Houseman Part 17

“ You free tak ?” Tanya Nelly dalam mesej

“ Hish , Biar betul , Tiba tiba dia carik aku ni …. Angin dah baik ke ?” Bisik hati

Aku masih terkedu , Aku tak balas pertanyaan nelly …

Sengaja aku diam kan ..

Kes en rizal lagi , Macam macam hal !

Tak sangka kan ? Tuhan dah uji kaki sampai patah dua pun , Masih lagi nak berzina dalam hospital …

Betul cakap bapak aku , Bila aku dah mula kerja dalam aliran servis ni , Macam macam perangai aku akan jumpa .. Tambahan lagi servis manusia … Lagi lah pening kepala …

Sejak dari kes en rizal , Aku dah mula belajar , Yang pesakit ni semua ramai yang suka menipu . Kalau apa kau tanya , Mungkin 70% sahaja betul . Yang lain semuanya helah belaka .

Perkara yang paling susah adalah bab pertama dalam sesebuah diagnosi iaitu History Taking . ( Sejarah lampau ) Bab ni nampak remeh , Tapi jika kau dapat fakta yang tepat … Impaknya sangat kuat …

Antara beberapa perkara yang pesakit akan tipu kau …

1. Saya tak merokok , Kalau merokok pun sekali sekala . Padahal kau tak tau , dia punya agresif , Sampai Rokok tu pun dia makan dengan nasi .

2. Saya makan ubat , Tak tinggal , Tak pernah tinggal !!! Antibiotik habis !!!

3. Saya masih bujang .Saya tak pernah lakukan hubungan seks . Saya tak ambil dadah , Saya tak pernah tranfusi darah . Habis tu kenapa tiba tiba saya ada HIV ? ( Boleh gila kalau aku nak jawab )

4. Saya jaga makan , Saya makan makanan yang sihat saja . ( Habis tu pagi tadi aku nampak kau belasah nasi lemak bawah pokok tu hapa ?”

Banyak lagi ,yang mereka cuba palsukan … Tapi kau doktor .. Kau mesti boleh agak .. Sama ada fakta itu benar atau tidak . Kenapa ?

Kerana , Mulut boleh berbohong , Tapi satu kelemahan mereka tak tahu , Keputusan Ujian Darah , Sampel Urin , Stool dan Biopsy … Takkan pernah menipu ..

Jadi , Jangan cuba pertikaikan mereka , Biar keputusan berbicara . Biar mereka ni tipu kau hidup hidup … Biar kita nampak macam bodoh . Tips dia , Kau layankan saja …

Isu disini , bukan kita nak cari salah siapa , Tapi isu disini untuk kita cari apa masalah penyakit mereka , Dan apa jenis rawatan yang sesuai pada mereka ,

Adakah pesakit akan “ compliance “? …

Persoalan ini penting !

Contoh kalau rawatan elak kehamilan , Yang mana pesakit sesuai ? Makan pil setiap hari ? Atau intramuscular injection setiap 3 bulan .. ? lihat karakter mereka , apa pekerjaan mereka … Sedikit sebanyak akan bantu kau untuk pilih rawatan yang sesuai untuk pesakit …

Fuh! Aku harap , aku tak jumpa lagi kes macam EN rizal , Aku bersyukur … Aku telah dipindahkan dari team trauma , ke team infection ….

Lepas ni , Tak payah hadap lagi muka en rizal tu … Bengang pulak aku memikirkan tentang dia ….

“ Arif , Aku nak inform ni , Mulai hari ni .. Aku join team infection … “ Balas Aku pada ketua houseman …

“ Ok ok , Nanti kau pergi jumpa , Lim , Andy , Lana dan suresh … Dorang lah incharge infection team … Nanti dorang akan bahagikan patient untuk kau ..” Balas Dr Arif

“ Ok ok , Thanks arif … Nanti aku pergi cari dorang dekat ward ..” Balas Aku …

… Hari ni hari pertama aku join team infection … Team infection ni sebenarnya .. Adalah salah satu team khas untuk rawatan jangkitan luka .. yang disebabkan oleh kencing manis , post trauma atau pun post surgery …..

Apa yang membuatkan team ni , Kurang popular , Sebab Bau !!! Pernah bau Nanah pada kaki kencing manis ? Pernah bau ulat ulat pada kaki kencing manis ?

