Houseman Part 16

Houseman
Part 16

“ Ahhh ! Sudah … Aku pening benda lain … Masalah lain pulak yang masuk ! Tapi apa masalah en rizal ni ..” Bentak hati

“ Hmmm … Pergi lah tengok sendiri … bukan ada apa pun … hari tu saya sendiri tengok tak ada apa ..” Balas aku

“ Ala doktor ni … Seram laa..” Balas Misi

“ Eh , Houseman oncall lain kan ada … Panggil la dorang ..” Balas aku

“ Yelah yelah.. Saja je kita nak kasi tau ..” Balas misi lagi

“ Hmmm … Merangkak … Pelik jugak .. Hari tu aku pergi tengok sendiri tak ada apa … dan .. Misi yang selalu telefon aku tentang benda yang merangkak pada en rizal pun misi yang sama ….

“ Hmm mungkin misi ni yang berhalusinasi ?” Bisik hati lagi

“ Ahhh .. Sudah .. Sekarang… Nelly ni keluar dengan siapa! Tapi aku macam kenal mamat tu ….” bisik hati sambil terkebil kebil mata melihatkan kipas siling yang berpusing

“ Hah !!!! Aku dah ingat !!! Dr Yusuf !!!! Medical Officer tu !!!!” aku terus menjerit

Mata aku terbeliak semula …
Segar seperti sedia kala

“ Tak boleh jadi ni , Haritu aku dah cakap dekat Dr yusuf , Kalau ada apa apa pasal kereta nelly tu .. Call aku ! Bukan call nelly !” bebel aku sendiri

Malam tu ..
Tanpa berfikir panjang ..

Aku terus mesej Nelly

“ Macam mana u boleh keluar dengan Dr Yusuf “ … Message Sent …

Berdebar hati menunggu jawapan dari Nelly …

1:00 pagi…
Mata aku masih terkebil kebil tak mampu lelap …

3:00 pagi …
Aku sedang duduk ditepi katil menantikan jawapan dari Nelly

Gila ke apa ni ?
Tak boleh tidur lansung

Pastinya nelly sedang dibuai mimpi ..
aku yang beriya iya tunggu mesej tu kenapa. ?

Tak faham ! I dont get it.
What is this !!!!

Dah puas aku bergolek .. Ke sana kemari..
Sekejap memikirkan tentang nelly
Sekejap tentang en Rizal

“ Arghhh !!! Tak boleh tidur !!!” Jerit aku sekuat hati

Jam 5 Pagi ..
Aku masih lagi terbaring .. Menepuk dada..
“ Mati laaa!!! Dah pukul
5 pagi tak lelap lagi … Macam mana nak kerja esok …?” sambil aku berjalan mundar mandir …

Namun dalam kegelapan itu .. Mata aku terpaku pada sebuah buku diatas meja.

“ Houseman Log Book “

Houseman log book ni sebenarnya bertujuan untuk merekod segala prosedur yang wajib kau lakukan atau Observe “ Lihat”…

Aku pun belek buku log book aku..

Ya allah ! Banyak nya kosong .. Tak terisi ..
Apa aku buat selama ni !!!
Macam mana nak lepas exam ni !!!!

Arghhh !!!
2 masalah.. Kini sudah menjadi 3 masalah.
Dan aku lah punca semua masalah tu …

“ Minggu ni kena masuk banyak Ot ni , Tak cukup buku log book ni …” Bisik hati

sedar tak sedar ..
sudah 2 bulan aku di jabatan ini
Lagi 2 bulan nak exam ..
Kalau gagal exam ni , Kena extend lagi 2-3 bulan di jabatan yang sama
Satu hospital akan tahu cerita ni ..

semua orang akan kenal ..

“ Tu lah houseman yang kena extend tu !”
oh Noo !!! Hell no!!!

Boring nya ..! Tak tahu nak buat apa ..
Tak boleh tidur..

“ Ahhhh ! Pergi hospital lah … Datang awal sikit , Biar nampak macam rajin ..” Bisik hati

“ Ting!!” Idea diterima ..
“ good choice yazeed ! Tapi jangan lupa subuh dulu ..” Balas Minda aku

Setelah siap semuanya ..
Aku turun ke bawah .. Aku memandu ke hospital …

Jam masih seawal 6 pagi ..

