Houseman Part 2

HOUSEMAN
Part 2

Aku pusing dengan tenang , Kerana pada aku segala caci makian ni dah biasa , Tambah lagi dengan abah aku yang garang , Dari kecik makan tali pinggang .. Setakat monyet … apa lah sangat …

Belum lagi masa di Asrama dulu , Berbalas flying kick dalam surau dengan senior tu sudah biasa ..

Tapi , yang hairannya … yang kena monyet tu aku , Yang menggelabah lari lintang pukang kawan kawan houseman yang lain , Ada yang duduk atas meja menulis report pun terus bangun , tak tahu pergi mana , terpaksa berlakon sibuk.

Tiba tiba datangnya suara dari belakang ,

“ Yazeed kan ? First day eh ? …Aku Dr Zal ketua housemen sini….”

“ Aah , hari ni first day , aku nak buat apa eh ? “ aku tanya ..

“ takpe hari ni kau follow je ‘ ward rounds’ …kau join kubikel infection eh …” kata dr zal ..

Kalau dekat department orthopedik , ada banyak bahagian , Kubikel infection ( jangkitan luka , tulang , kencing manis ) , kubikel trauma / kemalangan , patah , kubikel pembedahan untuk pesakit sebelum bedah dan selepas bedah ..

Jadi aku ditempatkan di kubikel jangkitan , Kubikel paling mudah … walaupun sebenarnya susah .. tapi itu lah yang paling mudah untuk memulakan hari pertama sebagai doktor pelatih .

Aku pun ikut lah ward round . Ward round ni adalah lawatan kumpulan doktor yang terdiri dari ketua jabatan , pakar , pegawai perubatan , pelatih , sister , nurse dan ahli nutrisi , pegawai farmasi. Kumpulan yang ramai ….

Jadi kalau kau kena maki , Satu kumpulan tengok , pesakit pun tengok sekali , bayangkan lah …

Tugas kau sebagai housemen (HO) , untuk faham jalan cerita dan perkembangan pesakit setiap masa , kemudian pegawai perubatan ( MO ) akan periksa semula agar semua pelan rawatan kepada pesakit telah pun dibuat mengikut jadual . Selepas itu , Kau perlu ceritakan tentang pesakit kau dari A -Z masa lawatan pagi tu …

Seorang demi seorang HO sedang membentangkan perkembangan pesakit , Muka ketua jabatan memang tak senyum , Aku rasa dia mungkin sembelit . Pakar pula selalunya yang tanya kan soalan , Kalau kau tak boleh jawab , kau pandang lah muka senior kau (MO ) untuk bantu kau jawab…

Kadang kadang nasib tak baik , ( MO ) kau pun tak bantu , die belasah kau lagi adalah

“ How come you dont know ? i told you to settle yesterday what ? …. “
Kata Dr wong

“ hmmmm … hmmmm I … i already …” balas HO tu …

“ whatt ? what ? what ? you already what ???!! Useles ! “

“ You stupid or what ? you lazy or what ? “ kalau kau kira ‘ what ‘ tu .. tak tahu berapa jut kali …

Marah Mo depan semua orang .. termasuk pesakit yang hanya mampu tersengih …

Ada juga pesakit yang kasihankan kau …

Tapi !! Ada juga

Pesakit yang BATU API , Sengaja nak kena kan kau .. Komplen segalanya depan pakar …

“ Doktor pakar , semalam , HO ni lambat ambil darah saya , lepas tu Cucuk darah banyak kali …..sakit tau tak ! “

“ Ho ni semalam patutnya dah buat itu ini , tapi dia tak buat lagi , Tah apa tah Ho ni buat semalam …”

… maka kau akan terkebil kebil dekat situ … , Ada yang menggigil mencari simpati … Ada yang buat muka seposen .. Ada yang menunduk sambil ketap bibir … ada yang sepuluh kali cuba betulkan posisi spek mata .. Panik punya pasal

“ kalau macam ni , susah la nak LEPAS jabatan ni , Kau nak kena extend ke ? “ datang lagi suaru dari satu MO yang lain …

untuk pengetahuan semua ,

Masa housemen , kau perlu masuk ke semua jabatan yang penting .. 6 jabatan .
Jabatan Perubatan , Bedah , Orthopedik , Kanak Kanak , Obstetrik& Ginekologi dan terakhir Jabatan Kecemasan atau Jabatan Anaestetik ( Bius )

6 jabatan ni kau wajib lepas exam !
setiap jabatan , tempoh 4 bulan setiap jabatan ,

Sebab itulah , Tempoh untuk Housemanship mengambil masa 2 tahun sebelum kau dapat jadi senior iaitu Medical Officer ( MO ) …

Dan dalam tempoh masa 4 bulan ni , Kau akan diperhatikan , Bagaikan ada CCTV atas kepala kau , bukan sahaja cara kau bekerja , malah semunya !