Siapa yang tak pernah , Aku sarankan korang pergi ambil bau … Baru lah kau tau , Macam mana aku dan para doktor yang lain , Serta Misi bekerja setiap hari menghadap Bau Nanah tu …

Ya rabbi ! Dia punya bau tungkik , Tambah lagi bau pekong … Boleh jadi perfume … Bawa balik sampai ke rumah … Sumpah tak tipu …

Dari jauh aku dah nampak kelibat suresh dan lana yang sedang duduk di hujung kaki katil pesakit …

Seorang pesakit lelaki , Berumur lewat 60 an , Sedang terbaring … Santai ….

Manakal Dr suresh dan lana sedang melakukan proses “ Wound Debridement “ … Proses membuang kulit mati yang dah berjangkit …

Kalau wound debridement ni aku buat untuk pesakit normal … Tanpa kencing Manis … dorang mesti dah menjerit …

Tapi untuk pesakit DFU ( Diabetic Foot Ulcer ) Ni …. Aku masa tu boleh kata batak juga …

Pakcik tu rilek je , baring sambil baca surat khabar ….

Aku memandang ke arah Dr Suresh …sambil tercengang sambil raut wajah aku yang memberi reaksi ngilu pada setiap kali hirisan kulit mati yang Dr Lana sedang lakukan …

“ Kau tercegat apa tu bro ..” Tegur Dr Suresh

“ Ngilu bro …” balas aku dengan raut wajah yang masih berkerut …

“ Haha , Welcome to infection team ..” Balas Dr Lana

“ Kau baru posting sini eh ?” Tanya Dr Lana

“ Yup … first day ..” Balas aku

“ Okay , Takpe kita semua dah round patient dekat sini , Nanti Masa Round … Biar kita je present , Kau follow je round ok ?” Balas Dr Suresh …

Kagum aku dengan kredibiliti dr suresh .. Tak berkira lansung … Sempoi !!!

“ Ok bro , Roger ..” Balas Aku

..

“ ok zeed , Cuma aku nak mintak tolong kau ambil darah patient hujung katil 10 dan 8 .. Just ambil FBC lepas tu trace Blood c&s Result …boleh tak ? tanya Dr Lana

“ Eh , Boleh .. Takde hal ….” balas aku sambil tersenyum ….

“ Zeed” Panggil lana…

“ yup ?!” Aku terus menoleh

“ Hari ni kau cover emergency skali , Kalau ada Kes DFU , Kau “ Clerk “ Lah new case ok ?” Balas Dr Lana lagi

“ Hmmm … Ok …” Balas aku

“ hmmm … mentang mentang aku baru join .. Macam macam depa punya demand ni … Takpe .. Layan kan je ..” Bisik hati …

“ Biar senyap dulu , Jangan cepat mengaum …!” Bisik hati memujuk diri sendiri …

Ward infection … Bukan semua orang boleh tahan …

Patut lah ramai yang cepat cepat nak habiskan ..

Tapi untuk aku , Aku rasa biasa je ..

Cuma kena tahan bau saja lah …

Petang tu seperti biasa aku sedang “ Clerk “ Pesakit baru …

“ Pak Man , Dari mana ni ?” Tanya aku

“ Pak man dari Masai doktor .. “ Balas Pesakit baru itu

“ Saya buka bungkusan luka ni ok .. Saya periksa dulu ..” Balas aku

Pak Man mengangguk …

Aku pun buka bungkusan kain yang membalut luka itu perlahan lahan …

Aku tercengang ….

“ Pak Man Sakit tak ?” Tanya aku sambil aku memegang luka itu dihujung jari ..

Pak Man menggelengkan kepalanya …

Sehelai demi sehelai aku buka dibahagian bawah …

“ Ya allah … “ Bisik hati …

Hujung kakinya semua hitam .. Setiap jari jemari dah mula kering , bagai Hanya tinggal rangkaan tulang yang terbakar hangus…

Buku lali di selaputi kulit rosak yang dah mula di mamah ke isinya .. Lapisan nanah berwarna krim tebal menyeluputi luka itu …

“ Pak Man .. Saya kena cuci luka ni .. Kalau sakit .. Kasi tau lah ya ..” Balas Aku

Aku mula menggapai segala alatan di atas troli … Aku mula kan cucian ..

Perlahan aku cungkilkan keluar segala kulit yang mati itu

Sehinggalah aku mula mengikis lapisan nanah tebal tadi …

“ Ya rabbi !!!” Bisik hati

Bauan yang amat memedihkan ..

