Houseman Part 12

HOUSEMAN
PART 12
Speciale

Apa yang terjadi pada malam itu , Antara aku Nelly dan Lisa ?

Nanti aku ceritakan pada part seterusnya.
Tapi untuk kali ini .. Aku nak berkongsi satu cerita tentang “ Permintaan “.

Aku ingat lagi , Sangat jelas dalam ingatan … Masa tu aku baru sahaja bergelar houseman …

Aku dihantar ke johor bahru untuk berkhidmat . Setelah 3 bulan bekerja tanpa henti , Baru lah aku diberikan cuti yang agak lama , Selama 3 hari ..

Seronok bukan kepalang ! Masa tu parent aku menetap di KL . Perasaan balik kampung tu memang seronok tak terkata …

Pagi tu aku bersiap , Dengan Kancil 660 auto kepunyaan mak aku … Aku terus menderu menghala ke KL . Padel minyak aku dah pijak penuh , Siap berdiri lagi pandu kereta … kelajuan yang dapat pun 130km/h .. Paling laju …

Belum lagi gegaran di dalam dan luar ..
Aku rasa kereta tu macam dah nak terbang …

Belum lagi kalau Bas potong di sebelah ..
Rasa nak terbalik …

Namun , Aku tetap sayang Kancil tu , Itulah kereta yang bawa aku kesana kemari tanpa masalah . Walaupun masalah utamanya tak laju .. Tapi sampai destinasi..

Kalau tak ada kancil aku tu , Dr Nelly dan Lisa pun tak boleh boleh pergi jalan jalan …

Berbalik pada cerita , Setelah 4 jam berhempas pulas bersama kancil kesayangan melayari susuk lebuh raya ..
Aku kini sudah tiba di KL … Lega rasanya …

Aku mula memasuki susur keluar , Dari jarak 500 meter aku sudah nampak gahnya bangunan plaza tol …

Dihadapan aku masa tu ada sebiji motor disebelah kanan …Yang sedang memandu perlahan …

Bayangkan … Aku masuk dari susur kiri …
Penglihatan aku amat jelas dengan pemandu motosikal itu ..yang datangnya dari kanan …

Tiba tiba, Sebuah kereta mewah BMW , berwarna merah datangnya dari arah kiri aku memecut laju ,

Tanpa signal , Kereta itu terus memecut masuk kearah kanan , Menghala ke pos “ Smart Tag “ Yang terletak dihujung kanan …

Disaksikan oleh dua biji mata aku …

“ Bammm !!”

Pemandu motosikal disebelah kanan aku tadi , Telah dilanggar dengan kuat , Bersama desakan momentum kereta seberat 1500 Kg , Bersama pecutan yang tinggi , Menghentam pemandu motosikal tadi …

Motorsikal itu tercampak jauh ….Mana kala pemandu motosikal tadi , Tercampak ke arah kiri , kemudia berguling , Terseret ke arah bahu jalan …..

Aku masa tu dengan tindakan refleksi , Memijak brek … mengelakkan aku melanggar bmw yang sedang terbabas ke arah pembahagi jalan ..

Fuh !!! Pertama kali aku melihat kemalangan yang dasyat depan mata . Berderau darah masa tu , Jantung berdegup pantas …

Cepat cepat aku memijak padel , Aku pandu ke arah bahu jalan ..

Jasad seorang lelaki yang berumur lewat 60-an , dalam keadaan meniarap …Helmet yang sudah tertanggal , Rambut beruban putih dan , Muka yang penuh berlemuran darah ..
Kulit yang sedikit gelap dan terbakar …
Luka luka yang memenuhi segala permukaan kulit , Sebelah kaki yang sudah pun terkulai , kedua tangan tangannya terbaring disisi ..
Baju dan seluar yang koyak rabak …

Aku terus berlari meluru ke arah mangsa ..
Aku terpaku … Ya! Aku mengaku .. Aku terpaku disitu !! Kenapa ?

Kerana aku Hanyalah Houseman !
Aku belum lagi terdedah dengan kes berat seperti ini..
Aku “ Blank !” Aku rasa akulah manusia paling bodoh , Kerana segala ilmu yang aku pelajari sebelum ini .. Tiada satu pun boleh digunakan …

Dan , Masalahnya ..
Dari mana harus aku mulakan !

