Houseman Part 14

HOUSEMAN
PART 14

“ Nak explain apa ni ? I tak faham lah ?!” Balas aku pada Lisa

“ Hmmm … its okay .. Anyway nice meeting you today .. Esok kita catch up lagi ok ?” Balas Lisa…

Pagi esoknya seperti biasa , Dengan rutin harian .. Jam 645 Pagi aku dah sampai di Wad , Aku pun terus berjalan ke arah pesakit yang dibedah malam tadi ..

“ Salam En Rizal ! Saya Dr Yazeed , Saya incharge jaga encik dan semua pesakit ward ni …Macam mana hari ini ? Semuanya ok ?” Tanya aku

Rizal mula bangun perlahan , Menyeretkan badanya, Bersandar pada bantal …

“ Eh , En Rizal .. perlahan ya , Jangan bergerak banyak dulu … “ Balas Aku

“ Semuanya ok , Cuma ada sikit lah rasa sengal sengal peha saya ni …Pening kepala dah Ok , Anyway doktor panggil saya Rizal je , Tak payah lah ber encik2..” Balas Rizal

“ Ok .. So hari ni keputusan darah , Semuanya cantik , Kita tak perlu masukkan darah lagi … Cuma malam tadi je kita kena masukkan , Kehilangan darah banyak … tapi hari ni , Darah merah semua dah cukup …. “ Balas Aku

“ Ok saya nak periksa kaki sekejap , ni saya sentuh jari jemari ni .. Ada rasa tak ? Saya tolak jari ni sikit ada rasa sakit tak ? ada rasa kebas tak tapak kaki ?” Tanya aku sambil melihat en rizal menggelengkan kepalanya …

“ Okaylah , Semuanya bagus untuk hari ni …” Balas aku

Rizal hanya tersenyum ..
“ Doktor malam tadi garang eh ?” Tanya Rizal

“ Doktor ? Yang mana ? “ Tanya aku

“ Ada , malam tadi ,lewat malam … Sebelum masuk darah …” Balas Rizal

Setelah mendengar penjelasan itu , Darah aku mula naik ke kepala …

“ Errr … errr garang macam mana ?” Tanya aku

“ Saya tak beberapa dengar .. Tapi dia macam marah marah semalam .. Saya kan mamai kena ubat pelali tu .. Tapi saya boleh dengar lah bising .. Suara orang terjerit2…. “ Balas Rizal …

“ Ahhh sudah .. Ni mesti sebab aku lupa settlekan transfusi darah la tu !!” Adoi !!! “ Bisik hati

“ Doktor tu rupa dia macam mana ? Perasan tak ? “ Tanya aku

“ Hmmm , Tak jelas sangat , Tapi yang pasti badan dia besar ! “ Balas Rizal

“ Ohhh !! Badan besar tu ! Saya kenal … Dia sorang je macam tu dalam department ni .. Dia memang macam tu .. Paling senior lah katakan , Mungkin hormon wanita tengah membuak buak kot…” Balas aku sambil berhaha memandang pada Rizal …

Perlahan En rizal mula mengalihkan mukanya …
Dengan raut wajah yang mengerut ..

“ Eh Rizal .. Kenapa ni ?” Tanya aku

Tiba tiba …

“ Kau cakap pasal aku ke ?” Satu suara yang datang dari belakang

Masa tu , Aku terpegun kaku .

“ Ahhh shit ! Bila masa mangkuk ni ada belakang aku !! Demmit !” Bisik hati

Aku menoleh ,
Ternyata sangkaan aku tepat
Dr Bob yang sedang berdiri dibelakang aku

“ Errr .. Errrr…” Balas aku perlahan
“ Kau ni memang masalah … Dah buat kerja separuh jalan , Menyusahkan aku pulak tu !! “ Balas Dr Bob

Sekali lagi aku tertunduk kaku …
“ Sorry Dr Bob , Saya tak sengaja , Saya terlupa order blood transfusion tu … Next time saya tak ulang lagi ..” Balas aku

“ Ha ! Tu lah ! Korang ni semua…. Semua houseman sama je , Sikit sikit sorry ! Itu jelah modal korang … Buat kerja tu boleh series sikit tak ? Kau tu dah 2 bulan dekat sini , Tapi masih lagi boleh buat silap , Terlupa itu ini lah…” Balas Dr Bob

“ Ye ye .. Saya mengaku saya salah …” Balas Aku

“ Kau dengar sini baik baik , Kau ingat senang ke nak lepas department ni .. Kau tau tak aku ni yang incharge semua houseman ?! Kau tahu tak ? Kalau aku bagi bad review untuk kau , Semua specialist akan setuju untuk kau di “ Extend “ … Kau jangan main main eh ! Kau faham tak apa aku cakap ?” Jerit Dr Bob mula naik berang

Apa lagi yang boleh aku katakan ?
Aku hanya kaku senyap , Tidak mahu keruhkan lagi keadaan

Walaupun desak hati ingin memberontak , Genggaman jari jemari dah mula aku sediakan , Hanya minda berkata sabar sebelum aku melepaskan tumbukan …

Menggigil aku menahan deru nya bisikan api syaitan.
Aku memang pantang sebenarnya jika ada yang menjerit ke arah aku …

Tapi apa kan daya ?
Inilah namanya Kuasa … Kuasa diatas kertas lebih hebat dari segalanya

Aku perlu pertahankan karier aku
6 Tahun aku di sekolah perubatan , Cukup lah dengan siksaan itu …

Aku terpaksa pasrah walaupun geram ..