Itulah kali pertama aku bau bauan diabetic foot ulcer yang dah makin usang ..

Tak tercapai dek akal untuk aku gambar kan bauan itu

Kepingan nanah tadi berjaya aku alihkan ..

Namun , Lebih menyedihkan .. Apa bila sekumpulan Ulat yang mula merangkak keluar …. dari lorongan luka itu …

“ Allahuakbar …” Bisik hati

“ Tak ada siapa jaga ke pak man ni ..” Bisik hati lagi

Melihatkan keadaan pak man , Hati aku mula tersentuh …

Kalau Lah Pak Man ni ayah aku , Aku tak sanggup biarkan ayah aku sebegini rupa …

“ Pak man .. Teruk sangat luka ni … Nadi pun tak ada dekat kaki ni ..” Balas aku

Pak man hanya tersenyum …

“ Siapa jaga pakman di rumah ? “ Tanya aku

“ Orang rumah je doktor … Kami tinggal berdua je ..” Balas Pak Man

“Anak pak man di mana ?” Tanya aku

“ Anak Pak Man dekat Kuala lumpur , dua orang … semua dekat sana ..” Balas Pak Man

“ Dah berapa lama ni Pak Man ?” Tanya aku lagi

“ Dah 6 bulan doktor , Dulu sikit je , Dekat celah jari je luka .. lama lama dah naik sampai buku lali ni ..” Balas Pak Man

“ Anak pak man ada datang jenguk ?” Tanya aku

Pak Man terdiam , Hanya memandang ke bawah .. Sambil membelek surat khabar .. Sengaja buat tak dengar …

“ Hmmm … Selalu orang rumah ya basuh ?” Tanya aku lah

“ Aah la , Mak Esah yang selalu cuci luka pak man ni ..” Balas Aku

“ Ni nampak gayanya , Macam tak basuh selalu ..” Balas aku

“ Hmmm …” Pak man tersenyum lagi

“ Iya lah doktor , Mak esah pun dah tua tak larat sangat , Jual kuih pagi sampai ke petang …. Itu saja lah rezeki kami .. Mana sempat sangat nak cuci luka .. Kadang2 3 hari sekali … “ Balas Pak Man

“ Hmmm … Mak esah masih kerja lagi ?” Tanya aku

“ iya , Mak esah lah buat kuih , Makan hari hari , Dari duit kuih tu la ..” Balas Pak Man

“ Anak anak ? “ Tanya aku

Pak Man hanya terdiam

Aku dapat mengagak sebenarnya dari reaksi pakman tadi ..

“ Pak man .. “ tegur aku

“ Hmmm , Kalau ikut kan dah 4 kali pak man masuk wad sebab badan demam ni ..” Balas Aku

“ Iya doktor .. Sekejap ok .. Sekejap nanti demam lagi ..” Balas Pak Man

“ Darah putih tinggi dah ni , Mencanak naik , Maknanya jangkitan kuman tinggi , Dah merebak seluruh badan ni Pak Man .. Nama lain dia Sepsis .. Sepsis ni bahaya , Kalau dah terlampau banyak kuman yang berkeliaran dalam badan , Boleh menyebabkan kematian sekelip mata ..” Balas Aku

“ Macam mana boleh satu badan ? Kan dekat kaki je tu ?” Tanya Pak Man lagi

“ Iya lah , Kuman ni semua bermula dari kaki lah , Kaki dah mula rosak , Dah jadi tempat duduk kuman , Kulit mati tu semua makanan mereka , Dari kaki ni lah yang dah bela banyak kuman , Macam macam kuman hinggap di sini , Dan melalui salur darah kaki ni lah kuman ni masuk merebak ke seluruh badan … Bahaya ni pak man ..” Balas Aku lagi

Pak Man hanya mengangguk

“ Jadi apa cadangan doktor ..” Balas Pak Man

“ Hmmmm ..” Aku mula rasa serba salah untuk beritahu kebenaran yang Pak Man perlu tahu

“ Sebelum ni , Doktor lain cakap apa?” Tanya Aku

“ sebelum ni pakai ubat hospital , doktor cuba rawat dengan antibiotik … “ Balas Pak Man