Beberapa motosikal dan kereta yang lalu dikawasan itu , Berhenti ditepi ..
Mereka berlari ke arah aku …

aku hanya mampu menjerit
“ Call ambulance !!”

Dari jauh , Aku menoleh ,seorang lelaki yang umurnya yang agak muda untuk memiliki sebuah kereta bmw … Sedang merangkak keluar dari kereta …

Beberapa penunggang motorsikal yang benhenti di tepi , berlari mendapatkan lelaki itu …

Aku masih lagi berdiri kaku , Aku mula panik .. Keadaan pesakit dalam keadaan tertiarap … Berlumuran dengan darah … Posisi jasadnya yang sudah pun terkulai … bertentangan dengan posisi norma .. Membuatkan aku sama sahaja seperti orang awam yang lain .. Hanya mampu berdiri ..

Tapi entah kenapa , Dalam renungan aku itu , Aku bagaikan seperti ditampar …
“ Buat sesuatu !!” Bisikan yang agak kuat ditelinga. …

Aku terus tersentak , Aku terus tunduk , Aku mula memeriksa nadi pakcik tadi … Aku memeriksa nadi pada lehernya ..

Waktu itu , Nadi masih lagi berdegup dihujung jari jemari aku ..

“ Tolong saya !!Kita pusing kan mangsa ..” Balas aku pada beberapa orang yang sedang berkerumun ..

Ada lah 2-3 orang yang , melangkah mahu menolong ..

“ Awak pegang bahagian pinggang … Awak pula pegang bahagian kaki .. Dalam kiraan 3 , Kita pusingkan ..!” jelas aku

Meraka mengagguk ..

“ Ok .. 1 …2…” Belum sempat aku habiskan .. Tiba tiba..

“ Hoi !! Jangan memandai .. Jangan gerak kan mangsa .. Bahaya ! Tak nampak ke tulang dia semua dah terkulai ..” Jerit seorang pakcik , Berkaca mata , Berbaju kemeja kemas serba putih …berkasut kulit hitam berkilat , Sedang memeluk tubuh ..

Berbanding dengan aku , t shirt Tengkorak Misfits , Serta seluar jeans biru koyak di bahagian betis , sedang cuba mengalihkan pesakit..

Siapa harus dipercaya ?

Semua orang menoleh. Memandang ke arah Pakcik tu ..

“ U dont simply alihkan mangsa. .. Its dangerous you know !! “ jerit dia lagi ..

Beberapa pemuda yang awalnya ingi membantu , Mereka terus berdiri , akibat jeritan dari pakcik itu …

“ I need to do this ! this current position
wont help patient to breath !” Balas aku

Tiba tiba , Aku terdengar suara bisikan dari belakang , Yang datangnya dari pemuda yang berkerumun ..

“ Fulamak , Nampak macam mat rempit , Tapi skali dia cakap england laaa.” aku tersentak ..Rasa nak tergelak pun ada dalam saat saat yang tegang tu ..

Namun , Bila aku toleh semula melihatkan muka pakcik tu .. Keyakinan aku kembali semula..

“ Who are you !” Jerit pakcik tu

“ Im a doctor !” Balas aku

Sekali lagi , Suara suara dari orang awam mula terdengar ..

“ Ohh doktor rupanya ..” aku tak endahkan

“ Awak awak awak ! Mari sini semula , Tolong saya alihkan ..” Balas aku

pemuda tadi yang sudah berdiri semula , Kini tergamam dan terus membongkok semula memberi pertolongan ..

“ Are you sure you are a doctor..?” Tanya pakcik tu lagi …

Pemuda tadi terhenti seketika
Aku dah mula naik berang ! Kenapa setiap kali ada kemalangan , Mesti ada orang nak tunjuk pandai !

“ Then who are you ?” Tanya aku , sambil aku mengarahkan pemuda tadi untuk terus membantu

“ Ok 1 .. 2…3!!” Jerit aku
Pesakit berjaya dialihkan …

“ Siapa ada kain , Atau apa apa saja First aid kit , Sila kumpulkan dan letak sini !!” Jerit aku memandang ke arah semua ..

Pakcik tadi masih berdiri memeluk tubuh , hanya melihat

“ Hey .. Dont u have anything in your car ? “ Tanya aku pada dia …

Pakcik tadi hanya mendiam kan diri
Aku tak tahu apa masalah dia …

Tak kesah lah aku dress up macam mat rempit ke apa. , kenapa perlu judge aku dari pemakaian aku ?