Cara kau bercakap , cara kau berpakaian , Cara kau bersosial … senang cerita dari A-Z . Dia punya gossip pun lagi dasyat …Makcik bawang pun boleh meninggal …

“ kau tau tak , aku dengar cerita HO baru ni , masa dekat jabatan lain dia ni “ Attitude “ skit ( perangai kurang baik “

“ Kau tau , Budak HO baru tu kentut busuk , masalah betul “

“ aku dengar cerita HO baru tu , dekat jabatan sebelum ni selalu MC. tak datang kerja “

“ tak silap aku , Budak HO ni lah yang famous ni , Selalu hilang … tak buat kerja , “

“ Alamak HO ni nak masuk jabatan kita ke ? Aku dengar mulut dia busuk , Masa ward round semua org tutup mulut “

“ eh ! ni lah HO yang kurang ajar tu , Dekat jabatan lain kau selamat , dekat sini siap kau !”

Macam macam gossip yang kau akan dengar …

Sebelum kau masuk jabatan lain , Kabar angin tu dah sampai .. Walaupun kau dikhabar kan untuk pindah ke jabatan lain lagi sebulan … cerita tu 3 bulan awal dah sampai … sampai sekarang masih menjadi tanda tanya .

Dan setiap jabatan akan ada exam ! Peperiksaan , Kau kena jawab semua soalan dari tahap ketua jabatan , pakar , dan Mo , Diorang akan tanya semua soalan yang kau dah belajar dekat jabatan tu .

Kalau kau HO yang Cantik , Berperwatakan Manja , Seksi ,serta menggiurkan .. Pastinya kau akan dapat soalan mudah . Kadang kadang tak ada kaitan dengan jabatan .

“ Ayam dulu ke , atau telur dulu ? “

“ 1 + 1 berapa ? “ kau jawab 3 pun takpa .

Kau pasti lepas …

Kalau Kau tak cantik , muka kusam , Hitam , gemok pendek , Taik lalat antara dua mata , lepas tu perangai pun tak semenggah …

Kau akan dapat soalan yang paling susah dalam dunia … Maka kau harus bertabah .. Kuatkan iman dan mental …

Tapi , Kau jangan cepat bangga kalau kau boleh jawab soalan kalau perangai kau ada masalah .

Selalu kita akan label kan sebagai
“ Attitude “ …

Kalau kau jenis melawan , Malas , Berkira , ponteng kerja , Kentut busuk , Badan gemok ketiak berpeluh kepam atau Nafas berbau , Gigi jongang , Hitam kurus kering , Pendek ketot ..Secara tak lansung.. Kau pasti nya akan teegolong dalam golongan yang berisiko tinggi dan dilabelkan sebagai orang yang ber “ Attitude “ .Ianya lebih penting dari jawab soalan .

Kalau kau tak pandai , Kau jangan hentam , Kau mengaku je kau tak tahu , Lepas tu kau tahan je maki . Itu saja resepi nak lepas HO . Kau jangan melawan , jangan menjawab . Itu namanya Langgar Pantang . Patang mak nenek moyang mereka kalau ada Attitude ( perangai ) macam ni .

Kerana apa ? Kerena meraka ada kuasa , Kuasa yang boleh menjatuhkan kau dari mana mana sudut dan segi …

Kalau kau kena “ extend “ maknanya , sama ada kau ni bermasalah , atau tak boleh jawab exam , Atau kedua dua nya sekali di bawah kanun keseksaan .

. Maka kau akan didenda , kau perlu “ extend “ tempoh percubaan kau akan ditambah lagi … orang lain 4 bulan dah tukar jabatan lain , Kau pula ditambah 1-3 bulan lagi … mengikut budi bicara dan jenis kesalahan kau . Maka kau akan mereput di jabatan itu selama 7 bulan , Lambat lah kau nak naik pangkat jadi MO.

Itu bermakna , Kau telah melanjutkan lagi seksaan dalam dunia HO.