Aku tiba diward …

Sempat lagi aku selfie dan hantar ke dalam group whatsapp houseman

Saja nak tunjuk yang aku datang awal …

“ tet!!”… satu bunyi notifikasi whatsapp berbunyi

“ eleh … Baru first time datang awal nak eksyen ..” … Balas Dr Maslan

“ Dejei punya lan … Tak supportive lansung ..” Balas aku

Perlahan aku berjalan menuruti lorong itu …

Entah kenapa …
Nun jauh dari hujung sudut sana ..
Mata aku terpaut …Pada…
Satu bayang bayang yang sedang mundar mandir dari bilik en rizal …

Aku hentikan perjalanan ku seketika..
Aku menyorok dibalik dinding

Aku tekun mengintai …
Sambil aku perhatikan sekeliling ..

Tiada seorang misi pun di kubikel ni ..
Mungkin mereka sedang solat subuh…

Dari situ lah ..
Aku melihatkan .. Bayang bayang tadi keluar dari bilik En Rizal ..

Kepalanya dililit kain hitam …
Terus berjalan keluar …

Mengikuti lorong yang lain
Dari belakang aku cuba mengekori kelibat itu …

Kalau nak dikatakan dari paras susuk tubuh ..
Nampaknya seperti seorang gadis …

“ Cikk !!!” Aku menyahut

Wanita itu mula berjalan dengan lebih laju
Kini langkahnya lebih besar …

Dari belakang Aku mengekori dengan rentak langkah yang sama …

Sehinggalah kami tiba di tangga ..
Aku terus berlari , Menerpa wanita itu

“ Cik ! Tunggu sekejap ! “ Balas aku

Wanita itu terdiam , Pegun berdiri …

Aku terus berlari kearahnya ..

Wanita itu menoleh

“ Ye ? Kenapa ?” Tanya wanita itu

“ Maaf , Saya panggil awak dari tadi , Kenapa awak tak sahut ?” Tanya aku lagi

Wanita itu terdiam ..

“ Cik ni siapa kepada en rizal ?” Tanya aku

Wanita itu masih lagi terdiam …

“ Cik isteri en rizal ke ?” Tanya aku lagi

Wanita tadi kekal berdiam diri

“ Kalau bukan isteri … Cik ni siapa kepada en rizal ?” Tanya aku lagi mula kurang sabar

“ Saya cuma kawannya..” Balas Wanita itu

Tapi , Dari lenggok bahasanya ..
Seakan akan Lenggok bahasa indonesia .

“ Hmmm , Kalau kawan … Kenapa kamu bermalam di ward ?” Tanya aku

Sekali lagi , Wanita itu terdiam
Aku dah mula menyangkal sesuatu yang tak kena..

“ Kalau macam tu , Saya akan panggil pengawal sekuriti untuk menyiasat , Jika cik bukan ahli keluarga. Dan tiada sebab kenapa cik bermalam di hospital , Cik akan dikira menceroboh ..” aku mula menggertak

Wanita itu mula mendongakkan kepalanya … Memandang ke arah aku

Dari paras rupanya … Agak muda …

“ Cik orang indonesia kan ? “ Tanya aku lagi

Wanita itu mengangguk …

“ Kalau cik taknak saya panggil sekuriti , Cik kasi tahu saya dulu .. Kenapa bermalam di sini ..” Tanya aku

“ Hmm … En Rizal itu, Kekasih saya … …” Balas wanita itu sambil menunduk ke bawah…

“ Hah ? Kekasih , Kamu tahu tak en rizal sudah punya isteri ?” Tanya aku

Wanita itu mengangguk lagi

“ Habis tu ?” Tanya aku

“ Awalnya saya enggak tahu , En rizal sudah punya isteri .. Saya sudah kenal lama dengan en rizal .. Cumanya , Sudah sayang … Sama dia ..” Balas wanita itu

“ hmmm , Dah dua malam … Misi dalam ward komplen pada saya , Nampak bayang bayang merangkak atas en rizal .. Itu sebenarnya kamu bukan ?” Tanya aku lagi

“ Hmm .. Iya …” Balas wanita itu lagi

“ Hmmm … Maknanya kamu bersama en rizal bersetubuh …?” Tanya aku lagi untuk lebih kepastian

Wanit itu mengangguk lagi …

“ Hmmm .. Ok lah , Kamu boleh pulang …saya takkan panggil sekuriti ..” Balas aku

Cepat cepat wanita itu berlalu pergi

Sambil mengurut dahi ..
Bagaikan tidak percaya ….

Rupa rupanya.. Bukan lah hantu , Mambang atau iblis yang merangkak ..

Tapi , Kekasih gelap …..

Yang aku hairankan ..

Dalam keadaan yang macam tu pun ,
En Rizal masih hebat diranjang ….

“ Tett !” bunyi mesej berbunyi dari telefonku

Mesej dari Nelly ….

Aku tercengang buat seketika….

Advertisements

5 comments

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.