Houseman Part 11

HOUSEMAN
PART 11

Nelly … Lisa … Bedah ..

Bukan “ Bey-dah “ Tapi Dewan Bedah …

“ Ahhh buntu ..!!!” Bisik hati sambil membelek “ Name card” Si Lisa , Tangan pula “ Scroll “ Whatsapp Nelly .. Tapi ..
Si Maslan pulak ajak masuk dewan bedah .

Semuanya aku mahukan !

Aku memandu pulang ….
Tapi .. Dalam fikiran sebenarnya tak habis habis terfikirkan Nelly …

“ kringgg !!!”
Aku jawab panggilan itu

“ Ye Selan , Kenapa ?” Tanya aku
“ Kau join kan malam ni ? Kes fracture femur ni ..” Balas maslan

“ hmm aku tengah fikir lagi ni ..” Balas aku

“ Weh !! bukan senang nak dapat masuk tengok kes ni tau … Futsal main hari lain pun boleh .. Kau tu dah lah asik kena marking je … Lagi lagi dengan Dr Bob … “ Balas Dr Maslan

“ Hmm .. Habis tu .. Malam ni siapa surgeon ?” Tanya aku

“ Malam ni .. Dr Lila … “ Balas Maslan

“ Hah ?? Dr Lila ? … aku jarang nampak dia ..Yang mana eh ?” balas aku

“ Alah , Yang datang hospital sambil merempit kapcai tu , Mulut pot pet sampai subuh tak habis , Kau memang lah jarang nampak dia , Lepas round je dia cabut bawak houseman kesayangan dia breakfast dekat luar ..” Balas Dr Maslan …

“ Ohhh !! Minah tu .. Mulut dia pun boleh tahan Puaka … Aku syak .. Kena maki jugak aku malam ni …” Balas aku

“ Alah bro , Dia tu kau nampak je kepoh macam makcik makcik , Tapi dia baik … Kau layan je dia tu … Daripada kau assist Dr Bob .. Lagi la haruk ..!!” Balas Dr Maslan

“ Ye tak ye jugak eh … Kalau gitu .. Ok lah … lepas Maghrib aku datang .. OT start pukul 830 kan ?” Tanya aku

“ Ye betul , Ok aku tunggu kau dalam OT , Jangan lambat ..” Balas Dr Maslan..

Nah !! Sudah pasti ..
Aku memilih karier aku .. Itu adalah lebih penting ….

Nelly ? Lisa ?
Alah .. Diorang bukan lari mana pun …

“ Nelly , I masuk OT malam ni . Dengan Dr Maslan … Ada kes Femur fracture ..” Whastapp aku pada Nelly …

“ Hi Lisa … Its me .. Malam ni , Kalau nak lepak , Boleh … Tapi lambat sikit .. dalam pukul 11 malam boleh ?” Mesej aku pada Lisa ….

“ Cantik !!” Semua dah susun elok “ Bisik hati ..

Plan aku , Lepas habis je surgeri , Aku singgahlah jumpa Lisa di bandar nanti …

Selepas maghrib , Aku bersiap …
Aku terus bergegas ke hospital ….
Aku meluru ke arah dewan bedah …
Aku masuk bilik persalinan …

Dari satu sudut , Seorang lelaki yang sedang membongkok … cuba membuka seluarnya …

Bajunya terangkat ..
Maka terselak lah sedikit …

Pemandangan punggung yang kurang menarik , Yang disalut dengan sotong kering layu berwarna putih …

Macam aku kenal …
“ Oi Selan ! Kau pahal nak melucah dekat sini ..” Jerit aku

Dr Maslan terkejut , Terjelepuk dia kehadapan sambil menoleh kearah aku …

“ Oi oi .. Tutup mata !” Jerit Dr Maslan

“ Apa Oi Oi , Biar aku rekod .. Kau nampak tak bilik kecil tu .. Kenapa kau tak bukak seluar dalam tu …” Jerit aku

“ Alah , Selalu malam mana ada orang sangat .. Kau ni bila masuk ?” Tanya Dr Maslan

“ Haih .. Memang lah … aku kan pakai access card .. Kau tu yang pekak .. Separug bogel pulak tu .. Bontot berkurap .. lepas tu tayang kat aku “ Balas aku

“ Dah dah , Kau jangan nak over .. Cepat lah siap .. Nak prepare patient lagi , Patient dah tolak dari wad ..” Balas Dr Maslan ..

