Houseman Part 10

HOUSEMAN
PART 10

Nelly terkujat disitu , Tunduk memandang kebawah ..

Dari tepi aku cuba mengintai …
Pada sisi sudut yang cuba diselindungkan dari huraian rambutnya itu …

Lesung pipit dari pipi kiri mula timbul …

Aku tahu maknanya itu ..

Nelly sedang senyum …

Aku pun senyum semula , berdiri dihadapan nelly
..

Nelly mengangkat kepala nya , Perlahan mendongak ke arah aku …

Dari senyuman yang tersembunyi tadi …

“ HOI !! GATAL ..!” Jerit nelly ..
sambil bercengkak pinggang…

“ Hoi !! Cili dekat gigi !!! “ Jerit aku semula sepantas kilat …

“ Turn off !!” Balas aku sambil berjalan … pergi meninggalkan nelly bersendirian …dengan sedikit senyuman yang terukir dimuka …

“ Nasib baik cepat aku counter … Kalau tak malu lah aku , Kene reject …” bisik hati ..

“ Rasakan !!!” Bisik hati bermegah megah …

Aku mula memandu keluar dari kawasan hospital .

Selalunya , Kalau aku tak oncall , Aku akan pergi bersiar siar disekitar bandar johor bahru …

Tapi kesukaan aku adalah , Parkir kereta di tepian jalan stulang laut , Sambil duduk diatas bangku yang menghadap ke arah laut …

dibekalkan lagi dengan Kopi ais ikat tepi …

Segala , Masalah , Kerunsingan .. Dapat aku lupakan …

Namun pada saat itu , Sejenak terlintas difikiran …

“ Nelly ni nampak gaya dia macam main tarik tali…. aku dapat rasakan bagaikan ada dinding diantara kami … Sesuatu yang menahan dari utusan untuk ditukar dengan satu sama lain …” bisik hati

“ Takpe , Aku rilek je … Tapi … Nelly tu macam ngam pulak dengan kepala aku ni … Aku tengok doktor perumpuan yang lain ni jenis series je … skema tak payah cerita lah … Tapi setiap masa mesti muka nak ketat … Haihh…” Keluh aku bebel bersendirian …

“ Tettt!!” Mesej dari whatsapp

“ You are so mean ! Mana ada cili !!! JAHAT!!” Balas nelly

Aku baca dengan penuh senyuman , Rasakan dendam itu ….

“ Kau tengok .. Dia hantar mesej macam marah , Tapi nak manja manja … Ni saja nak main game dengan aku ni …” Bisik hati lagi …

“ Haha , Tu lah siapa suruh jerit dekat aku tadi !!!” Balas aku …

“ Wekkk !!! You … Tak oncall kan ?” balas nelly …

“ Yup .. Tak oncall … Kenapa ?” Tanya aku..

“ Jom , pergi danga bay , Tengok live band…” Balas nelly

“ Ehem … Dia buat lagi .. dia buat manja dia lagi tu .. Tak boleh jadi ni ..” bisik hati aku ..

“ Oh , Sorry lah i ada futsal lah today …” Balas aku …

Memang malam tu aku ada futsal …
Selalunya kami main futsal setiap malam selasa atau khamis .. Tapi ada juga hari hari yang dapat peluang , Kalau aku tak oncall , Pastinya aku akan main futsal …

“ tett!!”

“ Emmm , Oklah …” Balas nelly .. Kali ini pendek … Bagaikan hampa ?

Yes ! Nelly dah mula tunjukkan sedikit sifat merajuk dia …

“ This time , You play my game !” bisik hati sambil tersenyum bangga …

Dalam pada masa yang sama …

Aku dapat rasakan ada seseorang duduk disebelah bangku yang berdekatan …

Memandang ke arah aku ….

Aku , Toleh kan mata , mengintai …

“ Happy nampak !” satu suara yang datangnya dari bangku sebelah …

Terkebil kebil aku menoleh ke arah kanan ….

“ Wow … “Bisik hati …

Seorang wanita , Yang duduk dibangku itu …

Dengan senyuman yang sangat mengujakan , Berpakaian kemeja serba putih ,dikenakan lagi dengan skirt paras lutut ….

“ Oh !! cakap dengan saya ke ?” Tanya aku masih terkebil kebil …

“ Tak lah , Dengan orang belakang you …” Balas wanita itu …

Aku menepuk dahi .. Malu ..

