petang , muka aku mesti ada dekat Pantry … atau pun tingkat atas sekali , dekat bilik oncall untuk MO ..

Sebab apa ? Sebab ada makanan pesakit atau makanan MO oncall ..

Selalunya jam 6 petang , mereka mula hantar makanan kepada pesakit di pantry .. Kemudian mereka akah agihkan pinggan “ Tray “

Masa tu lah aku akan ambil pinggan dan cukai sedikit makanan pesakit , Kadang2 dapat ikan , Nasib baik dapat ayam atau daging .. Kalau nasib tak baik .. dapat sayur saja

Memang tak sedap !!

Bukan nak kutuk tukang masak ..

Tapi kerana kawalan garam , gula dan sebagainya ..

Membuatkan makanan itu kurang rasa masam masin manis ya ..

Tawar …

Aku tengok muka pesakit pun tawar …

Kadang kadang ramai juga pesakit tak makan …

Akhirnya buang dalam tong sampah …

Hmm …. Bazirnya …

Tapi sebelum mereka buang , Aku akan kumpul buah buahan macam epal , pear atau oren untuk dibawa pulang kerumah ..

Tak kisah lah pungut ke apa ? Kat luar Buah mahal tau ! Duit ada rm800 sebulan ada hati nak shopping buah .. Chet podah …

Malam tu malam pertama tagging ..

aku mulakan tagging , Ho yang oncall banyak mengajar .. Lega rasa hati ..

Dapat jugak partner yang baik ..

Banyak darah yang aku ambil malam tu , semuanya gagal dalam cubaan pertama ,

itu biasa …

Bila kau gagal dalam percubaan pertama ..

Maka kau harus bertabah , Kerana setiap makcik , pakcik. , bawang atau tidak bawang , akan memberi kau satu renungan Yang kau takkan dapat lupakan ..

Renungan berpuaka dengan mata yang terbeliak … Kemudian mengerut dahi …Merenung tajam ..

Masa tu , Kau pasti berpeluh peluh , Apa lagi yang boleh kau katakan ?

“ Maaf tuan / Puan .. Saya cuba sekali lagi ya “

Bila kau sebut sahaja “ sekali lagi “
Itu adalah ayat keramat … yang mana kau bakal berdepan dengan beberapa reaksi ..

Kau mungkin bakal di tampar , lempang atau penerajang ..

Beberapa reaksi yang kau akan hadap ..

Ada yang …

senyum “ Tak apa doktor , cuba sebelah kiri pula “ … Kau lega hati ..

Muka masam … “ Doktor , tadi dah gagal , lepas tu nak cucuk lagi , pastikan doktor cucuk dapat eh kali ni … !” kau pasti nya makin panik … Bagaikan antara hidup dan mati … Aduh…

Ada yang Muka Takut nak menangis ..,” ala doktor , sakit laa , saya takut ni , dah kasi peluang cucuk sekali … kena cucuk lagi ke ?” sambil tangan dia sekejap dia beri , sekjao dia tarik balik …. memang Tekanan jiwa dan raga kau .. Tuhan saja yang tahu …

Dan yang paling menakutkan , bila ..

“ Hoi Bodoh punya doktor ! sakit tau tak ! Kau tak pandai cucuk , kenapa tak panggil yang pandai cucuk aku !!”

Aku pernah kena cacian macamni …

Nak menjawab ke tak ?

Peluh dah mula nak menitis … dah la pakai kot putih , Ketiak rasa nak melecet .. Kena caci lagi …

Jadi malam tu , Aku kena semua reaksi , Dari senyum , masam , takut dan caci …

Aku perati je pakcik ni .. Tapi yelah , orang tengah sakit , mungkin mental tak stabil .

Kalau ikut hati yang memberontak , Ada juga aku hempuk dengan Fail Biru ni ..

Tapi itu bisikan syaitan saja …

Kau harus tunduk dan bersabar …

Kau kena ingat pelan asal , Kau kena main peemainan ini secara halus .. Kau kena banyak bersabar ..

Bila kau kerdil , Kau tak ada kuasa … Hanya kuasa Sabar sahaja yang dapat menyelamatkan kau ..

Mereka ini manusia , Mereka bukan nabi .. Jadi kau perlu faham ..

Dalam masa yang sama buat aku terfikir ..

kalau aku tak latih untuk cucuk jarum , Bila aku nak pandai .. Habis kalau yang pandai cucuk semua mati … Siapa nak cucuk ?