Setelah siap semuanya ..
Aku Dan Maslan berjalan ke kaunter dewan bedah ..

Di hadapan kaunter itu , Ada sebuah “ Whiteboard” Besar .. Yang tertulis Kes kes pembedahan yang akan dilakukan , Masa , Nombor bilik bedah dan Nama jabatan …

Tugas kami , Perlu periksa sama ada kes untuk dibedah telah di rekod di kaunter dewan bedah ….

Aku dan maslan mendongak … Memerhatikan “ whiteboard “ itu ..

“ Selan … Kau rasa best ke jadi doktor ni ?” tanya aku

Dr Maslan , Terus menoleh ke arah aku dengan riak wajah yang pelik

“ Apa jenis soalan kau tanya ni ? Pada aku mesti lah best ..Kau pulak?..” Balas Maslan ..

“Hmmm … entahlah … Aku asalnya nak Jadi Pilot … Tapi … Tak tahu macam mana aku boleh sesat sampai sini ..” Balas aku

Dr Maslan menepuk bahu aku ..

“ Tuhan pilih kau mesti ada sebab , Sama ada kau akan jadi Doktor yang bagus atau tidak , Jahat atau Baik ….. Sekarang ni semua bergantung pada diri kau … mesti ada hikmahnya ..” Balas Maslan

“ Fuh .. Kau makan apa tadi ?” Tanya aky

“ Hah !? Kenapa ?” Tanya Maslan ..

“ Lain macam kau malam ni , jarang tengok kau dalam versi ilmiah islamiah ni .. “ Balas aku

“ Haa !! Tu la jangan pandang aku sebelah mata ok ! Kau tak tau lagi aku bab ceramah , Memang Menusuk ..” Balas Maslan …

“ Okay lah .. Aku cuba , Tapi aku rasa makin lama , Makin best jugak .. Walaupun Houseman ni kerja pencacai .. Tapi aku suka cabaran tu ..” Balas aku

Pintu dewan bedah terbuka ..
Pesakit di tolak ke dalam

Beberapa misi dari kaunter menghampiri pesakit itu …

“ Ini kes ortho kan .. Dr Lila kan ?” tanya misi dewan bedah yang cuba memastikan mereka menerima pesakit yang betul sambil membelek fail …

“ Patient nama Rizal … Ic Bla bla bla …
prosedure ILN (Interlocking Nail) of Left Femur … Bla bla bla ..” jeritan lantang dari misi tadi

“ Jom selan , Patient kita dah sampai ..” Ajak aku..

Kami membawa pesakit masuk ke dalam bilik bedah ..

Setelah siap menyediakan pesakit ..
Dr Lila pun tiba ..

“ Hah … Kau siapa ..?” Tanya Dr Lila dengan raut wajah yang garang ..

Terkejut , Aku tersentak ke belakang sambil menarik nafas …

“ Ya ya .. saya houseman … Nak assist dan observe kes bos “ Balas aku

Dr Lila mengangguk …
“ Dah , Jom mula ..” Balas Dr Lila

“ Weh kau kenapa muka tahan nafas je ni ..” Tanya Maslan

“ Gile kauu .. Bau petai siot .. aku tak boleh tahan .. !!!” bisik aku pada maslan …

Maslan ketawa kecil sambil menutup mulut

“ Hah , Ni apa history kes ni ?” Tanya Dr Lila

“ MVA ( Motor vehicle accident) .. Bos .. Kena langgar dari tepi … Tercampak sampai pembahagi jalan ..” Balas aku

“ Pesakit bujang ke dah kahwin ?” Tanya Dr Lila lagi …

“ Hmmm kalau tak silap dah kahwin , Baru lahir baby 2 bulan lepas ..” Balas aku

“ Haih .. Kesian .. Baru lahir anak , Ayah dah patah kaki pulak ..” Balas Dr Lila..