Syok sendiri …

“ Oh ok .. sorry ..” Balas aku sambil memandang ke arah belakang ..

“ Eh ? Tak ada siapa pun ?” Bisik hati

Aku menoleh semula…

“ Ha ha ha!” Satu tawa yang berdekah dekah datangnya dari wanita itu …

“ Ciss… Aku kena game lagi …” bisik hati …Sambil aku tersenyum ke arah wanita itu …

“ Good game huh …” Balas aku

“ Alah jangan lah marah .. Gurau je ..” Balas wanita itu ..

Namun , Dalam perbualan pertama itu , Aku termenung , Sejenak aku berfikir ..

“ Eh zaman ni , perempuan sekarang ni .. Selamba je tegur lelaki …” bisik hati

“ nampak sangat ke saya happy ?” Tanya aku …

“ you know what .. Sejak i duduk bangku ni .. I terkejut tengok mamat sebelah ni , Dari awal , tersengeh sorang sorang .. Lama pulak tu … dah nampak macam kera kena sumbang pun ada tau ..” Balas wanita itu ..

“ ewahhh , Pandai main bahasa eh … Cikgu sastera ke?” Tanya aku dalam nada sinis …

“ Hey …! Tak sangka .. I ada nampak macam cikgu ya …?.. good news for me ..!” Balas wanita itu tadi ..

“ Oh by the way … Im lisa …” Balas wanita itu …

“ Oh ok .. Hi lisa … Im Yazeed ….” balas aku …

“ awak buat apa ?” balas aku

“ I tengah duduk lah ni ..” Balas lisa..

“ Ok , Dia main loyer buruk ehh ..” Bisik hati ..

“ Ala , tau la tengah duduk .. Tapi you kerja apa ? Kerja dekat sini ke ?” Balas aku …

“ Haha , Alah rileks lah , gurau lah … I .. Arkitek .. I Dari KL , I baru pindah Jb 3 hari lepas .. Esok my first day …kerja dekat sini ..” Balas lisa ..

“ wow , Arkitek … Hebat … Patutlah dress up pun macam cikgu ..” balas aku sengaja mempermainkan lisa …

“ Alah .. Tak ada maknanya hebat .. You kerja apa ?” Tanya lisa …

“ Oh ! Saya pun sama , Baru je datang sini .. Menganggur lagi .. belum ada kerja tetap … Malam nanti saya tolong la kawan jual burger ..” Balas aku sambil tersenyum

“ oh ok .. Sama lah kita ! Masing masing baru sampai JB kan … You selalu datang duduk dekat sini ?” Tanya lisa

“ Yup , Kerap jugak .. Kadang kadang stress kerja ..” Balas aku ..

“ Stress kerja ? Kata belum dapat kerja lagi ?” Tanya lisa..

“ Alamakk !! Macam mana boleh tersalah cakap ni ..” Bisik hati

“ Eh , Maksud saya , Stress jugak kerja malam jual burger .. Gaji pun tak banyak mana … Itu yang stress tu …” Balas aku …

“ awak ? … kenapa datang sini … ?” tanya aku

“ Oh , I pun tak ada buat apa , Tadi dah kemas rumah sewa … lepas tu saja pusing pusing bandar .. Nampak tempat ni tenang pulak ..” Balas lisa ….

“ Awak tinggal mana ?” tanya aku lagi

“ I menyewa dekat larkin .. Okaylah , Harga sewa sana murah … Kalau dekat bandar ni mahal sangat ..” Balas lisa

“ You pulak ?” tanya lisa

“ Saya .. saya .. tumpang rumah kawan , Dekat dekat sini je .. boleh la bayar sewa bilik murah murah ..” Balas aku

“ Oh by the way , You dengan baju kemeja , Siap tie lagi ni .. Baru habis interview ke ?” Tanya lisa …

“ Ohhh !! Yaaa! Betul baru lepas interview .. macam tau tau je awak ni ..” Balas aku

“ You interview dekat mana …?” Tanya lisa sambil bangun dan berjalan ke arah aku …

“ Boleh I duduk sebelah ? Macam pelik lah cakap jauh jauh … “ tanya lisa yang sedang berdiri dihadapan aku

“ Oh suree!! Duduk lah .. Betul jugak tu … Macam pelik je borak jauh jauh ..” Balas aku

“ You ni tak gentleman tau !” Balas lisa

“ Aikk ! tiba tiba tak gentleman pulak .. Kenapa ?” Tanya aku tersentak

“ Yelah , Patutnya You yang bangun datang duduk sebelah i …ni , I pulak yang datang dekat you ..” Balas lisa …