Doktor wajib berpakaian kemas setiap masa ?
Well thats not me !

Bantuan alatan mula sampai , Beberapa kain kensal kecil , Dan sekotak first aid ..

Aku buat la apa yang patut ..

Sementara tu sempat juga aku berlari ke arah mangsa pemandu bmw tu …

Luka ringan sahaja , sakit sedikit di perut
, Tahap kesedaran penuh .. Tapi masih wajib dihantar kehospital takut jika ada kecederaan dalaman abdomen ..

Tak lama selepas itu ambulan pun sampai ..

“ Patient , Motorbike rider , late 60’s , malay male , Mva Car Vs Motorbike, Bla bla bla bla ….” Aku jelaskan pada paramedik

Pakcik tadi , masih berdiri melihat gelagat aku …

Pesakit diangkat masuk kedalam ambulan

Sambil mata aku meliar .. melihat kawasan kemalangan ..

Terdapat sekotak makanan ..
Kotak KFC, Berserta ayam goreng yang bertempiaran diatas jalan ..

Aku berlari ke arah motorsikal tadi ..

Aku melihat sekeliling sekali lagi
wallet pesakit berada dicelahan rumput ..

Aku terus mengambil dompet tersebut, lalu aku membukanya

Tepat sekali..
Seorang lelaki yang berumur lewat 60an ..
Terselit sekeping gambar anak perempuan dan isterinya pada dompet itu …

Aku terus menjerit

“ Kejap !!! saya dah jumpa wallet patient …” !! Aku terus berlari kearah ambulan

dan aku serahkan wallet itu ..

Namun … Bagaikan ada sesuatu yang bersinar di tepi motorsikal itu

Aku terus berlari untuk melihat

Sekeping kad dalam sampul yang
berkilat …

Aku buka kad itu …

Kad Happy birthday ..
Yang tertulis didalamnya ..

“ Selamat hari jadi anis ! ,Anak ayah dan janji kan nak belajar rajin rajin kalau ayah belikan KFC ni .. Semoga Anis berjaya nanti .. Ayah sayang Anis ..

Heppy Bithday my prinses
( tulisan Ejaan yang salah dari ayah )

Pada saat itu , Aku terus berlari sekali lagi ke arah ambulans tu ,masa tu ambulans sudah mula mahu bergerak
Aku terus ketuk pintunya …berkali kali ..

pintu itu dibuka sedikit ..
“ kenapa doktor , kita nak gerak dah ni “ balas paramedik

aku mengintai didalam
terkejut .. Masa tu pegawa paramedik sedang CPR pesakit tadi …

Paramedik yang memandang ke arah aku itu…
Menggelengkan kepala ..
Aku faham maksudnya itu

sambil aku hulurkan ..
Kad hari jadi … pada pegawai itu

“ Ini , Kad hari jadi untuk anak dia ..” jelas aku sambil aku hulurkan kad itu pada pegawai paramedik

Sekali lagi aku berjalan ke arah motorsikal itu , Untuk melihat apa lagi yang ada disitu

2 bungkus roti krim ,
Satu kotak yang berisi sepotong kek yang tidak berjenama , sudah pun terburai diatas jalan ..

Satu kad kerja ..
“ Kontraktor pembersihan “

Tak kira betapa susahnya ayah , Si ayah takkan pernah hampakan permintaan anaknya ..

Nak ajak celebrate dekat KfC pun kadang kadang ada yang anggap nampak macam tak “ standard “ .. Nampak macam murahan ..

Mungkin bagi kita , Sekotak KFC tidak bermakna .. Tapi bagi mereka yang tidak mampu …

Sekotak KFC itu .. Adalah segalanya …

Allahuakbar ..
Air mata jantan aku,
Akhirnya mengalir jua …..

Siapakah pakcik tadi ?
Pakcik tadi hanyalah orang awam seperti biasa ..
Yang hanya pandai melihat dan mengecam ..
Hanya berpeluk tubuh tanpa memberi bantuan ..

Ini lah antara golongan keyboard warrior dalam alam maya ..

Golongan ini sebenarnya wujud dalam realiti.

One comment

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.