Houseman Part 1

HOUSEMAN
PART 1

Tahun 2009 , Aku grad dari Crimea State , Russia ( Dahulunya dibawah Jajahan Ukraine) . 6 tahun Aku belajar di salah sebuah Medical School Antara yang tertua di dunia . Crimea State Medical university , Named After SI Georgievsky yang terletak di pulau crimea . Cantik ! dikelilingi oleh lautan balkan . Rasa macam hari hari bercuti .

Namun Ternyata sistem pembelajaran agak berbeza dari Malaysia . Semuanya lebih kepada Lisan berbanding Kertas peperiksaan . Tajaan mara pada asalnya tapi bapa aku memilih untuk bayar sendiri yuran .. Tak mahu “terikat” kata nya .

Exam pula ada yang jawab secara objektif ( Kertas ) .. Dan selebihnya lisan .. Kau perlu jawab soalan depan professor . Ramai yang terkencing masa jawab periksa ..

Masa aku grad tu , Memang Terkenal isu Doktor yang grad sebenarnya dari jurusan sastera , Bagaikan nila setitik , Rosak susu sebelanga . Katanya doktor tu ada buat pemalsuan sijil spm , sijil A level , Dan dapat ditempatkan di university ini .aku pun tak pasti .

Maka , Tak pasal pasal kami telah diAnak Tirikan … Univeristy ini diiktiraf oleh kerajaan malaysia pada awalnya , Tapi Disebabkan isu Doktor tadi , Kementerian Malaysia mula untuk menarik semula pengiktirafan .. Jadi siapa yang dah grad dikira masih diiktiraf .Malaysia telah menarik pengiktirafan itu pada tahun 2011 , Tiada lagi pelajar dari Malaysia di hantar kesana .

Jadi pada masa itu .. Semua yang grad Dari Crimea , Didiskriminasi .. Katanya kurang kompeten …Walhal , Ramai graduasi dari CSMU yang dah jadi Pakar terkenal diseluruh dunia . Antaranya Pakar Bedah jantung yang terkenal di england yng asalnya grad dari Crimea.

Setelah menempuh 6 tahun di sana , Bagaikan bangla di negara orang .. Kenapa aku kata bangla .. Masa aku student dulu , aku dan kawan ada pergi ke pasar borong , Beli kentang satu guni .. Sebab nak jimat dan murah , Duit pun cukup makan … Terpaksalah ..borong..

Pada suatu hari tu , Sedang kami memikul seguni kentang … Masa nak lintas jalan tu , Ikatannya terbuka .. Maka terbarai segala kekentang bergolek di atas jalan dan menyebabkan gangguan trafik .. Memang dramatik , Malu gila beb , Bersepah sepah atas jalan kentang tu bergolek .. Macam ladang kentang pula jalan raya tu…

Di tambah lagi dengan cabaran suhu , Kalau musim salji , Suhu mencecah – 6- minus 10 . Kau bersin pun dah jadi ais .. itu yang membuatkan kadang kadang tu terponteng kelas .. Sedap sangat baring dalam selimut berbulu , Heater panas suluh ke badan ..

Kalau disana , Kau ponteng kelas , Kau kena hadir semula ( Zachut) … Kelas gantian .. Tak silap satu Jam kau kena bayar Rm 7. Kalau kelas 3 Jam .. Rm 21 .. Rugi lah , Rm21 tu boleh beli banyak kilo kentang …

Tahun 2009 , Akhirnya aku pulang ke tanah air , Dah macam orang sawan cari nasi lemak rendang …belum lagi kalau dapat jumpa air tebu .. Batak sungguh ..

Sebenarnya bukan cita cita utama pun nak jadi Doktor , Aku sebenarnya nak jadi Pilot , tapi disebabkan satu perbualan ni . Mengubah hala tuju dan cita cita aku ..

“ Pakcik , kalau aku jadi doktor ok ke ? sengaja aku tanya pakcik aku ..

“ Kalau tengok muka kau ni memang tak sesuai .. Lagi satu kau ingat senang ke ? Nak tambah perkataan DR dekat depan nama tu Orang Genius saja yang boleh “ kata pakcik aku …

Masa tu aku agak tersentap jugak .. panas pulak hati .. Nak kata aku tak genius la tu ..

Lagi satu , Aku dari kecik memang tak suka dengar perkataan “ Genius “ ..
Bagi aku tuhan lahirkan semua orang sama sahaja ada kelebihan masing masing , Yang penting nak buat atau tidak .. Nak harung atau tidak .. Itu saja ..