“ Pakcik , Saya kena cucuk sampai dapat …Kalau tak bila saya nak pandai …” aku balas ..

“ Aku tak kira … pastikan kali ni kau dapat !!”

Bertahan sajalah …

tiba tiba …

“ Hoi ! sakitlah … kau panggil orang lain cucuk aku ! Kau tu perempuan , Balik rumah pergi masak lah !” satu jeritan yang datangnya dari hujung katil sana ..Jerit seorang pakcik tua yang kaki nya sedang tergantung , Akibat patah kaki kemalangan.

kelihatan , HO perempuan yang sedang berdiri , berkali kali cuba minta maaf namun masih di caci ..

Mungkin sudah tidak tahan dengan cacian ..

HO tadi , berlalu pergi meninggalkan pesakit tadi .. Dia lalu dihadapan aku ..

Aku pandang dia .. dia pandang aku …

Dalam hati “ lama lagi ke nak habis tagging ni “ …

Aku angguk pada dia , Aku kelip kan mata ..

Tanda aku mahu dia bertenang ..

Dia pandang aku semula , tunduk ke bawah …

Muka dah merah , mula berlinang air mata … jiwa belum kental …

Dalam keadaan aku berdiri tu , aku melihat sekeliling … sambil menghembus nafas sesal …,,

Satu suasana yang semuanya serba serbi negatif ..

Dengan Gambaran ..

Emosi pesakit yang tak tenteram
Semuanya dalam kesakitan
Kemurungan
Ada yang termenung
Ada yang terkapai kapai seorang diri apabila tiada ahli keluarga yang membantu dan teman ..
Ada juga yang sedang kebosanan

Semuanya Aura yang negatif
… Semuanya Bagaikan mood yang kelam ..

Bukan tempt kerja yang ceria ….

Nak ceria apa nya ? Ingatkan Legoland ke ?

Kalau kau tak kena maki dengan bos , Kau kena maki dengan pesakit….

Takpun kena maki dengan Misi …

“ Tunggu lah kau Misi , Aku dah Jadi MO nanti , siap kau !” bisik hati yang biasa … Untuk memujuk jiwa …

“ aku tonyoh tonyoh muka kau dekat fail ni “ bisik dan ajakan syaitan mula terpancar dalam ingatan kau

disebabkan tekanan yang dari pelbagai sudut ..

Sedikit sebanyak menyumbang kepada kemurungan mental & psikologi kami ..hari demi hari

kau perlu kuat dari mental , Fizikal tak mengapa lagi …

Yang kuat mentak tak apa .. yang tak kuat bagaimana ?

Kalau kau tak mampu kawal mental , Kau bakal lari ? Berhenti kerja ? Sakit mental dan lebih teruk bunuh diri …

Jangan tak tahu , Ramai doktor yang bunuh diri kerana kegagalan mengawal mental … Bukan sahaja di malaysia .., malah dari serata dunia ….

disebabkan tekanan kerja yang mendesak kau untuk jadi “ Fast learner “ , Ditambah lagi dengan Ugutan .. “ Aku extend kau nanti !” Semua itu menyumbang kepada kesihatan psikologi yang membebankan …

Syukur , siksaan 2 minggu sedah berlalu

Selepas dua minggu .. Akhirnya banyak juga yang aku belajar …

Walaupun masih lagi terkebil kebil … Terlalu banyak untuk aku tuliskan … ilmu Perubatan ini ibarat satu kitab yang takkan pernah habis , Setiap masa ada penambah baikkan yang baru , Jadi kau harus peka dengan kajian yang terkini …. Cara rawatan yang terkini ..” Update “

Aku bukannya pandai genius sangat , Bukanlah “ fast learner “ yang hebat .. Tapi sekurang kurangnya .. setiap hari yang kau lalui lebih baik dari hari sebelumnya … sudah Cukup …

Janji kau belajar dan faham sesuatu yang baru setiap hari …

Ilmu yang kau ada , Bagaikan satu titik air sahaja dari sejumlah lautan ..

Betapa ceteknya ilmu manusia …

Tapi masih ramai yang mendabik dada ..

Sembang macam tuhan …

Selepas 2 minggu tagging , Tak beberapa lama hari selepas tu , Aku dijadualkan untuk oncall …

Perasaan seram memang tak dapat disangkal lagi , Bukan kerana kau takut dengan orang atasan , tapi kali ini , Kau bertanggung jawab dengan risiko nyawa hasil dari cara kerja kau ..

