Houseman Part 13

Houseman
Part 13

“ hmmmm … Nelly .. ala… Takyah lah , Esok lah kita gi live band ok ? Awak balik la dulu ..” Balas aku

“ Ish .. apa kedekut sangat ni , I dont care !” balas nelly

, Sambil nelly merampas kunci kereta kancil aku yang aku letak dibahagian tepi bag ….

“ wei !!! bak la kunci saya .. Apa ni !!” “ balas aku

“ Dah ! jom ! Cepatlah .. I lapar ni …. I drive !!!! “ balas nelly sambil berjalan ke arah parkir kereta..

“ Oi ! .. Awak nak gi mana tu !” jerit aku

“ Pergi kereta lah. takkan nak pergi dancing kot ..” Balas nelly

“ Saya parking dekat belakang la… Bukan dekat depan tu … Ishhhhh..” Bebel aku lagi

Tergamam … Nelly mula buat buat muka blur ..

Geram je aku tengok perangai si Nelly ni

“ tu lah … Yakin je lebih … Blakang sana .. Move now !” Balas aku

Aduh … Aku tak tau apa nak jadi lepas ni ..
Terpaksa lah aku hadap …

Nelly mula masuk ke dalam kereta ….Enjen kereta dihidupkan .. Kami mula bergerak … Ke arah bandar

“ Nelly .. Saya ada nak kasi tau benda ni … “ balas aku

“ Kasi tau apa ?” balas nelly

“ Sebenarnya …..” belum sempat aku habiskan …

“ kringgg !!!” .. telefon Nelly berbunyi …

aku terkedu seketika ..
Nelly menjawab panggilan itu

“ whattt ! alamak im sorry ! ok im coming now ..! “ balas Nelly

“ kenapa tu ?” tanya aku

“ Kita kena pusing balik la , Tadi i parking , Rasanya i terblok sikit kereta orang … Orang tu cuba keluar … Tapi terkena sikit bontot kereta i … i kena pergi tengok ..” balas nelly

“ Adoi !! Awak ni .. saya dah la lambat …! ok lah .. pusing balik ..” Balas aku mula menyumpah dari dalam hati

Kenapa susah sangat aku nak jumpa si Lisa ni !!!!

Akhirnya kami sampai ke tempat parkir nelly …

Nelly terus keluar , menerpa keretanya ..

aku pun turut serta ..

“ Alah .. Calar sikit je …” Balas aku

Nelly mula meraba raba calar itu …

“ Sorry eh , Awak parking ni , Macam senget , jadi saya nak keluar sempit .. Saya cuba juga lah keluar … Tapi tak sangka .. Terkena jugak sikit .. nasib baik awak ada letak nombor telefon …” Balas lelaki yang sedang berdiri pada sisi kereta mewahnya itu …

“ hi … Yazeed ..” Aku menghulurkan tangan mengenalkan diri

“ Hi … Dr Yusuf ….” Lelaki itu menghulurkan tangannya semula ke arah aku , Sambil turut mengenalkan dirinya pada Nelly..

“ Hi , Im Nelly ! me and him , kita orang pun doktor dekat sini jugak .. You department mana ? Medical officer eh ?” Tanya Nelly

“ hi , Sorry for the trouble … Ya .. Im medical officer …. Tapi bukan hospital ni .. I saja visit my cousin dekat ICu … “ Balas Dr Yusuf

Aku hanga menngangguk .. sambil mata aku meliar .. melihat kereta mewah Audi milik Dr Yusuf ….

“ Fuh , patutlah pakai kereta mahal , Dah jadi MO “ Bisik hati

“ its ok .. Sikit je calar ni ..” Balas Nelly sambil tersenyum…

Aku pandang atas bawah juga Dr Yusuf ni ..
Not Bad , Putih .. slim .. Muka macam mix chinese sikit … Rambut ala ala “ lets kill this love … “ …

Aku mula tengok kulit aku yang serba gelap dan coklat ni ..
Melihatkan kancil aku yang parkir di sebelah Audi tadi ..