“ Alah , takpe lah exercise sikit .. “ balas aku

Lisa senyum kearah aku
“ Pandai eh kasi alasan ..” Balas lisa

“ So you interview kerja apa tadi ..”tanya lisa

Aku termenung seketika memikirkan apakah kerjaya yang aku minati selain kedoktoran …

“ hello …I tanya u ni ..” Balas lisa

“ Sori sori , Saya tengah fikir ayat yang sesuai untuk kerja tu ..” Balas aku

“ .. Yes !! Kerani .. Susah betul perkataan tu nak keluar ..Saya apply kerani je tadi..”balas aku ringkas

“ Kerani apa ? “ Tanya lisa..

“ Kerani apa ? Kerani lah .. Ada kerani lain ke ??!” Tanya aku sekali lagi terkujat disitu

“ Eh mana lah i tahu , You yang interview .. Tanya I pulak , Mesti lah masa interview tu you ada pilih nak jadi kerani bahagian mana , Kerani tu luas .. Bergantung pada bidang ..” Balas lisa

“ Ahhh sudah !! Kenapa aku pergi jawap kerani .. Aku sendiri dah terperangkap dengan kenyataan aku tadi ..” Bisik hati

“ Emmm , saya apply je kerani , Bahagian aman pun tak kesah , Kalau ada kosong saya masuk ..” Balas aku …

“ Tettt !!”

Satu whatsapp yang tiba tiba masuk …

“ You dekat mana tu ?” Tanya nelly

“ Dekat luar saja jalan jalan ..” Balas aku

“ You !! Tak payah la pergi futsal …” Balas Nelly lagi …

“ Ha ha ha .. Ada orang pujuk aku rupanya ..” bisik hati sambil tertawa sendiri …

“ Hah ! Tengok tu .. Tersengih2 lagi .. Girlfriend eh ?” Tanya lisa

Aku terpegun disitu , Bagaikan terbangun dari lamunan …

“ Ehhh .. Tak lah , Kawan je .. Tapi dia ni suka buat lawak … tu yang setiap kali baca , Terhibur ..” Balas aku tersenyum ..

Aku silent kan telefon ..
Aku simpn didalam poket ..

Sengaja aku tidak mahu menjawab mesej nelly ..

Adakah disebabkan aku mahu berborak dengan Lisa ..

Atau ..

Aku memang sengaja aku mahu kenakan nelly…

Aku tidak pasti …

“ Family awak orang mana ?” Tanya aku

“ Oh , parent i memang duduk Jb , Dekat tampoi je ..” Balas lisa

“ Habis tu , Kenapa tak duduk dengan dorang sekali , Macam bazir je menyewa..” Tanya aku lagi

“ Hurm , Bukan tak nak duduk dengan parent , Tapi susah sikit lah , I punya kerja ni tak tentu masa , Lagi pun i memang perlukan Masa dan ruang sendiri untuk bekerja .. I kena fokus 100% … So kalau weekend i balik lah rumah parent i..” Balas lisa

Dari apa yang diceritakan oleh Lisa ..
Aku tahu lisa seorang yang “ Indipendent “ , Seorang yang cintakan karriernya .. Dan yang paling penting Lisa nampak bijak …

Dia tahu bagaiman untuk uruskan masanya demi karier nya itu dan juga keluarga ..

“ Perfect !” Bisik hati …

“ betul jugak , Perempuan zaman sekarang ni tak macam dulu … Pandai berdikari … “ Puji aku pada lisa

“ Eleh … Jangan lah cakap macam tu , Tapi i memang suka ada masa sendiri ..” Balas lisa

“ Untung lah boyfriend awak , Dapat GF dah ada kerjaya , Pandai berdikari … Tak ada lah asik berkepit je kan ..” Balas aku

“ Hey ! i tak ada boyfriend lagi ok … dah jangan nak puji lebih lebih ..” Balas lisa

“ Yes!!” Umpan sudah pun mengena ..

Bukan susah untuk tahu status seseorang itu ..

Hanya pandai bermain dengan kata kata sudah mencukupi ..

Umpan yang disediakan harus lah menarik , Ada unsur “ Urgency “ Untuk si penerima membalasnya ..

