Dulu masa baru kahwin , Bini aku dia teringin sangat pi Bali .
So Lepas kahwin tu aku bawak la dia pi bali .
Sebab dulu kos aku kahwin tak sampai rm 6k . Jadi ada duit simpanan untuk pi honeymoon
So aku pun plan untuk bercuti 3 hari 2 malam .
Sebab ya lah , Nak cuti lama lama tak boleh . Masa tu aku baru start klinik sendiri .. Kang nak bayar gaji doktor ganti mahal pulak ..
So apa lagi , Aku pun ambik la Villa ..
Bukak airbnb , Adui rambang mata …
Semua villa atau hotel dekat sana .. Cantik2
Hotel 2 bintang pun dah rupa hotel 4 Bintang dekat malaysia ni
Maklumlah aku kan baru kahwin ..
So , Aku pun pilih la Villa. Ada privacy skit ..
Kalau nak menjerit malam kang , Orang tak dengar 😂
Antara list2 villa dalam airbnb tu , Habis gigih aku study ..
last2 aku jumpa lah satu villa ni ..
Perfect ..
Siap ada swimming pool , bangun pagi view pool dan laut .
Blakang dia pulak .. Ada bathtub .. Konsep terbuka
Kononnya boleh berendam dalam bathtub sambil tengok bulan dan bintang bila malam
Ok nice ! Memang sesuai la untuk honey moon
Hari yang dirancang dah tiba ..
Kami pun terbang ke bali
Sampai je aku kat sana ..
Aku gunakan perkhidmatan Teksi dari airport ke villa
Jauh jugak rasanya dari bandar ..nak ke villa
Masuk kedalam kawasan yang penuh hutan belukar … lepastu baru jumpa atas villa
Betul2 privasi vila ni ..
Tapi , Agak leceh untuk aku keluar beli barang makan .. Setiap kali kena panggil teksi .. Atau sewa motor ..
Aku pun mula check in
Rupa dia , Kalau banding dengan gambar ..
Nampak dah pudar vilaa ni
Mungkin dalam gambar airbnb guna gambar masa vila ni baru dibina
So perabut dalaman pun dah nampak lah sedikit usang . Walaupun nampak lebih kurang dalam gambar
Bila menjelang malam ..
Kononnya plan nak lepak dekat open bathtub ..
Tak jadi .. Gelap gelita
Dari mood nak beramah mesra .. Jadi seram 😂.
Takde ghoje aku nak duduk dalam bathtub gelap gelita , Hutan keliling , bulan dan bintang pun dah ghaib
Mau sister ngesot satgi mengesot atas bumbung . Tak jadi hal
Esok pagi nya kita org pun sewa tour van kononnya nak pergi semua tempat menarik dekat bali
Tapi Jem bagai nak gila …
Aku dah tak tau nak duduk macam mana lagi dalam van tu. Sekejap mengereng , Kejap bersila …
Rupanya tempat menarik di bali ni , Dia terletak di kawasan yang berbeza . Kalau tak jam , Aku rasa sempat je nak melawat semu tempat .
Tapi Dengan kesesakan macam ni , Memang tak cukup lah Masa sehari tu ..
Last2 Masa aku bazir hanya duduk dalam van .
Dapat lah tengok 1-2 tempt menarik je.. Itu pun sekejap
Balik rumah , Jam dah lewat 11 malam
Projek skit , Lepas tu .. Tidur . Esok pagi dah check out balik malaysia
Jumlah yang aku spend hampir rm 5k
Habis dekat flight ticket , Penginapan , Makan dan transportation …
Tapi .. masa berlalu pantas
Tup tup aku dah sampai malaysia
Aku garu kepala ..
Aku Pun tak tau apa aku buat dekat sana …
so kalau korang nak gi travel
Tengok apa yang korang nak buat
Kalau nak explore . Ambik je lah hotel biasa ..
Kalau nak honeymoon , dengan masa yang singkat .. Tak perlu lah nak plan skali dengan explore ..
Kalau betul2 nak honeymoon ..
berehat di hotel je ..
Baru lah berbaloi ambil yang mahal dan cantik … Kalau boleh betul2 depan laut .. Senang nak terjun ..
kisah lanjut klik