Jauh betul jurang aku dan Dr Yusuf …

“ Ok lah , I pun tak bawak cash today .. So i dah ada Your Number .. Nanti i call you .. Kita settlekan calar ni ok ?” Balas Dr Yusuf pada Nelly

Meluat pulak aku tengok Nelly masa tu..
Tersengeh sengeh .. Kang ada yang aku benam jugak muka dia tu dalam tanah …

“ Hmm … Its ok , If u nak settlekan Calar ni … U call i lah .. Selalunya .. I yang jaga kereta Nelly ni …” balas aku secara tiba tiba …

“ 019…… my number .. u save it ok..” balas aku lagi

Nelly tercengang , sambil terlopong melihat aku …

“ oh .. ok .. fine , i deal dengan yazeed nanti … , i have to make a move now ..” balas Dr Yusuf … yang terus berjalan masuk ke dalam keretanya…

Nelly memandang aku , dengan riak wajah yang pelik …

“ Apahal ?” tanya aku

“ Emmm .. Nothing ..” Sambil nelly senyum ke arah aku ….

Aku masih ingat lagi detik itu ..
Senyuman paling manis nelly penah beri pada aku …

“ Ahhh … Lisa !! “ hati aku mula terdetik

“ Awak , I need to move now!!! dah lambat kesian kawan saya ni ..” Balas aku

“ Hmmm ok lah , you pergi lah. I rasa dah penat la .. I balik dulu .. See you when the birds around …” Balas Nelly

“ Bird apa ?” tanya aku

“ Bird You lah !” balas Nelly sambil mentertawakan aku

Dejei betul …

“ ahhhh lega !!!!” bisik hati

Aku pun terus memandu kearah bandar …

Setelah aku berjaya mencari parkir , aku terus berlari ke arah cafe yang terletak dihujung sudut itu …

“ Hi lisa!!! So sorry ! Im late !!” balas aku ..

Lisa yang sedang bermain telefon bimbitnya itu , tersentak melihat aku

“ You !! Lamanya !!!! 40 minit tau i tunggu ..” Balas Lisa

“ Im sorry .. Tadi ada masalah sikit !! sorry!!! .. I belanja u makan 3 kali include today ok ?” Balas aku

“ Hmmm … Next time .. kalau lambat kasi tau lah … Penat tau tunggu sorang2 balas Lisa..” sambil merengek dihadapan aku

“ Yelah yelah , Ok sorry lain kali tak buat lagi .. Tapi …

“ Tapi apa ?” tanya lisa

“ Lain kali eh ?” Tanya aku

“ Hmmm , Tak boleh ke lain kali ? “ Tanya lisa sambil merenung aku

“ Ok ok .. Boleh .. Tanya jer…” Balas aku

Aku meletakkan beg aku diatas kerusi sebelah lisa..

“ Awak … I nak pergi toilet sekejap tau .. tengokkan bag saya ..” Balas aku

Malam tu , lama jugak aku berborak dengan Lisa…

Tiba tiba….

“ kringggg “ telefon aku berbunyi

“ Doktor .. Tadi doktor hantar pesakit yang bedah femur tadi kan .. Kenapa tak sign borang blood ni …” Tanya misi

“ Alamak saya lupa …!!” Balas aku

“ Datanglah balik tanda tangan dulu , Nanti esok pagi Dr Bob mengamuk baru tau ..” balas misi

“ Hmmmm … saya kat luar ni … Ishh ok ok lah .. Saya datang balik ..” Balas aku

Lisa mengerut .. Memandang wajah aku

“ Kenapa tu ?” Tanya Lisa …

“Alamak , I kena balik lah , kunci rumah .. Kawan i tak ada .. I terbawak .. dia dah marah marah tu ..” Balas aku

“ Oh … I see …. “ Balas Lisa sambil riak wajah yang ragu

“ hmm ok lah , Dah lambat juga ni … I pun nak balik terus … So call me later ?” Balas Lisa….

