Houseman Part 15

Houseman
Part 15

“ Hah !!! errr … You buat apa sini …?” Tanya aku … sambil tergamam melihat
Lisa yang sedang berdiri dihadapanku …

Lisa hanya memeluk tubuh dan tersenyum ..

“ Well … Jual burger huh ?” Tanya lisa

“ Ermm … I .. Actually … Hmm … tak tau nak cerita macam mana …” Balas aku …

“ sekarang free ke ? “ Tanya Lisa

“ Hmm .. Boleh la .. So far tak ada case .. Kalau ada case nanti diorang call i ..” Balas Aku … Sambil berjalan dan duduk dikerusi lobby . Di ikuti dengan Lisa yang turut duduk disebelah ..

“ You buat apa dekat sini …?” Tanya aku

“ Hmmm … I hantar my dad … Dia dekat emergency now .. Semput … kebetulan i lalu sini nak pergi Hospi mart .. Beli Air ..” Balas lisa

“ But patutnya I yang tanya you .. Apa you buat dekat sini .. Sebab mana ada penjual burger gantung stetoschope dekat leher kan ?” Tanya Lisa …

“ Ok ! Fine fine … Im a doctor actually .. But selalunya orang akan cakap i tak nampak macam doktor … So sebab tu i malas nak cerita dari awal … Nanti banyak pula nak kena cerita ..” Balas akh

“ Haha … Anyway .. I dah lama tu you doktor ..” Balas Lisa …

“ Hah ?? Dah lama tau ?” tanya aku terpinga

“yup ..” Balas lisa mengangguk kan kepalanya

“ How ?” Tanya aku

“ Ingat tak malam I jumpa you tu .. Dekat sebelah bag you .. Ada Tag nama … Dari situ i dah tau .. Tapi u tetap taknak mengaku kan ..” Balas Lisa

“ Hmm … Ok .. tapi tu tak penting kan ?” Balas Aku

“ For me yes ! Sebab you tak jujur ..” Balas Lisa

“ Eh !! But for me .. Its unnecessary ….” Balas aku

“ Tapi menipu tu dosa . You tau kan tipu sunat tu tak wujud … tipu tetap tipu .. Itu hakikatnya ..” Balas lisa

“ Wow !! Ok .. thats hurt !!” balas aku

“ ok ok .. im sorry anyway ..” Balas aku

“ Sorry belum approve , Melaikan u belanja makan dulu ..” Balas Lisa …

“ Yelah .. Yelah … Nak makan apa ?” Tanya aku

“ Tak kesah .. Warung ke gerai ke .. Mana mana pun boleh ..” Balas Lisa

“ Ok lah , Why not i bawak u pergi TGI friday …. Tempat tu macam best jugak ..” Balas aku …

Bukan apa , Sebenarnya restoran Tgi friday tu agak tersorok .. Jadi .. Mungkin ada sedikit privasi … Takut pula nanti nelly terserempak …

“ Okay ! Great idea … Oklah i nak gerak dulu , Anything .. keep in touch ok …” Balas lisa sambil memegang name tag aku di dada ..

“ Bye burger boy ..” Balas Lisa berlalu pergi kearah jabatan kecemasan …

Berderau juga darah tadi ..
Bukan apa .. Terkejut tiba tiba lisa muncul depan mata …

Aku pun terus menuju ke bilik oncall , Yang terletak pada tingkat 5 ….

Satu panggilan yang masuk sekali lagi , Dari wad ..

“ Doktor! Kata nak naik wad …” Tanya misi

“ Ya allah !! Terlupaaaa!! Ok saya datang sekarang ..” Balas aku sambil bergegas pulang ke arah wad …

“ Hah! Kenapa dengan patient Rizal tu ? “Tanya aku ..