“ Hmmm , Habis tu Dr Lila .. Dah kahwin ke belum ?” Tanya aku

“ Ehhhhh sebok kau tanya pasal aku kenapa … “ Balas Dr Lila sambil merenung aku

“ Takde lah , Tanya je .. Nampak macam gaya dah kahwin …” Balas aku

“ Hah ! ? Aku ni nampak macam dah kahwin ke ? Aku bujang lagi la!!” Balas Dr Lila ..

“ Hmmm .. Kalau ikut gaya pemakaian , Nampak macam dah kahwin , selalu perempuan kalau bujang. dorang punya make up pun , ketebalan tu boleh buat Plaster Of Paris …” Balas aku selamba

“ hamboi .. Ni kau nak kata aku selekeh la ni ?” Tanya Dr Lila ..

“ Eh taklah , Ok ni … Tapi sikit la kalau selekeh pun … hmmm ..” Balas aku jujur

“ Hamboi bukan main kau ehh! “ balas Dr Lila ..

“ ala gurau je , Tapi saya tengok kawan Dr Lila tu .. Dr Saodah tu pun lebih kurang jugak .. tak kahwin kahwin lagi kan !?” Tanya aku

“ Ahhh sudah ! Jangan lebih lebih .. Kita orang masih Hot ok !!” Balas Dr Lila

Aku hanya memgangguk , Tersengeh sengeh disebalik topeng muka …

Pembedahan semuanya baik baik sahaja . Bak kata orang putih ..” Uneventful “ Maknanya tak ada lah perkara yang tak diingini berlaku …

“ Ok lepas ni , Hantar pesakit naik ward .. Make sure follow ubat ubat aku tulis ni … “ Balas Dr Lila ..

Banyak juga aku belajar dengan Dr Lila .. Walaupun mulut dia pot pet , Sepanjang pembedahan …

“ En rizal , Buka mata ..” Tepuk aku pada bahu pesakit

En Rizal membuka matanya sedikit …

“ En Rizal , Pembedahan dah selesai , Semuanya bagus … Jangan risau ya .. Kita akan letak En Rizal di bilik berkaca kuarantin dulu, Katil lain penuh ..” Balas aku

En rizal menganggukkan kepalanya… kemudian menyambung tidurnya …

Aku melihat jam tangan ..
Jam 1030 pm !!

“ ahhh dah lambat !! “ Bisik hati sambil aku terus membelek telefon

8 Missed call from DR Nelly…
1 mesej dari lisa..

“ Alahai Si Nelly ni … Aku dah kata aku ada surgeri .. Dok telefon buat apa tah , Dah sah sah aku silent kan ..” Bisik hati sambil aku membuka pesanan mesej dari lisa …

“ Okay , I dah siap siap , Nanti 11pm i call u ok ? Kita jumpa dekat bandar …” Mesej dari Lisa ..

“ Ok ! see you when i see you !” balas aku semula … Kirim !!

Aku pun bergegas pulang ke bilik persalinan dewan bedah untuk menyalin pakaian ku semula ..

Aku berjalan , turun ke parkir kereta ..
Setibanya aku dilobi

Telefon berdering semula ..

“ Nelly !” Bisik hati

“ Hello !! Hi u .. Dari tadi call kenapa ?” Tanya aku

“ Yelah , I nak join u punya OT tadi .. Tapi takut Surgeon tak kasi masuk ramai ramai ..” Balas nelly

Sambil aku berjalan …

Aku ternampak Dr Nelly yang sedang duduk dilobi berhadapan kedai serbaneka ..

Dr nelly sambil memegang telefon bimbitnya … Menoleh ke arah aku ..

“ Hey ! I see you !!” Balas nelly dalam panggilan …

Aku terus mematikan perbualan .. Dan berjalan ke arah Dr Nelly..