“ Ohh , Tak ada boyfriend .. Tapi Saya cakap , Nanti … kalau ada boyfriend .. Untunglah ….” Balas aku sambil tersenyum lagi dan lagi

“ Entahlah , belum fikir untuk ada boyfriend lagi … “ Balas lisa ..

Sambil meletakkan tangannya pada dagu , Duduk dalam keadaan bersimpuh , Memandang ke arah aku …

Senyuman lisa …
Dengan raut wajahnya yang agak eksotik …
Hidung mancung mencucuk langit …
Seri di muka yang bersinar walaupun tidak bersolek …
Membuatkan aku cair seketika ..

Entah kenapa , Aku rasa amat senang sekali bersama lisa …

Aku dapat rasakan bagaikan ada suatu pancaran elektro kemikal diantara kami ..

Yang tidak dapat aku rasakan ketika bersama nelly ..

“ Emm nak tanya boleh ?” Balas aku

“ Boleh .. Tanya lah ..” Balas lisa

“ Awak ni memang friendly eh ? Baru kenal rasa macam dah kenal lama ..” Balas aku

Lisa tersenyum sekali lagi ..
Kelopak matanya dengan bulu mata nya yang lentik …terbuka memandang kearah aku

“ Hish .. Dia ni buat main dengan senyuman pulak dah .. Aku dah lemah longlai dah ni ..” Bisik hati

“ Hello … Yang awak dok tersengih dari tadi kenapa ? Saya tanya tak jawab ..” Balas aku

Lisa terkebil kebil sambil tersenyum..

“ Im not that really friendly sebenarnya .. ini first time i tegur orang yang tak kenal …Tapi .. Tak tahu lah , Hari ni good mood , Rasa macam nak berborak dengan seseorang , Kebetulan nampak You tersengih macam kera .. So why not ?” balas lisa sambil tertawa

“ Oh ok .. Great .. Satu lagi soalan ..” Tanya aku …

“ Can ! silakan …” Balas lisa

“ Awak nak cari Boyfriend yang macam mana ?” Balas aku perlahan , Sengaja aku umpankan Lisa sekali lagi …. sambil tersenyum , Control macho ..

“ Ehem ..Amboi soalan ..” Balas lisa

“ Eh ? Kenapa.. Tak boleh eh ?” Tanya aku …

“ zettt” Satu vibrasi dari telefon yang terselit didalam seluar ..

Aku keluarkan telefon aku

“ Whatsapp from Dr Nelly “

“ You ! Kenapa tak jawab , You tak payah lah pergi futsal .. Jom lah pergi tengok live band please!!” “ emoji muka berharap “…Balas nelly

Kali ini … Aku hanya termenung seketika

Aku menoleh ke arah lisa ..

“ Kali ni you baca mesej tak tersenyum pulak , Kawan tak buat lawak ke ?” Tanya lisa ..

Aku masih lagi termenung …

“ Apa yang harus aku balas pada nelly , Ikutkan hati mahu sahaja keluar dengan nelly … Aku sanggup batalkan futsal … Im sorry geng , Terpaksa tinggal kan korang demi awek ..” Bisik hati ..

“ Tapi , Tadi plan asal , aku nak jual mahal sebenarnya .. Aku kena balas jugak lah , Tak boleh ! Biar nelly kena kalini ..” Bisik hati lagi …

“ Hmmm nanti i fikir dulu ..” Mesej aku pada nelly …

“ Sorry , Kawan saya kacau pulak ..” Balas aku

“ Ok back to perbualan tadi .. Awak nak boyfriend macam mana ? Saja lah saya tanya.. Nak jugak tahu .. orang perempuan bekerjaya macam awak , zaman sekarang ni nak laki macam mana … Kaya ke , Berpangkat ke .. “ Balas aku …

“ Zett !!!”

Vibrasi dari telefon sekali lagi
Kali ini bukan dari nelly ..

“ sekejap eh “ balas aku mencela perbualan aku dan lisa sekali lagi …

Nada deringan dari nombor telefon yang tidak diketahui ..

Aku mengangkat panggilan itu

“ Zeed ! Aku ni maslan … Malam ni Dr Zul ada buat emergency OT … Kes Fracture .. Untuk buat Plating ( masuk besi )… Kau nak masuk sekali tak untuk observe .. Boleh tambah kes dalam log book .. Lagi satu , Dr Zul ni sempoi , Dia baik .. senang dapai tandatangan untuk logbook ..” Balas Dr Maslan …

Logbook tu , Kalau nak diceritakan umpama satu Buku “ Khas “ Yang disediakan untuk semua Houseman…
Fungsinya untuk mencatat segala aktiviti perjalanan sebagai seorang houseman

Didalam buku itu terkandung beberapa “ List” Prosedur yang wajib dilakukan …

Houseman perlu melakukan prosedur itu , Atau jika prosudur besar , Houseman perlu “ observe “ Cara prosedur itu dijalankan ..