Dr Bob mencampakkan fail di atas meja , Dan terus keluar dari Bilik itu

“ Shit !!” Bisik hati aku , Terus menyumpah

Hari tu , Memang aku tak ada mood lansung

Bila ada orang yang berkuasa mengugut untuk hancurkan segala apa yang kau ada ..

kau harus berdiam diri .. Tak punya pilihan

“ Hey you !!! Patut la i cari dekat wad tak ada ! “ Balas Nelly yang menyapa dari belakang

“ Ohhh ! Sekarang dah pergi lunch .. Tak Ajak !!” Balas Nelly lagi

Aku hanya mendiamkan diri ,
Merenung nasi ayam diatas meja..

“ Helo !!! Helo ! Pekak ke badak ?” Tanya Nelly

Aku merenung Nelly semula

“ Takde Mood “ Balas Aku

Selalunya , Kalau Mood aku tak baik ..
Aku malas nak layan siapa siapa
Aku lebih rela memilih untuk senyap dan bersendiri ..

“ Aku dah la stress, Minah ni datang nak buat havoc pulak ..” Bisik hati

“ Bad mood kenapa ? Apa jadi ..” Tanya nelly

“ Hmmm … Tak ada apalah … Sajer je takde mood !” balas aku

“ Eleh , Muka u dah macam taik lembu, Lepas tu kata tak ada apa .. U ingat i baru kenal u semalam ke ?” Tanya Nelly

“ Hmmm … Nelly .. U lapar tak ?” Tanya aku tiba tiba

“ Aah , Lapar lah , Kalau tak , Takkan i datang kantin ni ..” Balas Nelly

“Ok good ! Terbaik .. Apa kata u makan nasi ayam ni , Daripada dok pot pet sana sini ..” Balas Aku

“ eh u tak makan ke ?” Balas nelly
Aku menggelengkan kepala …

“ Habis tu , Buat apa beli nasi ayam ni ?”
Tanya nelly sambil menyuap nasi ke dalam mulutnya..

“ Sebab i beli untuk u siap siap , Bila u sampai je , U boleh terus makan .. takde lah mulut bising sana sini..” Balas aku

“ Eh , U ni kenapa ? you nak bad mood , U bad mood sorang lah ! Tak payah lah nak perli perli ..” Balas Nelly

“ Ok ok ! Apa kata you senyap , I senyap .. Ok tak ?” Balas aku

Nelly meletakkan sudu dan garfu nya ,
Nelly bangun ..
Tanpa memandang wajah aku ..
Dia terus berjalan keluar .. meninggalkan aku sendirian

Aku pun sebenarnya tak faham apa yang aku cuba lakukan

Tersentak .. Aku yang masih duduk kaku disitu
“ Aduh !!! apa aku buat ni !!” Bisik hati

Keesokkan harinya , Aku melalui hari hari sebagai Houseman seperti biasa

Aku dan Nelly tidak bertegur sapa ..

Petang itu ..
Aku sedang duduk di meja wad ..
Hanya menunggu masa untuk pulang ..

“ Kak Misi ! “ jerit aku

“ Kak , Patient si Rizal tu … Tak ada orang lain teman dia ke ? “ Tanya aku

“ Hmmm tak pasti lah saya doktor .. setakat ni belum lagi ada yang datang “ Balas Misi

“ Siksa juga si Rizal ni nak membuang air besar ..Memang kerja Misi je lah mengadap sisa buangan si Rizal ni “ Balas aku

Kadang kadang , Aku sendiri rasa tak sanggup nak lalui Apa yang harus dilalui oleh jururawat ..

Mereka bukan sahaja membantu dari segi merawat , Malah membuang sisa najis dari pesakit …

Siapa sanggup ?
Hanya insan terpilih sahaja yang punyai jiwa yang cekal dan penyayang yang mampu lakukan semua ini ..

Sejenak aku kagum dengan mereka .
Gaji pun taklah sebesar mana , Jika nak dibandingkan lagi dengan pengorbanan mereka ..

Aku hanya merenung Rizal dari jauh ..
Biliknya dibalik dinding gelas , Jadi dari jauh aku boleh nampak gelagat rizal ..

Yang asyik tersenyum bercakap dengan telefon bimbitnya itu …

Aku pun berjalan ke arah Rizal ..
“ Salam .. Apa kabar “ Tanya aku

Rizal tersenyum , Mengangkat tangan memandang ke arah aku …

“ Hmm , Saya nak tanya sikit ni …Tak ada siapa siapa ahli keluarga ke yang boleh datang jaga Rizal ?” tanya aku

Rizal menggelengkan kepalanya ..

“ Hmm ok … Awak dah kahwin ?” Tanya aku

Rizal mengangguk … Tanda benar ..