Jadi dengan perasaan geram tu , aku sahut cabaran , Aku nak buktikan pada dia , Kau tak perlu genius untuk dapat apa yang kau mahu. Kau hanya perlu usaha lebih sahaja dari orang lain .. Dah cukup … Biar bodoh , Janji cuba … hari ni kau cuba , Esok kau cuba lagi , Hari seterusnya kau pasti lebih baik dari hari sebelumnya … Itu lah prinsip hidup aku selama ni ..

Alhamdulillah , Semuanya berjalan lancar , Dan aku rasa kalau ikut kan masa tu nak je campak Ijazah tu kat muka dia macam dalam Movie kan , dalam hati je , Tapi pasti lah aku takkan buat benda benda jahil macam tu …

SPA ( Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)
Aku dipanggil SPA sebulan selepas aku pulang dari Malaysia untuk temuduga .

Aku pun pergilah ke temuduga tu ..

Aku dipanggil masuk ke dalam bilik …

Seorang lelaki yang agak berumur duduk di meja … Merenung tajam ..

Aku masih berdiri …

“ kau tak reti duduk ke ? “ kata pegawai temuduga .. ( Doktor juga kot?!)

“ Tuan tak jemput saya duduk , Takkan saya nak masuk terus duduk .. ini kan rumah tuan ..” balas aku ..

“ Kau jangan nak tuan tuan , Aku doktor .. , Bukan tuan kau … Dah .. Duduklah ! Tercegat apa lagi ?!” Kata dia ..

“ eh , Apahal mamat ni , Menopause ke apa ? “ bisik hati

Aku pun duduk , Dari situ .. aku dah nampak , Macam mana sistem arca dari pegawai atasan ke pagawai paling bawah ..

1- Tunjuk Kuasa
2 -Tunjuk Belang
3- Salah guna kuasa .

Cara dia saja , pada aku dah membuat kan aku rasa kurang hormat .. Antara Contoh pegawai atasan yang mula mencorakkan tradisi tunjuk kuasa dan buli dalam politik tempat kerja .

“ Kau kenapa nak jadi doktor ? kau nak gaji besar ? Kau nak ada Title ? “ tanya pegawai tadi dalam nada yang amat serius ..

Aku pun tak faham , kenapa tak boleh buat secara ramah “ friendly “ … Kenapa nak mula dengan rasa tegang dan serius ..

Bingung betul ..

Seperti biasa .. ramai rakan doktor yang lain akan jawab jawapan yang sama ,

“ Saya nak rawat & selamatkan orang “
“ saya nak berkhidmat untuk rakyat dan negara “
“ keluarga saya semua doktor “

Tapi , Aku belum ada perasaan macam tu masa tu .. Yang aku tahu , Aku cuma geram dengan istilah “ genius” saja

“ Saya sebenarnya bukan bercita cita sangat pun nak jadi doktor .., Saya nak jadi Pilot … “ aku balas ..

tercengang pegawai tadi , Menurunkan spek mata nya , Merenung aku kembali ..

“ Habis tu kau buat apa kat sini ? kenapa kau ambil perubatan ?” kata pegawai tadi

“ Saya dicabar , Pertama skali , pakcik saya kata muka saya tak sesuai , kedua dia kata Hanya orang “ GENIUS “ saja boleh jadi Doktor “ aku balas ..

Pegawai tadi terbeliak .. pelik agaknya .. Dia pun macam bingung seketika ..

“ habis tu , Kau boleh jadi doktor ke tak ni ?” kat pegawai tadi ..

“Insyallah boleh tuan .. Eh sori doktor .. saya akan cuba ..” aku balas ..

“ eh kau ingat , jadi doktor ni boleh cuba cuba ke ? Nyawa orang tau ! Pekerjaan ni serius .. Bukan nak cuba cuba … “ kata pegawai tadi .. sekolahkan aku semula ..

“ betul tu doktor , saya setuju , pekerjaan ini berkait dengan nyawa ..Saya kan baru habis grad , Manalah saya tahu … saya mesti lah cuba yang terbaik yang saya mampu ..habis tu Doktor nak saya jawap apa ?” aku balas …

Pegawai tadi pun garu kepala …

“ haih ! Okaylah .. siapa nama menteri kesihatan ? “ tanya pegawai tadi ..

Alamak … tadi masa nak naik lift .. aku dah google .. Tiba tiba lupa pula !

“ Tadi saya tahu doktor , tapi saya lupa pula … Penting ke doktor ? “ aku tanya ..