Logbook ini yang akan menentukan bahawa sebanyak mana Pengalaman dan pendedahan cara kerja untuk dinilai dan diramal potensi sesorang houseman untuk dinaikkan pangkat sebagai

“ Pegawai Perubatan “ Atau namalainnya

MO “ Medical officer …

Logbook itu akan menentukan adakah seseorang houseman itu ada potensi dan layak untuk memikuk tanggung jawab yang lebih besar ..

Ianya amat penting buat karier ku …

“ Ohh !!! OT pukul berapa start ? “tanya aku

“ Alah , Ni kes baru , Baru sejam lepas kes accident masuk deka red zone …sebab tu Dr Zul masukkan dalam emergency list …” Balas maslan …

Ramai yang tidak tahu .. Tentang
“ Emergency list “.. List pembedahan segera .. Untuk pesakit yang dalam keadaan kecemasan , Seperti “ Open fracture “ Kepatahan tulang sehingga terbukanya luka dari luar hingga ketulang …

Ada juga kes patah , Pada lokasi yang tidak merbahayakan , Boleh diberi masa lagi ..

Dan untuk kes yang tidak perlukan kecemasan …

Pembedahan itu akan dimasukkan dalam “ ELECTIVE OT” .. Mungkin satu hari dalam 4-5 kes sahaja bergantung kepada keadaan dan berapa rumitnya kes itu …

Jadi jangan terkejut , jika ada pesakit yang mengalami kecederaan yang menyebabkan “ Fracture” Kepatahan .. Tak semestinya pesakit itu dalam “ Kecemasan “ Ianya bergantung pada jenis kepatahan , Lokasi dan sebagainya .. Jadi tidak hairan lah ada yang melakukan pembedahan selepas 2 -3 hari berlakunya kecederaan .

Ramai orang awam yang tidak memahami

Bagaimana pekerjaan seorang doktor .. Mereka tidak akan faham bagaimana kemudahan fasiliti yang terhad untuk doktor melakukan sebarang prosedur

Bukan senang senang kita nak tolak pesakit ke dewan bedah , Dan terus bedah ..

Proses itu agak rumit , Perlu pemeriksaan rapi , Perlu referal ke bahagian Bius lagi ..

Tak semudah ABC , Untuk proses pembedahan

Tapi malangnya , Kami sering diherdik , Di maki , Dihina dan dicaci oleh pesakit yang tidak pernah faham

Semuanya nak cepat .

Bagi pesakit , Semuanya “ Emergency “ Belaka .. Semuanya perlu perhatian segera…

Tanpa memikirkan , Tanggungjawab yang perlu dipikul oleh ahli perawat yang lain

Baru berdarah sedikit , Dah panik satu kampung

Tapi aku faham , Bukan bidang mereka ..
Jadi doktor sekalian , Terpaksa harungi ..

Terpaksa “ Explain” Berkali kali kepada pesakit

walaupun sudah diterangkan dengan jelas..

Namun , Sedihnya ..
Masih ada pesakit yang tidak mampu kawal kemarahan mereka…


Doktor kerajaan pemalas !

Doktor kerajaan makan gaji buta !

Doktor kerajaan lembab !!

Doktor semuanya bodoh !!!
Baik aku susun korang satu satu , Aku tembak !!

Apa yang kami boleh lakukan ..?
Terpaksa menadah deritan telinga yang menusuk dengan ayat ayat yang kurang enak didengar

Kami dilatih untuk terus senyum dan sabar ,

Dalam keadaan tersenyum menerima segala tomahan …

Ini lah masyarakat kita ..

Diasaat kita dipihak yang ada hak untuk bersuara

Kita mula jadi lantang …
Berbicara tanpa sempadan
Tanpa memikirkan yang kami semua para perawat kesihatan juga manusia

Mempunyai keluarga , Masalah yang sama seperti manusia lain

Kadang kadang bila dilihat gelagat pesakit , Dengan segala tomahan dan cacian …
Membuatkan aku rasa seperti diHambakan …

Disaat aku tiada lagi pilihan lain , Selain meneruskan dengan karier aku yang sedia ada ..

aku harus bersedia…

“ Ok maslan , Nanti lagi 30 minit , Dah nak start OT roger aku eh , Kalau tak ada apa apa aku join ! Thanks sebab ajak aku ..” Balas aku pada maslan ..