“ Ermm … Tadi .. Saya nampak macam ada benda merangkak atas rizal .. Nampak bayangan … “ Balas Misi

“ Dulu pernah jadi kes macam ni … Katanya bilik tu memang keras sikit ..” Balas salah seorang misi yang lain

“ Habis tu … Korang tak pergi tengok ke ?” Tanya aku

“ Ish … Tak berani lah ..” Balas misi

“ Doktor pergi la tengok sendiri ..” Balas misi

“ Ish .. Aku pulak .. Padahal korang yang jaga wad .” Balas aku …

“ Alah , Doktor kan laki .. pegi lah ..” Balas aku …

“ yelahhh !!! “ Balas aku sambil bangun dari kerusi .. Aku terus berjalan ke arah bilik En Rizal …

Dalam masa yang sama , Dari jauh aku nampak satu susuk tubuh yang agak kecil , kepalanya bertutup dengan kain tuala berjalan melalui lorong itu . Menuju ke hujung . Ke arah tandas …

Aku tak endahkan , Belakang tu ada beberapa bilik .. Mungkin penjaga pesakit lain …

Aku teruskan berjalan kini akh tiba di bilik en rizal .. Aku lihat sekeliling ..

Tiada yang mencurigakan ..
Semuanya nampak sama ….seperti biasa ..

En rizal pula sedang tidur nyenyak .

“ Tak ada apa apa pun ..” Balas aku

Aku pun berjalan semula kearah kaunter ..

“ Mana ada apa apa .. Tenang je aku tengok bilik tu .. en rizal tu pun tidur nyenyak ..” Balas aku

“ Korang ni … Over lah .. jangan nak terbayang sangat benda pelik pelik ..” Balas aku

“ tapi … Tapi saya memang nampak bayangan tu .. Merangkak atas katil …” Balas misi

“ Ishh .. Kan saya dah pergi tengok . Tak ada apa… Dah laa.. Saya nak naik bilik .. Kalau ada apa apa nanti call .. “ Balas aku sambil berjalan ke arah tangga

“ Oh ya !” nanti katil 10-15 , tolong ambil kan darah pukul 6 pagi … nanti saya belanja ehh !!” Balas aku

“ Boleh .. Nanti malam esok hantar KFC “balas misi .. Sambil mengangguk ..

“ hishh .. Dorang ni macam2 la .. Buat panik betul .. Merangkak lah… Bayang bayang lah ..” Bisik hati

Malam tu aku tidur seperti biasa …
Esok pagi nya .. Jam 6 pagi aku sudah bangun .. selesai solat , Mandi dan sebagainya ..

Menjadi rutin harian . Setelah bekerja 15 jam .. Aku harus sambung semula bekerja …

Walaupun dalam keadaan tak cukup tidur . .. Terpaksa teruskan rutin …

Aku memulakan ward round .. Hinggalah tiba di bilik en rizal …

“ Salam! good morning … Tidur nyenyak semalam ?” Tanya aku

En rizal yang sudah pun terjaga dari awal hanya senyum ke arah aku …

“ Boleh la doktor …saya nak tanya sikit ..” Balas en rizal

“ Kenapa ?” Balas aku

“ Bila saya boleh balik ..?” Tanya en rizal

“ Mungkin beberapa hari lagi … Pakar nak periksa luka dulu “ Balas aku sambil membelek bekas luka pembedahan ..

“ Macam sedikit kotor luka ni .. Kena tunggu antibiotik habis “ Balas aku

“ En rizal , Saya nak tanya sikit ..” Balas aku

“ Kenapa doktor ? Tanya lah ..” Balas rizal

“ Family member you tak ada datang teman eh ?” Tanya aku

“ Hmmm .. Setakat ni tak ada ..” Balas en rizal dengan riak wajah yang sedikit gusar ..

“ Malam tadi ? “ Tanya aku

“ Emmm … eh tak ada lah .. Tak ada siapa siapa ..” Balas En rizal

Aku hanya mengangguk … Terus berlalu pergi …

Tengah hari … Seperti biasa aku menuju ke kantin ..

Rasa bagaikan ada sesuatu yang tak kena ..

Aku tertanya tanya .. Apa khabar nelly ?
Lama tak jumpa ….

“ Nak mesej ke tak ni .. “ Bisik hati

Panjang umur …!!!

Dari jauh aku sudah nampak nelly berjalan … Masuk ke dalam kantin .. Seorang diri …

Nelly berjalan ke arah aku ..
Aku mula rasa goyah … Dalam masa yang sama aku nak kekalkan ego aku ..