“ ok ! Sure !” balas aku

Kami pun berpisah , aku terus bergegas ke hospital ….

“ Hah !! Kak .. Sori . Lambat skit .. Tengah makan tadi ….Mana borang nak sign tu ?” Tanya aku

“ hmmm … Nak dengar bad news ke good news dulu ? “ tanya misi

“ hmmm , Mana mana dulu lah ..” Balas aku

“ Ok akak start dengan good news… dulu ..” Balas Misi

“ Good News .. Kerja awak dah settle … Dah ada orang sign … Akak dah hantar dekat bloodbank … Patient kena transfuse darah STAT! ..” Balas Misi ..

“ wah .. Lega … Bad news pulak ?” tanya aku lagi

“ Bad News … Dr Bob yang tolong sign kan tadi .. Dia datang tengok patient tu …” Balas Misi …

“ Whatt !!! Bukan incharge Dr Lila ke ? Tanya aku

“ Eh tak tau lah saya … Ini kan kes department , MO mana mana nak tengok pun tak kisah lah …” Balas Misi

“ Aduh !!! Dah la aku kena marking !!! Lupa sign borang darah …” Bisik hati

“ Tadi dia ada marah marah ke ?” Tanya aku

“ masa dia datang tadi , Blood transfusion tak jalan lagi … Tu yang dia bising … kenapa lambat sangat nak start blood transfusion … “ Balas Misi

“ Ala , Kenapa tak mintak Houseman oncall sign kan …” Balas aku

“ Akak dah call. houseman tu busy dekat emergency , Tolong buat Plaster of Paris .. “ Balas misi

“ Adoi .. Esok mesti saya kena ni .. Stress betullah …” Balas aku

“ tu laa. lain kali periksa dulu kerja tu , sampai habis … kan dah susah kena patah balik semua .. Cuba biasakan diri .. Check dulu satu satu …. “ balas misi

Tak pasal , Malam tu aku kena sekolah

Tapi betul kata Misi , Kadang kadang kita ni terkejar sana sini , Sampai terlepas beberapa perkara penting ….

Aku ambil nasihat itu sebagai nasihat positif … Untuk kebaikan aku jugak …

Namun , Hari tetap gusar .. Mengenangkan apa yang bakal berlaku esok ….

Aku pulang kerumah seperti biasa ..
Setelah siap semuanya .. Aku bersedia untuk tidur …

“ Ting” Bunyi mesej yang masuk …

“ You tengah masak burger ke ? Tiba tiba i rasa lapar ..” Balas Lisa..

“ Hmmm .. hari ni i tak kerja .. I tak tolong dekat gerai burger .. I kena tidur awal .. Esok ada interview ..” balas aku

“ Kringgg” Bunyi deringan telefon aku bergema …

Belum sempat aku reply .. Lisa dah telefon

“ Hi !!..” Balas lisa
“ Hi … lisa..” Balas aku
“ Nak tidur dah ke ?” Tanya lisa
“ Aah , Nak tidur dah .. kenapa ni ?” tanya aku
“ you … !”balas lisa
“ ye ! kenapa !” balas aku

“ You ada apa apa nak explain dekat i tak ?” Balas lisa

“ Explain ? hmmm explain apa ? Ada apa yang tak jelas ..?” Tanya aku

“ Ya … I tanya je .. Ada apa apa nak jelaskan dekat i ?” Tanya lisa

“ Pasal apa ?” Tanya aku
“Maybe you sendiri tahu .. Apa yang you perlu explain dekat i ..” Balas lisa

Fuh .. Soalan lisa ni memang betul menjerat aku

Dah la aku serabut dengan kes Dr Bob ni tadi ..

Tambah pulak Si Lisa ..
Secara tiba tiba .. Tanya soalan aneh yang berbau keraguan ….

Siapa Lisa ni sebenarnya !!!
Kenapa macam dia dapat hidu sesuatu dari aku …

Arghhhh !!!
Stress lagi !!!!!

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.