Perkataan “ Extend” ni lah .. yang paling keramat , Paling seram , yang semua orang tak sanggup … Kalau kau kena “ extend “ bukan satu jabatan tahu … Nama kau akan disebut2 dalam satu hospital .. tapi bukan satu hospital , Semua hospital dalam negeri … Contoh aku di Johor , Seluruh pelusuk hospital johor akan tahu …

Nanti … bukan itu saja , bukan setakat johor … Secara perlahan berita itu , ianya memang saka yang boleh terbang sendiri .. Dan akhirnya .. seluruh pelusuk Malaysia akan kenal kau … . Klinik desa dekat Labuan pun boleh tahu …
Destinasi Akhir .. kalau kau tak cerita pun, Mak bapak kau akan automatik tahu .
Itu lah kuasa mulut bila kau dilabelkan sebagai “ extend” memang puaka .

Sebab apa , sebab kawan kawan kau dari universiti yang sama dah bercampur dengan kawan kawan Ho dari universiti berlainan … Maka saka “ extend “ akan terbang dengan sendirinya ..

“ Kau kenal tak Si Zali tu .. ? alah budak dari UK tu … aku dengar dia posting dekat Hospital johor bahru .. Sedih beb , dia kena “ extendddddd!” “ maka terbeliak lah semua dalam masa yang sama .. jari jemari menaip cerita hantar mesej dalam wassap ..

“ Eh aku dengar Zali kena extend .., Betul ke ? “ message sent .

Maka berantai lah saka extend tadi ..

Faham kan ?

Jadi bila dengar je perkataan “ Extend “

Masa tu baru lah perasaan gerun tu datang … berpeluh jugak , Takkan aku nak Famous ( Terkenal) satu Malaysia ni .. Ketiak berpeluh dah berkicap , telan air liur… Sarapan pun tak sempat lagi …

Dari satu makian ke satu makian , berpindah dari katil ke katil ..

Bagaikan neraka dunia , walaupun sekejap … Rasa macam bertahun tahun tersiksa …

“ cepat lah habis “ ! bisik hati setiap HO yang ada …

Dalam kesibukkan itu … tiba tiba

“ Kau siapa ? Apa kau buat sini ?” datangnya satu suara dari MO yang belum lagi kenal aku ..

“ Maaf bos , Saya houseman baru , Hari ni hari pertama “ balas aku ..

“ HOI , kau HO baru , Kau tak reti kenalkan diri ke ??!!! , Kau ingat kau siapa semua orang nak kenal kau !Monkey !” jerit Mo tadi setepek dekat muka aku …

MO yang macam aku perasan …
MO yang bercekak pinggang tadi … Yang bersaiz separuh gajah itu … DR Bob.

Semua orang yang ada disitu , Memandang ke arah aku , Dari ketua jabatan sampai lah ke pesakit ..

Pesakit tu pun turut terbeliak menunggu aku untuk perkenalkan diri .. Macam dia pula terlibat skali dalam kumpulan tu ..

“ Im Yazeed , today my first day , Grad from Crimea , i will incharge infection cubicle from now on “ balas aku ..

Bila aku sebut je Crimea … Mata masing masing jadi tajam … memandang ke arah aku … Ketua jabatan yang tadi berdiri tegak , Toleh pandang ke arah aku .. MO lain ada yang dah mula senyum senyum .. Pakar pula ada yang dah mula menunjukkan riaksi mengeluh … Memicit kepala …

Macam lah aku ni Alien …

Seperti mana yang aku cerita dalam
part 1 , Kerana Nila setitik , rosak susu sebelanga… Kerana satu orang yang bermasalah , Rakan yang lain terpaksa memikul beban yang sama … Menerima keraguan di sebab kan grad dari Crimea .

“ becareful ! Jaga jaga … HO yang grad dari Crimea ada yang dah kena EXTEND ! Make sure you perform ! “ tiba tiba suara yang datang dari DR Bob …

Aku perati je Dr BoB ni .. Kecil besar kecil besar je …

Hati dah mula Panas …Kalau ikut baran , memang binasa …

Tapi nak hidup harus bijak , Kau kena banyak sabar , Kalau kau masuk kandang kambing … kau mengembek dulu ..Kalau kau masuk kandang babi kau kena belajar berguling …

Satu hari pasti akan tiba .. Hari Kau !

Namun …

Belum apa apa lagi ….

Kini …. Pada Hari pertama yang dijangkakan indah ….

Aku sudah pun meletakkan diri aku dalam posisi yang berisiko tinggi ..

Aku mungkin bakal menempah nama dalam golongan yang akan di …

“ Extend “ …….

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.