“ Hadoi !! Dia buat apa pulak kat sini ..” Bisik hati sambil menggaru kepala ..

Nelly berdiri sambil melambai tangannya ke arah aku ..

“ Hi !!” Aku menyapa sambil tersengeh sengeh..

“ Hi ! Best tak OT tadi ?” Tanya Nelly

“ Of course !! Best !! apa u buat sini ?” tanya aku

“ Hmm tadi! i nak join u punya OT , Tapi takut pula nak terus masuk , So .. I pun tak tahu nak buat apa .. I tunggu u lah ..” Balas Nelly ..

“ Hah !!! “ Kenapa tak balik je ? Tunggu saya buat apa ?” Tanya aku

“ Alah dah alang alang sampai .. I tunggu je lah … U nak pergi mana ?” Tanya Nelly

Jem !!! Otak aku jem .. Masih sedang cuba memproses jawapan yang terbaik

“ Ohh.. saya nak pergi makan dengan kawan ….” Balas aku tersenyum..

“ Kawan mana ? Kawan u bukan semua main futsal ke ? “ Tanya Nelly

“ Ohhh bukan kawan tu .. Kawan dari KL lah .. Dia baru pindah Jb ..” Balas aku

“ Oh , lelaki ke perempuan ?” Tanya Nelly

“ Hmmm … Hmmmm …” Aku masih terkebil kebil

“ Tettt !!” bunyi mada deringan mesej yang datang dari telefon bimbitku

“ Hey you .. I dah on the way .. Kita jumpa dekat Cafe Deret Ocbc bank , Area bazar karat tu … See you in a while ..” Satu mesej yang datangnya dari Lisa…Aku membaca dengan penuh senyuman

Tiba tiba
“ Hellooo !! Laki ke perempuan !!” Jerit Nelly dengan tona suara yang lebih kuat

Tersentak .. Aku terus menjawab .

“ Laki lah !!!!” Balas aku sambil meraba raba leher ..

“ Hah ! Kan senang jawab , Orang tanya banyak kali pun susah nak jawab …tengok phone pun tersengih sengih apa tu ?” balas Nelly

Aku hanya menunduk .

“ Alah , Kawan Saya ni buat lawak .. Aku sengih la … Eh anyway .. u balik lah dulu , Dah lambat ni ..” Balas aku

“ Ala .. I belum makan lagi ni ..” Balas nelly

“ Ala , Beli la bungkus ke , makan megi ke ?” Balas aku

“ Tak mau lah .. Tak best .. U nak keluar makan kan ?” Balas nelly

“ Yup ..dengan kawan tu …” balas aku

“ Apa yang kawan tu ,? Dia tak ada nama ke? siapa nama kawan u ?” tanya Nelly

“ Hmmmm ….hmmmmm..”

“Apa yang terfikir sangat , Nama kawan pun lupa ?” tanya Nelly lagi

“ Azli !! Nama dia azli ..hehehe..” Sambil aku tersenyum

“ Oh ! Ok lah ! Good .. I can join u .. Boleh jugak kenal dengan kawan u tu..” Balas Nelly ….

“ hmmm tapi .. Tapi ..” balas aku

“ Tapi ? Tapi apa ???!!” balas nelly

“ Tapi …. Tapi … Dia macam alim ulamak , ustaz pu ada skit , Dia tak biasa lepak dengan perempuan ..” Balas aku tersenyum

“ Eleh over , I nak ikut jugak ! kolot nya .. Bukan nya dosa duduk semeja.. Makan makan je pun .. I nak ikut jugak … Biar i buka sikit minda dia tu ..” balas DR Nelly …

“ Ahhhhhh !!! Sudahhhh !!!!” Jerit hati
Lisa dah “ on the way “ , Si Nelly ni pulak Nak ikut !!!!!!

Kisah ini adalah pengalaman aku sahaja . Aku menceritakan dengan santai .Ending bila habis ? Mungkin Panjang lagi …

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.