Itu yang paling menakutkan ..

Kalau bab Oncall ni ..

Oncall bermaksud bekerja “ atas panggilan “ .. Nama saja atas panggilan . untuk HO , Kau perlu tinggal di hospital … untuk memastikan kau sedia ada bila diperlukan ..

Waktu oncall bermula dari 5 petang . Contohnya pagi kau kerja macam biasa , dari 8 pagi hingga 5 petang . Bila kau oncall , bermakna detik 5 petang itulah permulaan oncall , dimana kawan kawan kau dah pulang kerumah … kau masih tinggal dihospital

Bermula dari 5 petang … tamat sehingga 8 am keesokkan paginya … Namun ! Kau tak boleh balik … Kau perlu sambung lagi kerja hingga 5 petang esoknya .

Tak kira lah , kalau malam tadi sibuk , Kau tak dapat tidur lansung … Yang penting kau tetap wajib kena sambung kerja …

Mata dah layu , otak dah fikir katil. kau lupakan sajalah …

Kenapa ? Memang dah tradisi oncall macam tu .. dari dulu , nenek moyang kau punya keturunan…

sebelum. oncall pun ada tradisi ..lain ..

tradisi … di mana HO semua akan lihat jadual Oncall MO , Dari situ kau akan tahu .. Kau bakal oncall dengan siapa … dan bagaimana nasib kau pada hari itu….

Ada juga yang cuba minta tukar ,
“ tolong lahhh , aku tak nak oncall dgn Dr wong tu , Tolong laaa tukar dengan aku …”

itu perkara biasa , Namun kami semua bagaikan dalam permainan “ survivor “ .. kau perlu pentingkan diri sendiri dahulu sebelum org lain .. untuk memastikan perjalan kau selamat …

Aku pun lihat jadual …

“ Aku oncall dengan siapa ni ..” bisik hati sambil membelek jadual ..

E … l… e… p… h… ** …T

Alamak ! Dah tau dengan siapa !

Aku bakal oncall dengan Dr Bob …

Apa lagi , Jadi monyet lah … bukan susah jadi monyet .. makan pisang je pun …

Pagi pagi aku dah sampai ..

sebelum Round pagi …

banyak yang aku perlu faham dan hafal ..

kau harus pergi ke setiap katil , Buka luka mereka … agar senang pakar nak lihat nanti …

selain itu , Kau kena pastikan arahan arahan semalam dan juga masa oncall kau dah laksanakan , yang penting kau perlu tahu … selok belok Jalan cerita yang sebenar ..

Kau jangan memandai tembak benda yang kau tak tahu . Jangan kau cuba hentam keromoh .. Kalau tak tahu , Mengaku saja tak tahu … Lepas tu pandai pandai lah kau tahan maki ..

Bukan susah pun kan ?

Dalam ward tu , Ada satu meja tengah , besar , Boleh duduk 6-8 orang , Disitu sajalah tempat kami HO yang ramai ramai ini untuk menulis selain diatas meja hujung katil pesakit ..

Macam biasa , Ada lah terselit juga berborak .. ada yang mintak tolong , ada yang kongsikan masalah , dan ada juga yang sembang hebat …

Kalau kau tak hebat , kau dengar saja lah , masuk telinga kiri , keluar telinga kanan …

Sedang aku duduk di meja tengah. … dikelilingi rakan Ho lain yang sedang menulis didalam fail .. Datang nya satu suara ..

“ Hari ni , Monkey mana yang oncall dengan aku !”

suara dari belakang ..

Aku dah boleh agak … Aku angkat tangan ..

Saya ! “ Balas aku …

“ Monyet … kau dah Tagging 2 minggu kan ? Pasti kan kau dah tahu semua . Jangan nak menyusahkan hidup aku … Faham ? Monkey monkey yang lain ni semua . korang faham ?!!!!! Ada yang kena extend jugak ni !

Aku perati je mamat ni , Nak kata ganas tak ganas langsung ,

Macam nangka pakai spek je pun …

Tapi bila dia sebut “ extend “… Aduh pasrah ..

Berbalik kepada plan stratergi aku .. Aku harus bersabar dan tabah…

Hari itu , Hari yang aku bakal Oncall dengan Dr Bob …

Seperti biasa ,
bukan susah jadi monyet ..
Kalau tak makan pisang ,
Panjat je lah pokok tu ….

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.