“ Hmm ok lah kalau macam tu , Saya nak balik dulu .. Kita jumpa esok ya .” Balas aku

Aku pun berjalan menuruni tangga hospital

Dari jauh , Aku nampak Nelly yang sedang berjalan ke arah aku …

Perasaan yang semakin akrab sebelum ni , Telah pun menjadi kekok …

Gugup juga jantung ni ..

Nak ditegur..

Ego masih kukuh diatas …
Akhirnya …

Aku pun buat biasa je lah ..

Kami berselisih …
Namun .. Sedikit pun Nelly tidak menoleh ke arah aku …

“ Eleh … Aku yang bad mood , Dia pulak yang over ..” Bisik hati

Aku berjalan seperti biasa menuju pulang ke kuarters …

“ Tettt!!!” Nada telefon berbunyi ..

“ Zeed !! Aku ni ! Selan !! Weh weh !!” Balas Maslan

“ Ha ? Ye ye ! Apa hal kau ?” Balas aku

“ Weh ! Mintak tolong plis .. Aku merayu sangat … Kau cover oncall aku hari ni … Kau oncall esok kan ? Apa kata , Kau oncall hari ni , Esok aku buat kau punya ?” Balas Maslan

“hmmm … Ala kau ni , ada jerrr !Aku dah balik pergi kuarters dah ni ..” Balas aku

“ Alah , Tolong laaa .. Tunang aku dari KL datang sini …” Balas Maslan

“ Ishhh , Yelah .. Yelah !! Ok .. Aku buat oncall kau hari ni … Kirim salam tunang kau ..Skali . Have fun bro !” Balas aku

Apa boleh buat ?
Lagi pun aku bukannya ada plan dengan Nelly …. tambahan pula aku memang tak ada mood nak lakukan apa apa aktiviti …

So Aku oncall je lah ,
Duduk rumah pun boring tak buat apa apa …

Setelah siap mandi semuanya .

Aku bergegas semula ke hospital ..
Menjalankan rutin “ Ward Round” Untuk semua pesakit di semua kubikel yang ada …

Siap semuanya …

Jam lebih kurang jam 1 Pagi …

“ Kak , Saya nak turun kejap , Beli minuman dekat Hospimart bawah .. Nak pesan apa apa tak ?”

“ Macam biasalah , Kerepek bawang ..” Balas Misi

“ tett!!! Telefon berdering , Panggilan dari Maslan

“ Hah ! Dah kenapa kau Selan ?” Tanya aku

“ Takde lah , Aku saja call .. Ok ke oncall malam ni ?” Tanya maslan

“ Ha? Hmmm .. Ok je … So far semua ok , Tak payah risau la.. Kau sebok dating … Ada masa pulak call aku ..” balas aku sambil berjalan ke arah Hospi Mart .

“ Aku tak jadi dating la , Si Lisa Tunang aku ada hal last minit malam ni … “ Balas Selan

“ Hmmm …haaa ??? Siapa tadii ??” Tanya aku ..
Satu nama yang pastinya telah menarik perhatian aku

“ Lisa ! Nama tunang aku lah ..” Balas Maslan

“ Hmm Dari KL ???” Tanya aku lagi

“ Yaaa !! Dari KL , Kau dah kenapa ???” Tanya Maslan

“errr .. Saja tanya je .. Hehe anyway …

“ … Ermm … Maybe Dia busy la tu kot , ok , Dah .. Aku nak pergi hospimart ni … Lapar ni… Esok jangan lupa buat oncall aku …” Balas aku menamatkan panggilan dengan Maslan

Aku pun berjalan , Berkeliaran di lobi hospital , Aku duduk melihatkan gelagat manusia yang tak putus putus keluar masuk hospital ..

Ramai betul umat manusia yang sakit …

Sambil terkenang kan …Lisa

“ Hish .. Tunang si Selan ni pun Nama Lisa .. Buat panik betul lah !” Bisik hati

Dengan Sepeket roti dan sekotak air , Aku melabuhkan diri pada bangku dihadapan lobi …

Sambil menikmati angin malam dari pantai …

Dikala aku sedang mengunyah roti …

“ Tap tap ..” satu sentuhan yang datang dari belakang

Tercampak air kotak dan bungkusan roti aku !!

Makcik yang sedang duduk disebelah pun turut menggelabah melihatkan reaksi aku …

Tiba tiba , Sekali lagi telefon aku berdering …
“Wad Telefon !!” Bisik hati …
Cepat cepat aku menjawab panggilan ….

“ Doktor …. !!! Tadi … Tadii … saya nampak macam Ada benda dalam bilik Encik Rizal !!!” Balas Misi ..

“ Hahhh !!! apa ? Benda !!!”?? Benda apa ni ??? Tak apa , Sekejap saya naik atas dulu “ Balas aku , dan kemudiannya menamatkan panggilan itu …

Dalam masa yang sama , Mata aku masih terbeliak melihatkan seorang yang sedang berdiri dihadapanku …

“ ermmm … ermm … Buat apa dekat sini ?”…. Tanya aku lagi ….
Jantung berdegup laju …
kini menjadi lebih kaget …

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.