Aku sengaja buat tak nampak walaupun mata ini sedikit meliar .. Dan mengharapkan Nelly menegur aku …

Malangnya …

Nelly hanya berjalan melepasi meja aku , Tanpa teguran .. Toleh pun tidak !!!!!

What the fish !!!!!!!!

Ego aku semakin tercabar ….
“ hek eleh .. Buat buat tak kenal pulak !” Bisik hati

“ Takpe takpe !! Fine !!” Bisik hati

Dalam masa yang sama , perasaan ingin tahu …. mula melonjak ..

Nelly makan sorang sorang ?”

Perlahan , Aku menoleh kebelakang ..

Selang beberapa Meja … Aku melihat nelly yang sedang duduk berseorangan ..

Sayu pula aku melihatkan nelly duduk berseorangan ….

Tak sampai hati pun ada …

Tapi aku harus sedar .. Aku sebenarnya punca pertelingkahan ini …
Aku yang mula kan dahulu ..

Tapi demi ego …
Aku mahukan nelly yang memujuk aku ..

Why not ? Masa tu aku tengah stress kot ..
Kenapa nak tambah stress aku lagi !!!

Ahhh geramm !!!

Tapi … Dalam hati ni … Aku rindukan nelly sebenarnya …

Arghhhh !! Koyak !!! Perasaan koyak !!!

“ ahhh … Tak apa lah , Kali ni aku rendahkan ego aku … Aku nak minta maaf pada nelly ..” Bisik hati

Melihat nelly yang duduk seorang diri … Dengan baju kurungnya … Dengan Cekak di kepala ….

“ Alahai .. kenapa aku kalah ?” Bisik hati yang dah mula cair melihatkan keAyuan dan kecantikan nelly …

“ Ok lah !! Aku pergi pujuk sekarang !! Ego letak tepi dulu ..” Bisik hati

Aku pun apa lagi .. Aku terus bangun ..
Aku berjalan ke arah meja Nelly

Dari Jauh … Aku dapat lihatkan Nelly mula perasan kedatangan aku dari jauh ….

Aku teruskan tentangan mata itu ..

Namun dari renungan mata aku itu
Nelly mula menjadi resah …
Terkebil kebil mata nelly melihatkan aku berjalan kearahnya …

Aku tak kira ! Aku dah bertekad untuk pujuk Nelly .. Lagi pun aku yang emo tak tentu pasal … Nelly tak buat salah apa apa pun kan !

Malangnya …
Setiap langkah aku itu ..
Tidak bermakna lagi …
Apabila langkah aku kini terhenti…

Melihatkan seorang lelaki yang sedang berjalan kearah meja nelly .. Dan Terus duduk dihadapan nelly ….

“ What the fish !!!!!” Arghhhhh aku meronta seorang diri .

Siapa mamat ni !!! Bisik hati

Ok fine ! Tapi aku tetap nak lalu berselilisih dengan meja nelly

Aku nak lihat , Siapa laki tu .. Dan nelly akan toleh kearah aku atau tidak ..

Aku dengan yakin .. Meneruskan perjalanan …

Aku makin hampir pada meja Nelly …

Nelly yang dari awal memandang kearah aku .. Kini terus menoleh .. Memandang kearah laki itu ..

Kononnya cuba mengelak dari aku ..
Sedikit pun nelly tidak menoleh kearah aku ketika aku melepasi meje mereka itu ..

Aku sempat menoleh …Untuk melihat lelaki yang duduk dihadapan meja Nelly ..
kemudian aku teruskan perjalanan .. Penuh dengan rasa ingin tahu dan marah !!!

“ Siapa mamat tu ?!” Tapi macam pernah tengok ?” yang pasti bukan rakan sekerja kami …. “ bisik hati

“ Patutlah buat tak layan aku .. Rupanya dating dengan laki lain … Cis berdebah !!” Geram bila memikirkannya …

Tapi , Perasaan ingin tahu makin mendalam … Membuatkan aku tak senang duduk …

“ Siapa mamat tu !!!!!” Arghhh !!!!!”
Pening kepala memikirkannya …

“ Tak apa … fine !! Lets play this game !” bisik hati …

Aku terus keluarkan telefon bimbit ..