Aku putuskan telefon

Perbualan dengan lisa .. Amat mengujakan …

Aku perlukan masa untuk berfikir semula tentang ajakan Dr Maslan tadi …

“ Sorry , Kawan saya call tadi ..” balas aku

“ Busy nampaknya , I dengar u cakap pasal OT ..” Balas lisa

“ Hah ! Yelah OT .kawan ajak malam ni ..” Balas aku

Nasib baik lisa tidak memahami maksud sebenar OT .

OT bermaksud “ Operation Theatre.” Atau dalam bahasa melayunya ..

“ Dewan Bedah “ … Jadi senang dan ringkas jika dipanggil “ OT”.. dalam perbualan kami dengan pasukan perawat yang lain ..

Kami ada bahasa yang tersendiri dalam konteks berkomunikasi …

Yang tidak mudah difahami oleh orang awam …

Tapi apa yang lisa faham adalah

“ Overtime ..” Bekerja lebih masa

“ Pukul berapa you start buat overtime ?” Tanya lisa

“ Alah , Selalu lambat .. Gerai burger kawan tu buka jam 11 malam ..” Balas aku

“ Baguslah you , Rajin OT .. “ balas lisa

Fuh lega .. Masih belum pecah tembelang

Aku bukan apa , Sengaja aku tidak ceritakan yang sebenar ..

Kerana pada aku ..

Aku tidak beberapa gemar memegang
“ title” DR diluar ..

Kerana , Ramai yang kata muka aku ni tak macam doktor ..

Jadi kalau aku cakap pun , Pastinya tiada siapa yang percaya ..

tapi , setakat ni , kalau aku mengaku sebagai Penjual burger ..

Ramai yang percaya ..
Kerja aku lebih mudah ..

Dan aku pula memang ada pengalaman tolong kawan jual burger di KL dulu ..

“ boleh lah , Nak hidup , Sementara tak ada kerja ni , Buat la apa kerja apa yang ada selagi mampu ..” Balas aku tersenyum ..

“ Hah , Awak tak jawap lagi soalan saya , Laki macam mana awak suka ?” Tanya aku lagi tanpa putus asa

Lisa , Mendekatkan dirinya lagi pada ku ..

Aku dah mula berdebar debar ..

Seperti biasa ,

Dagunya itu ditongkatkan pada telapak tangannya ..

Memandang ke arah aku .. Sedikit senget kepalanya mendongak ..

Rambut nya , Dibelai dan disisirkan di tepi telinga ..

Melihatkan wajah Lisa yang lebih jelas dan berseri itu ..

“ OMG ! Ayunya lisa ni …..” Bisik hati sambil aku meniti raut wajahnya itu …

Perlahan ..

Lisa …Senyum ke arah aku …

“ hey ! tak putus asa eh !!! Okay …Kalau You nak tahu i suka laki yang macam mana … Malam ni you belanja i dulu , Nanti i cerita .. Okay ???…” Balas Lisa … dengan senyuman dan lenggok bahasan dan badannya yang lebih menggoda..

“ Astafhfirullahalazimm.” Aku berzikir seketika

“ Hebat betul senjata wanita ..” Bisik hati

Tak sangka lah kalau ada kerajaan yang Mampu jatuh disebabkan godaan wanita …

Kini , Aku hanya terpaku disitu

“ Mesej nelly untuk ke live band” Belum dibalas walaupun aku sentiasa menanti ajakan itu..

Aku sedang berfikir …

“ Ajakan Dr Maslan , Untuk kes bedah malam ni pun .. Sangat mengujakan memandangkan aku memang minat dalam pembedahan dan .. Sangat menarik …kerana aku boleh lengkapkan Log Book aku …

dan , Dengan tidak semena mena ,

Ditambah lagi dengan Ajakan penuh Manja oleh

Lisa ….

Aku disini , Masih lagi terpaku ..
Mimilih satu jawapan yang terbaik untuk diri aku pada hari itu …

Satu jawapan yang pastinya , Bakal Menulis sesuatu cerita yang baru dalam perjalanan hidupku ….

Yang mana satu harus aku pilih ?…
Aku masih buntu ….

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.