“ Tapi , Tak berkesan ?” Tanya aku lagi

Pak Man mengangguk lagi

“ Lepas tu , Kenapa ada follow up tak datang ni ?” Dah sebulan lebih tak datang ni pak man ..” Tanya aku

“ Pak man .. pak Man cuba cara kampung …” Balas Pak Man

“ Cara kampung ? Macam mana rawatan tu ?” Tanya aku

“ Hmmm tempat yang saya pergi tu , Dia rendam air dengan campuran minyak gamat dan herba lain …” Balas Pak Man

“ Ya rabbi … Patut lah antibiotik pun tak jalan , Rendam campuran minyak gamat rupanya … Kan kotor tu … serbuk kayu semua ada kan ?” Tanya aku

Pak Man mengangguk lagi ..

“ Aduhai …. Kenapa lah ada rawatan alternatif yang macam ni … Bukan nak membantu .. Lagi nak menjahanamkan ada lah ..” Bisik hati

“ Berapa bayaran tu Pak Man ?” Tanya aku

“ Katanya campuran 7 jenis minyak dan herba .. Dalam Rm 800 doktor ..” Balas Pak Man

“ Fuhhhh …” Aku menghembus nafas dalam …

“ Rm 800!!!? Dah lah mahal ! Kalau sembuh tak apa , Ini , Kaki dah jadi makin teruk lagi !!!!” Balas aku mula rasa geram

“ Hmmmm … Tak apa lah doktor , Kita dah ikhtiar , Nak buat macam mana .. Redha saja lah , Pak Man berserah ..” Balas Pak Man

Jantung aku mula berdegup kencang kemarahan …

“ Celaka betul ! Dah lau kau caj orang tua yang tak seberapa mampu ni sampai rm 800 , Dengan rawatan bodoh kau tu … Sekarang ni , Orang lain yang tanggung siksa … Doktor hospital pulak yang kena bersusah payah nak rawat semula !!” Bentak hati sendirian

“ Tapi itu bukan Ikhtiar nama dia Pak Man , Itu menempah bahaya …Namanya ..” Balas aku

Namun , Aku tidak salahkan 100% pada Pak Man , Kerana , Faktor Masyarakat .. Sudah biasa dikalangan masyarakat kita yang percaya dengan rawatan cara kampung , Dan Mula mempengaruhi orang lain dengan rawatan yang mengarut , Serta memudaratkan …

Even , Ahli keluarga aku sendiri ada yang lebih percaya rawatan kampung

Bukan lah aku nak katakan rawatan kampung itu tidak boleh dipercaya , Tapi kita harus bijak memilih rawatan yang sesuai …

Tapi kalau dah rendam luka dalam minyak gamat tu ? Haih .. Aku pasrah ..

“ Maaf pak man .. Demam pun tinggi cecah 39 ni … Bahaya ni pak man , Tekanan darah pun dah mula turun .. Hypotension … Kita .. Kita .. Kena potong kaki ni ..” Balas Aku

“ Hmmm … Tak ada cara lain ke doktor ?” Tanya pak man mula tercengang …

Aku gelengkan kepala

“ Kita kena buang punca tempat duduk kuman ni pak man … Kaki ni lah punca keluar masuk kuman selama ni ..” Balas Aku

Pakman termenung seketika ..

Kedua Matanya mula merah ….

Perlahan mengalir air mata , Menuruni celahan Pipi ..

“ Boleh ya Pak Man ? Untuk keselamatan pak man … “ Pujuk aku

“ Hmmm … Doktor tanya anak saya dulu boleh ?” Tanya Pak Man

“ oh , Boleh … Tapi kenapa kena tanya dia ?” Tanya aku semula

“ Hmm takpe lah doktor , Sekurang kurangnya anak saya tahu … Doktor cuba dial nombor ni ..” Balas Pak Man ..

“ Ok lah , Baik saya call dia sekarang ..” Balas Aku

“ Tett…” Aku sedang menunggu ditalian

“ Hello ..” Balas Anak Pakman

“ Hello , Salam .. Saya Dr Yazeed ni , Doktor yang jaga Bapak Encik .. Rahman ..” Balas Aku

“ Wsalam , Hah .. Kenapa lagi bapak aku tu ..?” Balas Anak Pak Man

“ Sebelum tu boleh saya tahu nama encik ..” Tanya aku

“ Panggil aku Hafiz je ..” Balas Hafiz

“ Sebenarnya , Keadaan Pak Man , Tak bagus .. Kaki dia makin teruk , Kena potong ni … Jangkitan dia dah mula merebak ke satu badan … Jadi pak man mintak saya tanya kebenaran encik ..” Balas Aku