“ Hi lisa .. You free tonight ? Let go for a dinner ..” balas aku

Lisa membalas tanda setuju …

Malam tu , Seperti yang dirancangkan …
Aku membawa lisa keluar makan di Tgi Fridays..

“ wow .. nice place .. Cantik lah tempat ni ..” Balas Lisa …

“ Alah , Sama je .. Dekat KL kan banyak … Tgi fridays..” balas aku

Malam tu , Lisa berpakaian serba merah … Gaun merah yang agak simple dan cantik .. Sesuai dengan si pemakainya …

Well , Lisa pun not bad .. Ada keunikan sendiri …

Cuma … Lisa ni ..
Karakternya lebih elegan dari Nelly ..

Cara dia bertutur ,dan Jenama aksesorinya ..Jenama jam , Handbag .. Kasut…
Menampakkan Lisa seorang yang lebih eksklusif …

Berbanding Nelly yang lebih santai …
Dan … Sebenarnya aku sukakan karakter yang lebih santai dari eksklusif ….

Tapi tak apalah , Itu hanya rumusan awal sahaja .. Tak kenal maka tak cinta kan ?

Tak lama selepas itu …. Sedang aku berborak dengan lisa ..

Seorang perempuan yang berbaju kurung ..
Berjalan melalui meja aku ..

Bauan yang tertinggal , Menusuk masuk kedalam rongga hidungku ..

Bagaikan aku kenal sangat dengan bau perfume ini ..
Seolah olah aku boleh menghidu siapa gerangan itu …

Dari belakang .. Lenggok jalannya …
Seakan akan aku dapat meneka ..

Mata aku terbeliak .. Mulut aku melopong …

Perempuan itu duduk dihujung sana …
Bersama seorang lelaki yang telah duduk lebih awal di meja itu ..

Perempuan itu menoleh …

Disaat itu …

Sekali lagi aku melopong …
Perempuan itu adalah Nelly yang turut terbeliak matanya melihat aku …

Tiba tiba , Aku tersentak…
“ Hello … You!!! whats wrong ? Kenapa tenganga macam tu ….” Tegur Lisa …

“ I panggil you dari tadi .. You tengok apa ?” Tanya lisa sambil menoleh kebelakang ….

“ Ermmm … Ermm Tak ada apa … Mamat belakang tu macam kenal … Tapi tak pasti dekat mana … Nothing important ..” Balas aku ….

Dari jauh , Pandangan aku tak putus melihatkan Nelly …
Nelly juga sama …. Mencuri curi mengintai aku dan lisa …

Malam itu berakhir dengan penuh tanda tanya …

Setelah aku hantar Lisa pulang kerumahnya …

Fikiran aku mula tidak tenteram memikirkan …

Siapa lelaki itu ? Sejak bila nelly rapat dengan lelaki lain ?

Argh !!!!!

Lisa juga dapat merasakan sesuatu perubahan pada aku …

Sejak kewujudan Nelly di Restoran itu …
Mood aku mula berubah …
Aku menjadi lebih senyap ….

Aku cuba tidur ..
Namun teka teki itu sangat menghantui hidup aku ..

Aku rasa macam nak telefon sahaja nelly masa tu …

Namun entah kenapa aku rasa amat janggal …

Argh !!!!!!!!

Tiba tiba ..
“ Tettt!!!”

Satu panggilan datangnya dari hospital ..
Jam hampir 2 pagi … Mata aku masih terkebil kebil..

“ Ish kenapa call aku ni ,aku tak oncall harini ..” Bisik hari sambil melihat pada telefon bimbit ku itu ..

Namun aku jawab jua..

“ Hello , Doktor ! Saya tahu doktor tak oncall …
Tapi … Kami nak kasi tau sesuatu …” Balas misi

“ Kenapa ? Apa yang urgent ?” Balas aku

“ Ermm .. En Rizall !!!! Bayang bayang merangkak atas katil en rizal ada lagi !!!!” Balas misi …

“ Arghhhhh !!!!” Aku menjerit sekuat hati ..

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.