“ Ah kau ni macam2 … mesti lah penting .. Itu bos besar kau , … kau kena kenal … “ balas pegawai tadi ..

aku pun mengangguk mengiyakan ..

“ Baiklah doktor , nanti saya hafal nama Menteri tu …” aku balas

Aku sebenarnya bukan apa , memang tak minat nak kenal mana mana menteri , aku pun baru balik malaysia sebulan , Mengidam makan pun banyak lagi tak habiskan .. Inikan nak ingat nama pak menteri semua ..

Ya lah, Sebagai pekerja bawahan kau patut kenal Siapa orang paling di Atas … Mmg salah aku lah tak ingat …

“ okay lah .. apa isu semasa tentang kesihatan di Malaysia yang kau tahu ? “ tanya pegawai tu lagi

“ Aduh .. bila nak habis ni …” bisik hati

“ doktor , saya nak terus terang , Isu kesihatan , apa pun saya tak tahu , Saya sampai malaysia , hari hari saya pegi cari makan .. Saya kat sana hari hari belasah sardin dalam tin , naik bengkak tekak ni ..” aku cuba bermesra…

“ Kau ni aku rasa memang tak serius …, Kau rasa kau layak untuk berkhidmat sebagai doktor ?” tanya pegawai tadi lagi

“ Doktor , Beri saya peluang , insyallah saya cuba yang terbaik … “ aku balas ..

“ oklah , kau tunggu lah nanti surat keputusan temuduga ..boleh keluar sekarang “ kata pegawai tadi sambil menggeleng kepala …Putus harapan dengan aku

Aku rasa .. belum apa apa lagi dah boleh nampak cara cara pegawai atasan ni ..

Belum lagi masuk kerja dihospital , Macam mana lah agaknya .. nanti …

Tak lama lepas tu , Aku pun dapat surat , Temuduga lulus , Aku perlu menghadiri sesi kursus sebagai penjawat awam di Genting Highland ..

Kemudian aku mendapat tawaran untuk berkhidmat di Hospital Klang … Aku tolak tawaran tu .. Aku nak pergi jauh dari Lembah Kelang …

Akhirnya aku ditempat kan di Johor Bahru , Di Salah sebuah Hospital besar … Seronok bukan kepalang , Tak sabar rasanya nak mula kerja ..

Bermodalkan Kancil Auto 660cc kepunyaan Mak aku , serta sedikit Berkat , Bermulalah perjalanan aku sebagai bakal Doktor pelatih .. Dari Kuala lumpur aku pandu ke Johor Bahru , Dengan spek mata hitam Rayban Uptown , Rasa macam hensem bergaya .. Walaupun bila bas laju lalu tepi rasa nak terbalik kereta tu..

Duit pinjam bapak aku RM 800 untuk mengharungi bulan pertama .

Hari pertama .. aku ditempatkan ke Jabtan Ortopedik … ( Bahagian tulang ) …

Aku terus ke ward … Fuh … Ramai betul pesakit … Pagi pagi dah kelam kabut , Misi jalan sana sini .. Doktor pelatih lain yang dah mula lebih awal dari aku sedang panik berlari kesana kemari … mengusung Fail Biru BHT ( Fail pesakit ) … untuk menghabiskan pemeriksaan pesakit sebelum bermulanya Lawatan Pagi oleh pakar …

Lagi sibuk , Lagi Bising dari pasar , belum lagi bunyi bunyian mesen , Suara teriak pesakit yang sedang menahan kesakitan , Ditambah lagi jeritan misi misi dari kelantan.. Suara nyaring sungguh …

“ Fuh , Ini ke tempat kerja aku .. Takde meja macam dalam movie pun .. Aircond pun takde .. kipas je semua … ok ..aku nak mula macam mana ni “ bisik hati..

Aku ni siap dengan kemeja masuk dalam , Tali leher ikat jerut leher lagi .. sampai ketiak pun dah berkicap walaupun aku hanya berdiri melihat sekeliling …

Dalam keadaan berdiri pegun tu … tiba tiba ..

“ HOI ! Kau housemen baru kan … ?!” datang pekik suara dari belakang

Tersentak , aku toleh terus aku mengangguk ..

Dari jauh , Kelibat yang saiz nya lebih kurang separuh dari saiz gajah sedang bercekak pinggang .. memandang ke arah aku ..

“ Kau tercegat apa lagi kat situ!Monkey ! “

Hari pertama ..

Cerita indah nan DUSTA

Bagaikan seorang yang KERDIL di medan pertempuran …

Aku sudah pun menjadi Monyet …

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.