“ Hah ?!! Potong !!!??? Eh korang ni orang hospital memang suka potong kaki tangan orang ke ? Korang takde kerja lain ke. ? Sedap sedap nak potong kaki tangan orang … Cuba lah rawat dulu ..!” Jerit Hafiz tiba tiba

Aku mula tercengang dengan tomahan itu .. Perasaan berang mula naik ke kepala …

Aku tak sangka , Anak Pak Man akan mengeluarkan kata kata itu …

“ Eh !!! Celaka sial mamat ni .. Babi bodoh betul ! Aku dah terangkan pun tak paham lagi ke !!!!!” Aku mencarut sendirian ..

Sambil aku memujuk hati untuk bertenang

Aku menghembuskan nafas yang panjang berkali kali ….

Aku kekalkan tona suara yang professional ..

“ Maaf encik , Bukan begitu maksud saya suka suka nak potong kaki tangan semua tu , Kita dah cuba rawat , Tapi Pak Man tak datang follow up , Pergi rawatan kampung .. Jadi Makin teruk .. So kaki ni dah mati .. Tak dapat nak diselamatkan lagi .. Kita kena buang untuk kawal jangkitan …” Balas Aku perlahan , Tenang dan lembut secara professional

“ Sudah lah ! Alasan ! Kau orang tu semua yang tak pandai nak rawat ! Lepas tu nak tuduh Rawatan Kampung pulak tak bagus ! Hey ! Kalau rawatan hospital bagus sangat .. Dah lama lah luka tu baik … Luka kecik je kan dulu , Apa hospital buat ? Sampai jadi besar .. Lepas tu kau nak potong kaki pulak ?” Tanya en Hafiz lagi kali ini memekik dengan lebih kuat …

“ eyyy … Mamat ni kalau ada depan mata aku ni , Memang aku dah beduk mamat ni sedas dua … “ bentak hati …

Aku makin bengang ..

Panas sepanas panas nya ..

“ Hmmm jadi sekarang encik nak benarkan atau tidak ..” Tanya aku lagi

“ Tak payah potong ! Aku tak benarkan !!! “ Balas En Hafiz

“ Errr .. Tapi bahaya ! Jangkitan ni dah merebak seluruh badan , Pak Man pun dah demam tinggi , Dalam darah pun kuman banyak ! Bahaya ni !” Jerit aku mula hilang sabar

“ Hoi ! Tu Bapak kau ke bapak aku ??! “ Jerit En Hafiz lagi

Aku terdiam

“ Kau jangan menyebok ! Itu bapak aku , Aku yang berhak buat pilihan yang terbaik untuk dia … Aku taknak kaki dia dipotong !!! Kalau kau potong juga , Aku akan saman hospital !!! Bodoh punya doktor , Susah sangat ke kau nak faham !!” Tengkin en Hafiz lebih kuat

Panggilan itu diputuskan …

Aku terus meninggalkan Pak Man bersendirian

Aku terus berlari ke belakang tangga …

Sambil menggigil kedua belah tangan tangan …

Jantung berdegup lebih kencang

Aku mula berpeluh kebasahan

Hari itu , Merupakan hari yang betul betul mencabar tahap kesabaran aku … Aku tahu aku masih mentah … Tapi aku tak sangka …. Aku akan melalui situasi inj pada hari itu

“ Pu***ak !!! punya anak !!!! Siall !!! Bab* !!!!” Aku menjerit sekuat hati

“ Woi !!! “ Satu sapaan yang datang secara tiba tiba .

Aku terkedu …

“ Woi !!! Kau dah gila ke mencarut sorang sorang belakang tangga ni ….?!!!!!! Jerit Dr Bob .. sambil diiringi oleh Dr Nelly Dari belakang dengan jelingan yang jengkel….sedang menaiki tangga kearah aku …..

Arghhh !!!! Satu lagi bala …. bentak hati….

” you ni dah kenapa?’ bisik nelly perlahan…

Advertisements

2 comments

  1. BILA NK SAMBUNG.. MOHON DOC COSENTRATE CERITA NI JE LAH.. CERITA LAIN TULIS BILA CERITA NI DAH ABES.. PLEASEEE DOC YG HENSEM…

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.