Hati Berlemak / Fatty Liver

HATI LEMAK BERLENDIR

Kau tahu ini apa ?

Ini lemak kau lah ..

Lemak dekat mana ?

Ini lah Fatty liver .

Nama pun dah fatty . Disebabkan lemak makanan yang terlampau banyak ,

Tak ada senaman

Lemak lemak yang tersumbat pada hati yang makin lama menyebabkan keseluruhan sel hati dipenuhi lemak ..

Akhirnya menyebabkan sel sel hati tak boleh beefungsi .

SIAPA YANG KENA ?

KAU lah ! Siapa lagi , Yang suka makanan macam ni . Mek donol , kep ci , Kuih kuih melayu , Masak lomak , Masak kari , Gulai kawah, Lemang …

YANG KURUS OK KE ?

Yang kurus ke yang obes pun tetap sama . Tak ada beza . Tetap kena !

APA TANDA AWAL ?

Banyak tanda awal , Tapi sebenarnya tak nampak ..

Sampai lah dah jadik teruk ,

Baru lah macam2 simptom yang datang .

  • Pendarahan , Satu badan bengkak , Kulit merekah . dan macam macam lagi .

Tapi kah takkan nampak tanda ni pada usia muda

BAHAYA TAK ?

Yes bahaya , Membawa maut . Bakal berpakat dengan kencing manis dan darah tinggi ?

Statistik di malaysia ..
60% dari populasi bakal menghidap fatty liver

Kerana apa ?

Kerana kau mampu keji benda lain semua tak sihat ..

Kau pandai berdakwah kata paru paru perokok tompok hitam ..

Tapi ..

Makanan kegemaran kau yang berlemak, Masin , Manis tu sendiri , Kau tak mampu keji , Kau tak mampu berhenti .. sebab apa ?

Sebab Napsu Serakah .

Cuba kau tengok kau punya hati tu pun kalau dah berlemak pun bertompok juga kan ?

Benda yang memudaratkan ni bukan kira halal atau haram .

yang mudarat tetap mudarat .

MACAM MANA NAK CEK ?

1 – Cek darah yang berkaitan dengan enzyme hati dan lain lain
2 – Ultrasound
3 – Ct Scan

Kalau suspicios .

4 – Liver biopsy ( Liver tissue examination )

ADA UBAT ? BOLEH SEMBUH ?

Tau apa ubat dia ?

Diet sihat dan senaman .

Sampai lah semua lemak lemak tu dapat di pecahkan .

APA JADI KALAU TAK JAGA ?

Boleh menyebab kan Peringkat Akhir penyakit hati dan

CANCER !!!
CANCER HATI !!!

takut kan ? Orang malaysia mmg takut cancer !

Tapi kalau dah late stage macam ni ..

Hmmm … siap sedia lah

Sekian .

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.